CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

Bercinta Lagi 2 ? FINALE pag 98...

 Close [Copy link]
 Author| Post time 3-3-2010 12:01 AM | Show all posts
bebudak tengah umur cam ni  macam2 keletahnyer. nak tergelak pun ada, nak marah pun sama banyak jugak. very exiting and tiring moment but we gonna missed it when they grew up....
doubleeleven Post at 2-3-2010 13:06


ye ini la masanya nak tengok keletah and enjoy each moment...esok dah besar...suma dah terbang....tinggal lah mak ayah balik macam mula2 kawin dulu ihihihihi..tapi la ni, ramai dah kena jaga cucu pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2010 07:54 AM | Show all posts
Salam detox... harap2 ari neh ada la n3 ye x kisah le sket pon kalo banyak lagi le bagusnye.. yer detox... detox baik kan... sayangggg detox..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2010 08:08 AM | Show all posts
Part 9 (When Zeti Meets Nadira...chewah ekekekek)

===============================================================

Oya sampai awal petang itu. Dia mendukung Humaira yang baru berusia lima bulan dan tangan kanannya menjinjing satu beg plastik berisi tupperware besar.

        “Aduh, penat aku …” Oya meletakkan tupperware tersebut dan kami terus berpelukan. Humaira aku ambil untuk membolehkan Oya mengambil nafas sedikit.
        “Maira….ala comelnya…” aku agah si kecil yang tersengih-sengih.
        “Penat apa ??? I thought Fazil is coming ?”
        “Dia ada last minute meeting. Aku penat mengharung jem, dah tu penat mengemas semua barang… aku harap betul the transfer tu postponed to another week.”
        “Aku hope camtu gak.”
        “Mana Che Ah ? Tadi kan main call aku suruh cepat.” tanya Oya sambil mengeluarkan tupperware dari plastik beg.
        “On the way. Dia pun datang without Bad.”
        “So kira ni desperate housewives reunion ke ?”
Aku tergelak, “Party nak halau kau la !”
        “Tak baik punya kawan !” dia tergelak dan terus menghulurkan aku sebiji karipap.
        “Karipap je kau bawak ?”
        “Rasa tengok, aku buat special.”
Aku gigit dan mataku terbeliak, “Sedapnya Oya. Apasal bawak sikit je ????”
        “Banyak la ko ! Yang ni masuk freezer, for Nadim !” Oya menghulurkan satu tupperware kecil yang terisi karipap frozen.
        “Nadim dan aku le tu…”
Aku sambut dan terus memasukkan ke dalam peti sejuk.
        “Ensha mana ?”
        “Ada kat bilik, dia sejak dah anak dara ni asyik memerap je. Kadang satu hari dia terperuk dalam bilik, ntah buat apa tak tau.”
        “Study …”
        “Hopefully…”
        “Imran and Ijal mana ?”
        “Ada kat atas, tengok tv ngan Rom.”

Aku tarik nafas, aku bangun dan terus memeluk Oya.

        “Camna…nanti aku miss kau….” Kami berdakapan, dua-dua mula menangis. Humaira yang dalam pelukan juga menangis, membuatkan kami cepat-cepat menjauh.
        “2 tahun je, then balik … hopefully, unless Fazil kena cover other countries..”
Aku diam dan merenung Oya. Kami menangis lagi mengenangkan akan terpisah jauh.

        “Nadim camna ?” tanya Oya, kami sudah berpindah dari dapur dan duduk di ruang tamu. Oya menepuk-nepuk buntut Humaira yang sedang menyusu dan matanya makin melayu.
        “Cam dia lah. Sibuk but still find time for us.”
        “He’s good man kan.”

Aku senyum.

        “Unlike Fazil, dia kalau dah sibuk tak de nampak kat rumah…”
        “But still he’s a good man…” aku mengingatkan Oya. Oya senyum dan mengangguk.
        “As long dia tak cari perempuan lain, he’s still a good man !”

Kami ketawa dan ketika itulah Che Ah memberi salam. Aku bingkas bangun dan terus membuka pintu grill.

