CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
hafizi This user has been deleted
Post time 7-3-2005 10:57 AM | Show all posts

SAMBUNG SEMULA TARBIAH....

Bila hati kita tidak boleh nampak kebenaran, tidak terasa kebesaran, kehebatan, kasih sayang, didikan dari Allah, tidak terasa anugerah Allah, penjagaan Allah, pengawasan Allah, pembelaan Allah (intisari Islam lalah rasa zauk. Kalau hati tidak merasa, maka kita tidak dapat hidayah dan taufik lagi) maka jadilah kita orang yang sesat dan sentiasa terlibat melakukan maksiat dan mungkar.

Bersabda Rasulullah SAW:

"Dalam. diri anak Adam itu ada seketul daging. Bila baik daging itu baiklah seluruh anggota dan seluruh jasad. Bila jahat dan busuk daging itu jahatlah seluruh jasad. Ketahuilah, itulah hati."


Firman Allah dalam surah Al Maidah:88

Maksudnya:

"Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu dan bertaqwalah pada Allah yang kamu beriman pada-Nya. "


Perintah memakan makanan yang halal adalah wajib. Kalau kita makan makanan yang haram dalam keadaan kita sedar ianya haram maka kita akan berdosa di samping hati kita turut gelap. Tetapi kalau makanan yang haram dan syubahat itu kita makan tanpa diketahui ianya haram dan syubahat maka tidak berdosa tetapi hati kita yang terbina dari makanan itu tetap akan gelap.

Atas dasar inilah Sayidina Abu Bakar Al Siddiq mengorek balik hingga muntah-muntah makanan yang telah diteiannya setelah dia tahu yang makanan itu sumbernya adalah syubahat. Amirul Mukminin itu cukup takut kalau-kalau makanan itu akan membutakan hatinya.

Setelah mengorek makanan itu kerana bimbang kalau-kalau ada baki-baki makanan yang tinggal dalarn perut dan beliau pun berdoa: "Ya Allah, jangan Engkau bertindak atasku akan apa yang telah jadi daging darahku."


Begitu Sayidina Abu Bakar menjaga hatinya. Sebab itu hatinya jadi terang-benderang. Jadi tidak hairan kalau dia cukup kuat keyakinan dengan Allah. Rasulullah SAW sendiri memuji beliau dengan sabda baginda:

"Kalau iman itu dapat ditimbang maka timbangan iman Abu Bakar adalah melebihi timbangan semua manusia di dunia."


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2005 12:38 PM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 6-3-2005 03:28 PM:



Sebelum ini, telah disebutkan kepada kita bahawa dengan zikrullah itu hati kita akan tenang dengan perkara-perkara dunia. Ia membawa maksud selagi hati kita dapat terhubung den ...



Dah takleh jawab kasik bukti tampal cut n pate plak
  dah la tuh..larik tajuk plak tuh..
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 9-3-2005 06:47 PM | Show all posts
Imam Nawawi semasa hidupnya tidak makan buah-buahan yang ditanam di Damsyik kerana merasakan syubahat. Dia menjaga hatinya.

Hati yang terang-benderang akan mempunyai basirah (pandangan batin) yang tajam yang dapat menembus alam ghaib dan alam kerohanian. Bila alam ghaib yang hebat itu ternampak oleh kita maka alam benda ini sudah tidak bererti apa-apa.



Bandingannya begini: Katakanlah suatu hari kita dijemput jadi tetamu raja maka kita pun masuklah ke istana. Di sana kita akan dilayan dengan layanan istimewa dengan pakaian dan makanan, peralatan dan perhiasan yang tidak pernah kita jumpa.

Alangkah gembiranya dan rasa-rasa tidak mahu balik lagi ke kampung kita. Sebab kampung kita sudah tidak berharga apa-apa lagi dibandingkan dengan kehidupan di istana.


Begitulah keadaan mereka yang nampak kehebatan alam ghaib, alam benda ini sudah tidak berguna lagi. Kerana itulah Sayidina Abu Bakar r.a boleh mengorbankan semua harta bendanya kepada jihad fisabilillah hingga tiada apa-apa lagi untuk anak isterinya.

