|
Ustaz Asha'ari Arqam (merged: dess40, FaiQ_FeuhRer)
[Copy link]
|
|
Originally posted by serihartatie at 13-9-2005 12:40 PM
alhamdulillah...itu kesimpulan yg ustaz zul berikan...bukan kak mawar kot...atau org rufaqa atau pensimpati ustaz AM.
ermm...pasal ciri-ciri PBT tu, tatie rasa ustaz pun kalau dah ada ...
Betul tu tatie, pencalonan masih terbuka, kenapa mesti sibuk dgn abuya shj....kalau tak setuju dgn pencalonan dr rufaqa kenapa puak wahabi, syiah, anti hadis dan penentang2 abuya ni tak letak calon2 pilihan mrk? Kalau dah letak pun sorang berdua, mcm tak kenal aje dgn calon yg diberi, main hentam je letak. Mcm Imam syamil tu, alih2 si hafizi yg bagi info...hehehe..lagi teruk ada pulak yg calonkan mawi sebagai PBT...nampak sangatlah dangkal ilmu... |
|
|
|
|
|
|
|
2. Dia berketurunan Bani Tamim
Yaitu suatu Bani Arab Quraisy, dari keturunan Sayidina Ali, yang hari ini kebanyakan tinggal di Palestina dan Jordania. Tetapi dia lahir bukan di kedua tempat itu. Bani Tamim itu bukanlah merupakan suatu golongan atau kaum yang besar. Golongan ini hanyalah satu Bani yang kecil dan tidak ramai.
Perlu disebutkan di sini, Bani Tamim yang ini adalah sebagian dari Ahlul Bait karena Sayidina Ali adalah salah seorang anggota Ahlul Bait. Ahlul Bait adalah keluarga Rasulullah SAW. Para ulama berbeda pendapat mengenai takrif Ahlul Bait itu sendiri.
Bani Tamim itu tidak lagi mendiami Hijaz karena telah dihalau keluar oleh pemerintahan Bani Saud yang kini memerintah di Arab Saudi. Banyak pula yang dibunuh. Tidak kurang yang disiksa dan dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka, yaitu Hijaz. Banyak pula yang terpaksa lari menyelamatkan diri karena diburu oleh agen-agen kerajaan Saudi. Ada yang lari ke selatan India dan banyak pula yang menetap di Nusantara.
Ada ulama yang menyatakan: (ASWJ)
|
|
|
|
|
|
|
|
ya allah!! sumpah.... aku dah x paham pape pun.....
memula abuya... pastu ulama... pastu syeikh suhaimi.... pastu imam mahdi.... bani tamim la... apa ni?? suma nih org2 yg sama ke?? aku ke yg bodoh - sbb x paham apa2 dlm perbncangan nih?? atau.... mmg sbb tlampau byk sgt 'info2' yg buatkan aku jadi bodoh??
ngape suma jawapan2 msti diberi pjelasan yg tlh di copy & paste?? for the sake of stupid people like me.... bole x bg jawapan yg direct?? |
|
|
|
|
|
|
|
maaf ya, tatie dan mawar.. nak tanya:
ada kawan saya bagitau ustaz ashaari kebelakangan ni tak sihat..
mcm mana keadaan beliau? semoga dah sihat kini.
beliau tinggal di KL ni ke?
kalau saya berhajat nak jumpa beliau.. boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
hehhe..dah larik topik sebenarnya..
tapi pada aku, kalo koang yakin janji dan hadis rasulullah, tak payah sibuk2. kelak dia akan datang.
nanti ada plak kata TAK KENAL MAKA TAK CINTA..
hehe..tak cinta sebab tak percaya..tuh jer.
aku percaya pbt tuh wali Allah, dan wali Allah bukan penakut. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alexandria_iz at 13-9-2005 01:10 PM
ya allah!! sumpah.... aku dah x paham pape pun.....
memula abuya... pastu ulama... pastu syeikh suhaimi.... pastu imam mahdi.... bani tamim la... apa ni?? suma nih org2 yg sama ke?? aku ke yg bo ...
hehehe...alex..bila kita diajar kat sekolah utk buat kesimpulan atau dalam perbahasan ndak buat pengulungan hujah, kita kena kumpul semua point-point satu persatu...
baru buat KESIMPULAN atau PENGULUNGAN HUJAH..
jadi, kalau dah baca dan kaji-kaji satu-satu, dan tengok perkaitannyer, bila sampai peringkat buat kesimpulan, tak ler PENING....