        “Aduh jem gila nak mari Subang ni….Federal forever jem…”

Aku senyum dan kami bertukar-tukar pelukan dan ciuman, perhatian aku tidak tertumpu sangat pada Che Ah yang mengeluh tapi mataku melihat Zeti Azita di belakangnya. Dia juga sedang memerhati aku dan wajahnya seolah tersimpan sesuatu yang sukar di tafsirkan. Dia cantik, sedikit tinggi dari aku, slim, rambutnya lurus separas bahu, hitam berkilat dan terbiar tidak di ikat, dia tidak bersolek cuma bibir yang dioles gincu berwarna merah jambu yang sangat menaikkan kecantikan semulajadi wajahnya.

        “You must be Zeti…nice to meet you.” Aku hulurkan tangan, “Nadira..” dan dia sambut mesra.
        “Nice to meet you too Nadira.”
        “My pleasure…come…” aku pimpin tangannya dan mempersilakan masuk.
        “Hello, aku kau tak ajak masuk pun…” Che Ah masuk dan terus mendapatkan Oya.

Aku mencebik dan mengangkat kening ke arah Zeti yang hanya tersenyum manis.

        “I got us this. Hope it’s fine.” Zeti menghulurkan buah anggur dan aku terus menyambutnya.
        “Buat susah je…thanks.”
        “Tak susah, I just picked kat kedai and pay…” kami berbalas senyuman.
        “Sorry la Che Ah, caused you to be stucked in jem, we only ada this time as to accommodate Zeti’s time…”
        “No problemo. Where’s Nadim ?”
        “On the way…”

Aku perasan muka Zeti berubah sedikit. Aku terus duduk di sebelahnya dan kami mula berkenalan. Aku kenalkan dia juga pada Oya. Kami berbual benda-benda asas, dan aku dapat tahu dia seorang ahli psikologi kanak-kanak, bekerja di hospital Ampang Puteri. Pada aku, dia memang mempunyai perwatakan menarik dan kata-katanya lembut dan dia bercakap seolah berbisik.

        “Do you have kids ?” tanyanya, matanya bulat bila mengajukan soalan.
        “Ya, 3. One girl from my previous marriage, and two boys.”
        “Where are they ? Would love to meet them.”
        “I locked the boys in the room…” aku gelak dengan kenyataan ku sendiri mengundang rasa pelik di muka Zeti dan keningnya terangkat. Aku lupa dia ahli psikologi kanak-kanak dan kata-kata aku tadi boleh mengundang kemudaratan pada pemikiran anak-anak.
        “What she meant Zet, anak-anak dia ni nakal, she has to confined them in one area, so that we can talk peacefully.” Che Ah menyampuk. “D, when you talk to her, you must be specific or else you will be charged for child abuse.”
        “Che Ah ! I didn’t mean that..” suaranya perlahan tapi mendayu dan senyum terukir di bibirnya. Aku suka betul cara dia bercakap. Kalau la aku ni budak bermasalah, memang aku suka dia ! Otak ku tiba-tiba ada terfikir hendak menghantar Rizal kepadanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2010 08:17 AM | Show all posts
“You have kids ?” tanya aku pula.
Dia menggeleng, “I really want one. Tapi tak ada rezeki.” Dia senyum, selalu kata-katanya akan di akhiri dengan senyuman.
        “Let’s have tea, before dinner.” Aku pelawa mereka ke meja makan.

Sambil berborak, meneguk teh dan karipap Oya yang sedap itu aku mengkaji Zeti, aku buat kesimpulan Nadim telah melepaskan seseorang yang sangat baik, dan entah mengapa di fikiran aku terbayang bagaimana dia dan Nadim. Tentu sama bahagianya seperti apa yang aku rasakan sekarang.

        “Nadira ?”

Aku terkejut bila nama aku di panggil Zeti. Lamunan aku terhenti terus, dan seperti terasa roh aku kembali ke realiti.

        “Sorry…??”

Oya tersengih, tak habis-habis lagi perangai kawan aku sorang ni, suka sangat mengelamun.

        “Emm… Oya told me, you and her were once raised at this orphanage kat Penang ?”

