|
[Tempatan]
Larang Guna Pembesar Sore Dimasjid Selain Azan di P.Pinang #341 Nabi Larang?
[Copy link]
|
|
Nabi Larang Guna Pembesar Suara di Masjid, Surau? Oct 2, 2015 21
Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin
17Shares
KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang diketahui umum sebagai tokoh agama mesra pembangkang menyokong larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah.
Beliau mendakwa, umat Islam memang sepatutnya menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara kerana ia arahan Nabi Muhammad S.A.W kerana boleh mengganggu orang di luar dan dalam masjid serta menimbulkan rasa kurang senang ke atas bukan Islam.
“Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi S.A.W dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam sebaliknya menimbulkan salah faham banyak pihak.
“Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd. Asri turut menyelar umat Islam di Malaysia yang mempertahankan amalan menggunakan pembesar suara di masjid dan surau untuk tujuan membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya dengan alasan ia bacaan yang patut diagungkan oleh umat agama itu.
“Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah perjuangan mempertahankan Islam.Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh dipaksa orang lain mendengar bacaan kita,” katanya.
Pulau Pinang baru-baru ini bersetuju mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau di negeri itu perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya. – mynewshub.cc
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha ni atuk tolong bagi sumber yg DAP, BN, PAS, PKR, PAN kena pegang.
Berdoalah kepada tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (Surah al-A'raf ayat 55)
Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.(Surah al-Isra ayat 110)
Wahai manusia, kasihanilah diri kalian, sesungguhnya kalian tidak berdoa kepada tuhan yang tuli lagi ghaib akan tetapi kalian berdoa kepada zat yang maha mendengar lagi maha dekat dan dia bersama kalian (Hadis Bukhari & Muslim)
|
|
|
|
|
|
|
|
penyampaian ilmu bukan doa peribadi
you kena faham dahulu
asas itu ahpek/ahmoi/ahso
|
|
|
|
|
|
|
|
Pintu pagar masjid terbuka luas tapi berapa ramai yg pergi penuhkan saf masjid? Bila jadi isu pembesar suara ramai pulak yg penuhkan internet dok membangkang tapi saf masjid sama ja tetap 2,3 saf tak berubah. |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon jbtn agama perak pon adopt fatwa yg sma.ni sukaneka /qurban kt surau pon nk pki pembesar sora.abuse kelonggaran betui. End up kuil bila buat upacara dia, dia pon berloud speaker bgi |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka yang faham dan sayangkan Islam akan terus nampak kemaslahatan larangan menyalahgunakan pembesar suara masjid untuk membuat bising pada masa yang tidak sesuai.
Cuma puak2 ketuanan sahaja yang nampak ini sebagai peluang mempergunakan agama untuk tunjuk hero sedang mereka sendiri bukan nak dengar sangat pun risalah dari masjid sebenarnya janji boleh fefeeling macam tuan. A typical sindrome orang miskin mahu nampak kaya di kalangan orang2 berada, mereka akan over menunjuk2. Orang yang benar2 kaya akan hanya senyum sambil berkata kasi can lah Bagi puak2 ketuanan ini, apa mereka kisah jika in the final analysis Islam sendiri akan rugi kerana dianggap tidak bertimbangrasa, arrogant dan stupid. Janji mereka boleh menang sorak katanya.
Dalam forum ni pula, kalau dah tak boleh menang hujah, dapat 'membahlol'kan orang pun jadilah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi S.A.W dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam sebaliknya menimbulkan salah faham banyak pihak.
puak2 ketuanan ni kalau nabi masih hidup pun akan dilawannya.... tak percaya?...
|
|
|
|
|
|
|
|
golongan yang hanya nama sahaja islam
yang lebih perlu dibalun
|
|
|
|
|
|
|
|
delcol87 replied at 2-10-2015 10:26 AM
satu lagi, penjual aiscream.. padapop padapop.. pong pong.. haha
Lagi satu mat kool mat kool kawangku main main selalu syoknya syoknya ade mat kool.. Iols rase mcm nak sembelih je monyet mat kool tu,tghari mcm tu datangla dia |
|
|
|
|
|
|
|
Kan sekarang ni wirid dan doa pun orang luar masjid boleh dengar kn?