Pasal ulamak tu tatie dah jawab dan terangkan betul tak?...
Kaitannya beliau dengan Sheikh SUhaimi kerana beliau yg menulis nasab keturunan Sheikh Suhaimi.
Bila ada yg bertanya apa ciri-ciri Imam Mahdi?
Maka dalam thread / board ini diceritakan kanlah pasal Imam Mahdi.
Bila ada yg bertanya apa ciri-ciri Pemuda Bani Tamim?
Maka dalam thread ini diceritakankanlah pasal PBT.
Kemudian ada pula yg menyoal adakah benar ada golongan yg mendakwa Imam Mahdi itu Sheikh SUhaimi dan PBT itu Ustaz Ashaari Muhammad?
Jawapannya : Selagi Imam Mahdi dan PBT belum rasmi pengistiharannya maka persoalan ini masih terbuka kepada sesiapa utk mendakwa sesiapa sahaja yg layak utk jadi IM dan PBT...tetapi dakwaan mestilah bertepatan ciri-ciri yg digali dgn sumber-sumber yg sahih seperti al quran, hadis nabi, atsar sahabat dan tabien serta ijmak ulamak.
Tatie juga ndak peringatkan ikut ulamak ASWJ persoalan Imam Mahdi dan PBT bukan persoalan akidah. Ia hanya perkara khilafiah di kalangan ulamak. Kalau kita ndak bertindak lebih sudu dari kuah itu dgn menuduh sesiapa sesat sebb persoalan IM dan PBT ini, maka IA BERMAKNA mereka telah bertindak SUMBANG dan perbuatan mereka ini tidak boleh diterima oleh akal yg rasional.
[ Last edited by serihartatie at 13-9-2005 01:49 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
maaf tumpang lalu...saya hendak bertanya forumner dlm thread ni semua..apakah manafaat yang dapat diambil hasil perbincangan dalam thread ini? apakah Islam akan bangkit dengan gemilang hasil dari perbincangan yang panjang berjela ni? kalo saudara saudari nampak bahawa perbincangan pasal abuya,imam mahdi,mazhab..semuanya membawa kepada perpecahan..jadi dimana yang dikatakan Islam itu satu? sila forumner2 yang hebat2 didalam nih fikirkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 13-9-2005 12:37 PM
hehehe..kalo la ustaz zain masuk sekali kan best ye tak ustaz nahzalus
heh heh kalo dia masuk pun benda yg sama akan jadi, mcm yg dah jadi kat 'rumah' dia.  |
|
|
|
|
|
|
|
Tatie:
alhamdulillah...itu kesimpulan yg ustaz zul berikan...bukan kak mawar kot...atau org rufaqa atau pensimpati ustaz AM.
saya membuat kesimpulan utk diri saya. sekiranya kesimpulan saya salah, silalah tatie, mawar dll dari kalangan ahli rufaqa', pengikut, peminat dan mereka yg simpati dgn Abuya perbetulkan. Kalau kesimpulan saya salah, saya akan menarik balik kesimpulan saya. no hal.
ermm...pasal ciri-ciri PBT tu, tatie rasa ustaz pun kalau dah ada info pasal ciri-ciri PBT tu, ustazpun boleh cari sape - sape yg bersesuaian...ustazkan bijak bistari, malah berilmu tinggi..tentu ustaz boleh kaji sendiri...cuba baca posting tatie pasal PBT tu ...mari kita cari sama-sama figure yg bersesuaian dgn ciri-ciri tersebut..selagi belum IM dan PBT istihar diri mereka sebg IM dan PBT yg tulen dan sesuai dgn ciri-ciri yg ditunjukkan oleh hadis dan atsar sahabat dan tabien tu..selagi itu, kita boleh mencari dan terbuka kepada sesiapa sahaja yg menepati ciri-ciri tersebut...
