CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

kesetiaan?

[Copy link]
Post time 1-7-2011 11:54 AM | Show all posts
next week, kasi kaw2 tau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2011 02:47 PM | Show all posts
salam semua...maaf agak tersasar.... hehehe.. buakn niat di hati.... ditambah pula banyak pena2 baru, sempat fazss jd SR je....


keje baru yang mendatang, syukur alhamdulillah, semua berjalan lancar...

*************************************************************************
ini yang lalu
**************************************************************************

Persoalan aku terus lenyap apabila semakin ramai sahabat2 dari sekolah2 lain datang bertandang. Kami berbual kosong sambil membalas alamat sebagai tanda persahabatan yang akan sentiasa diingati dan di hargai.

Suasana malam terakhir ini memang meriah. Acara tradisi setiap kem perkhemahan, Malam Kebudayaan.

Kumpulan aku membuat persembahan tarian Joget Pahang. Ini adalah kali pertama aku berjoget. Hentam sahaja lah kan.

Kemeriahan bertali arus selepas satu demi satu kumpulan membuat persembahan mereka. Aku masih menanti kumpulan Engku dan Abg Rosman. Mereka berdua terlalu berahsia setiap kali aku menyoalnya.

“bagus nya lakonan awak” Engku yang duduk disebelah aku memandang aku sekilas dengan ekor mata. Mulutnya diam tidak berbunyi.

“serius lah” kali ini dia memang tak layan aku langsung.

Geramnya hati aku, aku terus melancarkan mogok ‘tegur Engku’. Biar dia rasa geramnya aku.

“tak tahu pun abang pandai main gitar?” aku berpaling pada Abang Rosman yang baru sahaja duduk disebelah aku.

“mana nak tahu, awak bukan rapat pun dengan abang”

“ erk?” aku dah tunjuk muka seposen.

“apa erk3…” kami ketawa.

Rupanya, acara malam ini tidak habis di situ sahaja, acara santai petang tadi di sambung lagi dengan beberapa orang lagi yang tidak sempat menyanyi tadi. Aku senyum seronok, petang tadi memang aku tidak puas hati pada mereka yang terlepas terutama Huda, Aidid dan Engku.

“Rosman main gitar” Fasi yang bermain gitar petang tadi tidak muncul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2011 02:48 PM | Show all posts
Sedap juga suara Engku, boleh la menang pertandingan karaoke. Kalau niat nak lawan buah hati aku, Faizal Tahir memang jauh jugak tu.

Tinggal di hutan membuatkan mata aku liat untuk dilelapkan. Orang lain bergilir-gilir tidor aku pula memang tak boleh nak tidor walau seminit dua.

Aku hanya mampu hilang kan bosan dengan berborak dengan member-member yang ditugaskan berjaga malam aka ‘guard’ untuk khemah.

“Bil, buat la kopi untuk aku” Azmil yang senyap dari tadi berbunyi.

“dalam jug dah habis ke?”

“sejuk” muka dia yang selamba aje tu, aku rasa nak telan.

“demand giler!” Abg Rosman yang mengarang cerita untuk hilangkan sunyi malam kami terhenti bercerita matanya memandang aku yang cemberut gila.

“kenapa?” mata Engku dan Abg Rosman di hadapan aku memandang pelik aku dan Azmil yang duduk sebelah menyebelah.

“Ni ha..putera katak nak air kopi panas” saja mulut aku menyindir. Bukan marah di suruh, geram sebab aku nak dengar cerita Abg Rosman yang boleh dibuat DVD tu. Panjang berjela-jela, penutup entah di mana.

“jug tu kan ada lagi kopi” Engku memandang Azmil, seperti kurang senang.

“sejuk katanya” sedas tepat aku hala ke Azmil. aku mengambil jug terus ke bahagian memasak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2011 02:49 PM | Show all posts
“Abg Rosman, jangan sambung citer lagi tunggu Bil datang semula” beberapa tapak aku melangkah, mulut aku berbunyi sambil tersengih, Abg Rosman menggeleng mendengar laungan aku.

Aku panaskan air yang sedia ada di dalam cerek. Sayang kalau dibuang air sejuk ni. Elok tambah sahaja boleh dapat dua jug. Aku berkira sendiri.

“dah siap?” berselerak biskut di tangan bila di sergah begitu dari belakang.

“apa kes ni Engku” Engku hanya tersenyum dan duduk di sebelah aku menghadap cerek.

“makan tak ajak” tajam terkena batang hidung aku yang sedia tinggi ini.

“nak ajak cam mana, jauh berbatu-batu”

“berbatu-batu lah sangat”

“Masya Allah..cuba tengok, banyak kan batu antara kita dan depan tadi. Satu batu kita panggil satu batu, tapi bila banyak tak kan nak kira satu-satu kan? So berbatu-batu je la”
aku tersengih sumbing. Dia hanya ketawa sambil menggelengkan kepala.

Mungkin tidak sangka dengan lawak terlebih pandai aku tadi.

Aku sua kan biskut lemak aka “biskut mayat” padanya, ingat tak nak. Ambik juga.

Pagi menjelma, subuh datang bersama penghujung cerita abang Rosman. Tidak ada sad atau happy ending akhirnya kisahnya terus tergantung. Mungkin ada chapter sambungan kot aku berfikiran positif.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2011 02:51 PM | Show all posts
Syukur segala yang teratur berjalan lancar, Memang sesuatu yang indah bila rasa ada perhatian yang tajam ke arah kita, namun aku masih samar dengan situasi dan kewajarannya.

Adakah aku cukup kuat untuk merasai perasaan itu. Paling penting adakah aku layak untuk merasai.

Masa untuk mengemas tapak perkhemahan masing-masing.

Aku masih tenggelam dalam khayalan menghayati kisah cinta monyet rakan-rakan sebaya aku. Adakah aku akan rasa bahagia jika aku juga berenang dalam dunia itu??

“hoi!!” terkejut aku.

“kenapa la kau ni Mil…sakit jantung aku tau” Azmil tersengih.

“muda-muda lagi dah datang banyak penyakit” sempat dia mengejek aku, dengan muka dia yang aku rasa nak sepak-sepak aje.

“mulut dah ambik insuran ke?”

“dah la, meleleh insuran ni..tak nampak?”

“Mil, ko dah siap kemas ke? Sibuk kacau orang” entah dari mana Engku tiba di sebelah aku. Membantu aku melibat khemah aku.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 12:15 AM | Show all posts
best-best.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2011 09:36 PM | Show all posts
next....best nie...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 11:16 PM | Show all posts
hoyeh...fazss sudah kembali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2011 11:35 AM | Show all posts
salam ramadhan....
nak lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 03:39 AM | Show all posts
sambung2....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 03:39 AM | Show all posts
sambung2....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 08:33 AM | Show all posts
nexttt n3 plizzz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.063377 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list