|
ladyFinger12 posted on 4-3-2013 10:19 AM
ecah dgn redza masih honeymoon lagi tu usu...
Nanti tau tau ecah dah ada isi
hahahahahah.
Nexttttttttttt!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Cik smiley....masih bz lagi ke.....he he he he |
|
|
|
|
|
|
|
Salam kak juna, takde ke n3 bru utk edisi mlm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
salam utk semua & minta maaf bnyk2 sebab lambat sambung
lately kaka sgt bz, baru mula kelas dewasa fiqh, aqidah dan tajwid kat Kolej
lappy pun masih tak balik rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 4-3-2013 10:19 AM
ecah dgn redza masih honeymoon lagi tu usu...
Nanti tau tau ecah dah ada isi
tunggu bulan depan baru boleh konfem
nanti jadi kes bunting pelamin tp setahun tak beranak beranak
|
|
|
|
|
|
|
|
Banana posted on 27-2-2013 03:12 AM
Pergh utg Redza bini hilang ingatan ikut je ckp dia patuh jerk Ecah erk seronok sakanlah Redza
ecah dah tak hilang ingatan
dia redho
tapi..... tunggu lah nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 26
Datin Wan Hamidah seorang wanita yang taksub dengan aktiviti membeli belah. Orang normal yang mengalami penyakit yang tak dapat di ubati tentu tidak terfikir langsung untuk menambah koleksi pinggan mangkuk tetapi Datin Wan Hamidah beria ria untuk pergi ke Stoke-on-Trent. Nurul menggeleng kepala kehairanan melihat gelagatnya bila sampai ke daerah yang terkenal dengan outlet jenama Wedgewood, Portmeiron, Royal Doulton dan sebagainya. Kawasan yang di gelar The Potteries memang syurga membeli belah bagi peminat barangan porselin dan kristal. Tetapi kalau aku ada penyakit serius dan hanya ada beberapa bulan untuk hidup, tentu aku ingin banyak beribadat dan mendekatkan diri dengan Allah. Pinggan mangkuk bukan boleh tolong aku di alam barzakh.
“ Nurul, tolong angkat beg ini” Beg plastic berlogo Wedgewood bertukar tangan. Nurul mengherotkan mulut pada Redza. Tangan aku macam nak putus urat ni! Datin Shopaholic ingat aku hamba abdi ke? Muka aku macam Kunta Kinte kah? Sepanjang hari dia kerah aku untuk mengangkut barang yang di beli. Nasib baik aku sempat membeli buah tangan untuk Auntie Sofi. Bekas kek dua tingkat jenama Portmeiron sempat di rembat ketika Datin ke bilik air.
Bila Datin Wan Hamidah meneruskan langkah ke kedai berdekatan, Redza memegang bahunya.
“ Mama, cukuplah tu. Tak berbaloi diskaun yang Mama dapat kalau kena bayar overweight baggage charges. Kita bukan naik First Class” tegur Redza dengan lembut. Dia berada dalam dilemma, separuh hati nya ingin menurut segala kehendak ibu yang tidak punya masa yang panjang. Tapi ibunya sering berkelakuan tidak rasional, bukan saja dalam hal membeli belah tapi banyak lagi aspek kehidupan.
“ Bukan selalu kita datang sini. Tengok koleksi pinggan yang Mama beli. Kat sini dah off season tapi di KL tak ada lagi. Mesti kawan kawan Mama jealous tengok. ” Nurul menjulingkan mata mendengar jawapan seorang Mak Datin yang kononnya urban tapi tak lekang aura kekampungannya.
“ Mama tak penat kah? Dari pagi kita keluar sampai ke petang. Doktor kata Mama kena banyak berehat. Nurul pun bukannya boleh lasak sangat. Dia pun baru keluar hospital” Risau Redza melihat Nurul yang kelihatan tak bermaya. Dia rasa bersalah. Tujuannya mengajak Nurul untuk ikut ke luar London supaya mereka dapat luangkan masa bersama. Tak sangka kami jadi kadam Mama. Aku pun dah tak terdaya.
“ Ya lah… ya lah… manja betul kamu ni Nurul. Angkat barang sikit pun dah tak larat. Hah… jomlah balik. Apa tunggu lagi. “ omel Datin Wan Hamidah sambil jalan menonong ke arah kereta sewa mereka.
