|
mula mula kita perlulah ingat konsep mereka yang ingin mengurangkan taat kita kepada allah oleh itu wajiblah kita mengisytiharkan jihad kepada mereka sekalipun kita terkorban kerana itu adalah lambang kesejatian muslim dalam diri kita jangan lari jangan ragu jika kita ingin membela agama allah sekalipun untuk diri kita allah pasti akan membantu kita untuk menentang mereka
ibarat jika kita ingin kemasjid kita telah dihalang oleh kafirun maka wajiblah kita melawan mereka sekalipun kita terkorban kita di haruskan lari balik kerumah untuk mengambil parang bagi menetak musuh allah tapi diharamkan kita lari untuk tidak pergi kemasjid selepas kita di halang
jangan risau jika kita mati sekalipun kita akan mati syahid kerana membela agama allah jangan ragu kerana mati syahid itu jaminan syurga bagi kita masuk syurga bulat bulat sapa taknak maaaaa.............
motivasi ini pasti akan dapat menghilangkan sifat takut kita dan seterusnya akan menjadikan kita berani dan naik angin untuk menghajar makhluk durjana ini
tetapi macam mana caranya untuk menghajar mereka jin yang durjana ini |
|
|
|
|
|
|
|
berbalik persoalan mengapa kawan prince brunai yang azan15 kali tapi tak berikesan
kita tentu pernah dengar cerita orang yang berjalan diatas air dengan hanya membaca kalimah bismillahhirohmanirohim dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang sekali jer baca trus boleh jalan atas air
tapi mengapa kita yang baca 100 kali jejak kaki dalam air bukan nya berjalan malah tenggelam jawapannya amatlah mudah
kerana tingkat ketakwaan dan keimanan kita yang amat lemah bukan niat saya nak mengatakan kawan prince brunai tu kurang iman dan takwa itu semua adalah urusan allah saya tak berhak masuk campur saya cuma lah hambanya yang harap kan rahmat tuhan sebagaimana hamba tuhan yang lainjuga
cuba kita fikirkan diwaktu senang berapa kali kita ingat tuhan dalam sehari semalam jawapannya kot solat ingatlah tapi kot tak memang lupa lah
jadi kot waktu senang pun kita sering lalai mcmner kot waktu susah lak kita harap tuhan ingat kita jadi kesimpulannya banyakkan ingat tuhan ketika senang sebabpabila kita susah insyaallah tuhan tidak akan lupakan kita sedangkan kesenangan itu kurniaan allah pun kita lupa bila tuhan kurniakan kesusahan memang kesusahan tu berbentuk bala supaya kita ingat kepada nya |
|
|
|
|
|
|
|
bagus motivasi nazim nie = D |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nazim5123 at 13-9-2008 03:56 AM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
berbalik persoalan mengapa kawan prince brunai yang azan15 kali tapi tak berikesan
kita tentu pernah dengar cerita orang yang berjalan diatas air dengan hanya membaca kalimah bismillahhirohma ...
thanx dengan nasihat dan pandangan encik nazim5123 ..
forumer lain pon boleh berikan pendapat dan pandangan mereka, nanti bolehlah digunakan oleh rakan2 lain sekiranya berlaku perkara yg pernah aku alami ni..
terima kasih dauun keladi.. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mumra at 12-9-2008 09:28 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
katak bawah tempurung gak aku nih ya. duduk kat garden homes ni pong tak penah dengo citer cam nih.tp ghumah tuh jauh le dr ghumah aku wpun sesama garden homes. sesekali nanti kalo rajin le aku n ...
alhamdulillah, akhirnya ada gak orang garden homes kat sini mesti tau kat area mana kan, alamat no 1126, s2/f26. sebaris ngan sekolah tu.. harap2 mumra leh tepek pic rumah tu, samada rumah tu masih kosong, berpenghuni or masih jadi tokong lagi.. boleh la tolong sahihkan ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by princebrunei at 13-9-2008 06:16 AM ![](http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif)
thanx dengan nasihat dan pandangan encik nazim5123 ..
