CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mahatma_gundhu

Bercinta dgn perempuan indon kerja massage

[Copy link]
 Author| Post time 29-3-2017 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
framecermin replied at 28-3-2017 12:00 PM
Layan sgt ppuan Indon penipu.. tak kan pasal ikut lelaki blh pakai sexy, blh gi clubing segala. Poko ...

Hmmmm...tak tau la...dulu pon dia mmg perangai mcm tu tp lg teruk..aku larang dia pegi clubbing, minum arak, pakai seksi, keje tak elok, jauh dari kwn2 dia yg dlu keje tak elok..huhu...aku rindu masa2 aku dgn dia...mcm bodoh aku ni masih simpan gambar dia pakai tudung..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2017 09:20 AM | Show all posts
mahatma_gundhu replied at 29-3-2017 08:19 AM
Hmmmm...tak tau la...dulu pon dia mmg perangai mcm tu tp lg teruk..aku larang dia pegi clubbing, m ...

Pokok pangkal hati... kena ingat tuhan kita ni agama Islam. Abis kalau dia tak dpt kawin dgn lelaki yg blh bimbing dia maka dia blh la pegi club? sexy2?. mabuk2? Abis akal sendiri tak blh guna ke? Drp kecik mmg dia tak belajar agama ke yg kata benda2 tu semua haram? Org gini susah nak bentuk. Bayangkan klu dia jadi isteri awk dan lepas tu dia tak bahagia atau ada benda yg dia tak puas hati.. Adakah dia akan selesaikan dgn pegi club? Pakai sexy2 lagi? Adoi kalau gini dah tentu berlambak2 dosa dia awk nak kena tanggung.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 11:25 AM | Show all posts
mahatma_gundhu replied at 29-3-2017 08:12 AM
Susah rupanya nk move on ni..dh bape org aku try date tp mcm tak sama dgn dlu..huhu

move on xsemestinya kne date..g la travel ke..wat xtvt yg bole bz kn diri kita..lama2 x teringat la
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 08:28 AM | Show all posts
mahatma_gundhu replied at 29-3-2017 08:19 AM
Hmmmm...tak tau la...dulu pon dia mmg perangai mcm tu tp lg teruk..aku larang dia pegi clubbing, m ...

dia yang pilih untuk kerja tempat2 macam tu jadi ko tau dia jenis yang macamana. ko nak ibu pada anak2 ko macam tu ke? fikir panjang lah tt. fikir tentang keturunan.

perempuan indon yang baik ada berlambak lagi. kalau nak indon lah. yang penting, tempat ko jumpa dia tu dimana. tempat massage atau surau? (contoh je )
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Fikir panjang...tu je nasihat meolss
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 02:32 PM | Show all posts
teringat dkt TT, ioll terjumpa dkt thread lain, uoll lupakn je la sheol, cuba pergi berubat, mana tahu kalo chuol kena ape2

Anak saudara Sultan Kedah dihukum gantung




SINGAPURA 8 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung terhadap seorang anak saudara lelaki Sultan Kedah setelah didapati bersalah membunuh seorang jurusolek pada April tahun ini.

Tengku Jonaris Badlishah, 24, seorang produser dan pembantu peralatan bebas, dituduh membunuh Sally Poh Bee Eng semata-mata kerana mahu merompak jam tangan Rolex milik wanita itu untuk diberikan sebagai hadiah hari jadi kepada teman wanitanya, yang juga seorang pelacur Thai, pada hari yang sama.

Dia memukul lebih 10 kali kepala Sally dengan penukul dan menetak kedua-dua pergelangan tangan wanita itu di sebuah perhentian bas di Marina South di sini, pada awal pagi 20 April tahun ini.

Pada tengah hari yang sama, Tengku Jonaris membawa sebiji kek, sejambak mawar merah dan sebotol arak sebelum menghadiahkan jam tangan Rolex bertatahkan emas dan berlian bernilai S$7,500 itu kepada Saifon Ngammoo sempena hari jadinya yang ke-31 pada satu majlis di sebuah rumah pelacuran di kawasan hitam Geylang.

Sepanjang 19 hari perbicaraan itu, yang diberi liputan meluas oleh media di sini, Tengku Jonaris memberitahu mahkamah bahawa kehidupannya semasa kecil penuh dengan penderitaan dan semasa dia berusia setahun, bapanya Tengku Abdul Hamid Thani, seorang saudara lelaki Sultan Kedah, menceraikan ibunya, Elizabeth Seet.

Pesuruhjaya Kehakiman Amarjeet Singh, semasa membacakan penghakimannya, menolak dakwaan pihak pembela bahawa Tengku Jonaris, seorang warganegara Malaysia, mengalami tekanan neurotik dan khayalan ganja semasa pembunuhan itu.

