|
AKASIA: JANGAN BENCI CINTAKU RUMAH 3 [SAHARUL RIDZWAN, ZAHIRAH MACWILSON]
[Copy link]
|
|
Jangan Benci Cintaku raih 12 juta tontonan
PRATONTON episod akhir Jangan Benci Cintaku bersama artis terlibat
PRATONTON episod akhir Jangan Benci Cintaku bersama artis terlibat di Eco Grandeur, Puncak Alam, Shah Alam, semalam.
Ruhaya Ab. Hamid
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Cinta tiga segi antara Shah, Fika dan Husna menerusi drama Jangan Benci Cintaku yang disiarkan menerusi slot Akasia TV3 telah mencetuskan fenomena.
Lakonan hebat Saharul Ridzwan, Zahirah MacWilson dan Niena Baharun ini berjaya memberi kesan yang mendalam sehingga mempengaruhi emosi para penonton.
Watak Husna yang dilakonkan oleh Niena menjadi watak yang paling banyak menerima kritikan, sehingga pelakon itu sendiri menerima cacian dan ugutan daripada warganet yang terlalu obses dengan drama tersebut.
Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Siti Nurlisia Mohd. Nadzri berkata, kelainan jalan cerita drama tersebut salah satu faktor yang menyumbang kepada jumlah rating yang tinggi.
“Seringkali jalan cerita drama-drama slot Akasia telah dilabelkan sebagai klise.
“Namun dengan kejayaan drama Jangan Benci Cintaku yang berjaya mendapat rating terkumpul sebanyak 12 juta penonton untuk 28 episod dan melebihi 5 juta tontonan dalam YouTube dan portal video tonton ini membuktikan bahawa jalan cerita yang mempunyai plot twist sebegini menarik minat penonton.
“Ia mempunyai tarikannya tersendiri sehingga membuatkan para penonton tidak berganjak dari kaca TV, menjadi tular serta berada di tangga nombor satu dalam platform media sosial seluruh dunia.
“Kami ingin berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memilih drama-drama kami sebagai pilihan utama mereka,” ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/jangan-benci-cintaku-raih-12-juta-tontonan-1.725238#ixzz5NiTzHGld
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hijau88 at 10-8-2018 05:05 AM
Jangan Benci Cintaku raih 12 juta tontonan
Oleh Feride Hikmet Atak
[email protected]
credit to: bharian online.
KUALA LUMPUR: Episod cinta tiga segi antara Shah, Fika dan Husna yang melatari drama 28 episod, Jangan Benci Cintaku mengakhiri siarannya, kelmarin dengan cemerlang apabila mengumpul 12 juta penonton.
Menghiasi slot Akasia di TV3, drama lakonan Saharul Ridzwan, Zahirah MacWilson dan Niena Baharun itu turut meraih lima juta tontonan di YouTube dan portal video, Tonton , sekali gus membuktikan produksi terbitan Suhan Movies itu memiliki tarikan tersendiri.
Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, lakonan mantap ketiga-tiga pelakon utama itu turut meninggalkan kesan sehingga mempengaruhi emosi penonton yang memberikan pelbagai maklum balas di media sosial.
“Sering jalan cerita drama yang disiarkan menerusi slot Akasia dilabel sebagai klise. Namun, kejayaan Jangan Benci Cintaku yang berakhir tayangannya Selasa lalu ternyata membanggakan kami.
"Drama ini mengasak emosi penonton hingga ia menjadi tular dan trending di media sosial ketika bersiaran gara-gara keberkesanan lakonan tiga pelakon utamanya itu," katanya.
SAHARUL dan Zahirah cetus fenomena menerusi drama Jangan Benci Cintaku. - Foto Zulfadhli Zulkifli
Tambah Nurlisia, watak Husna yang dilakonkan Niena paling banyak menerima kritikan, malah pelakon itu turut dicaci dan diugut netizen yang terlalu obses dengan perjalanan drama itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan Benci Cintaku Cetus Fenomena, Catat 12 Juta Tontonan
By: Salma Syahbuddin
09 Aug 2018, 01:22 PM
Shah, Fika, Husna adalah anatara watak yang terlibat dalam cerita Jangan Benci Cintaku yang disiarkan menerusi slot Akasia TV3 sekaligus mencetuskan fenomena sejak ianya ditayangkan pada 29 Jun lalu.
Lakonan hebat Saharul Ridzwan, Zahirah McWilson dan Niena Bahadun ini begitu mendapat tempat dihati penonton, sehingga ianya menjadi topik hangat di media sosial tiap kali episod baru bermula sehingga mempengaruhi emosi para penonton.