Beliau mahu menebus kehidupan di alam ghaib yang maha hebat itu dengan menggadaikan seluruh harta benda dunia yang murah ini. Begitu juga sahabat-sahabat yang !ain dan mujahid-mujahid Islam semuanya mereka korbankan dunia mereka yang sedikit ini untuk membeli kehidupan akhirat yang agung di alam baqa nanti
.

Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin,  diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka." (AtTaubah:111)


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 9-3-2005 06:52 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua,


Di sini saya ingin mencadangkan kepada yang berminat untuk mendapat kuliah dari minda Abuya secara online sila merujuk kepada URL di bawah :


http://uk.groups.yahoo.com/group/KuliahSZ/

http://groups.yahoo.com/group/SiberMelayu/

http://groups.yahoo.com/group/ASOIB/


SEKIAN DIMAKLUMKAN.


[ Last edited by hafizi on 9-3-2005 at 06:57 PM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 10-3-2005 09:25 AM | Show all posts
Mari kita ubati hati kita dengan mengelak dari memakan yang haram. Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelak dari makanan yang haram ialah:


昜color=Green] Jangan makan benda yang zatnya haram seperti arak atau makanan yang dicampur arak atau daging yang tidak disembelih.

Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 10-3-2005 09:28 AM | Show all posts
Hari ini banyak makanan di kedai-kedai makanan yang menulis perkataan "HALAL" dan "ISLAM" untuk tanda perniagaan mereka. Kita harus hati-hati juga sebab musuh Islam telah melacurkan kata "ISLAM" dan "HALAL" itu untuk keuntungan perut dan poket mereka sahaja. Mereka tidak langsung takut pada Allah dan tidak ingin untuk mencari keredhaan-Nya.


Makan makanan yang halal tetapi berlebihan. Ini satu lagi faktor penentu kepada corak hati kita. Sabda Rasulullah SAW.:

"Wadah yang paling dibenci oleh Allah ialah perut yang penuh ketat dengan makanan sekalipun halal."


Allah benci pada perut yang penuh dengan makanan sebab perut yang ketat itu akan melemahkan kegiatan hati yakni tidak kuat untuk memandang pada alam ghaib.

Bila hati lemah maka manusia jadi lalai (mahu tidur sahaja) malas beribadah dan mudah terjebak dalam maksiat. Atas dasar inilah para "solatus soleh" hanya sedikit makan-nya
.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Follow Us
Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 10-3-2005 10:37 AM | Show all posts
Topik : MENANG DAN BERJAYA DI SISI TUHAN

26.03.04, Pagi.

Basmallah.


Kita manusia ini, termasuk umat Islam, apa saja yang kita hendak buat adalah untuk menang dan berjaya. Jadi, pagi ini kita akan memperkatakan tentang menang dan berjaya. Atau kemenangan dan kejayaan. Kemenangan dan kejayaan adalah 2 perkataan yang berlainan dan berbeza. Adakalanya kita boleh menang tetapi tidak berjaya. Ada pula kalanya seseorang tu tidak menang tetapi berjaya. Jadi di sini kejayaan lebih utama dan kemenangan. Tetapi gema kemenangan itu lebih sedap didengar dari kejayaan.

Sedangkan hakikatnya kejayaan itu lebih penting dari kemenangan. Abuya buat beberapa contoh yang dikaitkan dengan dunia dahulu. Sebab membahaskan hal dunia itu lebih mudah difaham kerana dunia itu dekat dan akhirat itu jauh. Maksud dekat ialah sesuatu kita dapat lihat, rasa dan dengar. Kita tinggal di dalamnya. Akhirat belum sebab itu dikatakan jauh.