Aku mengangguk.

        “Which one ?”
        “Baitul Saadiah…”

Zeti diam dan merenung aku.

        “Why ?”

Dia diam tidak menjawab, aku lihat saja dia meneguk teh, tapi aku dapat rasakan dia sedang memikirkan sesuatu. Adakah dia sedang fikir aku tidak layak bersama Nadim. Aku seorang anak yatim yang tidak patut menjadi isteri pada Nadim Syah. Tiba-tiba ada rasa terguris di hatiku. Zeti terperasan perubahan di wajahku cepat-cepat dia cuba menjernihkan keadaan.

        “I am so sorry Nadira. I was there few months back. I hope I did not hurt you with my question.”

Aku senyum dan menggeleng. Tapi entah kenapa aku masih lagi merasakan sesuatu sedang bermain di fikirannya.

Rizal datang terkedek-kedek. Dia menarik tanganku yang terletak di atas meja.

        “Ha..dah terlepas !” Che Ah terjerit kecil.

Aku dan Oya ketawa tapi Zeti terus memerhati Rizal.

        “He’s so cute.”

Zeti terus bangun dan menghulurkan tangan pada Rizal.

        “Hello there. What’s your name ?”

Aku membulatkan mata, betul la, Zeti ni lembut betul cara dia berbicara. Memang sesuai lah kerjanya dengan perwatakannya.

        “Rizal Syah.”

Rizal menyambut tangan Zeti dan mencium sedikit selepas, dia mendongak memerhati Zeti sebelum menghadiahkan senyuman.

        "How old are you ?"
        "3 years. Wait, i want to talk to my Mummy."

Zeti tergelak.

         "Ok.I'm sorry that i interrupt you..."
         "OK." Rizal sengih dan menarik hujung lengan baju aku.
         "Sorry Zeti, dia ni kadang can be very outspoken."
         "It's ok, he's clever."

Rizam menarik aku supaya telinga ku dapat di bisiknya dan Zeti terus meneliti gerak geri Rizal.

        “Mummy, Ijal nak tengok Ben 10 but Imran want to watch Harry Porter again.”

Aku mengangguk dan senyum sedikit ke arah Rizal.

        “Emm…ada problem sikit, let me settle this before the two boys start a war !”

Zeti tergelak dan melihat saja aku memimpin Rizal naik ke atas.

Nadim sampai dan terdengar suara Che Ah dan Oya gelak kuat. Baru dia teringat kalau kelmarin Nadira ada memberitahu tentang makan malam itu. Dia menggaru kepala mengenangkan kekecohan yang akan dicetuskan bila ada Che Ah dan Oya. Aduhai !!!

Kakinya terhenti dan badannya rasa macam mencair apabila terlihat Zeti di meja makan tersenyum mendengar lawak jenaka dua badut tersebut. Senyum Zeti juga terus hilang apabila matanya ternampak Nadim yang berdiri tegak dan kaku. Nadim betul-betul serba salah, hendak terus naik atas, atau menjadi gentleman dengan merapati mereka dan menegur seorang demi seorang seolah tidak ada apa-apa, atau pun lari keluar dari rumah dan duduk di masjid menanti Maghrib. Dalam teragak-agak itulah Nadira turun dari atas dan terperasan Nadim yang macam patung.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 08:36 AM | Show all posts
detox..

cinta lama berputik kembali ker?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 08:45 AM | Show all posts
detox!!!
sambungla la....apa jadi....
aku harap xde hal yg tak baik jadi...
biala zeti boleh jadik kawan D..replace tempat oya...
sian D...dahla kurang kawan...ada kawan baik dah nak gi jauh plak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-3-2010 08:51 AM | Show all posts
sambung skit lagi eh, Midar...ko rasa2 ada ke berputik semula ihihihihi

chengkeh; aku pun harap gitu la kan ;
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2010 08:56 AM | Show all posts
“Abang….” Aku terus mendapatkan dia, begnya aku sambut dan aku cuit sedikit bahunya. “Why cam patung ?” aku bisik perlahan dan senyum nakal aku hadiahkan padanya.
        “Emm, why you tak bagitahu she’s coming ?” suaranya perlahan dan matanya merenung aku dengan rasa kesal.
        “I nak tengok this moment…” aku sengaja mengusik dan tergelak kecil sambil mengangkat kening, tapi ternyata Nadim sangat tidak senang dengan tindakan aku. “Come join us. Oya bawa karipap sedap.”
        “Nadira, you’ve crossed the boundary.…this is not good !” ucapnya melalui gigi yang terketap erat, pipinya merah menahan rasa. Aku buat tidak dengar lalu heret tangan Nadim dan dia ikut macam kena pukau.

