CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hr_ikhlas

‘Nur Amalina tidak hanyut'

  [Copy link]
Post time 4-1-2012 04:20 PM | Show all posts
Baru dapat jumpa pasal mak dia. Baru ku tahu mak dia penolong kanan sekolah, teringin lak nak jadi murid kat sekolah tu and pakai legging macam tu la g sekolah. Pastu kalau ada cikgu disiplin tanya kenapa cakap la penolong kanan kata legging tu ok jer and tak seksi kat paper. hehehhe

Skang aku rasa mak dia lagi tak betul dari amalina sendiri.
minah_tompel Post at 4-1-2012 16:16

lepas tu penolong kanan wrestling dgn cikgu disiplin  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 04:20 PM | Show all posts
Dia orang tu mana tahu pasal aurat sebenerrrrrr.... Ada ka dia ingat buleh pakai trudung kaler-kaler khen?


Lepas tu ada hati plak nak aurat kehulu aurat kehilir macam ko......
Maideen. Post at 4-1-2012 04:17 PM

Betul tu bro.
Kau ni memang bagus, sebab tu banyak budak2 urban suka kat ko.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:22 PM | Show all posts
Mesti mereka yang mempunyai emak yang tudung laboh sampai ketumit dan suka membaca cerita cerita dalam kain diHarian Metro takajut sebab ada Mak yang macam Mak Nur Amalina ni khen.....
Maideen. Post at 4-1-2012 04:20 PM

Betul la bro.
Susah nak ikut tahab kemuliaan family engkau. Sebab bukan senang nak pakai tudung sampai ketumit. Sebab nak kena tempah khas.

BTW, mak kau tempah kat maner?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:22 PM | Show all posts
Kalau tau tabarruj baru lah hang buleh lantik diri hang sebagai pembantai Ostad dan Ostazah! Hahahah ...
Maideen. Post at 4-1-2012 16:13



   hamdalah. maideen ada certificate apa pula?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by Babai at 4-1-2012 16:24
Uish jangan.. kang fofular lak mak dia tu.. silap2 masuk tercalon tuk anugerah bintang popular tuk kategori Mak paling urban. hoohoho
minah_tompel Post at 4-1-2012 04:19 PM

Rasanya kalo menang pun anugerah lain kot.
Mungkin dapat anugerah ibu mithali ker aper ker.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:24 PM | Show all posts
Betul tu bro.
Kau ni memang bagus, sebab tu banyak budak2 urban suka kat ko.
Babai Post at 4-1-2012 16:20
Budak urban tu maksudnya yang tinggal dikawasan bandar  khen.


Tapi bro bukan semua budak urban asalnya dari bandar. Ramai gak yang berasal dari ulu ntah mana mana yang sudah berhijrah ke bandar. Tapi masih bodoh macam sakai lagik....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2012 04:27 PM | Show all posts
hamdalah. maideen ada certificate apa pula?
thieo Post at 4-1-2012 16:22


Baru semalam ada malaikat hantar cerificate kat Maideen mengesahkan hanya fahaman Maideen sahaja pasal aurat yang betul.....


Ingat lepas ni Maideen nak hantam Ostazah tu dan Ostazah ni.....pung pang pung pang, jelas dan nyata kesana jelas dan nyata kemari, sikit sikit hukum Allah sikit sikit hukum Allah sesambil membimbing orang lain jadi macam Maideen.....prrrrrrrpfffftght


TAKBIRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:28 PM | Show all posts
JOHOR BAHRU - Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.

Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004.

Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai idola.

Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza.

Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.

Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi, tersebar di Internet.

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” katanya.

Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.

“Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.

Sabariah berkata, tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya.

“Pelajaran anak saya tidak terjejas pun. Dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.
“Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani praktikal di Oxford bermula November ini,” katanya.

Ditanya sama ada anaknya tahu mengenai gelombang fitnah itu yang mula membadai laman maya sejak beberapa hari lalu, Sabariah berkata, Nur Amalina yang memaklumkan kepadanya akan hal itu.

“Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja,” katanya.

Sabariah yakin, anaknya cukup kuat untuk menangani hal itu.

“Saya sendiri harap penga­jiannya tidak terjejas. Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari,” katanya.

Kata Sabariah, kali terakhir mereka bertemu, 10 Disember lalu ketika dia ke sana untuk meraikan hari kelahiran Nur Amalina.

Gadis itu dijadual akan menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan Mei tahun depan.

“Kepada pihak yang sewenang-wenang melempar dan menyebar fitnah terhadap anak saya, saya harap mereka boleh fikir dan timbang, bagaimana jika gambar peribadi mereka sendiri, atau anggota keluarga mereka diceroboh, disebar dan difitnah yang bukan-bukan? Saya harap mereka dapat fikir. Itulah perasaan saya sekarang, sangat terkilan,” katanya.

Kredit: Sinar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 04:28 PM | Show all posts
Betul la bro.
Susah nak ikut tahab kemuliaan family engkau. Sebab bukan senang nak pakai tudung s ...
Babai Post at 4-1-2012 16:22
Apa plak susahnya? Mak ko aku tengok elok jer pakai....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:29 PM | Show all posts
Memang ibu mithali.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:30 PM | Show all posts
Apa2pun kita doakan jer la diorang ni berubah. Itu yang lagi penting aku rasa dari kutuk mengutuk kaw2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:31 PM | Show all posts
Baru semalam ada malaikat hantar cerificate kat Maideen mengesahkan hanya fahaman Maideen sahaja ...
Maideen. Post at 4-1-2012 16:27


hantar dalam soft copy ke, bentuk wahyu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:31 PM | Show all posts
takpelah dah ibu dia tak marah. sapa la kita nak marahkan anak orang neh. hehe
foxnike Post at 4-1-2012 15:57

Kalau ikut pakar aurat, Mak dia musti pakai mekap .....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:32 PM | Show all posts
Reply 342# ruffleen

Agak2 sapa menang? cikgu disiplin ke penolong kanan? Mesti pengetua yang jadi referee kan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:32 PM | Show all posts
JOHOR BAHRU - Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tuju ...
reyust Post at 4-1-2012 16:28


I understand how the mother feels. harap dia dan Amalina dapat tabah. She is such a brilliant kid, sayang kalau kita tak boleh melihat melangkaui pemakaian dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:32 PM | Show all posts
hantar dalam soft copy ke, bentuk wahyu?
truly Post at 4-1-2012 04:31 PM

Nama pun maideen.
Dah tentu lah secara live telecast time kat kedai mamak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 04:33 PM | Show all posts
Nama pun maideen.
Dah tentu lah secara live telecast time kat kedai mamak.
Babai Post at 4-1-2012 16:32


kalau kat you pulak, adakah hantar tengah mandi main rubber ducky? among others.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:33 PM | Show all posts
Reply  ruffleen
Agak2 sapa menang? cikgu disiplin ke penolong kanan? Mesti pengetua yang jadi referee kan ...
minah_tompel Post at 4-1-2012 16:32

ko rasa sapa?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:34 PM | Show all posts
Agak2 sapa menang? cikgu disiplin ke penolong kanan? Mesti pengetua yang jadi referee kan.
minah_tompel Post at 4-1-2012 04:32 PM

Anak2 yang menang. Sebab boleh jadi urban.
Thanks to PK 1.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:35 PM | Show all posts
kalau kat you pulak, adakah hantar tengah mandi main rubber ducky? among others.
truly Post at 4-1-2012 04:33 PM

Orang biasa tak layak nak terima wahyu macam korang berdua.
Korang berdua ni dah level urban.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.061157 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list