Adakalanya orang mendapat kemenangan tetapi tidak berjaya. Katalah ada suatu kawasan dalam hutan. Banyak golongan atau individu yang minta dengan kerajaan untuk memilikinya. Hendak mohon utnuk dapat tanah hutan itu pun bukan senang. Kadang-kadang sampai 10 tahun. Setelah diminta-minta, rupanya yg dapat ialah golongan kroni kerajaan. Banyak yang meminta tetapi hanya satu golongan yang menang. Menang kerana mendapatkan tanah hutan itu.

Bila menang, iaitu dapat apa yang diminta itu, dikira hebatlah juga. Tetapi hendak menjayakan tanah hutan, 2000 ekar itu, dengan segala yang ada di dalamnya, untuk sampai menjadi estet, kebun atau ladang, bukan mudah. Kadang-kadang kejayaan permohonan untuk dapatkan hutan itu adalah mudah dan menjadi senang berbanding hendak bangunkan hutan itu. Kadang-kadang hendak bangunkan hutan itu, setelah 20 tahun baru berjaya.

Di sini, kalau kita guna istilah kejayaan pun, kejayaan pertama itu sebenarnya belum bererti apa-apa, kerana rupa-rupanya dalam kejayaan tu ada kejayaan. lanya bertahap-tahap. Kejayaan pertama belum menjadi kejayaan berikutnya. Betapalah kalau baru dapat kemenangan, maka belumlah menjadi kejayaan.

bersambung....
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 10-3-2005 10:48 AM | Show all posts
Sambungan...

Contoh, orang berjuang untuk dapatkan negara atau negeri samada secara politik atau perang mungkin hendak menang, mudah tetapi hendak berjaya, susah. Kita menang untuk dapat dapat kejayaan. Apakah kejayaan bila dapat negeri? Tentulah hendak satukan orang ramai, hendak jadikan orang berkasih sayang, hendak didik orang untuk bekerjasama, hendak bangunkan pendidikan yang baik, hendak bangunkan ekonomi samada bercorak bandar atau kekampungan, hendak bangunkan akhlak rakyat, hendak bangunkan pertanian atau ladang dan lain-lain lagi. Agak-agaknya kalau sudah mendapat negeri, adakah dikira berjaya? Kadang-kadang sudah menang tetapi kejayaannya macam mana?

Jadi manusia tertipu. Kerana gema menang tu besar dan hebat, maka semua hendak menang. Tidak berjaya pun tidak apa. Manusia tertipu.

Katalah di sekolah, kita sama-sama belajar dengan kawan-kawan. Dari darjah 1 sampai habis belajar, kita selalulah berlawan siapa menang dan siapa kalah. Ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menang dapat cemerlang. Yang kalah itu ialah yang tidak cemerlang.

Sampai universiti, yang seorang itu kalah sahaja. Yang seorang lagi menang sahaja. ltu sebenarnya baru menang dari segi ilmu. Selepas itu berhenti. Bila habis belajar, hendak kahwin, hendak kerja dan hendak hidup, rupa-rupanya yang cemerlang itu hanya cemerlang di segi ilmu sahaja tetapi tidak tahu hendak hidup. Hendak bertani tidak pandai. Padahal cemerlang semasa belajar. Hendak bertindak pun tidak pandai. Dari segi ilmunya, dia menang dapat nombor satu tetapi hendak buka kedai tidak pandai. Yang gagal tadi dapat menjadi jutawan. Memang dari segi ilmu, yang cemerlang itu menang tetapi gagal dan segi amalan.

Boon Slew, seorang taukeh cina yang sudah mati, menjadi jutawan besar sedangkan dia tidak belajar di sekolah. Tidak pandai menulis dan mbaca. Hendak tandatangan pun tidak pandai. Tetapi dia yang mula-mula bawa masuk motosikal Honda ke Malaysia. Orang yang berjaya ilmunya hanya menjadi tukang beli motor Honda Boon Slew. Yang berjaya dari segi ilmu beli Honda manakala yang tidak berjaya dari segi ilmu menjadi tauke Honda.

Bersambung...

[ Last edited by Akasyah on 11-3-2005 at 11:27 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 11-3-2005 11:20 AM | Show all posts
Sambungan...

