|
Reply #346 nazri63's post
hehe.. bali orang pegi utk dia nye mola-mola. ko nampak tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Kuasai teknik menyelam
Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
[email protected]
Pelatih-pelatih Sekolah Skuba Antarabangsa (SSI) Scuba Rangers ini bukan saja didedahkan dengan sukan selam skuba, malah mereka juga dididik tentang aspek keselamatan dan disiplin diri.
GELAGAT mereka tidak ubah seperti penyelam skuba profesional. Lengkap berpakaian dengan alat menyelam seperti tangki udara, tolok udara, topeng muka dan jam bawah air, mereka seolah-olah ingin meneroka dunia lautan.
Lebih mengejutkan, mereka adalah kanak-kanak yang berumur antara lapan hingga 12 tahun. Mereka bukan sekadar menang gaya, malah mampu menguasai kemahiran dan teknik menyelam serta mengendalikan peralatan skuba.
Mereka ialah pelatih kanak-kanak selam skuba yang mengikuti kursus Sekolah Skuba Antarabangsa (SSI) Scuba Rangers yang dikendalikan oleh Dolphin Swiming Academy (DSA) bersama edscuba. Mereka akan menghadiri latihan setiap hari Sabtu di Kompleks Sukan Tan Sri Haji Mohd. Said, Seremban 2, Negeri Sembilan.
WAJAH-WAJAH yang bakal menjadi pelapis penyelam profesional Malaysia.
[img]ttp://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0530/Kosmo/Horizon/ho_01.3.jpg
Ketua Jurulatih dan Penyelamat Kelemasan DSA, Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, program Scuba Rangers merupakan kolaborasi di antara DSA dan edscuba untuk menambah aktiviti sukan air dan melahirkan penyelam-penyelam profesional di Negeri Sembilan.
"Kita mahu melihat lebih ramai penggemar aktiviti sukan air meminati dunia lautan khususnya di peringkat akar umbi, sekali gus menanam sikap cintai alam semula jadi.
"Ia juga merupakan satu cabaran kepada DSA untuk terus mempergiatkan lagi aktiviti sukan air bersesuaian dengan saranan kerajaan negeri melihat jaguh sukan dapat dilahirkan.
"Idea untuk memperkenalkan kursus skuba ini tercetus apabila ramai dalam kalangan pelajar yang mengikuti kursus renang di DSA ingin melihat lebih banyak aktiviti sukan air dilaksanakana," katanya ketika ditemui di Kompleks Sukan Tan Sri Haji Mohd Said, Seremban 2 baru-baru ini.
PELATIH Skuba Kids mampu menguasai teknik menyelam dan mengendalikan peralatan skuba.
Ujar Abdul Aziz, program Scuba Rangers ini dibahagikan kepada empat peringkat iaitu Rangers, Pertengahan, Lanjutan dan Master Rangers sebelum mereka layak menerima lesen menyelam.
Katanya, pelatih-pelatih ini perlu menjalani lima latihan kelas pada setiap hari Sabtu bermula dari pukul 9 pagi. Ia merangkumi pengajaran teori dan praktikal dengan bayaran sebanyak RM900.
"Selain kelas untuk kanak-kanak, kita juga menyediakan kelas skuba untuk golongan dewasa komprehensif pada harga berpatutan. Untuk asas skuba, ia bermula pada harga RM250 untuk ahli dan RM300 bukan ahli.
"Apa yang menarik tentang sukan selam skuba ini ialah ia bukan sahaja mengajar tentang disiplin diri, aspek keselamatan malah merupakan alternatif untuk keluarga beriadah bersama-sama," katanya.
ABDUL AZIZ (paling kanan) bersama sebahagian daripada kakitangan edscuba.
Jelasnya, selain menawarkan skuba dan renang, DSA turut mengajar latihan dan ujian penyelamat Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia (LSSM).
Sejak sedekad lalu, DSA telah melahirkan hampir 7,000 perenang dan 28 penyelamat kelemasan.
Sementara itu, tenaga pengajar skuba edscuba, Nor Azlan Zain, 45, berkata, program SSI Scuba Rangers merupakan kelas persediaan kepada kanak-kanak ini sebelum melangkah lebih jauh ke dunia lautan.
"Dalam program ini, ia tidak hanya tertumpu kepada teknik menyelam tetapi penekanan juga diberikan terhadap aspek keselamatan dan disiplin diri.
"Kita tidak mahu mereka hanya tahu menyelam tetapi tidak mengambil berat tentang aspek keselamatan kerana ia akan membahayakan nyawa mereka," ujarnya.
Menyelam ke dasar laut
Tambah Nor Azlan, penerapan mengenai pemuliharaan dunia lautan juga ditekankan dalam program Scuba Rangers edscuba untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak ini tentang kepentingan ekosistem di dasar laut.
