|
Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)
[Copy link]
|
|
Parop doh laaaa..habis pakat kene minyak senangin..hahah
|
|
|
|
|
|
|
|
Penat rempit dari mula...tggu tt update lagi
Nak tanya ape jd dgn ank buah tt?masih ada 'kawan' ajak main?
Masih berubat dgn darul shifa ke? |
|
|
|
|
|
|
|
emm penangan saka tok nenek moyang dahulu kala...cucu cicit skrg yg merana...![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
sesungguhnya daku pon memahaminya..![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Check in kejap...hari ni bz sikit
nanti da free nak baca cite KK sekali harung |
|
|
|
|
|
|
|
Nice job TT and semua yang sumbang cerita..![](static/image/smiley/grapeman/06.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinggal jejak kat sini..biasa jadi silent reader je |
|
|
|
|
|
|
|
rempit2 tu ko ade lesen tak @amyza?
Alhamdulillah gi baca sekali tu je Iyad dah okey. Cuma angah memang tak bagi dah anak2 dia tido kat bilik yang Yad nampak 'benda' tu... ![](static/image/smiley/onion/2ghost.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
ko pun ada ke @budakbaik10? Buat la apa yang patut ye... jangan biar hidup anda diselubungi
.........MISTERI......
bak kata pakcik Zainal Ariffin
|
|
|
|
|
|
|
|
thanx @yenil95 moga bermanfaat
|
|
|
|
|
|
|
|
welcome @aramcna jenuh la aku nak mop tapak kaki korang penuh dalam umah ni.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Laptop aku diselubungi misteri. kejap bleh tekan enter. japgi takleh tekan. nyaris aku nak tuduh abang dealer tu jual laptop tiruan kat aku..... ![](static/image/smiley/onion/angry.gif)
Nampaknya nak kene update jugak sebelum aku kehilangan momentum dan thread terus tekubur...
Ada yang PM aku tanya pasal gangguan yang melanda diri dia. Sejujurnya, dear readers, aku takleh nak diagnos masalah korang. Apa yang aku share ni mungkin sama dengan pengalaman korang, but still korang sniri kena cari perawat dan dapatkan pandangan yang tepat. Sebab latarbelakang sume orang berbeza, punca masalah berbeza, kekuatan kita pun berbeza.
Aku bleh support jela... Kalau korang rasa ada something wrong dalam diri, dalam hidup korang, the 1st thing muhasabah dulu perbaiki silap kita.
Pastu carilah bantuan dari luar K... jangan ignore. Cari perawat bukan untuk kita bergantung, tapi untuk pantau dan beri nasihat... supaya usaha kita terpandu. Manusia kan pelupa... kena ada yang selalu peringat.
Okey, good luck! <--asal tido lak nih?!
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kelipkertas at 13-12-2015 07:52 AM
Diari treatment aku bersambung...
weekdays. jumpa ust Leman.
Aku nekad nak lupuskan kertas2 jampi tanpa pengetahuan ayah. Bawak ke DS bagi kat ust Leman, minta tolong dia. Aku harap sangat takde apape akibat yang buruk berlaku sebab lupuskan jampi dan rajah2 tu sumer.
Waktu tunggu giliran nak jumpa ust, aku duduk kat kerusi tengok orang lain kena rawat. Tengok sorang akak ni... ada masalah kerja. Masa aku tegur dia, senyum je cakap takde pape. Bila depan ust terus dia cerita nangis2. Sambil dia bercerita tu aku perati je ust buat apa. Ust cucuk lutut dia ngan telunjuk, kepit bahu dia ngan ibu jari dan telunjuk... lebih kurang cam ust buat kat aku. Mungkin ke ust tengah 'scan' waktu tu? Entah la. Tapi akak tu takde reaksi. Dia terus nangis je cam tak rasa pape.
Sambil berubat, banyak gak aku perati teknik2 perawat ni...
Bila tiba time aku ust cucuk gak. Tapi aku buat keras je cam tak rasa pape. Sbenarnya aku sangatlah tak selesa, saje taknak tunjuk reaksi supaya ust fikir aku dah okey. Tak tau la itu bebetul fikiran aku atau 'si dia' ni... pura2 okey supaya ust tak baca ruqyah. Ust tengok mata pun aku tak alihkan. Dalam hati dah mendengus2 marah.
Isy....rasa malasnya nak tulis! Hrrrrr....... maaf ye kalau tulisan aku terabur.
Macam biasa, kat depan perawat aku gugup gila. Tapi aku dapat pesan ngan ust jangan kasi aku minum dengan gelas sebab nanti aku pecahkan. Aku tunjuk tapak tangan yang berplaster. Sempat pulak aku tanya ust Leman adakah aku ni bebetul kena gangguan? Atau mungkin aku gila ke? Terdiam ust. Pastu aku clarify balik yang sbenarnya aku dah ragu2 dan takleh fokus nak berubat... sebab sentiasa fikir yang aku ni buat2 ke apa... tak faham.