“ Sorry sayang. My mum is in one of her moods. ” Redza bersuara perlahan pada Nurul yang mengheret kaki dengan muka keruh. Dia sedar dia tak sepatutnya marahkan wanita itu. Ubat yang di ambil oleh Datin Wan Hamidah membuat dia “hangin” sepanjang masa.
“ Sampai London , hantar I balik rumah Auntie Sofi. I have to pack.”
“ Ecah, janganlah merajuk. Please spend the night with me. Balik Malaysia nanti , entah bila kita boleh jumpa lagi. Esok Ecah dah balik, flight abang tiga hari lagi. Masa itu Ecah tentu dah ada kat kampung, abang kena jaga Mama di KL.”
Nurul menjelir lidah. “ Eleh… cakap sajalah Abang nak buat persediaan perkahwinan. Nak tempah pakaian pengantin, nak mandi lulur , mandi susu, massage, ..”
“ Sayang, janganlah cakap macam tu. You know why I have to do this.” Muka Redza berubah. Kata kata Nurul menusuk sampai sum sum. Kalau boleh aku tak nak pulang ke Malaysia. Alangkah indah kalau aku dan Nurul dapat tinggal di sini selamanya, bahagia sampai ke tua macam pasangan Auntie Sofi dan Uncle Hamid.
|
|
|
|
|
|
|
|
“ Balik St John’s Wood ya?” Redza masih tak putus asa memujuk
“ Tak nak. Tak larat nak layan kerenah Mak abang. Dia buat Ecah macam bibik dia.” Nurul meletak barang ke dalam but kereta Volkswagen Golf yang terbuka.
“Nurul! Jaga jaga. Barang barang tu fragile. Kalau pecah, awak kena ganti! ” tempik Datin Wan Hamidah. Nurul mengetap rahang. Sebelum nyawanya di akhiri oleh tumour yang mengganas, biar aku mengganas dulu. Sabar… sabar.. Astaghfirullah.
“ Ya, Datin. Saya jaga macam nyawa saya sendiri” Kalau aku tahu begini perangai mak kandung Redza, sumpah aku tak kahwin dengan dia. Tapi apa nak buat, jodoh aku dah tertulis. Aduh!
“ Ecah, Mama bukannya sihat sangat. Dia in denial, ini cara dia nak lupakan penyakit dia. Don’t take her words seriously. Tidurlah di rumah abang malam ni. Pagi besok abang hantar Ecah ke rumah Auntie Sofi. Please. Abang rindu Ecah. “ rayu Redza. Keindahan malam pertama mereka masih terasa. Setiap deria terpana dengan kesempurnaan perawan yang menjadi isterinya. Fuuhhhh! Kalau ikutkan hati, seminggu tak keluar bilik. Syukur pada Allah kerana memberi aku nikmat dunia yang tak terkata.
Nurul melarikan mata dari renungan Redza yang boleh menggugat keputusannya. Aksi romantic Redza mudah mencairkan hati. Itu belum lagi aksi dalam bilik tidur. Jantungnya nya mula berdegup pantas bila teringat malam kelmarin. No..no..no. Aku tak boleh mengalah.
“ Ecah minta ampun sebab Ecah terpaksa tolak permintaan abang. I need to rest. Ecah rasa kurang sihat. Takut kena selsema nanti ” Hidungnya di gosok. Aku sangat stress bila berdekatan dengan mother in law from hell. Stress menyebabkan antibody lemah. Sudahlah cuaca sejuk, jika antibodi lemah lagi mudah jatuh sakit. Aku tak nak demam dalam flight.. seksa!
Bahu Redza jatuh. Hampa. Tapi dia sedar dia tak boleh memaksa Nurul, bimbang kesihatannya terjejas. Silap aku juga, ajak dia ke sini. Kepala Nurul di usap lembut.
“ Okay, sayang. You take care..”
“ Hoi! Apa yang korang lambat sangat? Dari tadi tak habis lagi letak barang dalam but? Tadi tak sabar sabar sangat nak balik. Ini boleh pula bercengkerama. Dah nak beku Mama dalam kereta” Suara Datin Wan Hamidah memetir dari tingkap kereta. Aku bukannya buta! Bukan aku tak sedar ada daya tarikan antara anak nya dan budak Nurul itu. Memang cari pasal betul perempuan ni! Bukan Nurul tak tahu yang kawan baiknya Elly akan berkahwin dengan Redza tak lama lagi, kenapa nak layan si Redza. Anak jantan aku memang dah sah ada penyakit merenyam , pantang tengok perempuan cantik. Tak ubah macam bapa dia.
