Post time 19-3-2018 04:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tun M pon wish hokehhhh....ko hado????
BERITA kelahiran puteri sulung penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Melalui akaun laman sosial Instagram beliau @chedetofficial , Mahathir telah memuat naik satu video pendek bagi merakamkan ucapan tahniah kepada Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang menerima kelahiran anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pada jam 8.19 pagi tadi.
“Assalamualaikum Datuk K dan Datin Siti, saya tumpang gembira mendengar bahawa sekarang ini orang yang kita kenali dengan dekat (sudah) dapat seorang cahaya mata.
“Saya harap ini akan menggembirakan bukan sahaja Datuk dan Datin tapi saya yakin ramai rakyat Malaysia amat gembira dengan berita ini.
“Inilah satu berita baik yang kita terima ketika ini dalam keadaan ramai kurang senang dengan keadaan (sekarang), tetapi kelahiran anak pertama ini adalah satu nikmat yang tak terhingga nilainya,” katanya menerusi video berkenaan,” katanya menerusi video berkenaan.
Post time 19-3-2018 05:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Humaira mmg makna pipi merah ni panggilan Rosulullah SAW utk isteri Baginda Aisyah sbb berpipi merah. Tp tokti ada kata yg huruf A tu org selalu sebut so meols teka Aminah sbb Aamiinn kan kita sebut selalu. Rasanya Amna kot
Author|Post time 19-3-2018 06:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Siti stabil, mula susukan bayi
Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bh.com.my
KONGSI ARTIKEL
Share
Tweet
Share
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Siti Nurhaliza melalui pengalaman pertama sebagai ibu apabila menyusukan bayinya selepas beberapa jam dilahirkan.
Walaupun lemah kerana bersalin melalui kaedah pembedahan, namun, Siti, 39, teruja melaksanakan tanggungjawabnya itu.
Detik manis itu diceritakan suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 59 yang menemani isteri kesayangannya dari mula penyanyi itu masuk ke dewan bedah sehinggalah melahirkan bayi mereka.
"Alhamdulillah, keadaan Siti dan bayi stabil. Siti baru saja menyusukan bayi.
"Seronok tengok bayi menyusu dengan mudah. Bayi pun tak banyak ragam berada berdekatan dengan ibunya," ujar Khalid kepada BH Online.
Dalam pertemuan yang berlangsung di sebuah pusat perubatan di ibu negara itu, tokoh korporat berkenaan turut berkongai keterujaan dengan menunjukkan foto dan video bayinya itu.
Penyanyi Segala Perasaan itu selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di sini, pada jam 8.17 pagi.
Bayi seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan.
Post time 19-3-2018 07:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols speku baby ctdk nama siti azzahra. Ada ke tak siti tu tapi #babyA tu azzahra.
Tak sabo nak tengok comel pipi merah. Dk tu dah la nampak loving je dengan anak cucu harus baby ctdk yg dinanti seantero malaya ni ditatang bak puteri yah. Huntong la nak