|
Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)
[Copy link]
|
|
China keluar amaran pencemaran udara kronik, jarak penglihatan kurang 50 meter

ORANG ramai berjalan di sekitar jalanan di Beijing. - AFP
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
1 November 2023, 11:00 am
BEIJING: Pihak berkuasa China mengeluarkan amaran tahap pencemaran tertinggi untuk jerebu dan kabus ketika asap tebal menyelubungi beberapa bandar utama di utara republik itu.
Malah, pihak berkuasa turut memberi amaran kepada orang ramai bahawa jarak penglihatan boleh menurun kepada kurang daripada 50 meter.
Biro meteorologi China dalam satu notis memaklumkan wilayah utara Hebei sudah melancarkan respon kecemasan anti-pencemaran yang menyenaraikan kawalan keselamatan trafik jika perlu termasuk menggantung penerbangan, menangguhkan operasi feri serta menutup sementara lebuh raya.
Pihak berkuasa juga menasihatkan pengguna jalan raya menghentikan kenderaan mereka di kawasan parkir yang selamat apabila diperlukan, serta meminta penduduk untuk kekal berada di dalam rumah.
Beijing memaklumkan pihaknya akan melaksanakan langkah kawalan lalu lintas sekiranya ibu kota itu mengaktifkan amaran tahap pencemaran tertinggi.
Dilaporkan, asap tebal menyelubungi utara negara itu selama beberapa hari manakala suhu musim luruh melonjak ke paras awal musim panas biasa hampir 30 darjah Celsius di beberapa kawasan.
Menurut pakar, aliran udara sejuk yang lemah dari kutub utara dilihat sebagai faktor utama di sebalik cuaca luar biasa itu.
Ketika paras pencemaran udara di kawasan Beijing-Tianjin-Hebei dan bahagian utara wilayah Henan mencapai tahap sederhana hingga teruk, pakar berpandangan peningkatan aktiviti perindustrian dan kebakaran tanaman menyumbang kepada kejadian jerebu.
Media tempatan CCTV melaporkan penggunaan tenaga serantau pada akhir Oktober meningkat sebanyak lima peratus berbanding pada separuh pertama bulan itu.
Penggunaan tenaga itu lebih ketara dalam industri simen, bata dan jubin sehingga memburukkan lagi keadaan. – REUTERS
Kredit: Utusan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Korea Selatan beri jaminan makanan lautnya selamat

Foto hiasan AFP
Seoul: Korea Selatan memberi jaminan makanan laut dari negara itu selamat untuk dimakan walaupun terdapat kebimbangan mengenai pelepasan air sisa radioaktif Jepun ke lautan.
"Saya yakin laut dan hasil makanan laut kita benar-benar selamat tetap tidak berubah," kata Menteri Perikanan dan Laut Cho Seung Hwan dalam sidang media, lapor Agensi Berita Yonhap.
Menteri itu berkata terdapat data yang mencukupi untuk menyokong dakwaan berkenaan.
Beliau berkata walaupun timbul isu keselamatan, jualan makanan laut di pasaran tempatan telah meningkat.
Menurut beliau, kerajaan akan terus melancarkan acara promosi dan mengedarkan kupon untuk meningkatkan penggunaan tempatan.
Cho berkata beliau mengakui terdapat kebimbangan berterusan dalam kalangan penduduk berhubung pelepasan air sisa radioaktif Jepun.
Bagaimanapun beliau berkata kerajaan akan menggunakan semua sumber yang ada untuk memantau tahap radiasi dalam hidangan laut.
Jepun melancarkan fasa kedua pembuangan air sisa radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima ke dalam Lautan Pasifik pada awal bulan ini selepas fasa pertama dilaksanakan antara 24 Ogos dan 11 September.
Pusingan ketiga pelepasan dijadualkan pada awal November.
https://www.hmetro.com.my/global ... nan-lautnya-selamat |
|
|
|
|
|
|
|
Pengadil bikin abang do 'naik angin'

