CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: de?erci

[MERGED] Guru yang Bermasalah - Update: Moral Guru Makin Membimbangkan

[Copy link]
Post time 10-1-2008 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by cikguhani at 9-1-2008 11:30 PM


prof bakawali pernah tengok atau baca atau jeling buletin atau pekeliling yang dikeluarkan oleh NUTP??? Pernah????
dalam isu yang mana satu ada menyatakan tentang 'berjuang untuk naik gaji'? ...



kau ingat aku tak pernah tgk buletin nutp ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2008 09:22 AM | Show all posts
Originally posted by cikguhani at 9-1-2008 11:27 PM


Hisyamuddin dah lama faham kerjaya kami. sebab tu dalam salah satu enam teras PPIP ialah memartabatkan profesion perguruan. tak payah nak forward kat dia, dia dah faham.

senarai tugas ni  ...


pulak dah..sekarang kau kata hishamuddin dah faham pulak.teras PIPP konon....kau masih juga buat kerja kerani masa buka sekolah kan? profesional mender...

memang betul la,cikgu-cikgu ni mengaku je profesionalisme, kerja macam pekerja taska pun ada. apa
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 09:22 AM | Show all posts
cikgu hani ada contoh ke nak tunjuk yg kerja cikgu ni dah dimartabatkan atau pun sama taraf dgn profesional lain?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 10:42 AM | Show all posts

Balas #343 Bakawali\ catat

prof,
bagi diri saya sendiri la, cikgu lain saya tak pasti..senarai tugas yang saya senaraikan bukanlah bermakna saya nak beritahu hisyamuddin tentang apa yang kami kena buat. saya dan kerajaan takdak masalah. saya cuma nak bagitau kat masyarakat, terutamanya awak yang tak berapa faham kerja guru, yang asyik nak cari kesalahan guru. hal ni saya dah terangkan berkali-kali. awak tak faham ke atau cuma nak provoke je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 10-1-2008 09:22 AM


pulak dah..sekarang kau kata hishamuddin dah faham pulak.teras PIPP konon....kau masih juga buat kerja kerani masa buka sekolah kan? profesional mender...

memang betul la,cikgu-cikgu ni me ...


tak faham la ngan awak ni...

kekadang awak kata cikgu ni tak profesional, buat kerja keranilah, jadi amahlah...
tapi kekadang saya rasa awak macam kesian plak ngan kerja kami....

apa pendirian awak ni sebenarnya...
sokong cikgu marah kerajaan ke atau meluat kat cikgu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 10:58 AM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 10-1-2008 09:22 AM
cikgu hani ada contoh ke nak tunjuk yg kerja cikgu ni dah dimartabatkan atau pun sama taraf dgn profesional lain?


saya paste daripada PIPP (PELAN INDUK PENBANGUNAN PENDIDIKAN : MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN)

Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan berikut:
Menambah baik sistem pemilihan calon guru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2008 01:11 PM | Show all posts

Reply #338 cikguhani's post

rasa salah pemahaman cikgu ngan ape yg nak diutarakan tu

salah satu laa tah aku tak ingat tang mana depa letak .. fungsi guru adalah melahirkan insan kamil ...
insan kamil bukan insan yang taff ... se taff hulk hogan ke ... ray misterio ke

tetapi insan yang versatile ... broad and open minded
selective and analytical
knowledgable
at least mampu membezakan baik jahat ... dan able to be a good citizen

ape yg nak cakap ade la ... cikgu2 ni mengajar ilmu secara fizikalnya .. dan tidak jiwanya...
simple cam ni la contoh ... ustaz ngajar bebudak bila bersin ucap Alhamdulillah ...
pastu stop kat situ ... bila tanya nape .. ala .. orang2 dulu dah ajar bila bersin ucap alhamdulillah .. tak de bagi pun sebab musabab yang jelas
so budak take it up .. as part of education .. dia la pulak ngajar ngan anak2 dia .. bende sama
last2 ..rasa cam bodoooo aje ... its ok bila sakit ucap alhamdulillah ..