BAWAH: Pelatih selam skuba juga akan dibawa meneroka keindahan dasar laut di pulau-pulau di Malaysia.
Apakah kesukaran melayan kerenah kanak-kanak yang mengikuti program Scuba Rangers? Nor Azlan memberitahu, pada mulanya memang sukar melayan gelagat mereka tetapi sebagai tenaga pengajar berpengalaman, mereka perlu pandai mengambil hati pelajar dengan konsep yang menggembirakan.
"Ia merangkumi permainan, tayangan video dan jenaka agar mereka tidak bosan, sekali gus menarik perhatian mereka untuk bertanya dan mendalami dunia penerokaan lautan.
"Dalam pada itu, kita juga mengadakan program ke pulau-pulau peranginan untuk menyelam di laut. Ia dapat membantu para pelatih untuk merasai keadaan sebenar berada di bawah laut malah ia merupakan satu aktiviti melibatkan seisi keluarga," katanya.
Sementara itu, pelatih Scuba Rangers, Siti Nur Aqilah Nor Azlan, 9, berkata, beliau berminat untuk mengikuti program berkenaan kerana tertarik dengan kehidupan laut dan ingin melihatnya dengan lebih dekat lagi.
"Perasaan takut dan tidak yakin sentiasa timbul semasa mula-mula menyertai program ini tetapi apabila sudah menyelam ia satu pengalaman baru yang sungguh menyeronokkan.
"Program Scuba Rangers ini sangat bagus kerana kita dapat mempelajari tentang sukan selam skuba, ekosistem lautan dan menambah stamina serta kesihatan para pelatih," katanya.
[img]http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0530/Kosmo/Horizon/ho_01.7.jpg
Bagi Muhd. Alif Shah Shirah Akashah, 8, beliau tertarik dengan sukan selam skuba kerana ibu bapanya bergiat aktif dalam sukan tersebut.
"Saya selalu mengikuti kedua-dua ibu bapa menyelam di pulau-pulau peranginan di negara ini. Seronok dan mengujakan apabila mengikuti program Scuba Rangers ini.
"Banyak yang dapat dipelajari tentang hidupan laut apabila menyelam di dasar laut," katanya.
Maklumat lanjut mengenai Scuba Rangers boleh menghubungi DSA dan edscuba di talian 013-640 8681 (Abdul Aziz), 017-284 3924 (Sakinah) atau layari laman web http://dolphinacademy.blogspot.com dan www.edscuba.com. |
|
|
|
|
|
|
|
First time aku diving kat Tanjung Benoa, Bali. Briefing dalam 10 minit...terus terjun laut.
Cuak giler aku. Baru 5 minit dalam laut, aku pancit masa breathing. Naik balik. Lepas tu Alkhamdulillah ok aje. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tengah bosan ni. so aku ingat nak menulis la sikit2..
ramai orang yang baru2 nak take up scuba diving ni tanya aku.. apa peralatan asas yang perlu ada.. so ni antara benda2 yang aku nasihat kan korang beli masa awal2 start diving.
*disclaimer: ni cuma based on pendapat aku la ek? based on pengalaman sendiri ok? aku bukan pro dalam diving. so aku tak leh nak suggest brand mana sesuai.. sapa2 yang biasa dive, boleh tambah/comment mana2 perlu la ek?
1. mask & snorkel.
benda dua ni aku rasa mmg seelok2 nye korang ada lah. sebab mask and snorkel ni la "penyelamat" korang especially masa kat surface. a good mask is a mask that fits ur face. cara nak pilih mask, ni aku quote dari member aku nye nasihat hehehe
Saiz - Bagaimana memilih saiz. Pilih kedai yang kita boleh cuba terutama di kedai yg memiliki lambang merah putih ( diver ). lekatkan Mask tersebut dimuka ( tanpa psangkan strap nya )dan tarikh nafas dari hidung lalu tahan. Setelah melekat rasa jika ada angin masuk atau keluar dan cabut dari muka, jika menghasilkan bunyi tercabut yg kuat maka ianya sesuai dengan muka. Ini penting untuk mengurangkan air yang memasuki muka kertika snorkeling
snorkel, angkat je mana2 korang nak. snorkel is useful masa korang dah surface. sometimes sementara tunggu boat datang pickup or masa korang nak swim tu, bila tertelan ayor masin mmg lah rasa sangat memenatkan. so bila snorkel ada ni, tak de la rasa sangat penat swimming tu. can snorkel aje. ni especially utk orang yang tak berapa pandai swimming..