[Kesimpulannya, Siapa IM dan PBT belum dinoktahkan lagi......ia masih terbuka....
tatie postkan dulu kesemua yg tatie ada dan mampu ttg IM dan PBT tu. saya dah bercadang dari dulu lagi dlm diri saya bahawa saya akan cp dlm word kesemua hujah tatie kemudian kita akan bincang secara ilmiyyah di thread lain. saya akan buka kitab2 hadis muktabar ASWJ dsbnya utk kita tgk dan nilai apakah pendapat2 ulama' ASWJ dlm hal ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 13-9-2005 02:28 PM
tatie postkan dulu kesemua yg tatie ada dan mampu ttg IM dan PBT tu. saya dah bercadang dari dulu lagi dlm diri saya bahawa saya akan cp dlm word kesemua hujah tatie kemudian kita akan bincang secara ilmiyyah di thread lain. saya akan buka kitab2 hadis muktabar ASWJ dsbnya utk kita tgk dan nilai apakah pendapat2 ulama' ASWJ dlm hal ini.
...
ok..ustaz zul..tatie akan post aper-aper info yg sesuai...walaupun ada yg dah pening-pening lalat kat sini sampai mintak ustaz beri ubat..hehehe...
eloklah sangat tu..tatie setuju dengan cadangan ustaz tu..
ps : nama ustaz ni cam nama anak jiran tatie, diapun lulus Azhar gak..umurpun lebih kurang ustaz..cuma tak kahwin lagi jer...hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
PROSES MEMBAIKI UMAT
Masyarakat Islam, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia sudah rosak. Masyarakat Islam sudah kusut, sudah haru-biru. Sudah huru-hara, kelam-kabut, tidak berakhlak dan tidak berdisiplin. Umat Islam tidak sehaluan, tidak bersatu padu, tidak sependapat dan tidak bersatu fikiran. Masing-masing ada tujuan-tujuannya yang tersendiri, tidak seia sekata, tidak bergerak serentak dan seirama. Mereka bersimpang siur dan tidak menuju kepada matlamat Islam yang satu.
Mereka tidak tersusun dalam satu barisan yang indah dan rapi. Mereka bercelaru. Ada yang ke hulu, ada yang ke hilir. Ada yang ke darat dan ada yang ke baruh. Ada yang ke lurah, ada yang ke bukit. Ada yang ke timur dan ada yang ke barat. Hasilnya, umat Islam berlanggar, bertembung dan berlaga sesama sendiri. Umat Islam rosak dan rugi.
Orang kayanya sombong, suka berfoya-foya, suka membuang masa dan suka membazirkan kekayaan mereka.
Orang miskin tidak sabar. Merungut sana, merungut sini. Mengeluh sana, mengeluh sini. Sentiasa sahaja resah dan gelisah.
Cerdik pandainya mementingkan diri. Asyik mengumpul harta dan mengejar jawatan dengan ilmu mereka.
Muda-mudinya hidup tidak tentu hala. Tidak ada arah tujuan. Tidak ada matlamat hidup. Berkumpul membuang masa dan melepak merata-rata. Mereka buat apa sahaja yang seronok dan yang boleh memuaskan hawa nafsu mereka.
Para pemerintah dan penguasa sudah tidak mendidik lagi. Mereka sudah tidak memimpin. Mereka tidak lagi mengajar, mengasuh, membimbing dan menjadi contoh kepada rakyat. Mereka hanya menggertak, membentak, mengancam, mengugut dan menakutkan rakyat dengan berbagai akta, undang-undang, hukuman dan sekatan. Semuanya sibuk hendak jadi kaya.