Lakonan mantap Niena Bahadun menerusi watak Husna antara watak yang paling banyak menerima kritikan sehingga pelakon ini sendiri menerima ugutan daripada netizen kerana terlalu obses dengan wataknya. Dan, ini sekaligus antara bentuk kejayaan bagi seseorang artis tersebut kerana berjaya membawakan watak dengan cukup berkesan.
Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, kelainan jalan cerita drama tersebut salah satu faktor yang menyumbangg kepada jumlah rating yang tinggi.
"Seringkali jalan cerita drama-drama slot Akasia telah dilabelkan sebagai klise. Namun, dengan kejayaan drama Janagn Benci Cintaku yang berjaya mencatat rating terkumpul sebanyak 12 juta penonton untuk 28 episod dan melebihi 5 juta tontonan dalam Youtube dan portal video tonton ini membuktikan bahawa jalan cerita yang mempunyai plot twist sebegini menarik minat penonton"
"Ia mempunyai tarikan tersendiri sehingga membuatkan penonton tidak berganjak dari kaca TV, menjadi tular serta berada di tangga nombor satu dalam platform media sosial seluruh dunia. Kami ingin berterima kasih kepda semua peminat yang sentiasa memilih drama-drama kami sebagai pilihan utama mereka." Katanya
Drama Jangan Benci Cintaku ini telah menutup tirainya semalam apabila Shah dan Fika kembali bersama. Dan, Husna telahpun bertemu jodohnya.
Jadi, buat mereka yang ketinggalan menyaksikan episod penuh drama Jangan Benci Cintaku ini, korang bolehlah menonton semula menerusi portal rasmi kami di www.tonton.com.my!
credit to: https://www.xtra.com.my/ms/categ ... at-12-juta-tontonan |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan Benci Cintaku cetus fenomena
Ardini Sophia Sina
[email protected]
PENGURUS Besar Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri gembira apabila drama Jangan Benci Cintaku yang baru menamatkan siaran Isnin lalu mencetuskan fenomena.
Menurut Siti, rantaian Jangan Benci Cintaku yang ditayang menerusi slot Akasia cemerlang dengan rating terkumpul sebanyak 12 juta untuk 28 episod, melebihi lima juta tontonan di Youtube dan portal video Tonton.
“Seringkali jalan cerita drama untuk slot Akasia dianggap klise namun dengan kejayaan drama Jangan Benci Cintaku, ia membuktikan bahawa jalan cerita sebegitu mempunyai peminat dan tarikannya tersendiri.
“Kisah yang selitkan ‘plot twist’ pastinya akan membuat penonton tidak berganjak dari kaca televisyen. Drama itu juga tular dan trending nombor satu di media sosial di seluruh dunia. Kami ingin berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memilih drama kami sebagai pilihan utama,” katanya.
Drama Jangan Benci Cintaku lakonan Zahirah MacWilson, Saharul Ridzwan dan Niena Baharun meninggalkan kesan mendalam hingga mempengaruhi emosi penonton.
Sejak ditayangkan pada 27 Jun lalu, watak Husna lakonan Niena Baharun menerima kritikan dan cacian netizen.
Malah, Niena turut menerima ugutan daripada penonton yang obses dengan drama itu.
credit to: https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... taku-cetus-fenomena |
|
|
|
|
|
|
|
'Jangan Benci Cintaku' Catat Rating 12 Juta Penonton Untuk Seluruh EpisodonAugust 08, 2018
Kisah cinta riga segi antara Shah, Fika dan Husna telah mencetuskan fenomena luar jangka dalam drama bersiri Jangan Benci Cintaku. Ternyata, lakonan hebat pelakon dalam drama tersebut seperti Saharul Ridzwan, Zahirah MacWilson dan Niena Baharun memberi kesan yang mendalam kepada penonton yang menunggu di kaca tv.
Menurut laporan Utusan Online, drama bersiri Jangan Benci Cintaku mendapat rating terkumpul sebanyak 12 juta penonton untuk 28 episod. Malah, di Youtube dan portal Tonton pula dicatatkan melebihi 5 juta tontonan.
Ini membuktikan bahawa Jangan Benci Cintaku mempunyai kekuatan yang tersendiri. Pengurus besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri menyatakan bahawa kelainan jalan cerita drama tersebut antara faktor kejayaan siri ini.