CRISTIANO Ronaldo.
Riyadh: Beberapa keputusan kontroversi daripada pengadil membuatkan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo 'naik angin' dan membuat isyarat meminta Piero Maza digantikan dengan pengadil lain.
Dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Raja Juara-Juara di Riyadh itu, Maza yang juga pengadil import dari Chile gagal mengawal perlawanan dengan beberapa layangan kad kuning dan merah mewarnai pertemuan itu.
Pada perlawanan itu, Ronaldo dan rakan sepasukannya menang dengan melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Al-Ettifaq sekali gus membawa Al-Nassr ke pusingan berikutnya.
Pemenang lima kali Ballon d'Or itu pada mulanya berang dengan keputusan pengadil yang membatalkan jaringan rakan sepasukannya, Talisca selepas merujuk kepada VAR.
Maza sekali lagi membuat keputusan kontroversi membabitkan Talisca dengan melayangkan kad kuning dan kemudian menukar kepada kad merah selepas pemain Brazil itu mengasari lawan dengan tangannya.
Ronaldo turut menerima kad kuning di babak pertama kerana membantah keputusan pengadil yang tidak memberikannya sepakan percuma.
Dia hampir dilayangkan kad kuning kedua kerana sekali lagi membantah keputusan pengadil.
Al-Ettifaq, yang dikendali Steven Gerrard, juga terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Ali Hazazi dibuang padang kerana kekasaran yang menyebabkan pergaduhan di antara kedua-dua pasukan.
Sadio Mane menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan untuk membawa Al-Nassr ke peringkat suku akhir.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... abang-do-naik-angin |
|
|
|
|
|
|
|
Saka tak bimbang ‘diserang’ burnout
Oleh KOSMO!
1 November 2023, 10:30 am

AKA sedia menyahut cabaran Arteta untuk bermain 70 perlawanan bersama Arsenal sepanjang musim ini. – AFP
LONDON – Bintang Arsenal, Bukayo Saka menyahut cabaran pengurusnya, Mikel Arteta untuk bermain 70 perlawanan musim ini tanpa peduli mengenai masalah kelesuan melampau (burnout) yang boleh menyerang dirinya.
Saka, 22, bermain semua perlawanan dengan The Gunners musim ini kecuali satu aksi sahaja ketika menewaskan Manchester City 1-0 disebabkan mengalami masalah hamstring.
Ketahanan fizikal pemain sayap England itu menjadi aset utama buat Arsenal yang dijangka kekal menurunkannya menentang West Ham United pada aksi pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) di Stadium London awal pagi esok.
“Lihat semua pemain hebat di dunia, mereka bermain 70 perlawanan dan setiap tiga hari tetapi masih membawa perubahan memenangi perlawanan. Jika saya mahu berada pada tahap itu, saya juga perlu lakukannya.
“Saya rasa tidak mustahil kerana saya seorang yang suka berada di atas padang. Saya akan berikan yang terbaik setiap kali diturunkan.
“Saya tak pernah terfikir mengenai burnout, cumanya tiada apa yang saya dapat lakukan kalau saya mengalami kecederaan. Jika itu berlaku, saya terpaksa akur tidak dapat bermain,” kata Saka.
The Gunners yang menewaskan Brentford 1-0 di pusingan ketiga EFL bulan lalu, berharap dapat memberikan sedikit minit permainan kepada kaptennya, Martin Odegaard selepas terlepas aksi menentang Sheffield disebabkan kecederaan pinggul.
Penyerang utama, Gabriel Jesus hampir pasti tidak beraksi menentang West Ham kerana belum pulih daripada masalah hamstring, begitu juga Jurrien Timber yang masih menjalani pemulihan Anterior Cruciate Ligament (ACL). – AGENSI
Kredit: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Bakar isteri kerana cemburu