Macam lipas kudung Nurul meloloskan diri ke dalam kereta. Datin Wan Hamidah lebih selesa duduk seorang di belakang. Redza menghidupkan kereta dan menekan alat Garmin. Perjalanan ke London yang melebihi dua jam berlalu dalam diam. Cuma dengkuran perlahan Datin Wan Hamidah mengisi ruang. Nurul tak berani berbual dengan Redza, bimbang mengganggu tidur Datin Wan Hamidah. Tangan Redza yang landing di pehanya cepat di tepis. Mati kalau Datin nampak!
Nurul menjamu mata dengan melihat pemandangan desa di sekeliling. Rumah rumah lama yang masih berpenghuni dan di jaga rapi kelihatan sangat comel di matanya. Tak lama kemudian rumah rumah comel tiada lagi, yang ada cuma pohon pohon yang tidak berdaun bila mereka memasuki lebuhraya. Cuaca pula makin malap dan segalanya kelihatan kelabu. Patutlah orang England kerap mengalami kemurungan bila tiba musim dingin. Dunia terang menjadi gelita,macam lirik lagu. Membosankan!
|
|
|
|
|
|
|
|
“ Ecah! Bangun!” Bahunya di goncang.
“ Er.. kita kat mana?” Nurul terpinga pinga sambil menenyeh mata. Aku terlelap rupanya. Wajah risau Redza menjelma depan mata.
“ Di rumah abang. Hidung Mama berdarah. Dia ada kat dalam. ”
Nurul terus melompat keluar, dan meluru masuk tanpa di suruh. Datin Wan Hamidah yang terjelopok di pintu bilik air di papah ke sofa. Tubuhnya longlai tak bermaya dan kesan darah bertompok di bahagia depan sweaternya.
“ Datin baring di sini. Nanti saya buatkan teh panas dan ambil ubat” Nurul cuba meleraikan jari Datin Wan Hamidah yang memegang erat lengannya.
“ Auntie takut… Auntie rasa dunia berpusing pusing…. Nurul jangan tinggal Auntie” Genggamannya makin kuat.
Wah! Martabat aku dah naik, dia dah bahasakan diri Auntie. Tadi sikit punya berlagak.
“ Ya.. ya.. okay.. okay. Datin relax dulu. Tarik nafas perlahan lahan. Jangan panic. ” Nurul meletak kusyen kecil di bawah kepala nya dan duduk melutut di tepi sofa sambil mengusap rambut Datin Wan Hamidah. Tisu di tekap pada hidung tapi mujurlah pendarahan sudah berhenti. Datin Wan Hamidah mula menggigil, sama ada dia ketakutan atau kesejukan Nurul tak pasti. Pashmina yang di bahu Nurul di tebar untuk menutup tubuh Datin. Mana pula Redza menghilang? Aiyooo… apa aku nak buat ni? Nurul mula panik.
Redza turun dari tingkat atas dengan kantung plastic berisi ubat. Segelas air suam dari dapur di sua ke mulut ibunya. Setelah menelan dua butir pil, Datin Wan Hamidah masih menggigil. Matanya meliar sekeliling, kemudian terkatup. Mulutnya terkumat kamit. Macam orang menurun pula aku tengok.
“ Abang, panggil lah doktor. Keadaan Datin nampak serius” suara Nurul terketar ketar.
“ Its okay. Abang dah call doktor tadi, dia kata this is a normal symptom. Biar dia rehat. Ecah boleh tinggal sini sekejap? Nanti bila Mama dah okay, Abang hantar Ecah pulang.”
Nurul mengangguk. Takkan nak biarkan Datin seorang diri di sini. Lagipun aku bukannya banyak sangat barang nak kemas, saja cari alasan sebab bengang dengan Datin tadi.
“ Baju dia basah sikit kat depan. Abang tolong ambilkan baju baru, kena tukar baju ni. Takut nanti dia kena chest cold.”
Redza naik semula ke bilik. Dengan berhati hati Nurul menyalin pakaian Datin Wan Hamidah. Wanita itu mendesah tapi tidak terjaga dari tidur. Penangan ubatnya memang kuat. Nurul kemudian membersihkan tompok tompok darah di bilik air.
