|
udaaaaaaaaaaaaaa...ooo udaaaaaaaaaaaaaaaaa...makan apa hari ni...
manalah si dahlia ni.. ...
kaypo Post at 28-10-2010 12:49
ya kay............ uda ada ni. Tenghari td uda makan
makanan org sakit bubur nasi + ayam. |
|
|
|
|
|
|
|
mana smiley ni...dah petang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_blingblings Post at 27-10-2010 15:15
don't ever-ever post the icon only....
kena cantas kedit nnti.... |
|
|
|
|
|
|
|
hebtlah juna, makin meraih rumah hang....tak boring, selingan pun byk......
tapi mana n3nya????
nak tahu jugak apa jadi kat cikgu amir????? pujaan ramai tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
xde n3 hari ni dari smiley.... |
|
|
|
|
|
|
|
akak bz lagi ke?
dh ptg xde pun N3..huhuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 333# juanaperez
mesti ingat punya ..hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 336# honeyz
sila masuk...
jgn malu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 338# fazss
heronya ialah..... jeng jeng jeng
Cikgu Zul |
|
|
|
|
|
|
|
nak jugak pilih watak hero....
nak asraff muslim atau kamal adli boleh tak.....
hehehehehe taupun ...
iwimz Post at 27-10-2010 16:38
smiley pun suka asraff muslim wpun suara dia tak macho
kamal adli tu mcm muda sgt - tak sesuai kot |
|
|
|
|
|
|
|
sambung sket jer ya
tadi ada kawan belanja buffet lunch kat shangri la
makan tak ingat dunia pastu belengkor mcm ulor sawa kenyang
langsung tak de inspirasi nak sambung
.......................................................................................................................................
Belum habis cerita Amir, tawa Khairul meledak tanpa mampu di tahan. Berdekah dekah hingga mereka menjadi tumpuan pelanggan lain di Medan Selera. Tak cukup dengan itu, meja di tampar berkali kali sampai kuah laksa dalam mangkuk berkocak.
“ Apa lah sengal sangat kau ni? Ya Allah, malu aku nak mengaku kau ni kawan. Nama saja cikgu tapi jantan betina kau tak reti nak beza”
“ Aku tengok dari belakang lah. Baju dan seluar geloboh tu pakaian budak lelaki yang suka bersidai dekat tembok tepi sungai. Sudah lah tu. Menyesal aku cerita kat kau.” Gerutu Amir. Mukanya sugul. Ingatkan dapatlah sedikit simpati tapi hampeh! Tak guna punya kawan. Dia menyudu kuah laksa ke mulut. Walaupun perut tidak berisi dari tengahari tapi seleranya mati. Dia memaksa diri untuk makan agar perutnya tidak masuk angin.
“ Macam mana rasa peluk Cik Pai Ayam? Sedap tak?”
Usikan Khairul tidak di layan. Tapi yang pasti wajah Dahlia menari nari dalam mangkuk laksa di depannya. Manis sungguh. Menepati citarasa aku seperti juga pai buatannya. Cuma garang nak mampus! Tapi memang padan dengan muka aku pun. Kenapalah aku bertindak terburu buru?
“ Aku tengah risau ni. Macam mana kalau dia buat repot polis? Habislah aku. I’ll be in big trouble. Silap haribulan kontrak aku di tamatkan.” Dia meletak sudu dan garfu. Laksa masih berbaki separuh. Air tebu di sisip perlahan. Dia bukan guru tetap tapi perkhidmatannya berdasarkan kontrak dari setahun ke setahun. Kalau ada masaalah disiplin, kontraknya boleh di tamatkan dengan notis sebulan. Ini bukan setakat kes masaalah disiplin yang remeh. Setahunya belum pernah ada guru di Kuala Kangsar yang di tuduh mencabul kehormatan seorang perempuan. Sungguh memalukan! Mana aku nak letak muka aku.
“Relax lah. Aku rasa anak Cikgu Zul tu tengah marah sebab itu dia gertak nak buat laporan polis. Kalau dia report pun, takkanlah polis terus tangkap kau. Mesti polis buat siasatan dulu, ambil statement, tanya saksi. Azlin tahu apa yang sebenarnya terjadi. Kau berniat baik tapi cuma tersilap peluk..eh… tersilap langkah. Lagipun aku rasa dia takkan report lah. Selalunya perempuan yang dapat malu dalam kes macam ini. Tengok tengok polis suruh korang buat lakunan semula di tempat kejadian …. Ha ha ha! Syok lah kau. Dua kali dapat rasa” Khairul mengelap kuah laksa yang tersembur. Sungguh… inilah cerita paling lawak dia pernah dengar. Baik Afdlin Shauki atau Mamat Khalid pun tak boleh buat cerita lawak macam kawan aku ini.
