Panazzz uolzzzz.....
Ning, Ziana & Erra Berbincang Untuk Tindakan Lanjut?
by Gua.com.my | 22 Mar 2011 | in Hiburan, BERITA HANGAT,
Tiga personaliti, Ning Baizura, Ziana Zain dan Erra Fazira akan bertemu hari ini untuk satu perbincangan. Namun, perkara yang dibincangkan tidak dapat GUA pastikan.
Mungkin ada kena-mengena dengan isu penyiaran artikel dalam sebuah majalah fesyen, gaya hidup, hiburan dan kecantikan, Eh! yang telah disiarkan baru-baru ini. Mereka merupakan tiga personaliti yang tersingkir dari menjadi penghias muka depan majalah tersebut.
Antara tiga personaliti tersebut hanya Ziana yang telah tampil membuat kenyataan kepada pihak media. Artikel tersebut disiarkan di GUA bertajuk Ziana Zain : Mereka Yang Tidak Profesional!. Ziana dikatakan nekad meninggalkan sesi fotografi majalah fesyen, gaya hidup, hiburan dan kecantikan, Eh! sehingga tindakannya itu mengejutkan mereka yang berada di situ.
Selain Ziana, artis lain yang terlibat untuk penggambaran muka depan majalah tersebut ialah Erra Fazira, Ning Baizura dan Fauziah Latif. Namun, ekoran kejadian tersebut, Ziana, Ning dan Erra dikatakan meninggalkan set penggambaran.
Berikut merupakan kenyataan yang ditulis Erra di laman Twitternya yang berbunyi : ErraFaziraWC Fazira Wan Chek
by NingDalton
Salam uol.. Today meeting w Ziana Z n Ning B.. Hmmmm.. Ada perkara yg nak di diskusi kan.. Apa ek.. Jeng jeng jeng.. Panazzzz...!
Mungkin juga perbincangan itu ada kaitannya dengan Mentor 5, mana tahu Erra mahu menjemput Ziana & Ning berduet dengan protegenya, Salma kan? Atau mungkin ada perkara lain yang lebih panas dibincangkan mereka. Kita nantikan perkembangan lanjut perbincangan tersebut. Panas! Panas! Panas! |