CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jAck666

Manchester United : Terduduk Diatas Pulak...

   Close [Copy link]
 Author| Post time 15-3-2011 04:32 PM | Show all posts
tk sizen ni sizen depan...tk gitewww...heheh..
Don Henley Post at 15-3-2011 16:29



    dah bape season sebenarnye?..kuikuiui..(gelak totop molot)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2011 06:29 PM | Show all posts
dah bape season sebenarnye?..kuikuiui..(gelak totop molot)
jAck666 Post at 15-3-2011 16:32



    rasanya dah 5 season
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 08:52 PM | Show all posts
keeper sengal tu keliru la tu kan fabio yg score ingat rafael kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 08:27 AM | Show all posts
Man United mara tewaskan Marseille 2-1

2011/03/16
LONDON: Dua gol Javier Hernandez memberi kemenangan selesa Manchester United ke atas Marseille 2-1 pada perlawanan kedua Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford, sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, United layak ke suku akhir dengan agregat 2-1 selepas kedua-dua pasukan seri 0-0 pada perlawanan pertama.
Hernandez memperoleh gol pada minit ke-5 dan minit ke-75 manakala gol sendiri oleh West Brown pada minit ke-82.

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 08:49 AM | Show all posts
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!


  

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 10:18 AM | Show all posts
defender 2 org injured pulak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2011 11:21 AM | Show all posts
agak2 ade kene bayar lebih ke kepada bekas kelab hernandez tu? dah banyak skor dah nih..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 11:21 AM | Show all posts
defender 2 org injured pulak.
matsyeh Post at 16-3-2011 10:18



    kurang lg la defend manU ramai injured..dah la nk lwn asengal neh

btw yehaaaaa ManU melangkah ke QF                                                                     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2011 11:24 AM | Show all posts
defender 2 org injured pulak.
matsyeh Post at 16-3-2011 10:18 AM



    apa susah.. howard webb ada.. masukkan saja..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 04:38 PM | Show all posts
kredit 2 van der sar...
si tinggi lampai..... huhu....
step 4ward 2 QF hihi
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 06:08 PM | Show all posts
smlm commentator ckp..(bukan aku ckp)
man u pun ade rekod 5 kali dlm champions league
5 x layak ke quarter-final berturut2
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 01:24 AM | Show all posts
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching o ...
Omong Post at 16-3-2011 08:49


aik?macam tiru lagu Leeds United jer?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 08:42 AM | Show all posts
aik?macam tiru lagu Leeds United jer?
roblucci Post at 17-3-2011 01:24


ayyoyoo . . . lucci . . itu lagu Man U dah lama pakai daa . . .
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 09:37 AM | Show all posts
Hernandez bukti kuasa ledakan padu: Ferguson

2011/03/17

HERNANDEZ meraikan jaringan ketika bertemu Marseille di Old Trafford, kelmarin.

Dua gol Chicharito bantu United ke suku akhir


MANCHESTER: Alex Ferguson yakin, penyerang Mexico Javier Hernandez sudah membuktikan kuasa ledakan tambahan di jentera serangan untuk Manchester United merangkul trofi Liga Juara-Juara musim ini.
Hernandez membantu United mara ke suku akhir saingan kelab elit Eropah itu apabila dua gol jaringannya menjelmakan kemenangan 2-1 ke atas Marseille dalam kelompok 16 terakhir di Old Trafford, kelmarin.
Pemain 22 tahun itu yang digelar “Chicharito”, memikat Ferguson menerusi peningkatan mendadak permainannya sejak menyertai United dari Guadalajara awal musim ini.

Ferguson sebelumnya menjangkakan pemain muda ini bakal menjadi pelapis kepada Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov, tetapi persembahan hebatnya yang meledak 16 gol dalam semua pertandingan setakat ini memaksa bos United itu mengetepikan Berbatov.

Ferguson gembira melihat gandingan Hernandez dan Rooney ketika United mengatasi cabaran sengit juara Perancis itu. Rooney mengumpan bola kepada Hernandez seawal minit kelima untuk gol pembukaan, dan pada minit ke-75, Chicharito menyempurnakan hantaran lintang Antonio Valencia.

“Kepantasan Hernandez membantu permainan kami, dia amat berguna untuk pasukan. Jika anda melihat gol pertama, dia melakukan tiga larian pantas sebelum menjaringkan gol,” kata Ferguson.
“Pergerakannya cukup menakjubkan dan saya rasa Wayne gembira dengan situasi itu, dia bebas bergerak di belakang Hernandez. Kami kagum dengan apa yang dipamerkan Hernandez.

“Ketika membawanya ke sini, saya rasa dia mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Dia bermula sebagai pemain simpanan dan apabila dimasukkan, dia membantu kami memenangi perlawanan. Kini dia sudah mula menyesuaikan diri dan mampu bertahan untuk tempoh 90 minit.

Marseille lebih konsisten mengancam kubu United tanpa Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand, menyaksikan John O’Shea dan Rafael da Silva mengutip kecederaan dalam perlawanan itu hingga Wes Brown memberi gol tunggal pelawat pada minit ke-83. – AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 09:50 AM | Show all posts
Rooney tak gentar Barcelona


2011/03/17

HERNANDEZ (tengah) meraikan jaringan keduanya bersama rakan sepasukan Rooney (kanan) dan Michael Carrick di Old Trafford, kelmarin.

MANCHESTER: Wayne Rooney, semalam menjerit: "Bawa kami Barcelona".