“ Serius lah sikit, Khai. Aku betul betul rasa bersalah. Rasa bodoh sangat. Bukan saja malu pada Dahlia tapi pada Cikgu Zul. Cikgu Zul dah banyak tolong aku. Kalau dia percaya cerita anak dia mesti dia fikir yang aku ni tak mengenang budi, samnggup ambil kesempatan. Dia tu walaupun cikgu pencen tapi pengaruh dia kuat di sini. Apa aku nak buat ni?” keluh Amir sambil menyuak rambutnya ke belakang. Kepala nya rasa berat.
“ Kau kena buat apa benda tu … damage control. Aku cadang kau pergi rumah Cikgu Zul dan terus terang pada dia pasal perbuatan kau. Pandai pandailah kau ambil hati orang tua tu. Lepas itu kau hantarlah jambangan bunga kat Dahlia untuk minta maaf. Perempuan mesti lembut hati bila dapat bunga”
Nalurinya mengatakan bukan semudah itu untuk Dahlia memaafkannya. Gadis itu sikit pun tidak mempedulikannya di hospital tadi. Dia buat macam aku ini halimunan walaupun aku dah minta maaf. Keras sungguh hatinya. Gundah rasa Amir bila terkenang wajah Dahlia yang beku.
“ Lagi satu, aku tahu cara paling bagus kau nak tebus kesalahan kau pada Dahlia.” Khairul diam untuk memberi elemen saspen. Kotak Dunhill di ambil dari kocek dan sebatang rokok di nyalakan. Amir membisu. Malas nak layan drama Khai. Akhirnya Khairul bersuara |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 28-10-2010 21:25
“ Kau nak tahu?”
“ Apa?”
“ Kau masuk meminang dia sebab kau dah cemar maruah dia… ha ha ha”
“ Bangang betul lah idea kau ni. Tak masuk akal.”dengus Amir. Kalau tak kena baling dengan kasut, mesti aku kena terajang. Mungkin ada 0.01% peluang Cikgu Zul akan terima aku sebagai menantu. Itu pun kalau dah tak ada lelaki lain di KK. Siapalah aku? Tak ada keluarga , tak ada harta.
“ Bangang konon. Dalam hati kau suka gila dengan idea aku. Aku tau kau dah jatuh hati kat dia. Tunggu apa lagi, pinang saja lah. “ Khairul tersengih sambil menghembus asap rokok.
Amir mendiamkan diri. Kalaulah semuanya semudah itu. Kahwin dulu , lepas itu cairkan hati sang puteri supaya dia jatuh cinta dengan aku. Ayoyo… Amir, kau memang bermimpi dalam jaga.
“ Assalamualaikum” suara gemersik lembut menyapa telinga. Amir tersentak dari lamunan. Aishah Izzati berdiri di sisi sambil menatang semangkuk ais kacang. Salamnya di balas Amir.
“ Cikgu Amir, boleh saya dengan kakak saya tumpang duduk sini? Meja lain dah penuh”
“ Silakan, silakan” Belum sempat Amir menjawab, dengan senyum lebar Khairul terus memindahkan mangkuk dan gelas yang berselerak. Amir mengeluh dalam diam. Sepanjang minggu dia cuba mengelak dari bertembung dengan Aishah. Seboleh boleh dia tidak mahu memberi ruang harapan pada gadis itu. Dia dapat membaca niat Aishah. Kenapalah nasib aku buruk sangat hari ini.
“ Ini kakak saya Nurul Asyikin. Kak, inilah Cikgu Amir.” Amir sekadar mengangguk. Boleh tahan seksi kakak dia dengan T shirt ketat tanpa lengan dan skirt sendat paras lutut. Si Aishah pun entah ke mana terbang tudungnya. Pakai tudung Chipsmore rupanya.
Tangan Nurul melambai gedik“ Hi Amir. Adik saya selalu cerita pasal awak. Nice to finally meet you. Bila tengok you in person, baru lah I tahu mengapa you teacher paling popular di sekolah.” Tengkuk Amir mula panas. Khairul berdehem. Pulun seorang kah Amir.