Kehidupan berkeluarga sudah punah-ranah. Tidak ada ketenangan dan kebahagiaan lagi dalam keluarga. Tidak ada hormat dan kasih sayang. Anak-anak resah dan gelisah bila di rumah. Mereka lebih suka hidup di luar.
Masyarakat Islam sudah ibarat kain buruk yang luntur warnanya. Berculang-caling, bertompok-tompok. Ada tompok hitam, ada tompok kelabu, ada tompok merah, biru, kuning dan sebagainya. Ini kerana ia telah dipengaruhi dan dirosakkan oleh berbagai hal dan keadaan. Comot sungguh rupa masyarakat Islam hari ini. Sakit dan jijik mata memandangnya.
Apa harus kita buat? Bagaimana dapat kita perbaiki keadaan umat dan masyarakat Islam yang sudah kronik ini? Dengan apa harus kita mulakan? Dengan duit? Dengan hiburan? Dengan politik? Dengan ilmu? Dengan teknologi? Dengan kemajuan? Dengan pembangunan? Dengan ekonomi? Atau dengan apa?
Jawapannya mudah. Tersangat mudah. Jawapannya tidak perlu dicari di merata-rata dunia. Ia terpapar jelas pada wahyu dan sunnah. Iaitu dengan Iman dan Ilmu.
Iman dan Ilmu ini mesti ditanam di hati umat Islam melalui tarbiah atau pendidikan. Hanya melalui pendidikan sahaja baru datang penghayatan dan penjiwaan. Kalau iman dan ilmu ini disampaikan hanya melalui taalim atau pengajian, belajar, masuk periksa, lulus dan diberi sijil atau ijazah, ia akan hanya menjadi satu kemegahan dan kebanggaan, bukan suatu amalan. Tidak akan ada penghayatan dan penjiwaan.
Dari penghayatan dan penjiwaan Iman dan Ilmu, baru akan timbul rasa cinta pada Allah. Selepas cinta, akan datang rasa takut pada Allah.
Dari rasa takut pada Allah inilah, akan timbul ketaatan. Umat Islam akan melaksanakan hukum hakam dan syariat Tuhan. Mereka akan buat apa yang Allah suruh dan akan tinggalkan apa yang Allah larang.
Bila umat Islam mematuhi syariat Islam dan menjadikan seluruh syariat Islam itu sebagai sistem dan cara hidup mereka maka akan lahirlah satu bangsa yang bertaqwa.
Bila suatu bangsa itu sudah sampai ke tahap taqwa, maka barulah akan datang bantuan dan pembelaan dari Allah Taala. Allah itu pembela bagi orang-orang yang bertaqwa. Dengan pembelaan Allah, akan datang kekuatan dan kedaulatan, dan umat Islam akan berjaya. Umat Islam akan menjadi kuat, berakhlak, berdisiplin dan akan menjadi obor kepada semua bangsa dan agama lain di dunia. Inilah proses dan methodologinya.
Ketika itu Islam difahami, dihayati dan diamalkan keseluruhannya. Penganut-penganut Islam akan menjadi manusia yang beraqidah, beribadah, berakhlak, berdisiplin, cergas, aktif dan berhubung di antara satu sama lain. Akan lahir satu masyarakat yang berkasih sayang, berukhuwah, berpadu, maju, aman damai, bahagia dan harmoni.
Kaedah dan metodologi tidak ada apa-apa makna kalau tidak ada yang melaksanakannya. Mewujudkan kaedah atau metodologi adalah mudah. Tetapi untuk mencari orang yang layak dan mampu untuk melaksanakannya adalah satu perkara yang lain.