“ Thanks, Ecah. I really appreciate this. You isteri dan menantu yang baik” Redza mengucup dahi Nurul penuh kasih.
Menantu? Boleh kah Mak Datin terima aku sebagai menantunya? Besar kemungkinan dia naik hantu. Aku pun malas nak fikir. Biarlah masa menentukan.
“ Abang lapar tak? I masak something” pelawa Nurul. Sememang perutnya berkerocong. Untuk makan tengahari mereka cuma makan sandwich yang di bekal dari rumah kerana Datin tidak mahu membuang masa.
“ Ya Allah, segala pujian bagi Mu yang menjodohkan aku dengan Nurul Aishah bt Anuar” Redza menadah tangan dan kemudian meraup muka.
“ Sudahlah! Over sangat!” Nurul mencebik sebelum masuk ke dapur. Dalam peti ais masih banyak stok bahan mentah. Sebaik dia mula mengupas bawang, tangan Redza melingkari pinggangnya. Nafas hangat mencecah telinga.
“ Sayang masak apa? Nak Abang tolong?”
“ Er.. ehm.. Mak abang suka makan apa? Ada apa apa pantang larang?” Nurul meleraikan tangan Redza yang merayap. Terpotong jari aku nanti ada yang jadi Raja Bersiong.
“ Tak ada. Doktor di sini tak percaya pantang larang. Mereka suruh dia makan apa saja yang dia suka. Tapi Abang beli makanan organik saja sekarang. “
“ Kalau macam tu Ecah masak pasta goreng Malaysian style. Boleh ya? Cepat dan ringkas.”
“ Tak sabar sabar nak balik lah tu. Dah benci tengok muka abang? Kenapa tak buat Maggi saja? Lagi cepat”
Terletus tawa dari bibir Nurul. Pinggang Redza di cubit
“ Ala… cayang bucuk bucuk! Buruk lah kalau lelaki merajuk. Ecah masak something simple sebab dah lapar. Abang pun lapar juga kan?”
Redza senyum nakal. “ Abang lapar macam singa, rasa macam nak terkam. I want you now” Tubuh Nurul di raih dalam dakapan sambil mengaum. Haih… gila lah! Macam mana aku nak kawin dengan Elly sedangkan aku ingin bersama Ecah setiap saat. Ya Allah, bantu lah aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
anymore coming tonight? hihi |
|
|
|
|
|
|
|
blythes posted on 10-3-2013 12:36 AM
anymore coming tonight? hihi
no more.... stok sudah habis
see you next week insyaallah
|
|
|
|
|
|
|
|
Ku setia menunggu |
|
|
|
|
|
|
|
sang_arjuna posted on 10-3-2013 12:39 AM
no more.... stok sudah habis
see you next week insyaallah
next week aje kaka juna? ayoo...
lamanya nak tunggu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 27
“ WELCOME HOME NURUL”
Mata Nurul terbeliak melihat tulisan atas kain rentang sepanjang semeter terbentang di depan mata sebaik dia keluar dari aerobridge. Kawan kawan setugas yang menyambut kepulangannya bertepuk tangan. Aireen terus menerpa dan memeluknya. Sungguh mengharukan! Macam aku ni wirawati sukan negara yang membawa balik pingat emas. Ramai mata tertoleh memandangnya, mungkin tertanya tanya siapa gadis yang di sambut sebegini. Aduhh… malu aku!
Wajah wajah di sekeliling di renung satu persatu. Alhamdulillah, semua pun aku kenal. Memori aku dah makin pulih. Suasana jadi kecoh bila masing masing riuh bertukar khabar.
“How was your flight?” tanya Shanmugam atau nama glamournya Shan Jendul, salah seorang ketua pramugara yang paling senior. Orangnya sudah berusia 40an tapi masih bujang.
“ It was fine. Capt Ahmad Zaini upgraded me to Business Class. Selesa sangat. Hampir sepanjang perjalanan I tidur. Makanan pun sedap.”
“ You look good. Bila nak mula kerja?” tanya Sheela, teman tapi mesra Shan Jendul. Nurul menjungkit bahu.