forumer lain pon boleh berikan pendapat dan pandangan mereka, nanti bolehlah digunakan oleh rakan2 lain sekiranya berlaku perkara yg ...
hehehe takper masalah kecil jer saya harap lepas ni semua orang takkan takut dengan jin jin yang tak abis abis cuba menyesatkan manusia ni sebenarnya jin jin yang tahap menjelma dan menakutkan manusia ni jenis jin tak pro tapi jenis amatur jer yang pro tu bangsa yang masuk dalam diri dan membisikkan kita supaya meninggalkan ketaatan dan membuat kedurhakaan pada tuhan
selalunya jin amatur ni asal usul jin pro jugak tapi mereka ni dah kena sambar petir atau tahi bintang ketika nak mencuri maklumat dari langit jadi mereka hiilang kekuatan jadi mereka cuma mampu menjelma dalam bentuk yang menakutkan bagi menggalang manusia untuk taat pada tuhan
jadi apakah yang perlu kita buat jika kita terserempak senang jer kerjakan mereka jangan bagi peluang
berbalik kepada petua untuk menghajar mereka jin jin yang tak cukup ajar dan tak makan ajar ni bukan per saya pakai bahasa ni kot mereka dah makan ajar tentu mereka peluk islam dan taat dan tak kacau orang sebaliknya mereka akan kacau orang yang tak taat pada perintah tuhan seperti jin islam yang suka mengangkat orang kat masjid ketika orang tidur bukan sebab per mereka menyampah tengok orang tu patutnya waktu malam bangunlah bertahjud tapi depa dok tido jin islam ni marah mereka angkat lah orang tu supaya menjadi pengajaran pada mereka yang tak solat tahajud saya tau kisah ni sebab moyang saya ada yang telah bersahabat dengan jin islam jika dia tak bangun subuh alamatlah sedar sedar bukan kat katil tapi tengah berenang kat sungai
hehehehe dah lari topik lak nanti saya sambung balik petua nak kasi ajar jin tak makan ajar ni................. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by TipinTakTipu at 12-9-2008 09:59 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Misteri nusantara betul. Nah aku menggooglekan.. harap betul la satelite view ni..
Gambar lama ke apa, nampak macam rumah biasa je.
ni map taun bila nih macam taun 2000/2001 dulu je, pastu nampak semua rumah macam x de orang duduk je, kat area belakang umah yg banyak pokok2 tu bukan bukit tapi sebaliknya lurah..
sekarang ni lurah tu dah kene tambak jadi perumahan taman arowana impian yg bersambung dengan kg kayu ara, mambau.. (tempat nabil raja lawak tu) bukan promote ekk, sajo yo den nak koba an kek korang sumo..
rumah yg ko google kan tu betul x-rumah sewa aku dulu nampak x rumah tu halamannya luas, masa nak kemas tu dulu punya le susah nak kemas, sampai 5 jam lebih la.. tp duk x sampai seminggu pon..
last pegi tahun 2006 masa gath waktu malam, dah ada markas tokong besar kat situ siap ada lampu warna warni lagi macam kedai tomyam.. ada yg kate tokong cina, ade lak kate tokong siam, tapi yg pasti mmng tokong la taun 2006 tu dulu..
[ Last edited by princebrunei at 13-9-2008 06:57 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
pasal family cina yang langsir, baju dan peti ais rumah terbakar tiba-tiba tu, aku memang pernah baca, tapi di majalah mana aku dah lupa. Family tu memang ada panggil sami--and sami tu kata memang ada tiga orang budak yang duduk di situ dan mereka lah yang bakar semua barang2 tu untuk suka2. pendek kata dia bakar sebab main2. And sami tu kata dorang memang dah ada di situ sangat lama. Aku ada majalah ni di kampung rasanya, nanti aku cari majalah tu. Dalam kes ko ni pulak, aku rasa dorang kepanasan sebab bacaan Yassin tu, sebab tu dorang dendam sangat dan kacau korang habis-habisan malam tu.
And kalau tak silap aku, benda tu mengikut dorang selepas dorang pindah ke rumah lain. Even kat rumah baru, bebudak tu still mengganggu dorang. Nanti lah raya ni aku carik balik majalah tu.