Georgian Constantin (kiri) Valentina Cozma (kanan) menjadi mangsa kekejaman suaminya. FOTO Agensi
London: Seorang lelaki dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah kerana membunuh isterinya, Valentina Cozma dengan membakarnya, lapor The Daily Mirror.
Lelaki berusia 42 tahun itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh, tetapi juri di Mahkamah Stafford Crown berpendapat sebaliknya.
Georgian Constantin didakwa menuang petrol ke atas Valentina, 40, dan membakarnya di dapur rumahnya pada 9 Februari lalu, dengan hasil bedah siasat mendapati dia meninggal dunia akibat kesan kebakaran.
Polis memburu Constantin selepas dia mengaku melakukan pembunuhan itu dalam catatan Facebook yang kemudian dipadam.
Dia bagaimanapun ditangkap di sebuah alamat di London lima hari kemudian kira-kira 241 kilometer (km) dari rumahnya.
Difahamkan, Constantin bertindak sedemikian kerana mahu membalas dendam terhadap wanita itu kerana memutuskan hubungan mereka dan memulakan hubungan baru.
Dia juga disabitkan bersalah kerana membuat ugutan untuk membunuh teman lelaki baru Valentina iaitu Dita Costell.
Constantin turut dipenjarakan selama dua tahun serentak kerana mengancam untuk membunuh lelaki terbabit.
Hakim Kristina Montgomery KC berkata Constantin tidak menunjukkan sebarang penyesalan atas tindakannya itu.
"Valentina berusia 40 tahun ketika kematiannya. Dia adalah ibu yang setia kepada anaknya. Semua bercakap mengenai kebaikan dirinya. Dia seorang wanita yang prihatin, menyokong dan mengambil berat orang lain sebelum dirinya.
"Kehilangannya dan keadaan di mana dia dibunuh menyebabkan penderitaan kepada mereka yang menyayanginya. Rasa kehilangan mereka yang tidak akan dapat diperbaiki. Anak lelakinya terpaksa membesar dengan dunia baru dalam ketiadaan kedua ibu bapanya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/global ... teri-kerana-cemburu |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki paku buah zakar sendiri

Paku berukuran 6 sentimeter panjang dipahat di dua tempat berbeza dengan serpihan lain tersangkut di sendi antara tulang pelvis pesakit. – Getty Images
TUNIS, TUNISIA – Seorang lelaki di Tunisia menusuk kantung skrotumnya menggunakan dua batang paku selepas mendakwa dia menerima arahan daripada ‘seseorang’ dalam imaginasinya, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Berdasarkan kes yang disiarkan dalam jurnal Urology Case Records, doktor berkata, paku berukuran panjang 6 sentimeter itu dipahat di dua tempat berbeza dengan serpihan lain tersangkut di antara tulang pelvis pesakit.
Walaupun mengalami kecederaan parah, kakitangan Hospital La Rabta berkata, lelaki berusia 23 tahun yang namanya tidak didedahkan itu pulih dengan baik dan terselamat tanpa sebarang kerosakan berpanjangan pada buah zakarnya.
Dia diberikan suntikan tetanus untuk mengelak jangkitan bakteria selain kuku serta tisu kulit mati turut dibuang.
Pesakit berkenaan dibenarkan keluar selepas hanya satu hari ditahan di hospital.
Dia kemudian dirujuk kepada pakar psikiatri yang mengesahkan pesakit mempunyai masalah kesihatan mental yang serius.
“Dalam kes tersebut, pesakit itu mengalami skizofrenia. Di bawah arahan orang imaginasinya, dia memasukkan objek ke dalam skrotumnya,” tulis doktor dalam laporan berkenaan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... buah-zakar-sendiri/ |
|
|
|
|
|
|
|
Polis cekup pencuri tumpang tidur dalam kelambu

Suspek tidur dengan nyenyak sebelum dikejutkan oleh polis. – Tribunnews
JAKARTA – Polis memberkas seorang pencuri yang tertidur di atas katil rumah yang dipecah masuk, dipercayai akibat mabuk, lapor portal berita Okezone semalam.
Dalam kejadian di Pademangan, Jakarta Utara, polis yang disertai pemilik rumah serta beberapa penduduk mengejutkan lelaki berkenaan yang ketika itu, sedang nyenyak tidur.
Berdasarkan video tular di media sosial, perompak berkenaan dilihat tidur di atas katil di dalam bilik rumah yang dipecah masuk.
Menurut ketua masyarakat setempat, Suhadi, kejadian itu bermula apabila pemilik rumah menyedari rumahnya dimasuki pencuri ketika pulang ke kediaman itu.
“Pemilik rumah kemudian masuk ke dalam bilik dan mendapati ada seseorang sedang tidur di dalam kelambu. Dia terus melaporkan hal itu kepada saya,” katanya.
Tambah Suhadi, selepas dikejutkan daripada tidur, pelaku memberitahu bahawa dia hanya menumpang tidur serta mengaku mencuri kompresor peti sejuk.
“Dia kelihatan amat nyenyak, seperti selepas makan ubat tidur,” ujar Suhadi.
Polis menemui sebotol arak yang dibawa oleh suspek sebelum membawanya ke balai polis untuk siasatan selanjutnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... idur-dalam-kelambu/ |
|
|
|
|
|
|
|
Calon Presiden Indonesia 2024 minta Jokowi kekal neutral