Oleh itu proses atau metodologi ini mempunyai satu syarat yang sangat penting. Ia memerlukan kepada seorang pelaksana yang akan memulakannya dan yang akan membawanya sampai ke hujung. Pelaksana ini mesti seorang yang istimewa. Dia mesti berbeza dari manusia yang akan dididiknya. Dia mesti berbeza dari orang-orang biasa.
Pelaksana ini juga mesti seorang pemimpin. Bukan pemimpin biasa. Bukan calang-calang pemimpin. Dia mesti seorang pemimpin yang beriman, berilmu, bertaqwa, berakhlak mulia yang dihormati dan disegani, yang disayangi dan dipatuhi. Dia mestilah seorang pemimpin yang sejati.
Bersambung...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemimpin seperti ini bukan boleh dibeli di mana-mana. Bukan boleh diimport. Bukan boleh diundi dan bukan boleh dilantik oleh manusia. Pemimpin seperti ini datang dari Tuhan. Itu sebab ada hadith yang bermaksud lebih kurang:
揔alau Allah hendakkan kebaikan pada sesuatu bangsa atau kaum, akan dihantarkan-Nya seorang pemimpin. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku berani bet , kalau pengikut2 ayah pin ditanya pun , akan mati2 mempertahankan yg ayah pin lah yg betul. Ini bkn persoalan islam atau tidak , atau siapa yg lebih islam , atau golongan islam mana yg betul , tp tahap kepercayaan sahaja , so kepercayaan pd asaari ni kuat dan menebal , dan x akan berubah , sama spt je dgn kepercayaan pd asaari melebihi nabi muhamamd saw.
[ Last edited by antiQue at 14-9-2005 08:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 13-9-2005 02:42 PM
ok..ustaz zul..tatie akan post aper-aper info yg sesuai...walaupun ada yg dah pening-pening lalat kat sini sampai mintak ustaz beri ubat..hehehe...
eloklah sangat tu..tatie setuju dengan cad ...
kita bincang bukan dgn tujuan nak cari kesalahan org tapi kita masing2 nak tgk dan nilai setakat yg mampu apakah hujah2 nya supaya apa yg kita pegang tu adalah hasil dari usaha kita yg termampu, bukannya terima saja apa org kata.
ps : nama ustaz ni cam nama anak jiran tatie, diapun lulus Azhar gak..umurpun lebih kurang ustaz..cuma tak kahwin lagi jer...hehehe...
hah, umur baya saya tak kahwin lagi? eh rugi tu heh heh
ha tatie... cantik sgt lah tu kalau ... :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 13-9-2005 02:23 PM
tak paham lar... pening kepala nie... baca sana, baca sini,
fftopic: ustaz nahzaluz, pandai berubat tak?
kalau tak faham saya ringkaskan begini. mula2 ditimbulkan persoalan siapa Abuya. pah tu tatie mintak close thread ni sbb persoalan yg dibangkitkan dess tu fitnah. Lagipun biasanya kalau cerita bab Abuya ni akan jadi panas dan panjang sebab kita sudah maklum di M&M ni dah ada dua kumpulan yg saling bertentangan.
respon kami mods ialah tak perlu tutuplah. kami akan pantau tgk. kalau ada post yg menyerang peribadi Abuya ke kita pakat editlah.
lepas tu saya ambil peluang nak confirmkan satu perkara yg dari dulu lagi saya nak tahu. saya nak baca kenyataan pengikut Abuya sendiri untuk saya simpan dan jadikan sandaran kalau2 ada anak murid saya tanya dsbnya. Selepas tanya dan ada yg jawab saya buat kesimpulan. Sekiranya kesimpulan saya itu tidak disanggah oleh pengikut Abuya, maka itulah yg saya pegang. Saya bertanya bukan utk kata jawapannya salah tapi utk confirm. Salah ke betul ke kita tahu apabila kajian dilakukan dsbnya.
Cara yg sama saya pernah guna kat astora. Bila org duk kalut kata dia tak percaya azab kubur, saya tanya dia direct kat astorajabat.com dan dia jawab: saya percaya begini-begini. Jwpnnya tu lah saya pegang dan bila ada anak murid saya tanya mcm mana pegangan astora saya kata saya dah tanya astora dan beliau kata begini begini... selesai.