“ Oh, ini teman serumah saya, Khairul.” Amir memperkenalkan mereka. Bagai orang mengantuk di sua bantal, Khairul berbual rancak dengan Aishah dan Nurul. Kerja di mana, tinggal di mana, hobi apa. Riuh bualan mereka di selang seli dengan canda dan tawa. Amir lebih suka menggalas watak sebagai tunggul. Otaknya masih menerawang pada Cik Pai Ayam.
“ CIKGU AMIR! “ Aishah Izzati meninggikan suara dengan bibir muncung“ You ni kuat dreaming lah. Puas saya panggil tapi tak jawab pun. Saya nak tanya something ni.”
Bakal cikgu konon tapi cakap BI dan BM campur aduk. Nasib baik dia bukan bawah penyeliaan aku.
“ Apa awak nak tanya?” Muka Amir serius.
“ Saya dengar Cikgu Amir nak bawa pelajar Tingkatan 4 ke Bukit Merah masa cuti nanti. Saya free masa tu. Boleh saya ikut jadi guru pengiring?” Tempohnya sebagai guru pelatih di Sekolah Sri Kota sudah hampir tamat. Dia harus bertindak cepat kalau ingin mencapai hasratnya. Dari hari pertama dia bertemu mata dengan Cikgu Amir, hatinya sudah berpindah milik. Cuma ada nama Amir Muzaffar terukir kemas dalam diari hidupnya. Lelaki yang matang dan seksi itu menggugat setiap malam dan siangnya. Walaupun dia tahu yang dia bertepuk sebelah tangan tapi dia tetap ingin mencuba. Gunung kalau di pahat pun lama lama akan runtuh juga. Sekarang dia tak boleh gunakan pahat sebab masa dah suntuk. Aku kena guna bulldozer atau dynamite. Aku kena tebalkan muka.
“ Guru pelatih tak di benarkan jadi guru pengiring.” Jawab Amir pendek.
“ Tapi saya dah minta kebenaran Puan Asmidar. Dia kata boleh sebab dah ada dua guru tetap yang jadi guru pengiring, Cikgu dan Mrs Fernandez. Jadi saya jadi guru tambahan saja. Perbelanjaan saya tanggung sendiri. Okay, kan?” Beria ria Aishah memberi hujah. Amir terperangkap. Tiada alasan lagi untuk menolak.
“ Okaylah, kalau macam itu.” Muka Amir mempamerkan riak bosan. Menyibuk saja minah ini. Sudahlah aku pening nak layan kerenah murid perempuan yang ada schoolgirl crush, minah ini pun nak join sekaki juga. Oh puhleeeze. Lain lah kalau Dahlia aka Cik Pai Ayam yang minat kat aku. Alangkah indahnya! |
|
|
|
|
|
|
|
Aishah Izzati dah mula mengorak langkah... |
|
|
|
|
|
|
|
Matahari sudah mula tenggelam bila Dahlia sampai ke rumah. Dia segera menanggalkan pakaian dan menyental tubuhnya dengan sabun Dettol. Walaupun tak bersentuhan kulit dengan Cikgu Amir tapi dia tetap rasa jijik. Yucckkkkss! Pakaiannya yang ada kesan darah Kak Lin di bilas dan di buang. Pasti kesannya tak akan hilang walau di sental. Selesai mandi dia terus solat dan kemudian ke dapur untuk menyediakan makan malam. Menu makan malam cuma koay teow goreng. Tak larat dan tak sempat nak masak lauk pauk. Banyak benda yang menganggu fikirannya. Paling tak dapat di lupakan bagaimana Cikgu Amir bodoh itu memeluknya. Rupa aku ni macam penyangak kah? Macam manalah dia boleh terlepas jadi guru sekolah. Apakah Malaysia sudah ketandusan tenaga pengajar hingga mamat graduan Tanjung Rambutan di ambil jadi guru. Eeee….. geramnya aku! Kemarahannya di lampiaskan ketika pada kuay teow yang di masak. Keletung keletang bunyi sudip bertemu kuali. Kepala Hj Zul tersembul di pintu dapur.
“ Kamu masak apa tu Lia?” Dahlia memasukkan taugeh dan menutup api.
“ Koay teow goreng saja Babah. Tak sempat nak masak lauk.”
“ Oh, Babah ingat kamu buat koay teow kungfu. Macam nak berkungfu jer Babah tengok.”