Niat baik nak menyampaikan ilmu tetap tak boleh menggugurkan hak orang lain. Fahamkan asas agama terutama nak berdakwah kepada agama lain. Kalau dalam kita mengamalkan agama pun kita menyakitkan hati orang lain, macam mana nk nampak cantiknya agama tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
mengapa mesti sakit hati dengar wirid dan doa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini apa yg saya alamilah, saya tak pegi surau solat. Solat di rumah. Maghrib wak tu pendek, subuh pun sama. Azan, saya suka sbb kadangkala kita ni lalai, asyik buat keje. Solat maghrib pakai loud speaker, saya solat kat rumah, sorang, terganggu tau. Lepas tu wirid/zikir/doa bat sendiri sudah, nak jugak org sekampung dgr. Saya nak juga zikir n baca quran. Subuh pun mcm tu. Hmm.. Bila azan pulak sampai 30 harkat tau saya kira. Beribadat bkn ikut suka hati tapi ikut syariat... saya tak solat di surau sbb, saya perempuan, afdhal di rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 2-10-2015 12:02 PM
Mereka yang faham dan sayangkan Islam akan terus nampak kemaslahatan larangan menyalahgunakan pembes ...
Itu ada yg duk ngaku pejuang islam..
Kononlah nak hentam sgt org lain kurang islamik dari dorg katanya..
Islm yg org ikut tu jer yg betul...
Sampai maki hamun sumpah seranah fitnah semua halal semata nak mengagungkan islam ala ketuanan
Nabi mana yang dorg ikut tu Rasulullah saw xde ajar plak nak dakwah boleh maki hamun fitnah org.. sbb jadi kat penang tu yg pakat kencang bergendang....
|
|
|
|
|
|
|
|
Sakit hari sebab amalan tu mengganggu khusyuk terutama kalau masbuk. Tak kisah kalau nak doa berjemaah sekalipun tapi tak perlu pakai mikrofon sebab mikrofon tak membantu untuk bawa doa ke arasy pun.
mengapa mesti sakit hati & tak nak ikut petunjuk Allah dan Rasul?
|
|
|
|
|
|
|
|
arasham replied at 2-10-2015 12:16 PM
Ini apa yg saya alamilah, saya tak pegi surau solat. Solat di rumah. Maghrib wak tu pendek, subuh pu ...
Bila kita cakap dituduh kita ni tak islamik u...
Tak suka dengar org ngaji katanya... sbb xnak dengar bacaan suci al quran..xnak dengar ceramah agama...
Rumah adik ipar tu dekat ngan masjid...pegi rumah dia time tu ada ceramah..nak cakap pon xboleh lansung sbb punyalah kuat dorg pasang..terjerit2 nak sembang ngan orang lain....nak solat pon kena tunggu habis ceramah dulu..sbb mmg bacaan kita sendiri pon kita susah nak dengar....
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa agaknya yg ajar maki hamun, sumpah seranah dan memfitnah tu agaknya? Itu belum lagi yg melenting bila kita tegur jgn sebar/ sahare hadis tak sohih, baca itu dpt ini.. Depa ni tak pernah ke dengar ibadah lillahitaala? Kita beribadah cari rahmat Allah swt ni tidak amal ayat ni nak dapat ni, amal ayat ni suami kasih.. Ustaz zahazan kata beramal utk dunia dapatlah dunia..
|
|
|
|
|
|
|
|
dizek replied at 2-10-2015 12:15 PM
mengapa mesti sakit hati dengar wirid dan doa?
Doa ni boleh jer baca sendiri2 bahasa melayu pon Allah faham...
Imam baca kuat2 pon org lain takat amin2 ja makna apa pon xfaham..
U pnh gi mekah n madinah tak...ada ke dorg doa n wirid panjang2 kat mikrofon lepas solat?
So kalu xde kira dorg tu pon x islamiklah..islam dorg xbetul? kita yg kat sini islam yg paling benar gtu? |
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking replied at 2-10-2015 11:45 AM
Nabi Larang Guna Pembesar Suara di Masjid, Surau?Terkini
Oct 2 ...
mohon melayu kuno yg malas gi masjid baca artikel ni |
|
|
|
|
|
|
|
arasham replied at 2-10-2015 12:26 PM
Siapa agaknya yg ajar maki hamun, sumpah seranah dan memfitnah tu agaknya? Itu belum lagi yg melen ...
Itulah yg me tanya...nabi mana dorg ikut tu?
Rasulullah ajar lain..buat lain..
Pastu habis xde point fitnah pon jalan...
Ceramah kuat2 masjid tetap lengang....
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa ramadhan hari tu paling saya terganggu. Saya lepas isyak terus tidur, around pukul 2 saya bangun buat ibadah kita sendiri. Tapi kalau dah s mbahyang tarawih pakai loudspeaker and dgn tazkirahnya, terpaksa pakai sumbat telinga. Apa yg saya belajar ibadah sunat buat sendiri sudah tak payah share dgn org.Tak faham sungguh dgn mereka yg sebegini..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|