CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Kes kekejaman bilik tahanan TLDM: 2 meninggal, 2 lagi cedera UPDATE #351

[Copy link]
Post time 3-10-2017 11:08 AM | Show all posts
Electromagnet replied at 1-10-2017 05:41 PM
Tapi ni di PETAT  ,depa 2 yg mati ni baru kat bilik tahanan unit .Depa panggil guard room
Not ...

I terfikir. kalau kena mcm ni berhari2, diorang tak dibenarkan solat ke cmne?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2017 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
akakdendeng replied at 2-10-2017 04:49 PM
takziah pada keluarga arwah. semoga yg terlibat diberi hukuman setimpal nya.

Aminnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 11:14 AM | Show all posts
Phimi replied at 1-10-2017 05:44 PM
Yang datang dari background mcm ni la selalunya end up jadi pendera..penagih dadah..buat rugi duit ...

Mind your words bro. Tak semua mcm tu. Family aku bukan senang jugak n adik aku salah sorang yg sekarang berkhidmat sbg askar. Dia ni punya tahap degil masa kecik dulu, nauzubillah sampai tahap kalau gaduh dengan dia, dia capai penyapu nak bantai orang. Sampai aku punya tahap sakit hati bila gaduh dgn dia atau bila dia kurang ajar, aku jeritkan dia & doakan dia mati kena lenyek lori. Sadis kan, but this is true. Dia orang yg satu-satunya aku mampu cakap lepas tcmtu sbb perangai dia.

Tp lepas dia masuk askar, totally dia berubah. 100%. daripada sorang manusia yg aku tengok takde masa depan, yg perengus, pemarah & perangai mcm nazi, terus berubah jadi sorang yg baik, hati lembut, mudah tersentuh n so on. ko boleh bayangkan tak adik yg dulu ko benci, boleh berubah jd sorang yg skrg ko syg. Dia punya tahap berubah tu smpai dia hari2 akan mesej kat group whatsapp cakap rindu family, bila balik dia akan belanja mcm2, balik buat seprais kat famili, dia punya happy bila dia balik jumpa family, jadi mcm agak clingy ngan fmly. aku pun mcm tak caya bila dia berubah mcm tu sekali. ibarat aku ni ada adik yg dulu tahap israel kpd adik yg tahap pecinta kucing.

So aku nak cakap, ko tengok diorang myb dr latar belakang mcm2, rempit, pencuri, onteng sekolah, kaki gaduh, tak semua akan ended jd askar yg teruk. ada je yg jadi lebih baik & lebih dekat dengan tuhan.

Doakan laa adik aku istiqomah berubah & dpt lalui zaman tentera dia dgn baik

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
“Ini adalah kes terpencil. Penderaan adalah bukan satu budaya (dalam tentera) kerana kalau ia satu budaya, kes seperti ini berlaku hampir setiap hari. Namun begitu, kes sebegini sudah lama tidak berlaku dan kes terakhir adalah lima atau 10 tahun dahulu di Sungai Besi."

Ni yang kantoi and made headlines, yg tak kantoi swept under the rug or setel luar bilik mayat je ada je kan? Katanya last kes dlm 5-10 yrs kat Sg Besi. Kes Asruf TLDM Tenom 2013 tu dia lupa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 11:18 AM | Show all posts
hyldia replied at 2-10-2017 03:47 PM
u...tentera tak boleh suka2 hati nak bagi surat resign, dorang nak berhenti dari perkhidmatan tu p ...

ayah aku sendiri dulu berhenti askar. faktor lebih berat badan n tak sebulu ngan bos dia. tapi sebelum berhenti, dia kena lalui mcm ko ckp ni

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 03:23 PM | Show all posts
dandellion replied at 3-10-2017 11:14 AM
Mind your words bro. Tak semua mcm tu. Family aku bukan senang jugak n adik aku salah sorang yg se ...

suka baca kesah adik u tu. alhamdulillah dia dah berubah ke arah yg lebih baik.  akak ada anak buah yg lebih kurang perangai mcm tu, hari2 kami berdoa agar dia berubah....semoga doa kami dimakbul kan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2017 04:19 PM | Show all posts
akakdendeng replied at 3-10-2017 03:23 PM
suka baca kesah adik u tu. alhamdulillah dia dah berubah ke arah yg lebih baik.  akak ada anak bua ...

alhamdulillah. kami satu famili pun mcm xpercaya dia boleh berubah mcm tu. good for us and for him too. Harapnya dia kekal mcm tu. inshaAllah ur kid boleh berubah juga, cuma mungkin perlu pemangkin yg kuat yg boleh bantu dia utk berubah

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 3-10-2017 10:03 AM
biasa je penjawat awam pej. tanah, pkul 10 pagi msih sarapan kt kantin

Pjbt tanah n jkr..

