CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amirezu

Mimpi Pelik Bertemu Wali

  [Copy link]
Post time 16-8-2013 03:05 PM | Show all posts
kalau tidak silap saya TT...
baru2 ni saya ada terdengar daripada ulasan seorg ustaz di radio Ikim berkenaan mimpi yg berkaitan dengan ayat2 al Quran nih

antara ustaz tuh ckp:
1. TT akan/berkebolehan utk merawat orang yang mengalami gangguan
2. ayat yg TT mimpi tu, mempunyai maksud yg mendalam

wallahualam....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2013 01:28 AM | Show all posts
notheblaey posted on 16-8-2013 11:35 AM
salam @amirezu,

mana nak baca blog tuan tentang masjid brunei tu?

Harapnya tak jadi kesalahan letak link blog sendiri

Sepetang di Masjid Brunei Darussalam (15.9.2011)
Masjid Brunei Danau Tok Uban (1.1.2013)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2013 01:43 AM | Show all posts
purple_orchid posted on 16-8-2013 03:05 PM
kalau tidak silap saya TT...
baru2 ni saya ada terdengar daripada ulasan seorg ustaz di radio Ikim  ...

owh ye ke. sependapat dengan bilal masjid dekat dengan rumah kawan saya dari Brunei tu. dia pun cakap yang kawan saya tu akan ada kebolehan merawat orang.

saya sebenarnya tak nak cakap pasal ni takut timbul rasa takbur dalam diri sendiri. anggap je sebagai nak berkongsi pengalaman. sebenarnya saya dah lama rasa macam ada kebolehan merawat, tapi bukan merawat orang yang kena gangguan. itu tak pernah try lagi secara direct. kalau sekadar jadi backup untuk halau anak jin yang rasuk orang tu pernahlah sekali 4 tahun dulu. tapi kalau merawat guna ayat2 Quran ke atas anak saya selalunya berkesan. yang terbaru dalam bulan puasa lepas anak saya demam panas. dah guna ubat drpd 2 doktor tak kebah2 jugak. last2 sy buat air penawar, pukul 11:30 malam dia minum (campur dalam botol susu). pukul 3 pagi anak saya dah tak panas dah. pukul 9 pagi dah sihat macam biasa, macam tak pernah demam langsung.

tapi sebenarnya air penawar ni kalau ayah yang buatkan untuk anaknya dengan yakin insyaAllah mujarab, lebih baik daripada mintak tolong ustaz yang buatkan. connection antara ayah dengan anak itu yang buatkan doanya lagi senang dimakbulkan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 03:30 PM | Show all posts
salam lama tak masuk..nampaknya TT belum bertemu tafsiran mimpinya..saya rasa mimpi pertama dan kedua memerlukan kesinambungan dengan merujuk mimpi ke3 yg menyuruh saudara rujuk ayat 150 itu..sebenarnya intipatinya terletak dalam ayat tersebut..jika saudara boleh rungkaikan tamsilan kiblat- Makkah- wali-Abdullah- yang lain2 akan bertemu nanti..insyaallah..
sebenarnya ia tak perlu cari jauh pun hingga seberang laut..kerana ia jalan mengenal diri sendiri sahaja..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2013 02:18 AM | Show all posts
miftahuljamilah posted on 18-8-2013 03:30 PM
salam lama tak masuk..nampaknya TT belum bertemu tafsiran mimpinya..saya rasa mimpi pertama dan kedu ...

Salam. Lama tak nampak saudari.

Ya, masih lagi mencari, tapi tak sesungguh dulu. Sebabnya, ada pada 2 kisah yang akan saya kongsikan nanti. InsyaAllah.

Apa pun terima kasih saudari atas petunjuk tu. Kalau betullah ia berkaitan dengan mengenal diri, dipanjatkan tangan saya ini tanda syukur. Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 10:11 AM | Show all posts
amirezu posted on 18-8-2013 01:28 AM
Harapnya tak jadi kesalahan letak link blog sendiri

Sepetang di Masjid Brunei Darussalam (15 ...