Nada suara tinggi itu berpunca daripada keyakinan baru selepas dua gol daripada Javier Hernandez membantu Manchester United layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Marseille 2-1 di Old Trafford.
Rooney menegaskan United tidak ada takut melihat undian, esok - termasuk kemungkinan bertembung Barca yang menewaskan Arsenal sebelum ini.
“Kami yakin boleh menang menentang siapa saja dalam pusingan berikut.”
“Dalam kejuaraan ini anda harus sedia menentang siapa saja.”

Pengurus United, Alex Ferguson turut ceria, awal pagi semalam apabila dia berjaya merakamkan kemenangan ke-100 dalam Liga Juara-Juara dan 150 kemenangan bagi The Red Devils di Eropah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 09:51 AM | Show all posts
Fergie digantung lima perlawanan
2011/03/17

LONDON: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson digantung lima perlawanan kerana kritikannya terhadap pengadil Martin Atkinson, kata Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA), semalam.

Ferguson berada dalam situasi kepanasan selepas mengecam mutu pengadilan Atkinson ketika Red Devils tewas 2-1 kepada Chelsea di Stamford Bridge, awal bulan ini.
Pengurus United itu tidak menghiraukan nasihat daripada bahagian perundangan kelab itu dan berikrar akan mempertahankan diri terhadap dakwaan salah laku, tetapi kini dia didenda dengan hukuman agak berat ketika pasukannya memasuki fasa kritikal musim ini.
Ferguson mempertikaikan kewibawaan Atkinson apabila mengeluarkan kenyataan dia mahukan seorang pengadil yang ‘adil’ untuk mengadili perlawanan menentang Chelsea.

FA menganggap kritikan Ferguson itu keterlaluan dan mendenda penggantungan tiga perlawanan terhadap pengurus warga Scotland itu, yang akan menyaksikannya tidak akan berada di bangku pasukan apabila United berdepan Bolton, West Ham dan Fulham.

Ferguson juga didenda 30,000 pound (RM150,000) dan hukumannya berkuat kuasa 22 Mac ini, kata FA dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, kritikan terbaru Ferguson terhadap Atkinson itu bermakna hukuman penggantungan dua perlawanan yang dikenakan terhadapnya sebelum ini kerana mengkritik Alan Wiley juga akan dilaksanakan.
Tambahan penggantungan dua perlawanan itu menyebabkan Ferguson juga tidak akan dibenarkan berada di tepi padang bagi perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Manchester City. – Agensi


memang berita buruk time kritikal mcm ni...... aduhai tok alex....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2011 10:04 AM | Show all posts
Fergie digantung lima perlawanan
2011/03/17

LONDON: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguso ...
devilito Post at 17-3-2011 09:51



    hmmm..kena kritik sket je smpai 5 game kena ban


* devilito jom join bolatalk facebook
http://www.facebook.com/#!/home.php?sk=group_160813023964359&ap=1

Facebook Bolatalk II
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 10:10 AM | Show all posts
hmmm..kena kritik sket je smpai 5 game kena ban


* devilito jom join bolatalk faceb ...
cak! Post at 17-3-2011 10:04


mungkin dah termaktub dln law FA england kot...... tapi tok alex masih boleh bagi arahan dari tempat duduk penonton dan dlm bilik player.....


*iols takde fb, malas nak buat. btw, nanti iols buat & join sekali*
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 09:03 PM | Show all posts
apa die nak kesah kene gantung 5 game pun ada die kisah die kan org lama tu.......skang kan teknologi canggih x reti2 ker nak gune fon ke walkie talkie ker
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 09:21 AM | Show all posts
United lalui detik sukar tanpa Ferguson

2011/03/18
LONDON: Jika Manchester United mencatat rekod memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali ke-19 musim ini, tiada siapa boleh menuduh mereka mencapainya dengan cara mudah selepas mereka mengharungi satu lagi minggu mengecewakan termasuk larangan berada di tepi padang terhadap pengurusnya, Alex Ferguson.

Pengendali berusia 69 tahun itu akan berada di bangku pemain simpanan buat kali terakhir lima perlawanan apabila United menentang Bolton di Old Trafford esok, lawan yang mungkin juga akan mereka temui dalam final Piala FA sebelum menjalani hukuman penggantungan.
United yang dalam usaha mengulangi kejayaan merangkul tiga piala ketika menjuarai Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris dan Piala FA pada 1999, hampir pasti tidak dapat menurunkan pemain pertahanan, Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic, serta kemungkinan juga John O’Shea dan Rafael da Silva yang mengalami kecederaan ketika kemenangan 2-1 ke atas Olympique Marseille dalam Liga Juara-Juara.
Darren Fletcher, Michael Owen, Park Ji-sung, Anderson dan Jonny Evans masing-masing tidak dapat diturunkan pada perlawanan itu dan mungkin juga tidak bersedia untuk menjadi pemain simpanan esok. Dari sudut yang positif pula, Javier Hernandez terus mengukuhkan reputasinya sebagai pemain utama dengan menjaringkan kedua-dua gol United ketika menentang Marseille.

“Dia telah menyesuaikan diri dengan sangat baik terhadap keperluan fizikal dan kini mampu bertahan sehingga 90 minit permainan. Kepantasan dan pergerakannya membantu kami. Dia benar-benar rajin berusaha,” kata Ferguson.- Reuters
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.677855 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list