“ Not sure. I belum sihat 100%. I dengar MAS tengah offer VSS. I cadang nak minta. “
“ Hmm.. good decision. Kerja dengan MAS makin teruk, benefits banyak dah kena tarik. Ramai staf kita dah berhenti dan cari kerja dengan Middle East punya airlines. Aku pun dapat offer dari Qatar Airways, bulan depan aku pindah. Kalau kau nak, aku boleh tolong carikan kau kerja di sana.” Pelawa Wan Desiree yang sebaya dengannya.
“ Oh, kau nak kawin ya. Mesti husband kau suruh berhenti kan?” tebak Nita.
Nurul cuma tersenyum sambil menjeling pada Aireen. Tak semua tahu status nya. Ya lah, semuanya berlaku terlalu pantas. Tiba tiba dia rasa rindu pada Redza. Datin Wan Hamidah tidak di benarkan terbang buat sementara waktu. Entah bila mereka akan bertemu semula. Mungkin bila Redza sudah menjadi suami Elly. Huru hara sungguh kisah hidup aku.
“ Kau tidur mana malam ini? Kau boleh tidur rumah aku. Aku tak ada flight besok”
“ Thanks Reen. Tapi dah ada orang jemput aku. Besok aku nak balik kampung. Nanti kita calling calling. Bila aku turun ke KL lagi , aku lepak rumah kau”
Kalau tidak kerana Redza sudah berpesan pada bapanya untuk menjemput Nurul di KLIA, sudah tentu dia menerima tawaran Aireen. Dia kepingin untuk berbual santai dan berkongsi cerita dengan Aireen. Dah lama mereka tak ada “girls talk” bersama. Kini hanya Aireen saja yang boleh di jadikan tempat dia berkongsi suka duka. Elly ada menelefon kelmarin sebelum Nurul terbang pulang tapi Nurul menolak pelawaan untuk bermalam di rumahnya. Hati aku bukannya sekeras konkrit, jiwa aku tidak sekuat seorang serikandi. Aku perlu masa untuk menerima hakikat yang BFF aku akan jadi madu aku, walaupun Elly tak bersalah. Lagipun aku takut terlepas cakap yang aku isteri Redza.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nurul berpamitan dengan rakan rakannya sebaik mendapat bagasi. Di luar, Datuk Aminuddin dan Makcik Fazilah sudah sedia menunggu. Nurul bersalaman dan mencium tangan mereka. Jelas terpancar kelegaan di wajah mereka bila melihat Nurul.
“ Yuyu sihat? Makcik risau bila Yuyu lambat keluar. Ingatkan ada apa apa terjadi kat Yuyu” Rambut menantu tirinya di usap.
“ Yuyu kena ambush dengan kawan kawan sebaik keluar dari kapalterbang. Mereka semua nak tahu apa jadi kat Yuyu. Tak sedar pula hampir sejam kami berborak. Sorry…”
Nurul terus menyorong troli yang berisi bagasi. Pergi dengan satu beg, balik bawa dua beg. Bukannya dia shopping tak ingat dunia tapi dia terpaksa beli beberapa helai pakaian tebal untuk musim sejuk dan kasut yang sesuai, selainnya cenderahati untuk kaum keluarga. Aku mesti ucapkan terimakasih pada Puan Sri Lily yang memberi duit belanja.
Haba panas menyerbu sebaik dia keluar. Huk eleh… baru tiga bulan duduk di London dah tak tahan panas konon. Mengada! Peluh yang merenik di kesat dengan belakang telapak tangan sebelum membontoti mertuanya ke sebuah Honda CRV.
Seorang lelaki berwajah Cina turun dari kereta dan mengangkut begnnya ke but kereta. Mereka berbalas senyuman dan Nurul memincing mata seketika.
“ Mike? “
Senyuman lelaki itu makin lebar hingga mata sepetnya hampir tertutup. Walaupun Nurul sudah menjadi milik Redza tapi rasa riang dalam hatinya tak dapat di bendung setiap kali dia memandang wajah manis di depannya. Lebih lagi bila dah berbulan tak jumpa.
“ Wow, you still remember me? Redza kata you kena amnesia”
“ Saya ingat hampir semua orang yang rapat dengan saya. Hopefully, my memory will improve in Malaysia. Awak apa khabar?”
“ Okay okay saja. Nanti kita cerita along the way.Datuk dan Puan Fazilah dah tunggu”
“ Kita nak pergi mana? “ tanya Nurul bila kereta mula membelah lebuhraya. Dia duduk bersama Puan Fazilah di belakang.