sebaiknya ustaz sepatutnya ngajar .. ucaplah Alhamdulillah .. kerana bersyukur ... kerana perkara yang pertama berlaku masa pembinaan manusia dahulu .. ialah bersin ... kita ucap Alhamdulillah kerana linkage kan dengan bersyukur kepada Nya atas anugerah memberikan kita kehidupan. Dengan itu mengajar kita sentiasa tunduk dan tawaduk kepada Nya .. menunjukkan kita akur dengan kekuasaan Nya.

ni contoh
contoh lain ... pikir la sendiri .. awak kan cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 02:27 PM | Show all posts

Reply #346 cikguhani's post

Teori je yang awak boleh bagi,tak de maknanya ....bila awak nak berhenti buat kerja bodoh macam yg awak senarai tu.

cuba awak senaraikan perkara-perkara yg awak rasa cikgu tu profesional sgt . awak ada seorang staff sokongan yg hanya membantu kerja awak sorang je?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2008 03:25 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 9-1-2008 11:09 PM



persatuan yg berjuang untuk naik gaji saja ke?



saya macam nak gelak pun ada geli hati pun ada ntah apa lagi perasaan bila baca kenyataan kononnya anda pernah baca buletin NUTP sedangkan ini jer kenyataan anda dan ini sahaja yang anda faham?.. hehehe rerajinkan la lagi baca buletin NUTP tu lagi. kalau tak baca kata jer la tak baca...kot baca majalah hiburan jer gamaknya....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 03:32 PM | Show all posts

a reminder -



dear forum members

discussion and exchanging pov are good
but i must remind you that please do not
provoke or use the languages that can be
misinterpreted as demeaning and insulting -

we are an adult - we discuss like one -

thanks -

- mod dex -
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 04:02 PM | Show all posts

Balas #350 dexa\ catat

mod,

si bakawali ni dah berkali-kali gunakan perkataan tak profesional, pengecut, guru tak tinggi tahap pemikiran...hari ni dia kata bodoh plak.

tak tahan beb...kasar sangat...takdak etika...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 04:20 PM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 10-1-2008 03:25 PM


saya macam nak gelak pun ada geli hati pun ada ntah apa lagi perasaan bila baca kenyataan kononnya anda pernah baca buletin NUTP sedangkan ini jer kenyataan anda dan ini sahaja yang anda faha ...




nampaknya korang cikgu-cikgu ni memang macam yg aku dah kata tadi la..... sendiri buka pekung, org hentam, mula lah nak tunjuk yg cikgu tu mulia semula...apa dah jadi dgn keluhan cikguhani yg katanya buat kerja teruk sgt pada hari pertama tu..

buletin NUTP tu aku dah pernah baca pun...apa gunanya..sampai org boleh labelkan cikgu 25hb...sungguh memalukan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 04:25 PM | Show all posts
Originally posted by cikguhani at 10-1-2008 04:02 PM
mod,

si bakawali ni dah berkali-kali gunakan perkataan tak profesional, pengecut, guru tak tinggi tahap pemikiran...hari ni dia kata bodoh plak.

tak tahan beb...kasar sangat...takdak etika...



nampaknya cikgu-cikgu ni terlalu manja, macamana la korang hadapi parents pelajar ye..kiranya aku ni tak de lah maki hamun macam sesetengah parent tu.

bagi korang , korang akan labelkan parent bermasalah kalau maki hamun cikgu-cikgu ni....

pesanan saya pada cikgu hani, kalau jadi cikgu ni byk kerja, kurangkan lah berforum,tumpukan perhatian pada kerja cikgu.

kalau nak memartabatkan profesion guru tu, bukan caranya provoke org lain dgn membandingkan kerja cikgu dgn kerja lain..ingat ayat terakhir anda "anda mampu?"

bila dah saya kata kerja cikgu tak profesional, tahu pun nak marah...tapi dimana profesionalnya?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 04:31 PM | Show all posts
Originally posted by sibel at 10-1-2008 01:11 PM
rasa salah pemahaman cikgu ngan ape yg nak diutarakan tu

salah satu laa tah aku tak ingat tang mana depa letak .. fungsi guru adalah melahirkan insan kamil ...
insan kamil bukan insan yang  ...


tuan pernah tak tengok buku ringkasan mengajar kami, kalau pernah cuba kaitkan dengan apa yang tuan katakan tentang insan kamil tu?
tuan pernah tak tengok nazir mencerap kami dalam bilik darjah dan bagaimana nazir mengulas cara kami mengajar word by word, kalau pernah cuba kaitkan dengan apa yang tuan katakan tentang insan kamil tu?