2. fins
kalau ada fins sendiri pun elok, nak sewa pun tak pe. macam aku dulu masa nak buat Open water lesen dulu dapat free fins and mask and snorkel. then my sugar daddy beli yang baru of kos macam kaki aku ni lebor.. so tak baper sesuai dengan semua jenis fins. aku boleh beli half foot fins aje. yang jenis ada strap and kena pakai booties tu. yang full foot fins ni aku tak leh pakai. sakit. fins ni macam2 jenis. semua kata bagus. kawan2 aku kata, seelok-eloknya korang try kawan2 lain punye fins dulu sebelum beli sendiri. which is kinda true. boleh la ajak kekawan korang pegi pool and test drive fin dema.. tak pun korang pegi dive center, rent fins diorang and try them out. maka korang akan dapat la rasa kan fin ni keras.. lama2 sakit kaki, fin ni lembut tapi tok leh gi.. fin ni panjang benor tak sesuai ngan badan korang yang rendang. fin ni pendek benor.. rasa cam tak leh nak bagi power.. so tu semua up to u lah..
3. wet suit.
aku nasihat kan beli la full suit. tak yah la buang duit beli suit pendek tu. sebab kalau takat yang pendek, boleh aje rent kat dive center. yang ni aku nasihat kn korang beli aje.. kat mesia ni air dia panas gak la.. so kalau tak de bajet boleh ler pakai yang 1mm tu.. or 3 mm yang murah. berapa mm tu meaning berapa tebal suit korang. and seelok nye beli yang muat2 ngam2.. sebab nanti dalam air suit tu mengembang. so nak elakkan sejuk la ni.
suit pendek ni tak leh nak protect korang dari benda2 yang tak diingini dalam laut tu. kot2 la langgor coral (which i do not condone) korang tak de la calar balar.. paling kuat pun coral tu mampuh.. kalau ada jelly fish pun tak de la kena sengat nya..
sekian buat hari ni. aku dah lapor nak gi makan jap ... |
|
|
|
|
|
|
|
tulip- aku dah pi smlm scuba dinamic tmpt yg ko gtau tuh...aku bole mask ngan hose jer...lain tunggu dolu...
hmmm...ader sesaper sini nak ambek lesen ker? wa xder geng neh...huhuhuhu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #365 diananisa's post
ko bagi tau tak aku hantor ko ke sana? sebab slalu kalau aku bawak member, member aku dapat gak discount. hmm... tak pe la. ko try la mide nanti. aku rasa 3-5 july kot. kat pwtc. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #367 tulip\ catat
aku dah mention nama ko...aku jumpa robert..tp aku xsign aper2 lagik coz si robert tuh suruh aku cuba discover scuba coz next week aku nak ke perhentian....
tup2 aku amek kat sana... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #368 diananisa's post
oo robert.. dia orang baru.. kan ke aku suruh mu cari Guru. dia bahagian retail.. boleh la kasi murah. si robert tu jaga trips and courses. alaa.. kalau ko dah minat.. amik terus je. tak yah wat discover dah.. rugi je.. kalau buat kat perhentian jaga2 sikit. kadang2 tu kalau ko main amik je ngan mana2 instructor yang murah2 ni.. ada yang tak baper jaga student dia. tu yang naik hidung tinger sumer berdarah2 tu... sudah nye new divers ni dah tak nak dive dah |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #369 tulip\ catat
aku dh ckp nama guru tp time tu guru xder,gi maner merayap ntah...tp aku rasa nak belajar kt pool dolu...tetiba terjun laut terus mau cuak aku jadinyer...tgk la nanti lepas blk perhentian camno...huhuuhu...
anyway tq beb... |
|
|
|
|
|
|
|
uhhh..ada benang nyelam ropanya..
diananisa, tkyah la buat pool session ...terus je sign up. pool lagi membazir dari discover..kalu dah tersemat nak amik lesen tu ..jgn bertangguh .rugi woo.
ko nak wat kat perhentian ker? hmm..try Flora Bay divers...ni mmg world class idc. Byk guru2 dah berguru ngan tok guru Azman & wife-Juju ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #371 aisirie99's post
flora bay kat perhentian besar eh? aku nak ke perhentian kecik...huhuhu.... |
|
|
|
|
|
|
|
jangan lupa MIDE july 3-5th at PWTC |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru join kids scuba tioman awal bln ni kat tioman....sambil ambk open water....hihihi..
ade trip diving murah2 kasi inform la...mau penuhkan logbook..mau tuka jd advan!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #374 jAck666's post
ko ni budak kecik lagi? aku ingat dah tua dah |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #375 tulip\ catat
weh aku dah besar laaaa...aku join kids scuba tu sbb nak ambk lesen ajer..bkn la aku ni kid lg...cehh!! tp xde la aku da tua..20an gak la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #375 tulip\ catat
cehh...aku join event kids scuba la..bkn aku ni scuba ranger......aku pi ikut event tu la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|