Amarjeet Singh berkata selepas mendengar pendapat pakar psikiatri daripada pihak pembela dan pendakwa, beliau mendapati Tengku Jonaris berupaya mengawal dirinya semasa melakukan pembunuhan itu.

Ini disokong oleh keterangan para pekerjanya yang berkata bahawa tertuduh bersikap seperti biasa sebelum itu dan merupakan seorang yang suka bersosial, katanya.

Beliau berkata, adalah tidak mungkin Tengku Jonaris tidak dapat mengawal dirinya kerana dia tidak mempunyai sebarang sejarah berkelakuan ganas walaupun selepas menghisap ganja.

''Tertuduh berbelanja lebih daripada kemampuannya dan tekanan kewangan itu berpunca daripada keinginannya untuk menawan hati Saifon,'' kata Amarjeet Singh.

Tengku Jonaris, yang berpakaian sut hitam, kelihatan tenang sepanjang prosiding itu termasuk semasa hukuman ke atasnya dibacakan. Selepas dijatuhkan hukuman, dia tidak langsung menegur ibunya, yang turut hadir di mahkamah.

Suami mangsa, Lee Boon Siang, pula menjerit kepada Tengku Jonaris: ''Celaka, padan muka kau,'' semasa tertuduh dibawa keluar dari mahkamah.

Semasa perbicaraan kes bunuh itu, mahkamah diberitahu bahawa Tengku Jonaris telah menelefon Sally pada malam sebelum pembunuhan itu untuk memberitahunya bahawa dia memerlukan khidmatnya bagi satu sesi foto dan memintanya menunggu di perhentian bas Marina South pada pukul 6.30 pagi.

Menurutnya dia telah menghisap segulung ganja sebelum pergi ke tempat kejadian.

Tengku Jonaris berkata, selepas dia memukul kepala Sally Poh dengan penukul, dia mengheretnya ke belakang rimbunan pokok-pokok renek di belakang perhentian bas itu tetapi semasa dia sedang mengambil jam tangan wanita itu, mangsa kembali sedar dan cuba merangkak menghala ke perhentian bas itu.

Melihat keadaan itu, dia menjadi panik dan memukul Sally Poh berulang kali dan menetak pergelangan tangannya dengan pisau pemotong kertas sebelum melarikan diri.

Tengku Jonaris ditangkap polis dua hari selepas pembunuhan itu.

Seorang daripada pekerjanya, Denis Lian, memberitahu mahkamah bahawa Tengku Jonaris risau mengenai apa yang harus dibelikannya untuk Saifon kerana sebelum ini dia menerima pemetik api Dupont bernilai S$800 daripada teman wanitanya itu.


Dalam kenyataannya kepada polis, Tengku Jonaris berkata, dia mahukan jam tangan Rolex itu kerana ia boleh dijadikan ''hadiah istimewa'' untuk Saifon dan memandangkan dia tidak mampu membeli jam tangan mahal itu, dia memutuskan untuk merompak Sally Poh.


Tengku Jonaris berkata, dia bertemu dan jatuh cinta dengan Saifon pada September tahun lepas dan sering mengunjunginya iaitu empat kali seminggu.


Mahkamah juga diberitahu bahawa Saifon, yang berpendapatan antara S$12,000 dan S$13,000 sebulan, telah meminjamkan Tengku Jonaris sebanyak S$6,000 pada Februari dan beliau mahu dia membayar hutang itu kerana ia adalah ''wang usaha gigihnya''.

Saifon juga pernah memberitahunya bahawa bekas suaminya telah memberikan beliau sebuah jam tangan Rolex tetapi ia telah dicuri semasa beliau masih di Thailand.

Tengku Jonaris memberitahu mahkamah bahawa semasa kecil dia sering didera oleh ibu dan bapa tirinya yang antara lain merotannya, memaksanya berlutut selama beberapa jam, mengklipkan klip penyidai baju di telinga, jari, bibir dan lidahnya serta kadang kala memaksanya memakan cili.

Tengku Jonaris berkata, dia dan adik lelakinya yang berusia 22 tahun dilayan seperti orang asing sedangkan anak-anak ibu dan dan bapa tirinya dilayan dengan baik.

Dia juga mendakwa bahawa ibunya mahu dia dikenali sebagai anak saudaranya dan bukan sebagai anak kandungnya.