tuan menafsirkan seolah-olah tanggungjawab menjadikan manusia tu kamil di tangan guru semata-mata.

marilah datang ke sekolah saya tuan, saya boleh tunjukkan kat mana komponen insan kamil tu dalam sukatan pelajaran, dalam huraian sukatan pelajaran, dalam rancangan tahunan dan rancangan harian kami. meh masuk kelas saya, tengok saya ngaja.

kalau saya kata banyak aspek lain harus dipertanggungjawabkan tentang masalah sosiol remaja sekarang, tuan akan kata saya akan cuba mengalihkan perhatian dan lari daripada tanggungjawab plak. tapi hakikatnya, enam jam je student duduk kat sekolah, itu pun belum ditolak waktu rehat pelajar, waktu perhimpunan, waktu kokurikulum dan waktu PJK.

dengan kata lain tuan mengatakan kami ni tak reti mengajar.

apa tidaknya...
tuan kata kami tak menerapkan apa rasionalnya 1+1=2 dalam kehidupan
tuan kata kami tak reti nak beritahu bdk maksud alhamdulillah masa bersin tu...alahai....nak tergelak le plak...kalau sampai macam tu le tuan pandang kami, patut le tuan kata kami ni akan jijik digelar guru...apa tidaknya...senangnya sangat le jadi cikgu kalau macam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 04:39 PM | Show all posts
kwn aku jadik cikgu sbb takut takde keje nnti.skrg masing2 dah pakai Citra,Honda dll.hasil asik naik gaji.best tu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 04:48 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 10-1-2008 04:25 PM



nampaknya cikgu-cikgu ni terlalu manja, macamana la korang hadapi parents pelajar ye..kiranya aku ni tak de lah maki hamun macam sesetengah parent tu.

bagi korang , korang akan labelkan ...


tidak ada sesiapa di muka bumi ni membenarkan bahawa maki hamun adalah  makenisne penyelesaian masalah.

tuan prof, saya memang banyak kerja (sila ambil perhatian: banyak kerja ye, bukan kerja berat), tapi tidak berforum pada waktu sekolah. semalam pun saya menulis waktu petang je. ari ni cuti beb...

[ Last edited by  cikguhani at 10-1-2008 04:50 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2008 05:11 PM | Show all posts

Reply #352 Bakawali's post

itulah pasal kalau setakat baca buletin NUTP hanya sekali pandang sahaja. isinya langsung tidak mahu difahami. sedangkan NUTP turut membincangkan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan isu pendidikan seperti masalah disiplin pelajar, kualiti pendidikan, dan apa sahaja yang berkaitan dengan isu pendidikan contohnya yuran sekolah

ni sebagai contoh

"Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenal pasti beberapa bayaran tambahan yang tidak munasabah dikutip oleh pihak sekolah sedangkan ia tiada kaitan dengan pembangunan pelajar.

Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng mendedahkan, ada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah menengah di sini yang mewajibkan pelajar membayar perkhidmatan pembersihan tandas swasta sebanyak RM11."

Utusan Malaysia

tetapi yang anda hanya nampak gaji...sedangkan banyak lagi perkara yang NUTP perbincangkan sama ada dalam buletin ke dalam media ke tetapi yang mata anda nampak hanya NUTP ni kerjanya pasal gaji je...

kesimpulannya anda ni pun sama jer dengan orang yang bagi label guru 25hb tu sebab kononnya pernah baca buletin tapi entahla apa yang dibaca dan difahami. jadi itukah kenyataan bagi seorang yang kononnya pernah baca Buletin NUTP?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 05:15 PM | Show all posts

Reply #355 whitedove07's post

WhiteDove, yang saya tahu pakai kereta Citra Honda ni cuma cikgu yang dah senior atau pun yang bertugas di tempat lain contohnya cikgu Semenanjung yang bertugas di sabah atau sarawak atau sebaliknya. kalau nak lebih hebat pun cikgu yang duduk di Pulau Langkawi.