Jadi kejayaan lebih penting daripada kemenangan. Kemenangan itu cuma gemanya besar. Tetapi sebenarnya cuma dapat habuk dan asap. Atau dapat angin. Kemudian bila kita bahas kejayaan, kejayaan pun bertahap-tahap dan berlapis-lapis. Sudah disebut berjaya pun belum berjaya lagi.

Berbalik kepada cerita hutan tadi. Mula-mula menang untuk dapatkan tanah hutan itu. Bila menang, kita ada kekuatan. Kita beli alat-alat dan kita pun tebang hutan. Bila berjaya membuka hutan, perkataan yang sudah didengar ialah 慴erjaya
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 11-3-2005 11:25 AM | Show all posts
Sambungan...

ltu baru perbandingan antara dunia dengan dunia. Belum dibandingkan antara dunia dan akhirat. Dunia ini pun, bila menang belum bererti apa-apa. Bahkan bila sebut kejayaan pun, sesetengahnya belum bererti apa-apa. Sudah kita bahaskan tadi. Betapalah perbandingan dunia dan akhirat. Erti kemenangan dunia dan akhirat itu berbeza sangat.

Mari kita bahas yang bersifat akhirat.

1) Allah berfirman yang bermaksud:

"Pemimpin kamu itu adalah Allah, Rasul dan orang mukmin yang mendirikan sembahyang, yang mengeluarkan zakat, yang tunduk dan patuh, itulah dia parti Allah. Ketahuilah parti, Allah itu akan mengalahkan (kemenangan).擺/b]

Padahal yang disebut di sini, yang akan mengalahkan, yang akan mendapat kemenangan adalah orang yang menjadikan Allah sebagai pemimpin, Rasul sebagai pemimpin dan orang Mukmin yang taat sebagai pemimpin.

Tetapi oleh kerana hanya untuk dunia. Tuhan hanya berkata, 憁ereka hanya diberi kemenangan
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 11-3-2005 11:29 AM | Show all posts
Sambungan...

Hendak tafsirkan ayat ini susah. Hendak dijadikan ilmu itu payah. Ada rahsia.

揃ilamana penduduk satu kampung atau satu negara beriman dan bertaqwa. (Oleh kerana Tuhan hendak lakukan di dunia) Tuhan akan turunkan berkat dari langit dan bumi
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 11-3-2005 11:31 AM | Show all posts
Sambungan..

3) Abuya baca satu ayat lagi untuk difikirkan. Dalam ayat ini ada ilmu untuk diakalkan. Ada falsafah.

Terjemahannya:

揂pabila datang pertolongan Tuhan, engkau akan lihat manusia berbondong-bondong masuk Islam.擺/b]

Tuhan katakan 憄ertolongan
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 11-3-2005 11:34 AM | Show all posts
Sambungan..

4) Ayat lain pula yang terjemahannya:

"Sesunggguhnya telah berjaya orang-orang yang beriman iaitu mereka yang kusyuk dalam sembahyang, dan mereka berpaling daripada perkara yang sia-sia, dan mereka yang mengeluarkan zakat, dan mereka yang menjaga maruah, dan mereka yang memelihara amanah, menunaikan janji dan mereka yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah yang mewarisi syurga Firdaus-Nya sedang mereka kekal di dalamnya.擺/b]

Kejayaan itu adalah syurga Firdaus di akhirat. Maksudnya kejayaan itu di akhirat.

Berbalik kepada kejayaan di dunia, hutan itu sampai dapat hasil baru dianggap berjaya. Baru dikatakan kejayaan. Kalaupun dikatakan kejayaan, tetapi kalau diukur di sisi akhirat, itu pun belum berjaya lagi sebab belum hakikat. Untuk mendapat kejayaan di dunia pun susah. Kena melalui beberapa tahap.

Tuhan hendak letakkan perkataan tidak sesuka hati. Kalau kejayaan itu di peringkat dunia, Tuhan hanya guna istilah-istilah seperti menang, mendapat pertolongan atau dapat berkat. Payah sangatkah hendak menyebut kejayaan itu? Sebab kejayaan itu sebenarnya hanya di akhirat.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 11-3-2005 11:42 AM | Show all posts
Sambungan..