[ Last edited by Santeira at 13-9-2008 07:27 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
berbalik kepada petua untuk menghajar jin ni sebelum tu saya nak cerita pengalaman saya dengan jin bangsa kurang hajar ni
ketika usia saya 18 tahun saya telah belajar disebuah sekolah oleh kerana sekolah tersebut jauh saya telah menyewa sebuah rumah kampung bukan taknak dok asrama tapi saya tak suka kawalan dalam asrama rasa tak bebas lak rumah tu saya sewa sorang jer sampai makcik yang sewa kan rumah tu tertanya tanya berapa orang yang sewa ni saya cakap saya jerlah makcik yang punya rumah tu tanya tak takut ker saya selamba jer cakap nak takut apa ...........
makcik tu terus terdiam macam ada sesuatu yang tak kena pada air mukanya tapi saya buat tak layan jer sebab janji dapat rumah sewa tak yah ulang alik balik rumah lecehlah naik bas letih dah satu hal masa pun banyak habis atas jalan jer
mulanya saya tak perasan dengan keganjilan rumah tu cuma bila dah sebulan saya menetap baru perasan setiap malam ada bunyi orang menyapu di tepi rumah dan bawah rumah menggunakan penyapu lidi kelapa tu sebab bunyi sapuan agak kuat
bila dah perasan saya pun turunlah kebawah rumah untuk mengetahui sapa lak jam 1 pagi menyapuni takdelak org menyapu dan bunyi tu berenti suspen saya pun naik kerumah tutup lampu ingat nak tido tapi ada bunyi lagi meremang bulu roma saya di buatnya
saya buka lampu dan turun lagi tapi kali ni saya telah turun dengan keris pusaka arwah ayah saya ...........
saya pun bertempiak dan bercakap
aku tak tau kau jenis apa dan apa agama kau dan apa jantina kau cuma aku tau kau ni memang makhluk durjana aku cabar kau keluar kalau kau betul betul betul berani kalau kau menyerupai perempuan cantik aku akan rogol kau tapi kot kau nyerupai yang hodoh aku akan rodok kau dengan keris ni
dekat sejam saya tunggu tapi tiada menjelma pun hantu tu dan bunyi orang menyapu pun takder nasib baik rumah tu jauh dari rumah orang kot tak mesti orang ingat saya orang gila
bila gangguan telah tiada saya pun naik dan menutup lampu tapi apa yang menghairankan bunyi tu ada lagi saya cuba pastikan balik adakah itu bunyi angin yang meniup pokok tapi takderlak polkok yagn bergoyang musykil bunyi tetap ada
oleh kerana saya terlalu mengantuk tapi nak tido lak takleh sebab diganggu bunyi tu saya buka pintu sekali lagi dan saya cakap sorang sorang
tok kot nak menyapu janganlah nyapu luar rumah tapi nyapu lah dalam rumah ni anak cucu pun memang malas menyapu meh meh naiklah rumah jemputlah jangan malu jangan segan meh lah menyapu rumah cucuni
lepastu saya matikan lampu sebelum saya terlelap saya mendengar dalam rumah saya ada orang menyapu lebih menakutkan ditepi katil saya dia menyapu di dalam gelap saya pun membaca surah al fatihah surah al ikhlas surah falaq dan surah nas dan ayatul qursi lantas saya hembuskan ditapak tangan dan menyapu keseluruh tubuh saya dan saya tertidur dalam separuh jaga saya masih mendengar hantu tu terus menyapu
pedulik lah situ alhamdulillah semenjak tu tak pernah lagi saya diganggu saya cuba bertanya jiran yang berhampiran apa yg wujud pada rumah tu saya menceritakan kisah saya tu mereka mengatakan sebelum saya menyewa disitu ada sekumpulan pelajar lelaki menyewa disitu tapi 1 malam jer tahan pagi esok mereka semua cabut kerana tak tahan kena ganggu sampai mengikut cerita keempat empat budak tu berpelukan satu sama lain kerana amat takut sampai kepagi
entah apa yang mereka nampak tak pulak mereka cerita
mengikut cerita jiran tersebut saya ni kira berani tinggal tempat tu sorang sorang jer
nak tergelak saya dipuji mcm tu sebab kalau lah taqdir tuhan malam tu hantu tu menjelma jadi perempuan cantik bukan saya rogol dia tapi mungkin saya akan kaku sampai pagi sebab dah tak mampu nak lari sebab terlau takut
sebab ketika saya cabar hantu tu saya rasa segala bulu di seluruh tubuh saya meremang semacam cuma buat buat berani jer cabar hantu yang tak dapat saya lihat tu hehheehhehehe
tapi mungkin malam tu saya cuma menang gertak jer dengan hantu tu sampai dia tak berani menjelma |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by princebrunei at 11-9-2008 08:30 AM ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
pernah dengar kes ni terjadi kat rumah banglo seksyen 2 dan rumah teres 2 tingkat kat seksyen 7, tp x tau la aku cerita ni betul ke x kan.. almaklumlah ni semua dengar dari cerita2 mulut ke m ...