Nadim menghela nafas, dia cuba berbuat biasa sebaik  mungkin dan duduk di sebelah Che Ah, bertentangan dengan Zeti.

        “How’s your day ?” tanya Che Ah.
        “OK.” Dia mencapai cawan dan membawa ke mulut, teh manis di teguk perlahan dan matanya merenung ke dalam cawan yang baru hari ni dia perasan ada rama-rama kecil di dasar cawan itu.
        “So Oya, when are you leaving ?” matanya tertumpu pula pada Oya.
        “Ahad ni..”

Nadim mengangguk, dia serba salah.

        “Hi Zet…” ucapnya pendek.
        “Hi..” suara Zeti tambah perlahan.
        “I don’t know Dira invited you….” Nadim mengetap bibir.

Zeti hanya senyum dan suasana menjadi diam seketika di meja itu. Che Ah merenung Nadim, matanya pula beralih pada Zeti. Akhirnya Zeti bangun dan menuju ke dapur mendapatkan aku yang sedang membancuh teh lagi.

        “I don’t feel easy…” dia berterus terang.
        “Don’t be…” aku pegang lengannya.
        “You know me and Nadim, we were once …” katanya terus terang dan seolah cuba memberitahu yang apa aku sedang lakukan adalah sesuatu kerja gila dan cuba membuka kenangan lama mereka.
Aku membulatkan mata. “Ye, I tahu, it’s ok . Let’s bygones be bygones. I like you and I think we can be good friend.” Aku berkata jujur.

Aku sebenarnya dapat merasakan keperitan Zeti, aku juga pernah kehilangan suami. Jadi apa salahnya aku berkongsi rasa, jadi pertemuan hari ini adalah merupakan pintu kepada pertemuan-pertemuan yang akan ada lagi pada hari mendatang.

        “You do ? You tak jealous ke ?” tanyanya berbisik.
        “Yes. Don’t worry, kalau tak I tak invite you.”
        “If I were you, I akan sangat jealous !” Dia senyum dan kami berdua berkongsi ketawa.
        “Tak ada apalah, we are old enough to understand and accept whatever happened in the past..” aku merenung dia dan dia angguk bersetuju.
        “You two really make a lovely couple.” Puji Zeti.
        “Thank you very much.”

Kami kembali ke ruang makan dan aku dapati Nadim sudah tidak ada di situ.
Aku naik ke atas untuk mengambil sejadah dan mendapati Nadim sedang bersiap-siap. Baju melayu sudah tersarung, mukanya serius dan tiada segaris senyum. Dia marah kat aku tentunya….

        “I ke masjid, don’t wait for me. Be there till Isyak, kalau semua tak balik lagi I sanggup tidur kat masjid tunggu Subuh esok.” Katanya memerli aku.
        “Abang…I am so sorry..”
        “You should think before doing something like this…” katanya perlahan tapi penuh kekesalan.
        “Abang, there’s no reason for you to be mad…..”
        “I have all the reasons..” dia merenung ku, “What are you trying to do here ?”
        “I just want to know her. Salah ke ?”
        “Tak , but the way you do things, cara tu yang salah.”
        “Why because she’s your old flame ?”
        “See, I know where this is leading. First invite her, then put me in a difficult situation, finally, you will create all sorts of motive and start  hooting on me…”
        “Abang ! You get me all wrong.”
        “Hey, who’s the one started the ball rolling here ? Dira, please, I don’t need this provocation. Don’t you ever care of her feelings….of mine ?” Matanya merenung aku tajam.