“ Kita balik rumah Makcik. Yuyu kena rehat dulu, takut sakit pula kalau terlampau lasak. Dua tiga hari lagi Yuyu boleh balik kampung jumpa Tok Nah.” Balas Datuk Aminuddin. Dia sendiri segan nak berjumpa wanita tua itu. Mulut bekas guru itu boleh tahan laser. Kalau Tok Nah tahu tentang rancangan kawin paksa Redza dengan Elly, tentu aku di hambat dengan penyapu. Terlalu banyak hati perlu di jaga, besar masaalah menimpa keluarga mereka ketika ini. Isteri pertamanya sakit dan tak dapat di ubati, wasiat terakhirnya perlu di tunaikan. Redza di paksa jadi Pak Sanggup, Nurul akan bermadu dengan kawan baiknya. Plot sinetron dari seberang pun tidak berbelit sebegini.
“ Yuyu nak balik besok. Rindulah dengan Tok Nah. Abah jangan risau, Yuyu boleh naik bas. ”
“ Eh, jangan. Saya nak ke Penang besok untuk perkahwinan kawan. Saya boleh hantar Nurul ke kampung, its along the way. Lagipun Ray dah suruh saya tengok tengokkan Nurul.” Sampuk Mike. Tengok saja, jangan lebih lebih, dia mengingatkan diri sendiri.
Cadangan Mike di sambut baik oleh semua. Nurul melepaskan nafas lega. Bila dengan Mike dia boleh jadi diri sendiri. Tak perlu nak berlakun untuk menjaga hati sesiapa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nama Sapphire Hills terukir gah di pintu gerbang. Aku pernah datang ke sini, hati Nurul berdetik ketika kereta mereka berhenti seketika di depan pondok pengawal sebelum di benarkan masuk. Pengawal berkulit hitam manis siap angkat tabik lagi. Kawasan perumahan itu mempunyai landskap ala Bali yang menarik. Pokok frangipani dan heliconia di sekitar memberi warna dan melembutkan struktur rumah teres yang kontemporari. Keadaan sekeliling sunyi, mungkin sebab sekarang masih waktu pejabat.
Mike memberhentikan kereta di depan rumah teres lot hujung. Walaupun rumah teres tapi setiap rumah di pisahkan dari rumah sebelah dengan garaj, untuk memberi privasi. Nurul mencungkil kotak memori untuk cuba ingat semula kenapa tempat ini begitu ‘ familiar’.
“ Inilah rumah makcik. Jemputlah masuk Yuyu”
“ Er… rasa macam pernah datang ke sini” Nurul berlegar di laman rumah.
Datuk Aminuddin ketawa kecil. “ Kat seberang jalan itu rumah Yuyu. Mungkin Yuyu dah lupa tapi Redza hadiahkan rumah itu pada Yuyu masa berkahwin dulu. Syarikat Abah yang bina Sapphire Hills jadi Abah simpan beberapa unit untuk ahli keluarga kita. ”
Ooooh.. patutlah. Aku pernah datang ke sini sebelum bernikah dengan Redza untuk melihat rumah yang aku ‘ demand’ sebagai salah satu syarat untuk berkahwin dengan nya. Well, nasib baik aku bijak. Ada juga harta atas nama aku kalau apa apa berlaku pada perkahwinan kami. Tidaklah aku terkonteng konteng sehelai sepinggang, kalau aku terpaksa berhenti kerja.
“ Rumah itu masih kosong?”
“ Semua perabut dah ada, tunggu nak pindah masuk saja. Kalau Yuyu tinggal di rumah Yuyu pun bagus, Makcik ada dekat. Tapi kalau Yuyu tak nak tinggal sini, Yuyu boleh sewakan. Sewa nya lumayan juga, lebih RM3,000. Terpulanglah pada Yuyu. “
Nurul senyum segaris pada bapa mentuanya. Cara Abah bercakap macam mengiakan yang Redza akan tinggal bersama dengan Elly. Senasib lah aku dengan Makcik Fazilah, nampak gaya. Walaupun aku isteri pertama Redza tapi taraf aku lebih rendah dari Elly yang menjadi pilihan ibunya. Aku tidak di iktiraf - persona non grata. Nurul melangkah longlai masuk ke rumah.