JOKO WIDODO
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
1 November 2023, 12:00 pm
JAKARTA: Dua calon Presiden Indonesia 2024 menyeru Joko Widodo (Jokowi) untuk kekal neutral menjelang pilihan raya tahun depan di tengah-tengah kritikan umum kononnya pemimpin itu mungkin cuba mengekalkan kuasanya selepas tamat penggalnya.
Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo menggesa Jokowi mengekalkan sikap berkecuali menjelang Pilihan Raya Presiden (Pilpres) yang akan diadakan pada 14 Februari tahun lalu.
“Kami sering berjumpa dengan orang sayangkan presiden dan mereka menyampaikan mesej iaitu beliau perlu kekal neutral,” kata Anies selepas makan tengah hari bersama Jokowi dan calon presiden lain.
Jawatan nombor satu republik itu turut ditandingi oleh Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto yang akan bertanding bersama anak Jokowi, Gibran
Rakabuming Raka.
Sebelum ini, aktivis demokrasi dan politik menyuarakan kebimbangan terhadap langkah Jokowi yang dikatakan cuba untuk kekal berkuasa dan membina dinasti politik.
Hal itu demikian selepas keputusan mahkamah baru-baru ini mengubah kriteria kelayakan sekali gus membenarkan anak sulung Jokowi menjadi pasangan calon naib presiden Prabowo.
Para penganalisis berpandangan gerakan politik itu berisiko memupuk politik dinasti dan naungan di negara yang mempunyai pemerintahan autoritarian selama 32 tahun sehingga 1998.
Walaupun Jokowi secara terbuka memaklumkan tidak akan campur tangan dalam urusan pilihan raya, pemimpin itu dikatakan secara diam-diam menyokong Prabowo.
Malah, beliau juga dikatakan menggerakkan penyokongnya untuk berkempen bagi calon dan menggandingkan anaknya dengan bekas pesaingnya.
Kelmarin, Jokowi mengarahkan pemimpin tempatan untuk kekal neutral dalam pilihan raya berkenaan.
Menurut penganalisis, presiden itu bebas menyokong mana-mana calon dan dengan penilaian kelulusan tinggi, adalah penentu dalam pilihan raya. – REUTERS
Kredit: Utusan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mattzzx at 1-11-2023 12:50 PM
Satu kanak-kanak mati setiap 10 minit di Gaza

PENDUDUK Palestin melakukan solat jenazah untuk kanak-kanak yang terbunuh akibat pengeboman Israel di Deir al-Balah, Semenanjung Gaza. - AFP
BAITULMUQADDIS: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, Save the Children mendedahkan seorang kanak-kanak terbunuh bagi setiap 10 minit di Gaza susulan perang yang berlaku antara Hamas dan Israel.
Jika sebelum ini purata itu berlaku bagi setiap 15 minit, kini ia menjadi semakin pantas berikutan serangan bertalu-talu daripada tentera Zionis.
Jurucakap Save the Children cawangan Palestin, Jason Lee berkata, perang yang berlaku juga menyaksikan sekurang-kurangnya 20,000 penduduk awam cedera.
Katanya, daripada jumlah itu, satu daripada tiga mangsa merupakan kanak-kanak.
“Disebabkan banyak penduduk yang cedera dan tidak dirawat sewajarnya, berlaku peningkatan penyakit berjangkit setiap hari.
“Penduduk Gaza juga tidak mempunyai bekalan kebersihan yang mencukupi dan situasi itu menyebabkan mereka terdedah dengan amalan kebersihan tidak lengkap,” katanya.
Pada masa yang sama, beliau turut meluahkan kebimbangan wabak influenza yang berisiko menular dalam kalangan penduduk Gaza.
Kebimbangan itu semakin berlipat ganda apabila trak bantuan kemanusiaan yang memasuki Gaza disifatkan ‘tidak mampu menyelesaikan masalah’.
Turut menyedihkan, doktor-doktor bedah melakukan pembedahan tanpa menggunakan ubat tahan sakit atau anestetik, manakala telefon bimbit digunakan sebagai sumber mendapatkan cahaya di pusat-pusat perubatan.
“Mereka kehilangan kemudahan perubatan dan terdapat juga 130 bayi pramatang dalam inkubator yang turut berpotensi tidak dapat berfungsi berikutan tiada bahan api,” ujar Lee.
https://www.utusan.com.my/luar-n ... p-10-minit-di-gaza/ |
|
|
|
|
|
|
|
Sidang kemuncak keselamatan AI pertama dunia diadakan di UK
November 1, 2023 @ 11:16am

Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, berucap pada salah satu forum mengenai keselamatan kecerdasan buatan (AI) di London, England. - Foto REUTERS
BLETCHLEY PARK: Sidang kemuncak besar pertama di dunia mengenai keselamatan kecerdasan buatan (AI) bagi membicarakan kebaikan dan keburukan teknologi itu, membuka tirainya di United Kingdom (UK), hari ini.
Melalui persidangan itu, barisan pemimpin politik dan teknologi dijangka membincangkan kemungkinan tindak balas terhadap teknologi yang mengubah kehidupan masyarakat itu.
Perdana Menteri UK, Rishi Sunak; Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris; Ketua Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, dijadual menghadiri persidangan dua hari itu.
Ia akan memberi tumpuan kepada peningkatan kebimbangan berhubung kesan AI terhadap kehidupan seharian masyarakat dan langkah mengawal selia teknologi itu.
Pelancaran model terbaharu menyaksikan sekilas gambaran berhubung potensi AI, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai isu kehilangan pekerjaan, serangan siber dan kawalan manusia terhadap sistem komputer pintas itu.
Minggu lalu, Sunak, dalam ucapannya menyentuh mengenai matlamat utama persidangan ialah pendekatan keselamatan yang lebih bersifat antarabangsa dengan jalinan kerjasama rakan kongsi untuk memastikan AI selamat sebelum ia dilancarkan.
"Kami akan berusaha untuk bersetuju dengan pendirian antarabangsa yang pertama mengenai risiko ini," katanya sambil membuat perbandingan terhadap pendekatan yang diambil membabitkan perubahan iklim.
Sunak turut menekankan keperluan untuk negara membangunkan pemahaman bersama berhubung risiko yang dihadapi daripada AI.
Namun, London dilaporkan terpaksa menarik semula beberapa perancangannya berhubung idea seperti melancarkan badan kawal selia baharu.
Selepas berdepan kritikan kerana hanya menumpukan terhadap risiko AI, UK hari ini menjanjikan sebanyak £38 juta (RM219 juta) untuk membiayai projek AI di seluruh dunia, bermula di Afrika.
Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, adalah satu-satunya pemimpin dunia dan hanya seorang wakil daripada negara G7 yang menghadiri persidangan itu.
Elon Musk dijangka hadir, namun sehingga kini masih belum jelas sama ada beliau akan menghadirinya secara fizikal di Bletchley Park, utara London.
Walaupun potensi AI dilihat banyak memberikan harapan khususnya dalam perubatan, perkembangannya dilihat tidak terkawal.
Menjelang mesyuarat itu, kuasa G7 bersetuju mengenai kod etika yang tidak mengikat bagi syarikat yang membangunkan sistem AI.
Rumah Putih mengumumkan rancangannya sendiri untuk menetapkan piawaian keselamatan bagi penggunaan AI yang memerlukan syarikat menyerahkan sistem tertentu kepada semakan kerajaan.
Sementara di Rom, menteri dari Itali, Jerman dan Perancis menyeru pendekatan mesra inovasi untuk mengawal selia AI di Eropah, kerana mereka menggesa lebih banyak pelaburan untuk berdiri setanding AS dan China. - AFP
Kredit: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Good Afternoon
 |
|
|
|
|
|
|
|
Konflik Palestin-Israel: Negara Amerika Selatan sepakat pulaukan Israel
Oleh KOSMO
1 November 2023, 11:55 am