Untuk mendapat kejayaan yang hakiki di akhirat itu sudah Tuhan senaraikan ciri-cirinya. Pada orang yang mendapat kejayaan di akhirat tadi kerana memenuhi 7 syarat itu, mungkin di dunia dia dianggap kalah. Mungkin dia dijajah, dikuasai atau masuk jel.

Maha besar Tuhan. Sebab itu kejayaan itu sangat mahal. Hendak mendapat kejayaan di dunia pun susah. Hendak cakap 憁enang
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2005 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 9-3-2005 06:52 PM:
Assalamualaikum semua,


Di sini saya ingin mencadangkan kepada yang berminat untuk mendapat kuliah dari minda Abuya secara online sila merujuk kepada URL di bawah :


[url]h ...



Terimakasih abg Hafizi..kerana memberi info .....

Di harap yang lainpun, cuba subscribe egroups yang dicadangkan oleh abg Hafizi tersebut.

:ah:
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 12-3-2005 10:05 AM | Show all posts


Rasulullah SAW selalu berlapar perut. Baginda pernah meletakkan batu ke perut dan kemudian mengikat perutnya dengan kain agar dengan itu tidak terasa kekosongan perut yang memang kosong.

Baginda jarang kenyang. Tiga hari berlapar, satu hari kenyang. Dan selalunya satu hari baginda berpuasa, satu hari berbuka.


Nabi Sulaiman a.s yang kaya-raya itu juga begitu hidup-nya. Selalu berpuasa dan kalau makan hanya roti kering dan air sejuk, Nabi Yusuf a.s ketika menjadi menteri Mesir pun sehari puasa sehari berbuka. Bila ditanya mengapa baginda berbuat begitu? Jawabnya, "Di hari aku lapar, aku dapat merasa aku adalah hamba yang memerlukan pertolongan Allah. Di hari aku kenyang aku dapat bersyukur pada Allah SWT yang memberikan rezeki."


Begitulah cara hidup nabi-nabi dan rasul-rasul, orang-orang muqarrobin dan orang-orang soleh. Mereka berjuang dengan nafsu untuk membersihkan hati supaya merasa diri sebagai hamba Allah yang lemah dan hina-dina. Dan cara hidup mereka itulah yang wajib kita contohi.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 12-3-2005 10:07 AM | Show all posts
Kita mesti sentiasa berperang dengan nafsu yang sentiasa mengajak kita lalai dari Allah. Mari kita ubati hati kita dengan cara mengurangkan makan. Antara langkah-langkah praktik yang mesti diambil untuk mengurangkan makan ialah:


1.Hidangan makanan kita janganlah lebih dari dua jenis lauk. Ini adalah amalan Sayidina Umar. Beliau tidak makan lebih dari dua jenis lauk. Sebab bila !auk sudah bermacam-macam jenis, nafsu kita tambah besar untuk merasa semua jenis lauk-lauk.


2.Makanan itu biarlah sederhana, jangan terlalu sedap. Sebab kalau terlalu sedap kita tidak mampu mengawal nafsu dari makan lebih.

3.Jangan simpan berbagai lebihan makanan dalam rumah, sebab bila ada makanan kita sentiasa berfikir untuk makan. Sebaliknya kalau tidak ada simpanan makanan nafsu kita tidak akan mengajak kita fikir makan sahaja.

4.Cuba banyakkan puasa sunat seperti hari Isnin dan Khamis atau paling kurang tiga hari dalam sebulan.


Harus difahami bahawa langkah-langkah di atas ialah untuk membersihkan hati dan membuatkan hati kita terasa kita hamba Allah yang lemah dalam serba-serbi hal kita.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 13-3-2005 10:32 AM | Show all posts
PANDANGAN DAN PENDENGARAN YANG HARAM.