Seringkali jalan cerita drama-drama slot Akasia telah dilabelkan sebagai klise. Namun dengan kejayaan drama Jangan Benci Cintaku yang berjaya mendapat rating terkumpul sebanyak 12 juta penonton untuk 28 episod dan melebihi 5 juta tontonan dalam YouTube dan portal video tonton ini membuktikan bahawa jalan cerita yang mempunyai plot twist sebegini menarik minat penonton. Ia mempunyai tarikannya tersendiri sehingga membuatkan para penonton tidak berganjak dari kaca TV, menjadi tular serta berada di tangga nombor satu dalam platform media sosial seluruh dunia. Kami ingin berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memilih drama-drama kami sebagai pilihan utama mereka.
credit to: https://www.sukafilem.net/2018/0 ... atat-rating-12.html
|
|
|
|
|
|
|
|
yayyy.. i pun suka jbc kalahkan titian cinta
|
|
|
|
|
|
|
|
minnie77 replied at 10-8-2018 09:19 AM
yayyy.. i pun suka jbc kalahkan titian cinta
Kannnnnn.... Wehuuuuuuu. Yay.
Tapi uols banyak lagi drama2 lain yg lum tyg thn ni. Tgk la penerimaan penonton utk drama lain nnti.
Cuma yg penting utk tahun ni JBC antara yg fenomena. Itu pasti akan terpahat sampai bila bila. |
|
|
|
|
|
|
|
hijau88 replied at 9-8-2018 11:55 AM
Xnak Ira bw watak antagonis. Kang kena kecam x sanggup tgk. Sekian.
Watak baik2 jek.
sbl ni pernah bawa watak antagonis kan, tp watak tu xde la buat kita rasa benci kn?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 10-8-2018 09:36 AM
sbl ni pernah bawa watak antagonis kan, tp watak tu xde la buat kita rasa benci kn?
Ada. Tp telemovie. Sekali tgk je. Ok la. Watak tu antagonis yg xde la jahat sgt.
Taknak ZM bw watak antagonis, sbb nak ZM bw watak utama. N semestinya xnak la kecam2 dia. Haha. |
|
|
|
|
|
|
|
happy ending...spt dijangka semestinya fikachu shah bersatu jua akhirnya, faris husna tu ok la seswaiii tp siyesly kelako la
yaaay kalahkan drama nur, terbaik!tahniah team jbc |
|
|
|
|
|
|
|
hijau88 replied at 10-8-2018 09:42 AM
Ada. Tp telemovie. Sekali tgk je. Ok la. Watak tu antagonis yg xde la jahat sgt.
Taknak ZM bw w ...
kalo dia bawak watak husna tu xtau la mampu ke x nk kecam dia hahaha, x sampai hati la pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
jbc ni asal merajuk je g perth, dlm novel perth saja ke destinasinya?
belajar perth, honeymoon perth, merajuk perth, sesi pujuk memujuk perthhh |
|
|
|
|
|
|
|
drama ni buat aku rindu perth |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 10-8-2018 09:52 AM
jbc ni asal merajuk je g perth, dlm novel perth saja ke destinasinya?
belajar perth, honeymoon pert ...
Haha. Tak la. Bajet uols. So, kena la 1 destinasi jek...
Klu kat novel, Fika study kat Sunderland. Honeymoon kat KK, Sabah.
Fika merajuk n sesi shah memujuk Fika kat Bandung.
Lepas tu dorg ke Boracay.
N kat ending baru la ShahFika rancang nak ke Perth.
Tp dlu Nur Kasih, 2 tmpt dorg pgi... Australia n Jordan.
Cerita Kusinero Cinta lak pgi Australia n Filipina.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 10-8-2018 09:50 AM
kalo dia bawak watak husna tu xtau la mampu ke x nk kecam dia hahaha, x sampai hati la pulak.
Ish. Xnak dpt nak bygkan. Mcm x sesuai.
Sbb watak Fika tu mmg sangat2 sesuai utk ZM.
Klu pelakon lain rasanya xde sepa sesuai. |
|
|
|
|
|
|
|
Cutenya Ira.
Tp mana scene heli? Mmm.
|
|
|
|
|
|
|
|
hijau88 replied at 10-8-2018 09:28 AM
Kannnnnn.... Wehuuuuuuu. Yay.
Tapi uols banyak lagi drama2 lain yg lum tyg thn ni. Tgk la pener ...
Betul2 fenomena bkn nk bias tp pi mana2 , ws group yg bkn kaki drama pun dok sembang psl jbc . |
|
|
|
|
|
|
|
hijau88 replied at 10-8-2018 12:02 PM
Cutenya Ira.
Tp mana scene heli? Mmm.
Hanyut dibawa ombak |
|
|
|
|
|
|
|
Kfsyaaa replied at 10-8-2018 12:30 PM
Hanyut dibawa ombak
Hahahhaha. Syg sgt scene tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|