kawan saya pun beli Honda City lepas 2 tahun kerja cikgu. tapi dia mengajar di Pedalaman Sarawak la. Honda City tu pun dia bagi kat bapa dia. balik cuti jer baru dia bawa. biasa kalau cikgu bujang setakat saga, kancil, kenari tu biasa la. mana ada hebat sangat pun. paling tidak motor. Kalau dah kawin anak dah ada takkan la nak pakai kancil.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 05:21 PM | Show all posts

Reply #358 CharlieDale's post

kwn2 sy ni ngajar kat semenanjung tau?laki bini pakai kete hebat2.rezeki mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 05:43 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 10-1-2008 04:20 PM

nampaknya korang cikgu-cikgu ni memang macam yg aku dah kata tadi la..... sendiri buka pekung, org hentam, mula lah nak tunjuk yg cikgu tu mulia semula...apa dah jadi dgn keluhan cikguhani yg katanya buat kerja teruk sgt pada hari pertama tu..


Pada pandangan saya, cikgu Hani cuma menyatakan apa yang perlu dilakukan dan cabaran pada hari pertama persekolahan. ada antara kerjanya adalah "on the spot" dan due datenya singkat.

kita semua dah tahu yang cikgu hani adalah cikgu tetapi kita tidak tahu apa kerja anda. jadi kalau anda sendiri  (tak kiralah kerja apa pun anda tu, profesor diraja ke, emiritus ke tapi kalau dapat kerja on the spot dan due date pula singkat, hasil nak grand, adakah anda tidak mengeluh? saya jamin anda akan mengeluh juga. walau cikguhani mengeluh pun, tapi kerjanya jalan dan siap adakah ia satu perkara yang memalukan? saya pasti kalau cikguhani tidak siapkan kerjanya pasti bukan sahaja cikguhani, semua cikgu disekolah tu pun akan terkena akibatnya. pada cikguhani pula sudah pasti markah prestasinya akan merosot. adakah anda tidak pernah mengeluh?

apa yang cikguhani ceritakan hanyalah sebahagian realiti seorang cikgu. apa pula la pekung yang nak dibuka. adakah perkara yang diceritakan itu sesuatu yang buruk? . dia bercerita sedemikian kerana ada sesetengah hamba Allah yang masih lagi dalam mindanya terbuku mengatakan yang cikgu hanya kerjanya mengajar sedangkan realitinya kini adalah sebaliknya.

Kalau anda memang seorang yang membaca (kononnya membaca Buletin NUTP) anda pasti nampak perkara ini. dan untuk pengetahuan anda, insyaallah, kerja guru data (EMIS, Sistem Maklumat Murid dan sebagainya) akan hanya dikendalikan oleh seorang guru berbanding sebelum ini yang di"pangku" oleh beberapa orang guru. Jawatan Guru data baru ini dikategorikan sebagai guru luar norm dan mengajar kurang dari waktu guru biasa (saya kurang pasti mungkin 6 waktu) berbanding 28-29 waktu mengajar bagi guru biasa. Kalau la anda boleh bayangkan guru biasa dengan waktu minima sekalipun tetapi memangku/memegang jawatan lain sebagai contoh guru data la. sudah pasti dia terkejar ke sana kemari utk selesaikan semua kerja. itu belum lagi jika dipanggil berkursus dan sebagainya yang memerlukan dia meninggalkan kelas/pengajaran.

saya rasa anda sendiri pernah bersekolah (walaupun kenyataan anda mengatakan guru itu dan ini) dan saya pasti anda juga pernah nampak bagaimana guru kelas anda buat kerja. mungkin zaman anda tugas guru kelas agak kurang, namun mereka tetap kena isi dan lengkapkan buku kedatangan, buku rekod pencapaian, rekod 001 (tanya hobi anda, cita-cita anda, berat tinggi anda dan sebagainya) tapi kini...mungkin dah jadi seperti apa yang cikguhani ceritakan.

jadi, anda pun dah tahap genius, boleh fikir sendiri. cikgu yang ada di sini dan diluar sana bukan mengada-ngada atau sebagainya tetapi mereka hanya ingin tahu bahawa itulah tugas mereka kini dan bukannya seperti apa yang dah disetkan dalam minda hamba-hamba Allah yang seangkatan dengan anda dan penulis email TV3 a.ka. pelabel guru 25hb.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.076595 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list