yang aku tau kat Seksyen 2 Shah Alam, siap aku pegi tengok. Lalang2 dah tingi berdiri and rumah tu memang seram. Sewanya cuma RM 50. Pernah ada kes budak2 lelaki teruja dengan sewanya yang murah dan cuba duduk di situ. Tiga hari lepas tu dorang cabut, sebab nampak makcik tua berdiri atas almari dan macam2 gangguan lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes2 api misteri yang pernah direkodkan:-
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0128/Kosmo/Negara/ne_01.4.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Mana mod? Aku rasa tuan tanah deserve credit barang seratus atau dua ratus ketul. ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya berbalik kepada cerita prince brunai katakanlah ketika dia nampak hantu tu kemudian dia ucapkan bismillahi allah huakbar yang bermaksud dengan nama allah sesungguhnya allah lah yang maha besar kemudian dia tikam hantu tu insyaallah malam kemudiannya hantu budak cina tu takkan cakap cina lagi dah tapi mungkin mereka hanya akan bunyi nangis jer kerana kesakitan tikaman tu tapi jangan tikam banyak kali sekali jer lepas tikam cakap dengan mereka bukan aku tikam kau tapi pisau ni yang tikam kau kot kau nak marah jangan marah pada aku tapi marah pada pisau ni
ini adalah petua sebenarnya hantu ni memang bodoh senang ditipu seperti kisah nabi allah sulaiman yang duduk diatas kerusi kemudian wafat tapii malangnya para jin ini tidak tau nabi allah sulaiman telah wafat mereka tetap tekun menyiapkan kerja yagn telah diarahkan oleh nabi allah sulaiman mereka hanya tau selepas tongkat nabi allah sulaiman dimakan anai anai dan baginda telah rebah senang cakap dalam keadaan wafat pun nabi allah sulaiman dapat menipu mereka kerana kebodohan mereka
memang saya tak nafikan jin dijadikan dari api bagaimana besi yang tajam boleh beri kesan pada mereka memang benar api tidak boleh diputuskan kerana api ni macam angin tapi kita jangan lupa keadaan api yang telah bersatu dengan besi atau kayu bila kita kerat besi atau kayu api tersebut pun terkerat sama
begitu juga halnya dengan jin ni sebenarnya tuhan telah jadikan hijab antara kita dengan jin mereka tidak boleh menghampiri kita dan begitu juga sebaliknya namun adakalanya mereka telah meminta izin dari tuhan untuk menjelma dan menganiayai manusia tapi walau pun mereka boleh menjelma tapi mereka ada kelemahan iaitu mereka akan terpengaruh dengan benda yang wujud di bumi seperti besi yang tajam sebab tu ada petua yang menggunakan benda tajam untuk menakutkan makhluk halus
jadi persoalannya mengapakah kita tidak mahu meminta pertolongan dari allah untuk menangani mereka sedang mereka pun meminta izin dari allah untuk menganiayai kita tentang kita menikam tu hanya usaha jer lengkapkan lah dengan doa dan tawakal kepada allah melalui ayat ayat quran dan nama nama allah yang maha mulia
namun jika tidak memberi mudarat besi tajam kemungkinan besar hantu tu bukan berada di hadapan kita tapi sebaliknya dadalam diri kita mereka telah merasuk kita dan menguasai saraf kita dan menggambarkan bendan benda yang hodoh di fikiran kita