Sementara itu, Seet mengakui bahawa beliau telah memukul anaknya. Menurutnya selepas perceraiannya, beliau tidak mendapat sebarang bantuan kewangan dan terpaksa tinggal dengan abangnya sebelum berkahwin semula. - Bernama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2017 02:33 PM | Show all posts
chuol  buat istiharah, kalo chuol betul nk that girl, ada 1 jalan, pergi jauh2, dkt tmpat org x kenal both of u, and mulakn hidup baru
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Istikharah la wei...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2017 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
lilpurplelady replied at 30-3-2017 06:32 AM
teringat dkt TT, ioll terjumpa dkt thread lain, uoll lupakn je la sheol, cuba pergi berubat, mana ta ...

Good reply. Thanks for the sharing. Nice one. Tt bleh baca n kasi masuk dlm hati sikit
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup ni kalau boleh pilih yang terbaik kalau boleh.
Minta maaf tapi wanita itu tidak sesuai untuk menjadi ibu pada bakal anak2 you.
She can change for the better tanpa pantauan you kalau dia mahu. Tapi she choose otherwise..

Ada anak dengan xbf..nak berubah...cuba berubah..tak berubah...
Trust me naluri you takut memperisterikan dia ada sebabnya. Dia dah dewasa untuk fikir yang terbaik untuk dirinya..it's not your fault that she choose her lifestyle.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2017 07:11 AM | Show all posts
framecermin replied at 29-3-2017 09:20 AM
Pokok pangkal hati... kena ingat tuhan kita ni agama Islam. Abis kalau dia tak dpt kawin dgn lelak ...

nak ckp susah dibentuk..susah gak la tapi dulu aku berjaya ubah dia sbb aku larang dia berkawan dgn kawan dia yg tak elok...dari situ perlahan2 brainwash dia...ni start mula pergi clubbing ni katanya ikut kawan ngn bf baru...cuma nk seronok2...huhu..pedihnya hati...huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2017 07:13 AM | Show all posts
lil_sparky replied at 29-3-2017 11:25 AM
move on xsemestinya kne date..g la travel ke..wat xtvt yg bole bz kn diri kita..lama2 x teringat l ...

tu lah...selalunya kalau stress pg bersenam atau sukan...tp masih fikir gak dia...tp ada la terfikir kalau ada masa nk join tabligh keluar 40 hari..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2017 07:16 AM | Show all posts
lilpurplelady replied at 30-3-2017 02:32 PM
teringat dkt TT, ioll terjumpa dkt thread lain, uoll lupakn je la sheol, cuba pergi berubat, mana ta ...

thanks..btw insyaAllah masih waras akal fikiran...bebas rokok, bebas dadah, bebas dari arak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2017 07:21 AM | Show all posts
lilpurplelady replied at 30-3-2017 02:33 PM
chuol  buat istiharah, kalo chuol betul nk that girl, ada 1 jalan, pergi jauh2, dkt tmpat org x kena ...

yup pernah terfikir mcm tu...tp family come first...tak boleh buang family yg byk berkorban utk aku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2017 07:23 AM | Show all posts
mrsLucky replied at 30-3-2017 09:59 PM
Hidup ni kalau boleh pilih yang terbaik kalau boleh.
Minta maaf tapi wanita itu tidak sesuai untuk  ...

yup tgh cuba cari yg terbaik cuma hati tu masih berat lg utk move on...mudahan..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mahatma_gundhu replied at 31-3-2017 07:23 AM
yup tgh cuba cari yg terbaik cuma hati tu masih berat lg utk move on...mudahan..

Memang berat dan bukan mudah..tapi untuk masa depan yang lebih baik biar sakit sedikit...kerana wanita itu bukan pilihan yang baik...she is not a good women. Jangan fikir you penakut itu kelemahan..you takut kerna instinct you mengatakan dia bukan wanita yang sesuai menjadi ibu pada anak2 you nanti.. Banyak2 kan bersabar dan cari aktiviti yang  berfeadah untuk mengalihkan fokus dari wanita itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2017 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
You kahwin dgn I ja la.
I takdalah cantik, tapi cute tu ada lah

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
knnk replied at 31-3-2017 03:25 PM
You kahwin dgn I ja la.
I takdalah cantik, tapi cute tu ada lah

wah setujuk setujuk setujuk  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2017 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Huhu...betul gile aku ni dah...baru kejap td aku pergi club tarik Ti keluar...terus hantar dia balik...sakit betul hati aku ...kwn aku boleh terjumpa dia dlm club terus bg gambar kt aku...mmg naik darah la pakai seksi joget2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2017 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh lak dia ckp kalau aku kawen dgn dia baru dia tak nak buat tak elok...ckp masih sayang aku la...nk lepaskn stress la sbb tu makin selalu party....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.069967 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list