Kawan me pegawai kena tukar dr federal ke state siap kena ugut sbb tegur  org bawahan yg dekat2 nk pencen xreti masuk keje on time. Suka2 xdtg.. dia kt nk report kang kesian jugak 1 sen pencen xdpt.tp tegur elok2 dia pulak kena ugut..

Dah dia tu gitu hasut pulak budak2 muda pangkat bawahn yg lain ni.. korg susah pyh gaji serupa je..bla3.tgk mcm aku ni buat keje relak je.. gaji masyuk juga. Dah tua2 dekat nk pencen tak reti bg cth yg baik. Pening n serba salah kawan me dibuatnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2017 05:52 PM | Show all posts
Nak sgt tau ape jadi mase dlm bilik tahanan tu hm
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 12:17 PM | Show all posts
dandellion replied at 3-10-2017 11:14 AM
Mind your words bro. Tak semua mcm tu. Family aku bukan senang jugak n adik aku salah sorang yg se ...

hmmm...mungkin manusia2 yg di anggap sampah masyarakat patut di 'latih' oleh pihak askar utk menjadi manusia yg berguna...kadang kala kita tengok training askar ni kejam...tetapi utk mengubah manusia yg hardcore memerlukan latihan yg hardcore juga...

pd pandangan saya, yg lembik2 tu, tak perlu lah masuk askar...

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejamnya dunia skrg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 12:52 PM | Show all posts
ifanonline replied at 4-10-2017 12:17 PM
hmmm...mungkin manusia2 yg di anggap sampah masyarakat patut di 'latih' oleh pihak askar utk menja ...

Perhaps. Tp tula, nak ubah mentaliti bukan mudah. Orang dok ingat askar ni teruk sangat. Lepastu yang fikir askar ni perabis duit gomen je sbb negara bukan perang pun. What kind of thinking la. So nak tunggu darurat baru latih askar kita? Ayah aku dulu masa jad askar kena hantar kat misi pengaman PBB kat Namibia. Setahun dia kat sana. 4 bulan lepas kahwin terus pegi, aku lahir pun ayah aku takde kat Malaysia. Kat sana bukan senang2. Diorang buat macam2 utk misi tu walaupun bukan tahap berperang. Askar Malaysia pun diiktiraf tinggi kot kat sana.

Adik aku tu pulak, dari seteruk2 manusia, masuk askar terus berubah jd manusia paling sopan & berhemah gitu. So aku percaya, semua orang boleh berubah even dia buat jenayah teruk sekali pun. Cumanya, antara nak dengan tak je. Semalam aku saja tanya dengan dia pasal training masa kat PULADA. Aku tanya laa mmg teruk sgt ke training. Pastu dia cakap, memang laa teruk, dah nama pun askar. takkan nak latih lembut2 kot. Tapi teruk mana pun latihan askar, teruk lagi latihan komando. Dia cerita masa dia training, kena pijak, kena pukul sampai bengkak berdarah n seret tangan kat jalan tar tu benda biasa. Kuat tak kuat jela mental nak tahan. Aku rasa, sebab training macam tu la dia boleh berubah kot. Sebab dia rasa betapa dahsyatnya latihan diorang & susahnya diorang kena lalui utk dapatkan kerja dan gaji yang baik. Plus, dia kata, training askar sekarang bukan macam dulu. Dah banyak berubah & lebih ok. Nak gi outing pun boleh melawa. Cuma budaya "buli" oleh incharge tu masih ada, cuma dia anggap tu sbg latihan mental je.

Dia cakap lagi, kalau tak buat salah, takdenya nak kena tahan & hukum teruk2. Mak aku sempat nasihat dia kat group whatsapp smlm, dia cakap jangan buli & belasah junior, sebab dia sendiri tau susahnya hidup dalam training. Adik aku cakap, dia takkan buat macamtu sebab dia tahu sakit & seksa, lagi2 takde family time tu nak ngadu. Dia cakap paling teruk pun diorang suruh junior buat PT tengah malam.

So dont ever make any bad assumption. A bad beginning wont promise a bad ending. Sometimes, it can be turned into a beautiful and great thing.