Telah sepakat orang-orang kita mengatakan: "Dari mata turun ke hati." Ertinya hasil dari pandangan (termasuk pendengaran) bukan setakat di mata dan telinga tetapi akan bersambung dan berkesan ke hati.

Kalau apa yang kita pandang dan dengar itu baik, maka hati kita akan menerima kebaikannya. Sebaliknya kalau yang kita pandang dan dengar itu maksiat dan mungkar (haram) maka hati kita akan menampung kejahatan dan kemung-karan itu.


Hati yang sentiasa menerima pandangan dan pendengaran yang mungkar ialah hati yang gelap pekat, buta dari melihat keagungan Allah. Hati itu tidak lagi takut pada Allah malah hilang cinta dan rindu pada Allah SWT.

Saya rasa kita semua ada pengalaman sendiri terhadap perkara ini. Kalau hari-hari kita terisi dengan zikrullah, baca Quran, puasa, sembahyang sunat, baca kitab dan men-dengar pengajian agama hati kita akan lembut, indah dengan ibadah pada Allah, rindu pada kebaikan,benci dan takut pada dosa.



Tetapi kalau hari-hari kita isi dengan program TV, berbual kosong, mengumpat dan mencaci, membaca majalah hiburan (penuh maksiat) dan mendengar lagu-lagu pop, nanti kita akan jadi malas beribadah, memandang kecil tentang cara hidup sunnah, tidak lagi rasa takut dengan Allah, tidak membesarkan akhirat apalagi untuk rindu pada-Nya dan tidak suka lagi pada ahli-ahli agama dan lupa akhirat.




Hati kita jadi cinta dunia dan hiburannya, mahu lepas bebas tanpa sekatan hukum Islam, malas berjuang dan berangan-angan ingin hidup lebih lama lagi.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-3-2005 10:14 AM | Show all posts
ULASAN (oleh peserta kursus kuliah di atas...saya pastekan juga)

Hari ini Abuya menerangkan konsep hidup sebenarnya. Kita rasa satu peralihan paradigma bila Abuya mengalihkan tajuk dengan mendadak iaitu kejayaan yang hakiki adalah di akhirat sana. Mudah-mudahan kita mampu memperkecilkan dunia untuk membesarkan akhirat.

Hari ini Abuya menjadi ahli falsafah yang melihat erti kehidupan dalam perspektif Islam tetapi ianya bersifat aqliah. Selalunya Abuya lebih bersifat sufi. Mungkin untuk anda di kedudukan masing-masing, Abuya mendorong anda untuk menjadi pejuang. Seorang pejuang, selain kekuatan roh, akalnya juga perlu kuat. Sebelum ini, Abuya mengatakan sebenarnya manusia itu, walau di manapun, gaya hidupnya dicorak oleh 3 unsur dan tidak selainnya. Tetapi sayang, manusia kebanyakannya tidak tahu malah prejudis tentang nafsu dan roh. Mereka pergi setakat akal. Akal tidak boleh melogikkan. Tetapi bagi kita, kalau Allah yang cakap, takkan tidak percaya. Kita sekarang tidak berbangga dengan roh dan wahyu. Kita juga berseronok dengan akal.

Hari ini, Abuya macam smash kita yang barangkali sedang asyik dengan dunia. Apa ertinya selalu score di dunia tetapi untuk masuk neraka. Ini adalah satu kejutan yang Abuya buat. Kita selama ini rasa seronok dengan segala berkat yang kita dapat. Jangan-jangan itu semua hanya satu yang boleh melalaikan dan boleh membawa kita ke neraka juga. Kita pun sudah bangga semacam. 揘egeri kami hebat
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-3-2005 10:17 AM | Show all posts
Sambungan...

Allah hendak tunjuk parti Allah pun belum dijamin kejayaan. Belum tentu parti Allah sendiri akan masuk syurga. Buktinya, ayat kedua ialah ayat yang bermaksud, 態ilamana penduduk suatu kampung itu beriman dan bertaqwa, Kami bukakan berkat dari langit dan bumi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.389459 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list