Pentadbiran Luis Arce menamatkan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv. - AFP
LA PAZ, BOLIVIA – Beberapa negara Amerika Selatan melancarkan protes diplomatik terhadap Israel sebagai tindak balas kepada pencerobohannya ke atas Semenanjung Gaza yang telah membunuh lebih 8,000 orang awam, lapor akhbar The Guardian.
Bolivia membuat keputusan menamatkan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv, dengan menegaskan bahawa Israel melakukan jenayah perang serta melanggar hak asasi manusia.
“Kami menuntut serangan dihentikan di Semenanjung Gaza yang setakat ini telah meragut ribuan nyawa orang awam dan menyebabkan pemindahan rakyat Palestin secara paksa,” kata Menteri dalam Pentadbiran Presiden Luis Arce, Maria Nela Prada dalam satu sidang akhbar semalam.
Beberapa jam selepas pengumuman itu, kerajaan Chile dan Colombia turut memanggil pulang duta-dutanya ke Israel, manakala Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva turut mengkritik serangan berterusan ke atas Gaza.
Bekas presiden Bolivia, Evo Morales sebelum ini menggesa negara itu memutuskan hubungan dengan Israel berikutan keadaan di Palestin.
Beliau turut mendesak agar Israel dinamakan sebagai ‘tanah pengganas’ selain Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu serta rakan sejenayahnya dikecam di mahkamah jenayah antarabangsa kerana pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang.
Dalam pada itu, Presiden Venezuela, Nicolas Maduro kelmarin mengulangi desakan untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel ke atas penduduk Palestin.
“Mereka (Israel) mahu menghapuskan rakyat Palestin.
“Bersama-sama semua orang dari seluruh dunia, marilah kita bersatu untuk menyeru gencatan senjata dan menamatkan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin,” katanya. – AGENSI
Kredit: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu bilion penduduk berpindah secara rela atau paksa – WHO

PENDUDUK tinggal di pusat perlindungan di sekolah menengah Hasahisa akibat konflik di Sudan. - AFP
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
1 November 2023, 1:00 pm
GENEVA: Kira-kira satu bilion penduduk di seluruh dunia ketika ini meninggalkan kediaman masing-masing sama ada secara rela atau terpaksa.
Lapor Agensi Anadolu, perkara itu dinyatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerusi laporan agenda penyelidikan global yang pertama kali diterbitkan, kelmarin.
Menurut WHO dalam kenyataan, agenda mengenai kesihatan, penghijrahan dan perpindahan itu bertujuan membimbing usaha penyelidikan bagi memahami dan menangani keperluan kesihatan migran, pelarian dan penduduk yang hilang tempat tinggal secara paksa.
Malah, agenda itu juga membentuk dasar dan amalan responsif di seluruh dunia.
“Pada masa ini, kira-kira satu bilion orang meninggalkan rumah mereka secara rela atau paksaan disebabkan pelbagai faktor seperti peperangan, konflik, ketidaksamaan pendapatan, peralihan ekonomi, urbanisasi dan perubahan iklim.
“Terdapat keperluan untuk membangunkan dasar berasaskan bukti bagi memastikan tiada mana-mana individu yang dipinggirkan.
“Bagaimanapun, terdapat kekurangan pengetahuan yang komprehensif mengenai perkara berkesan untuk menyokong kesihatan penduduk berpindah,” jelas kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, jurang pengetahuan sedemikian memberi kesan terhadap kesejahteraan orang ramai sekali gus memperlahankan kemajuan global ke arah perlindungan kesihatan sejagat dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Semasa proses perundingan agenda penyelidikan global, WHO memaklumkan lima tema kajian keutamaan dipersetujui yang memerlukan pelaburan lebih besar.
Tema itu antara lain cara meningkatkan akses kepada perkhidmatan dan mencapai perlindungan kesihatan sejagat inklusif, tindakan untuk menjadikan persediaan kecemasan kesihatan lebih responsif, pemahaman lebih baik mengenai penentu kesihatan dan cara menanganinya serta kerjasama dalam penyelidikan.
Sementara itu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi kenyataan menyifatkan agenda penyelidikan global itu sebagai langkah penting dalam usaha agensi itu untuk memacu dasar dan amalan berdasarkan bukti. – AFP
Kredit: Utusan Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketua PBB cemas perang semakin sengit di Asia Barat
November 1, 2023 @ 12:53pm