Hisshh, Babah ni! Orang tengah geram dia buat lawak pula. Dahlia menggumam sambil menghidang sajian di meja makan.
“ Wan Chor kamu telefon tadi. Lin dah selamat bersalin. Dia dapat baby girl” Hj Zul menceduk koay teow ke pinggan.
“ Syukur Alhamdulillah. Lia betul betul panic tadi bila Kak Lin terjatuh. Bila dia bleeding, Lia ingat baby dia dah gugur.” Dia masih ngeri bila teringat kejadian tadi. Nasib baik pendarahannya sudah berhenti waktu dalam kereta. Sampai saja ke unit kecemasan hospital, doctor dan jururawat memeriksa keadaan Azlin dan kandungannya dan dia terus di kejar ke bilik pembedahan. Walaupun pendarahan sudah berhenti tapi degupan jantung bayi yang lemah memaksa doktor melakukan pembedahan caesarean. Ketika itu cuma keluarga terdekat saja yang di benarkan menunggu.
“ Nasib baiklah Cikgu Amir ada di situ. Kalau tak, entah apa jadi kat Lin” Berbulu telinga Dahlia mendengar nama itu di sebut. Semua saudara asyik memuji Cikgu Amir seolah dia wira negeri Perak. Sekarang Babah pun dah masuk Cikgu Amir Fan Club. Tapi dia tak nafikan yang Cikgu Amir lah yang menyelamatkan Azlin dan bayinya. Aku sememangnya dah kebuntuan dan hampir pitam. Dalam perjalanan, Cikgu Amir tak putus memberi kata semangat pada Kak Lin dan bila sampai di hospital, dia cukup tenang menguruskan pendaftaran masuk dan menjawab soalan doktor. Macam dah biasa je, Dahlia mencebik.
“ Kenapa Lia buat muka macam itu? Sejak balik dari hospital Babah tengok Lia bad mood. Nak kata kamu risau pasal Kak Lin, dia dah okay. Apa dah jadi? Ada problem dengan kedai ? ”
Dahlia menimbang sama ada untuk menceritakan apa yang berlaku tadi. Kalau aku buka mulut nanti Cikgu Amir sangka aku syok kena peluk sampai hebohkan satu kampung.. Eeeuuuwww! Jatuh saham aku nanti. Tak boleh nak demand hantaran yang tinggi. Lebih baik aku diamkan saja. Bila di fikirkan semula dia terpaksa akui yang Cikgu Amir tidak sengaja memeluknya. It was a genuine mistake. But I still hate it! Rasa macam nak tumbuk muka dia yang handsome itu. Handsome? Oh, tidakkkk. Dahlia menggeleng.
“ Tak ada apa apa. Cuma Lia penat lah.” Tiba tiba dia teringat sesuatu.
“ Babah, boleh tak temankan Lia ke kedai? Lia kena basuh lantai. Kalau tak basuh cepat, nanti susah nak hilang bau darah. Pelanggan pun tak nak masuk kedai kita.”
“ Boleh. Takkan Babah nak biarkan Lia keluar seorang diri malam malam. “ Hj Zul menambah lagi satu senduk koayteow.” Sedap kamu masak. Mana Lia belajar buat koayteow ni?”
“ Belajar dari Azwa. Sedap, kan?”
“ Hari Sabtu depan Lia buat lagi ya. Babah nak ajak kawan makan di rumah kita”
“ Kawan mana ?” Ada rasa syak dalam suara Dahlia. Babah ni mesti ada udang di sebalik batu. Senyum semacam saja.
“ Adalah. Kamu tak kenal. Ha, kalau dah habis makan, jom kita pergi ke kedai.” Baru tadi dia mendapat panggilan telefon. Sulaiman dan Zurina berhajat untuk merisik Dahlia untuk Farid. Tinggi harapan Hj Zul agar Dahlia akan memberi jawapan yang positif. |
|
|
|
|
|
|
|
TQ kak...
n3 yang pnjg tp rasa mcm tak cukup lagi ..
farid dah nak melangkah maju ke depan tp amir ???
jgn la amir tu move lmbt sgt... nanti melepas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 357# Hasmuniah
jgn risau
nanti kita kasi enjin turbo kat amir |
|
|
|
|
|
|
|
suka ngan semua hero ngan heroin dlm semua cite smiley.... sambung lagi ye |
|
|
|
|
|
|
|
patut la rs diseru2 mlm ni...
rupanyer ader org menyebut nama ai... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|