Then sejak mengamuk2 tu, aku dah belajar dari kesilapan. Setiap kali nak datang berubat aku akan buat extra amalan supaya lebih kuat nak tahan amukan waktu ruqyah. Yalah, kita beramal ni mesti niatkan kerana Allah. Allah suruh ikhtiar maka aku ikhtiar kerana Dia. Selain Yasin dan ma'thurat yang dibaca setiap pagi, aku tambah la dengan apape zikir yang patut. Baca doa2 ruqyah dalam buku TGHD tu. Aku mohon sangat Allah bantu aku jangan kasi mengamuk... sebab bila mengamuk tu aku taktau apa yang akan berlaku. Tah terbunuh diri ke, terbukak aib sniri ke...
So hasilnya....hari tu memang aku dapat tahan. Mungkin sebab ust Leman pun jenis xske provoke benda tu. Lama jugak aku dengar bacaan ruqyah sambil menahan rimas, tahan rasa nak marah dan terajang orang. Sampai ust cucuk bawah dagu aku baru 'dia' start merepek ''Tak nak....tak nak.'' Tah apa 'dia' taknak tak tahu la. Ingat ni iklan taknak merokok ke.
Ust Leman: Kau ni siapa? Kenapa duduk kat dia ni?
Dia: Taknak, taknak.... tak nak... *geleng3*
Ust Leman: Kau tak nak apa? Tak nak keluar? (sambil ust picit sana-sini dan 'dia' pun menepis sana-sini)
Dia: Tak nak... tak nak! Ie... rimas la bodoh! Ie...geramnyaaaaa! Nak tumbuuukk.....! (dah mendengus ramas2 penumbuk tapi aku tahan tangan rapat2 kat kepala)
Ust Leman: Nak tumbuk? Tumbuk la.
Dia: Iee....dia tak bagi!
Ust Leman: Siapa tak bagi?
Dia: Eeeee......!!!
Terlepas gak sebiji dua 'dia' pukul tangan ust yang sibuk menekan sana-sini. Dan, setiap kali meracau aku mesti berpaling ke kiri. Sakit tengkuk, belah kiri. Sakit kepala, belah kiri. Rasa muka nak jatuh pun belah kiri. Benda ni duk kat left side aku ke?
Ust Leman: Siapa la kau ni? Cuba cakap dengan suara sendiri, pukul pakai tangan sendiri. Jangan pakai badan dia.
Dia: ....................................
Ust Leman: Kat manalah kau duduk kat badan dia ni? Cuba cakap. Biar aku tolong kau keluar.
Dia: Tak nak.... tak nak!
Ust Leman: Kau dah berkampung kat dalam ni ye? Kat mana kampung kau? Aku nak pergi melawat. Sini ye kampung kau? (sambil picit kaki aku) Apa nama kampung kau ni?
Dia: Bodoh!
Ust Leman: Apa? Kampung bodoh?
Masa tu aku nak tergelak. Tapi 'dia' marah sebab ust main2kan 'dia'. 'Dia' cakap ust bodoh, takpe. Haha.
Pastu ust bagi aku minum. Tak ingat aku pegang sniri ke ust pegang gelas. Yang pasti lepas tu aku peningggggggg yang amat sangat cam mabuk rasa. Ust offer aku rehat kat bilik, aku tolak. Aku mintak rest situ jap pastu nanti aku chow la. Kebetulan time tu rehat, takde pesakit tunggu turn pun.
Tapi ust tengok aku duduk pun terhoyong-hayang, dia gi panggil ustazah suh papah aku masuk bilik. Time ust takde tu aku ambik kesempatan merehatkan kepala kat meja teh sebelah tu. Dalam pening tu aku senyum sorang-sorang.
Alhamdulillah....alhamdulillah. Berjaya tak mengamuk!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Malam jemahat ke..malam sabtu ke..takde maknanya..
KK single lagi eveilebel..![](static/image/smiley/default/shutup.gif)
![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh.... ada makna gak kak. Malam Jumaat aku dating ngan abg kahfi ![](static/image/smiley/onion/shy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelipkertas replied at 10-12-2015 10:33 PM
Eh.... ada makna gak kak. Malam Jumaat aku dating ngan abg kahfi
Rajinnya ko tt.. amalan surah, bacaan smua ni..teringat la kwn ex-usrah aku dulu. Rajin amal benda2 tahajud, mathurat.. bila duduk dgn sahabat camni, kita akan ada semangat nk buat smua amalan.. bila dah jauhh.. hmmm.. xdenya. hanya iman yg boleh kuatkn hati bt amalan cmni. Aku xdela mengalami bnda2 mcm ko crita tt, Tp sekeliling aku, kwn2 aku, sejak aku sek men aku nmpk dgn mata sendiri bnda2 rasuk, histeria ni bekali-kali..smpi jemu nk nengok. Tp tu la, alhamdulilah aku x pernah kena sekali pn bnda2 rasuk cmni. Nauzubilahminzalik la kn. Tp aku kagum la amalan ko ni. Mmg ko ada split personality ni.. ko terpaksa terjun bidang agama padahal skill ko n minat ko bukan kearah cmtu. tapi kerah lain. Aku agak je la. Huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|