“ Kak Yuyu!” Seorang gadis muda yang memakai leggings menerpa ke arahnya dengan tangan di depakan. Mereka saling berpelukan. Mulanya Izreen memanggil dia Kak Ecah tapi Redza membantah. Panggilan Ecah milik eksklusif Redza seorang saja.
“ Izreen! Apa khabar? Izreen cuti ke?”
“ Yup, semester break seminggu. Kak Yuyu dah okay? Kita orang risau sangat bila lama tak dengar khabar pasal Kak Yuyu. Masa tu Abang Ja macam orang gila. By the way, kakak dah jumpa Abang Ja kat London kan? Jadi Kak Ecah tahulah cerita pasal dia dengan Kak Elephant…. oops… Elly” Seperti bertih goreng mulut Izreen.
Puan Fazilah menghantar isyarat mata pada anak tiri bungsunya. Tentu Nurul sudah tahu. Usahlah di tenyeh garam pada lukanya.
“ Reen, sabar dulu.Banyak masa lagi untuk bercerita. Bawalah Yuyu naik ke biliknya. Bagi Yuyu rehat dan bersihkan diri dulu. ”
Rumah teres itu luas tapi hiasannya ringkas dan sederhana, seperti tuan punya nya juga. Langsung tak ada ciri rumah isteri seorang pemaju hartanah yang berjaya. Tiada perabut mewah maupun chandelier atau permaidani dari Parsi. Dindingnya di hiasi dengan khat ayat Quran dan tapestry Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Suasana nya tenang dan sejuk mata memandang.Selesai membersihkan diri dan menunaikan solat Zuhur, Nurul turun ke bawah. Di meja makan terhidang juadah makan tengahari. Mike dan Datuk Aminuddin sudah mengambil tempat duduk.
“ Makcik masak sendiri?” Nurul menghirup sup. Hidangan nasi ayam nampak menyelerakan tapi dia tidak lapar. Sesenduk nasi pun payah di habiskan.
“ A’ah, Izreen pun tolong. Makcik tak ada pembantu rumah. Lagipun selalunya makcik tinggal seorang, tak banyak kerja pun. Bila tak larat nak masak, beli saja di kedai.”
Faham faham sajalah hidup orang yang berkongsi kasih. Tambah pula bila isteri pertama sedang sakit. Bila Datin pulang dari London tentu Datuk akan luangkan lebih banyak masa bersamanya.
“ Tambah lah lagi nasi. Atau awak dah tak reti makan nasi? Mesti tekak dah biasa dengan fish and chips ni” Mike mengusik Nurul.
“ Mana ada? Kat sana hampir setiap hari saya makan nasi. Kalau tak masak sendiri pun, ada banyak kedai Asian yang halal. “ tingkah Nurul.
“ Betul tu. Kalau dah tekak Melayu, mesti nak cari nasi.” Tambah Datuk Aminudin sambil mengerling jam Rolex Perpetual Datejust di tangan. Dia perlu berjumpa dengan Tan Sri Effendi sebentar lagi untuk berbincang tentang majlis perkahwinan anak mereka. Untuk kesekian kali dia meminta maaf pada Nurul. Dia tidak mampu menolak hasrat Datin Wan Hamidah.
“ Mike, boleh tak tolong ? Saya nak beli prepaid card. Susahlah kalau tak boleh guna telefon.” Nurul menukar topik.
“ No problem. Jom kita pergi Maxis KLCC. I pun kena jumpa klien di sana. Tapi awak tak penat kah?”
“ Tak. Dah puas tidur dalam plane tadi”
“ Nak ikut!” Izreen bersuara riang. Yeay! Boleh lepak dengan Kak Yuyu dan Mike yang seiras artis Korea Lee Byung Hun. Too bad mamat hensem ni dah tua dan perangai macam ustaz. Sejak Mama ke London, Izreen terpaksa tinggal bersama Makcik sebab Abah sibuk dengan kerja. Makcik memang baik dan prihatin orangnya tapi aku bosan terperuk di rumah. Tak ada life langsung!
“ Okay” Nurul memberi persetujuan. Mana lah tahu kalau boleh di pupuk rasa kasih antara Mike dan Izreen. Ceh… ada hati nak jadi mak telangkai sedangkan kisah hidup sendiri pun cukup memeningkan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|