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 01:24 PM | Show all posts
dandellion replied at 4-10-2017 12:52 PM
Perhaps. Tp tula, nak ubah mentaliti bukan mudah. Orang dok ingat askar ni teruk sangat. Lepastu y ...

somi akak komando,mase akak bsalin ank sulung dia xde,sedih tu sedih tp nk wat camane kn...somi pnh cite mase latihan komando y kna duk dlm utan sorang2 xde mkanan hanya ade pisau...yasin or ayat al quran leh hafal je...nk citenya takut mase dlm utan nih...mcm2 jupe,kene sorok antu lh...somi akak mmg ati kering lh...xtau lh nk lmbut camane...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 05:56 PM | Show all posts
harap keluarga2 arwah diberi kekuatan utk teruskan pendakwaan
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 06:21 PM | Show all posts
Takde update terbaru ke kes ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 08:36 AM | Show all posts
jahcomel replied at 4-10-2017 01:24 PM
somi akak komando,mase akak bsalin ank sulung dia xde,sedih tu sedih tp nk wat camane kn...somi pn ...

bukan askar je kena kuat. hati wife pun kena kuat. huhu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2017 11:00 AM | Show all posts
PREBET ADAM, SEKS ORAL DAN PENDERAAN DI DALAM KEM!











Kes kematian dua anggota TLDM dalam tahanan beberapa hari lalu mengimbau kembali apa yang terjadi kepada Prebet Adam Bin Jaafar, anggota tentera yang telah didera fizikal dan mentalnya hingga menyebabkan beliau mengamuk dan membunuh di Chow Kit kira-kira 30 tahun lepas.

Sewaktu saya menulis mengenai buku mengenai dirinya, Adam telah menceritakan A sampai Z apa yang sebenarnya terjadi. Ternyata jauh menyimpang daripada fitnah kononnya ia disebabkan perbuatan Yang Dipertuan Agong ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar yang selama ini dikatakan telah membunuh adik Adam di padang golf.

" Mereka di luar sana dengan tanpa usul periksa menuduh saya mengamuk disebabkan adik saya dibunuh sedangkan ia langsung tidak ada kena mengena. Adik saya meninggal ketika kami semua masih kecil masa rumah kami terbakar. Surat mati, segala bukti pasal kejadian itu masih ada. Kubur adik saya pun ada lagi.

" Jangan cuba NAK ALIH isu, mereka yang terlibat tahu saya jadi begitu sebab saya didera dengan tanpa perikemanusiaan dalam kem. Kesannya saya tanggung sampai sekarang!," katanya yang pada mulanya dijatuhkan hukuman gantung tetapi hakim akhirnya memutuskan untuk dia dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi menjalani rawatan psikiatri yang dialaminya kesan daripada penderaan tersebut..

BERIKUT SAYA BERIKAN PETIKAN ISI KANDUNGAN BUKU KONFESI PREBET ADAM YANG SAYA TULIS BERDASARKAN KISAH BELIAU ITU:

" Semasa dalam kem, budaya sepak terajang ni dah jadi semacam ‘rutin’, denda lain tu tak payah cakaplah. Kata penyelia aku yang berpangkat Koperal, lepas ni bila kau jadi senior, kau pula yang akan buat benda yang sama pada junior yang lain. Aku diam saja. Nak kata kejutan budaya, taklah juga. Sebab aku pun bukanlah ‘kosong’ habis dalam tentera ni, dah dua tahun jadi simpanan jadi bukanlah satu yang mengejutkan sangat pun.

" Aku tahan apa saja yang anggota lama ini buat pada aku dan rakan-rakan. Memandangkan anggota pasukan Renjer ni terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan, tak hairan kalau kita tengok yang Melayu buli yang India, yang India buli yang Iban, yang Iban buli yang Cina… Macam-macamlah!

" Tetapi aku akui, lama-kelamaan aku makin tertekan dengan penderaan fizikal dan mental yang dilakukan oleh anggota-anggota senior ini. Makin lama makin melampau. Apa yang boleh aku katakan, kami semua didera hampir 24 jam! Hanya kalau ada latihan saja kami ‘selamat’. Tak kira siang atau malam, kami akan ‘kena’. Tengah tidur pun mereka kejutkan. Hampir tiga atau empat bulan juga kami dilayan seperti haiwan!

" Tangan aku ni, pernah melecur dicucuh dengan rokok yang menyala. Aku dipaksa menjilat tapak selipar seperti seekor anjing dan dipaksa minum air yang dicampur kicap, cuka, belacan, kuah kari dan gula. Sampai sakit perut dan pening kepala aku dibuatnya.