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. - Foto REUTERS
NEW YORK: Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, mengakui sangat cemas dengan konflik Israel-Palestin yang semakin meruncing dan mula merebak di Asia Barat.
Katanya, ia susulan pertempuran yang semakin meningkat termasuk operasi darat oleh Angkatan Pertahanan Israel (IDF) disertai dengan serangan udara bertalu-talu, dan tembakan roket yang berterusan ke arah Israel dari Gaza.
"Orang awam menanggung beban pertempuran sejak awal lagi. Saya mengulangi kecaman saya terhadap tindakan serangan ini.
"Tidak pernah ada sebarang alasan untuk pembunuhan, kecederaan dan penahanan orang awam. Saya merayu pembebasan segera dan tanpa syarat orang awam yang ditawan Hamas.
"Saya mengutuk pembunuhan orang awam di Gaza dan saya kecewa dengan laporan bahawa dua pertiga daripada mereka yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak," katanya.
Guterres juga menggariskan kebimbangannya berhubung peningkatan risiko berbahaya di luar Gaza.
Sementara itu, agensi pelarian PBB, Suruhanjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR) merayu supaya Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bertindak.
Seramai 15 anggota Majlis Keselamatan PBB tidak menerima pakai sebarang resolusi mengenai perang selama tiga minggu di Asia Barat itu, dengan empat deraf ditolak setakat ini.
Ketika pertempuran sengit berlaku, Pesuruhjaya tinggi UNCHR, Filippo Grandi,
menggesa UNSC untuk bersatu dan menyokong gencatan senjata.
"Gencatan senjata kemanusiaan sekurang-kurangnya dapat menghentikan episod kematian ini dan saya berharap perpecahan dalam Majlis dapat diatasi, sekali gus menggunakan kuasa Majlis," katanya.
Sebelum ini, beberapa teks deraf UNSC disekat oleh AS kerana mereka tidak menyebut 'hak Israel untuk mempertahankan diri', manakala sebuah lagi teks dihalang oleh Russia dan China khususnya kerana ia tidak menuntut 'gencatan senjata' dengan jelas.
Israel melancarkan kempen ketenteraan paling sengit yang pernah berlaku di Gaza selepas diserang Hamas pada 7 Oktober lalu.
Pesawat pejuang Israel semalam meneruskan serangan tanpa henti ke atas Gaza, di mana, menurut Kementerian Kesihatan Hamas, sekurang-kurangnya 8,525 orang terkorban, termasuk lebih 3,500 kanak-kanak. - AFP
Kredit: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Peluang Manchester United pamer kebangkitan
Oleh KOSMO!
1 November 2023, 11:30 am

RASHFORD (depan) masih gagal menjaringkan gol walaupun diberikan kepercayaan berada dalam kesebelasan utama sebanyak sembilan kali musim ini.– AFP
MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag membayangkan akan melakukan perubahan pemain untuk menghadapi Newcastle United menjelang aksi pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) di Old Trafford awal pagi esok.
Walaupun sering menggunakan pemain sama, pengurus berusia 53 tahun itu merasakan The Red Devils masih memiliki ramai pemain berkualiti dan perlu diberikan peluang untuk menyerlahkan potensi terutamanya Alejandro Garnacho.
“Kami memiliki ramai pemain di bangku simpanan seperti Mason Mount dan Garnacho yang kami rasakan mereka mampu mengubah rentak mana-mana permainan,” katanya.
Masalah serangan United cukup ketara ketika Marcus Rashford kini masih gagal menjaringkan gol walaupun sembilan kali membarisi kesebelasan utama.
Dalam masa sama, Ten Hag mengakui, motivasi pasukannya kini berada pada tahap paling rendah, namun beliau enggan terlalu melayan kritikan kerana percaya anak-anak buahnya sudah bersedia berdepan cabaran akan datang.
“Sudah pasti kami berada pada motivasi paling rendah. Namun, kami akan mengembalikan tenaga dan bersedia sedia untuk menghadapi perlawanan selepas ini,” katanya.
Sebelum ini, legenda United, Roy Keane meluahkan kebimbangannya terhadap bekas pasukannya itu yang mampu tergelincir ke kedudukan lebih rendah selepas tewas 0-3 kepada Manchester City.
Beliau secara terang-terangan menggesa Ten Hag agar melucutkan peranan kapten daripada Bruno Fernandes. – AGENSI
Kredit: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Man United perlu belanja besar jika pecat Ten Hag
November 1, 2023 @ 1:36pm