Dgn terjawabnya persoalan saya ttg PBT itu maka selesailah bhgn saya. Itu saja yg saya nak confirmkan.
ff:
maaf pipi, saya tak pandai berubat :cry: |
|
|
|
|
|
|
|
:lol aku dulu dah post dah HAPA yg aku fitnah batista, mod padam plak..kini aku nak tahu APA yg dikatakan fitnah tuh ko tgk, lepas nih dema diiiiiaaaaaammmmmmmm jerk  |
|
|
|
|
|
|
|
Pulak , camtu pun ada ke sniper :stp:
Macam2la dorang ni , aku bg statement simpla je , dah x blh jawab , divert lak ckp aku fitnah;)
Manusia, manusia...dah lemah tu , mengaku jelah lemah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 13-9-2005 04:11 PM
.respon kami mods ialah tak perlu tutuplah. kami akan pantau tgk. kalau ada post yg menyerang peribadi Abuya ke kita pakat editlah.
Syukurlah kalau tidak mahu menutupnya. yang penting biar forumners yang buat keputusan. Pehak mod cuma sebagai penyelaras sahaja. Bukan sebagai penjatuh hukuman ..Tanya sikit.. siapa kita tu yang nak edit? .
Selepas tanya dan ada yg jawab saya buat kesimpulan. Sekiranya kesimpulan saya itu tidak disanggah oleh pengikut Abuya, maka itulah yg saya pegang. Saya bertanya bukan utk kata jawapannya salah tapi utk confirm. Salah ke betul ke kita tahu apabila kajian dilakukan dsbnya.
Ni soal berijtihad brader. mana boleh buat confirm? Ni bab furukiyah. Betul ijtihad dapat 2 pahala,tak betul ijtihad dapat satu pahala. Apa jua yang anda nak pegang, nak buat kesimpulan, nak buat kenyataan itu adalah hak anda! Cuma anda bukan Penjatuh hukuman! Soal betul atau salah, bukan pada tangan anda tetapi pada Pencipta juga! Tak semestinya kita didapati bersalah didunia macam Fatwa Pengharaman Darul Arqam tu, akan bersalah juga di akhirat!Allah jua yang mengetahui duduk perkara yang sebenarnya,,
.Cara yg sama saya pernah guna kat astora. Bila org duk kalut kata dia tak percaya azab kubur, saya tanya dia direct kat astorajabat.com dan dia jawab: saya percaya begini-begini. Jwpnnya tu lah saya pegang dan bila ada anak murid saya tanya mcm mana pegangan astora saya kata saya dah tanya astora dan beliau kata begini begini... selesai.
Jangan samakan kaedah Astorajabat dengan soal PBT atau Imam Mahadi. Dalam soal Astorajabat , samada nak makan katak lebih2 lagi katak puru terpulang pada individu. Ibarat memancing ikan , terpulang dapat menangkap ikan apa, kalau sudi makan pi la makan.
Ni bab kaedah menangkap ikan. Terpulanglah nak menggunakan pancing ker, joran ker, pukatker, bom dinamit ker, sampan ker, bot ker atau kapal titanic ker.Bagaimana kaedah tersebut boleh mempertemukan ikan, terpulang pada fahaman individu masing2. Pada Allah jua kita serahkan segala2nya. Bukan pada moderator apatah lagi pada forumners !
:pray::pray::pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MataPena at 13-9-2005 06:13 PM
Kalau betul ijtihad beliau dapat 2 pahala dan kalau tidak benar dapat dapat satu pahala. Tak pun disebut sebagai berdosa apatah lagi sebagai fitnah..
..
NI PASAL PAHALA NIH...ADA SUMBER KE?QURAN ATAU HADIS.ke kelentong jer. |
|
|
|
|
|
|
| |
|