" Lebih menyakitkan hati, ada antara anggota senior ni bawa kawan-kawan yang terdiri daripada orang awam masuk ke dalam kem sedangkan itu adalah satu kesalahan besar. Bayangkan macam mana malunya aku dan kawan-kawan bila orang awam tengok kami dibuli sebegitu rupa.

" Paling memalukan, dorang suruh aku sapu kemaluan sendiri dengan kiwi hitam sampai habis satu tin! Masa tu kemaluanku melecet dan sakit, ibarat disapu dengan tanah kering. Masa nak buang air kecil, sakitnya Tuhan saja yang tahu. Kemuncak pada penderaan ini, aku disuruh menghisap zakar seorang anggota berketurunan India.

" Serius waktu itu aku memang tak sanggup, apatah lagi zakarnya berkulup kerana tidak berkhatan. Takut punya pasal, aku buat juga sehingga satu peringkat aku muntah sebab ‘benda’ tu sangat busuk. Masa itu, aku betul-betul marah kerana ia telah menjatuhkan maruah dan martabat aku sebagai seorang Islam, sebagai seorang tentera!

" Ada lagi, masa aku disuruh mencium dan menjilat selipar yang macam anjing tu, sambil menjilat mereka menjerit perkataan pariah! pariah! berulang kali padaku. Apa yang aku buat semua tak betul. Ada satu ketika kepalaku dihentak ke dinding bertubi-tubi seperti dalam adegan gusti. Kami juga diarahkan berbogel dan bergusti sesama kami!

" Disebabkan penderaan yang ‘gila’ itu, kepala aku selalu sakit dan pening… Apatah lagi aku sering tak cukup tidur. Aku sering nampak pecahan cahaya yang terang dan terdengar seolah-olah bunyi letupan dalam kepala dan telinga.

" Kalau tanya aku siapa anggota senior yang menderaku itu, sejujurnya aku memang tak ingat kerana ketika itu aku baru dalam pasukan. Yang pasti, aku cukup ingat satu nama ni… Koperal P****!

" Aku pernah laporkan perkara ini kepada Pegawai Pemerintah, tetapi beliau macam buat tak tahu saja. Kerana terlalu marah dengan manusia bernama Koperal P****, pernah aku rasa macam nak tembak saja dia tetapi aku tahu ia salah dalam Islam.

" Membunuh itu salah, kecuali terdesak!,"

-----------------------------------------------------------------

APAPUN saya yakin dan percaya hari ini pelbagai pendekatan dan tindakan telah dan akan diambil oleh peringkat kepimpinan tertinggi ATM bagi mengatasi masalah ini.

Saya merayu, janganlah hanya kerana Adam dan kes dua anggota TLDM itu, kita hilang kepercayaan kepada institusi yang telah memainkan peranan yang besar dalam menjaga keselamatan kita dan negara yang kita cintai ini sejak sekian lama.

Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Selamat Hari Pahlawan!

Nota : Buku Konfesi Prebet Adam dan terjemahannya dalam Bahasa Inggeris, Amok At Chow Kit adalah terbitan Dubook Press. Boleh datang dan beli di Dubook Press, No. 1-5-1, Lot 3, Tingkat Bawah, Jln Medan, Pusat Bandar 8A, Bandar Baru Bangi, Selangor, Harganya cuma RM30. Boleh juga dibeli di kedai-kedai buku terpilih atau belian online di https://dubookpress.com/produk/konfesi-prebet-adam/


Credit : Syahril A. Kadir

https://www.facebook.com/syahrilkadir



Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum keluar buku ni. Years ago awal tahun 1990an 2000 aku dah dengar pasal kiwi hitam prebet adam. Ingatkan cerita tipu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 12:35 PM | Show all posts
takde maknanya nak kaji SOP, yg penting bole kah main pukul2 anggota dlm tahanan ni dgn objek tumpul, sepak ke, terajang ke, mmg tak lah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 12:44 PM | Show all posts
dandellion replied at 4-10-2017 12:52 PM
Perhaps. Tp tula, nak ubah mentaliti bukan mudah. Orang dok ingat askar ni teruk sangat. Lepastu y ...

ya saya setuju. sama mcm saya juga. ikut peraturan jangan melawan dan jgan bajet pandai. itu yang suami saya pesan kat anak. ikut aje arahan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.044337 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list