Pengendali Manchester United, Erik ten Hag dikritik selepas kekalahan kepada Manchester City di Old Trafford. - Foto AFP
MANCHESTER: Manchester United perlu membayar pampasan berjumlah 15 juta pound (RM86.96 juta) jika mahu memecat Erik ten Hag.
Pengendali dari Belanda itu kembali dikritik selepas kekalahan 3-0 kepada Manchester City pada Ahad lalu, dengan sebahagian pemainnya juga hairan terhadap percaturan Ten Hag.
Kontrak Ten Hag di Old Trafford yang bernilai 9 juta pound (RM52.18 juta) setahun hanya akan tamat pada musim panas 2025, dan pemilik United, Avram Glazer perlu membayar pampasan jika mahu melepaskannya lebih awal.
Sebelum ini tiga pengendali yang dipecat - David Moyes, Louis van Gaal dan Ole Gunnar Solskjaer - hanya dibayar maksimum 8.4 juta pound (RM48.70 juta).
Hanya Jose Mourinho menerima jumlah pampasan sama dengan jumlah yang perlu dibayar kepada Ten Hag.
Beberapa pemain turut mempersoalkan taktikal Ten Hag, terutama posisi Victor Lindelof dan Bruno Fernandes, serta mengapa Antony hanya dimasukkan di akhir permainan. - AGENSI
Kredit: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Konflik Palestin-Israel: Houthi Yemen bedil Israel
Oleh KOSMO!
1 November 2023, 1:18 pm

Pasukan Houthi mengangkat bendera Palestin ketika berarak sebagai tanda solidariti terhadap Palestin di Sanaa pada 15 Oktober lalu. - AFP
SANAA, Yemen – Kumpulan pemberontak Houthi di Yemen mengisytiharkan ‘perang’ ke atas Israel dengan melancarkan peluru berpandu dan dron dari selatan negara itu semalam ke arah bandar Eilat, lapor portal berita Express UK.
Houthi adalah sebahagian daripada ‘paksi penentangan’ Iran dan telah menyokong Hamas sejak kumpulan pejuang Palestin itu melancarkan serangan pada 7 Oktober lalu.
Mereka telah berperang dengan pemerintah Yemen yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sejak 2014 dan menguasai bandar ibu kota, Sanaa.
Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree berkata, pasukannya melancarkan sejumlah besar peluru berpandu dan dron ke arah Israel dan akan terus menyerang bagi membantu Palestin mencapai kemenangan.
Walaupun Houthi telah melancarkan peluru berpandu ke atas Tel Aviv sejak Rejim Zionis mengisytiharkan perang ke atas Hamas, ini adalah kali pertama kumpulan tersebut secara terbuka mengakui serangan itu.
Kenyataan Yahya di televisyen mengesahkan kebimbangan bahawa konflik Palestin-Israel boleh merebak ke rantau Asia Barat dengan pelbagai pihak menyertai Iran dalam membantu Hamas menentang Israel.
“Angkatan Bersenjata Yemen mengesahkan bahawa operasi ini adalah operasi ketiga untuk menyokong saudara kita yang ditindas di Palestin. Kita akan terus melakukan lebih banyak serangan menggunakan peluru berpandu dan dron sehingga Israel menghentikan pencerobohan,” tegas Yahya. – Agensi
Kredit: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
NASA kesan garam, sebatian organik di permukaan Ganymede

GAMBAR hiasan
Los Angeles: Pentadbiran Aeroangkasa Dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) menerusi misi Juno berjaya mengesan kehadiran garam mineral dan sebatian organik di permukaan Bulan Ganymede yang mengelilingi planet Musytari.
Data bagi penemuan itu diperoleh menerusi spektrometer Jovian InfraRed Auroral Mapper (JIRAM) yang terdapat pada kapal angkasa misi itu, lapor Xinhua.
Saiznya yang lebih besar daripada planet Utarid, Ganymede adalah bulan terbesar bagi planet Musytari dan telah lama menarik minat para saintis untuk mengkajinya.
Pada 7 Jun 2021, Juno melintasi Ganymede pada ketinggian minimum 1,046 kilometer.
Instrumen JIRAM berjaya merakam imej inframerah dan spektrum inframerah di permukaannya.
Melalui misi Juno, para saintis telah mengesan dan menganalisis ciri spektrum unik termasuk natrium klorida, ammonium klorida serta natrium bikarbonat.
https://www.hmetro.com.my/global ... -permukaan-ganymede |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|