Sepanjang aku kenal dengan Nadim, tidak pernah aku lihat dia sebegitu marah. Nadim yang selalu tenang, sudah tidak tenang sekarang !

        “I know. So ? If dah over why are you acting like it’s not ?”
        “Nadira… I leave it all to you. If you think this is all worth to you, by all means go ahead. But do keep in mind, don’t ever get me involved in whatever plans you have on your mind. ”

Dia tinggalkan aku dengan rasa amarah, aku terus jadi tak sedap badan. Memang aku silap kali ini. Aku termangu sekejap, dan apabila sayup-sayup suara azan dari Masjid Subang kedengaran aku terus tersedar yang ada tetamu di bawah. Aku kumpul semula mood dan turun ke bawah membawa sejadah dan telekung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2010 09:03 AM | Show all posts
senyum yg nadim nampak pada zeti tu sama ngan nadira kan??
nadira ngan zeti tu ade pertalian ek??
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 09:06 AM | Show all posts
detox... sbg la lg.. :pompom: :pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2010 09:08 AM | Show all posts
Salam

ok guys, tu je for today..aku will be bz running ard today
so selamat !

bye bye
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 09:13 AM | Show all posts
alahai....tak pe detox.. wat keja dulu...
jgn lupa sambung yek
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 09:24 AM | Show all posts
wahhh..Nadim marah betul...
sambung lg detox... tgk camna D pujuk Nadim...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 09:25 AM | Show all posts
kn nadim dh marah ... pandai2 je nadira nie ajak zeti dtg umah.

tp niat nadira tu baik, cuma nadim je sentap.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 09:32 AM | Show all posts
OK detox xpa...... watlah keje dulu, kami setia menanti.

Nadim marah sungguh kat Nadira sbb........

Kadang2 apa yg kita buat tu  pada mata kita betul  tp penerimaan org lain xsama dgn yg kita fikirkan.  Tu kdg2 timbul konflik...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 09:35 AM | Show all posts
Tk Detox...N3 baru...  cite keluarga ni mmg banyak pengajaran.. tapi apa motif D berbaik2 dgn Zeti yekk? Maaflah, aku agak lembab bab2 niih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2010 09:41 AM | Show all posts
Nadim menghela nafas, dia cuba berbuat biasa sebaik  mungkin dan duduk di sebelah Che Ah, bertentangan dengan Zeti.

        “How’s your day ?” tanya Che Ah.
        “OK.” Dia mencapai cawan dan membawa ke mulut, teh manis diteguk perlahan dan matanya merenung ke dalam cawan yang baru hari nidia perasan ada rama-rama kecil di dasar cawan itu.
      .”



Detox, aku tergelak sorang2 pasai ni... klakor pulak si Nadim niih... takkan kalut sgt noo... apapun terus maju Detox..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 09:47 AM | Show all posts
tapi detox...bila nadim dah marah2 cam neh aku cam rasa tak best plak si zeti tuh jadik kawan D....tapi nadeem memang bestkan......tetap setia ngan D....

mak suka nyah!!!
kekekke

memang akan rasa serba salah jugak kot...sbb zeti tuh lembut orangnya wpun nadeem da takde per2 ngan zeti....mintak2 zeti jumpa pengganti....

ok next detox...wakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 09:55 AM | Show all posts
Selalu org dok kata bila clash....
"Kita tak dpt bersatu jodoh x ada tapi kita tetap jadi kawan baik"

ha ha ha masih ingat ceramah dato harun din..kata dato ungkapan ni x blh pakai guna...
bercinta bagai  nak rak bila clash tak jadi kawin nak jadi kawan baik .....
sedikit sebanyak perasaan kasih tu tetap ada....so bahaya kita kena peka pada perasaan pasangan masing2..... sifat cemburu semua org ada....untuk menjaga keharmonian..rumahtangga masing2.

Nadira....U terlalu berani le....ha ha ha ha klu akak x sanggup weh....menempah bahaya je..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 10:30 AM | Show all posts
wah..1st time Nadim merajuk nih..
detox, nak tengok camne D pujuk cik abang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.049471 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list