Terima kasih TT

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2013 08:28 PM | Show all posts
amirezu posted on 19-8-2013 02:18 AM
Salam. Lama tak nampak saudari.

Ya, masih lagi mencari, tapi tak sesungguh dulu. Sebabnya, ada  ...

ye .cubalah pecahkan kod mimpi anda..

jangan pandang secara tersurat sahaja..kerana ada makna tersirat..tidak semestinya Makkah bermakna Kaabah atau bumi Makkah itu sendiri..sebenarnya ia juga memberi petunjuk pada diri kita sendiri yang kita tak tahu..begitu juga wali atau nama2 tertentu..tapi insyaallah kalau saudara benar2 mencari..mohonlah padanya diberikan petunjuk demi petunjuk..




Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 05:32 PM | Show all posts
salam TT..
saya terbaca sebelum ini sebenarnya ayat pertama dalam surah Al-Fatehah ialah Bismillahhirohmannirohim itu sendiri...
maka selama ini TT tafsirkan ayat ke 150 Al Quran ialah ayat ke 143 Surah Al Baqarah mungkin tak tepat..
cuba check tafsir ayat 142 pulak.
Sekadar berkongsi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2013 02:31 AM | Show all posts
AmMiNafeesa posted on 21-8-2013 05:32 PM
salam TT..
saya terbaca sebelum ini sebenarnya ayat pertama dalam surah Al-Fatehah ialah Bismillahh ...

Betul tu saudari, dalam mazhab Shafie surah al-Fatihah ada 7 ayat termasuk Bismillahirrahmanirrahim. Hanya surah al-Fatihah sahaja yang dikira Bismillah sebagai ayatnya, surah2 lain kalau tak baca Bismillah pun tak apa.

Jadi, surah al-Fatihah ada 7 ayat ditambah dengan 143 ayat lagi daripada surah al-Baqarah (tidak termasuk Bismillah sebab Bismillah dalam al-Baqarah bukan ayatnya) bersamaan dengan 150 ayat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2013 02:35 AM | Show all posts
miftahuljamilah posted on 20-8-2013 08:28 PM
ye .cubalah pecahkan kod mimpi anda..

jangan pandang secara tersurat sahaja..kerana ada makna ...

Boleh saudari bagi panduan macam mana nak pecahkan kod mimpi? Atau, kalau saudari tahu sesuatu yang belum lagi saya tahu harap dapat dikongsikan
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 03:01 PM | Show all posts
amirezu posted on 22-8-2013 02:35 AM
Boleh saudari bagi panduan macam mana nak pecahkan kod mimpi? Atau, kalau saudari tahu sesuatu yan ...

saya sendiri pernah bermimpi Makkah dan Kaabah..tetapi bila dirujuk kepada orang yang arif ia bukanlah membawa maksud Makkah sebagaimana yang kita kenal sebagai nama negara atau tanah suci tempat umat Islam beribadah.sebenarnya ia perlambangan atau simbol diri kita..sukar untuk diungkapkan disini.untuk mengenali Makkah itu kenalah kenali diri..dan jalan untuk mengenali diri kenala mencari guru /mursyid. Mintalah pada Allah agar diketemukan jalan untuk mengenaliNya ..berhubunglah padaNya dengan membuat istikharah dan berdoalah agar Allah membuka jalan itu..Insyaallah selangkah kita cuba mengenaliNya 1000 langkah Dia merapati kita.. jangan putus asa.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 01:12 AM | Show all posts
miftahuljamilah posted on 22-8-2013 03:01 PM
saya sendiri pernah bermimpi Makkah dan Kaabah..tetapi bila dirujuk kepada orang yang arif ia buka ...

Kalau mimpi Makkah atau Kaabah setakat ni belum lagi. Cuma mimpi ayat yang kalau dicari maknanya berdasarkan pemahaman sendiri ada membawa maksud tentang Kaabah. Perasaan memang tebal nak bermursyid. Cuma belum jumpa lagi. Sekarang ni sekadar biarkan masa yang tentukan, bak kata seseorang yang sepupunya juga dapat mimpi sama macam saya yang menurutnya dah pun dapat jawapan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.045763 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list