dalam situasi inii bacalah ayat kursi dengan tartil selepas habis baca kita tarik nafas mohon kepada allah supaya hikmah ayat kursi itu bersatu dengan tubuh kita sebagaimana bersatunya udara dengan tubuh selalunya akan berlaku satu keadaan selepas kita buat benda tu badan kita akan merasa hangat danbulu roma kita akan meremang semacam |
|
|
|
|
|
|
|
untuk lebihmendekatkan kefahaman bagaimana besi tajam boleh menjadi mudarat kepada jin kita tentu pernah dengar salah sorang nabi dari rasul yang 25 pernah menikam mata iblis dengan jarum dan telah mengakibatkan iblis buta sebelah matanya dan ketika iblis menghadap nabi muhammad sebelah matanya adalah dalam keadaan buta kerana tikaman jarum oleh nabi tersebut nama nabi tu saya terlupa tapi kisahnya saya masih ingat lagi lah
jadi kesimpulannya jika iblis ketua jin derhaka boleh cedera dengan besi yang tajam apalagi jin jin yang bawah dia sendiri kita fikirkan dengan izin tuhan insyaallah akan mencederakan mereka semuanya dengan izin tuhan jua
tapi perlu diingat bukan semua jin ni makan gertak atau kita boleh halau dia dengan telanjang kan diri kita senang cakap bukan semua jin boleh diuruskan dengan cara yang samamasing masing ada pantang larang masing masing |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #378 nazim5123's post
Beb, apa kata ko bukak thread lain untuk semua post2 ko ni? |
|
|
|
|
|
|
|
menyentuh cara menelanjangi diri untuk menakutkan jin saya teringat satu kisah dikampung saya yang telah diceritakan oleh orang orang tua
ketika kejadian tu kamppung saya baru dibuka iaitu sekitar tahun1918 kebanyakan kawasan masih lagi hutan tebal
ada seorang pakcik yagn bergelar ........orang nya dah meninggal pun jadi untuk tidak mengaibkan beliau kita letak sahajalah nama nya wak saman wak saman ni adalah seorang kaki ngeteh atau kaki kedai kopi yang tahap dahsyat tiap hari mesti pergi kedai kopi sehari kadang kadang sampai dua tiga kali pergi kedai kopi
pada hari tersebut waksaman telah mengadakan kenduri kahwin anak perempuannya pada malamnya selepas habis kenduri kawin anak perempuannya ke tagihan ingin minum kopi pak mat telah menguasai dirinya beliau pun pergi meninggalkan rumahnya walaupun telah dilarang oleh isteri dan beerapa saudaranya maklumlah kenduri baru lepas petang tadi tentu ramai lagi saudara mara yang berkumpul yetak
tapi kaki kedai kopi tetap kaki kedai kopi ngeteh tetap ngeteh beliau tidak menghiuraukan nasihat isterinya terus pergi juga sampai di kedai kopi beliau telah bersembang sehingga larut malam dan tidak disedari sudah melepasi waktu tengah malam
ketika hendak balik pak mat tuan punya kedai kopi telah menasihati wak saman supaya jangan balik kerana hari telah larut malam tapiwaksaman tetap berdegil walau pun ditakutkan oleh pakmat bahawa salah satu kawasan yang akan dilalui oleh waksaman adalah tempat yang agak keras namun semua itu tidak langsung dihiraukan oleh waksaman
malah dengan selambanya wak saman menyatakan jika beliau jumpa hantu kat tengah jalan nanti aku selak kain aku semua hantu akan lari lintang pukang kerana tak larat melihat apa yagn ada dalam kaiin aku hal ini membuatkan pak mat tak mampu berkata apa apa dengan sikap ego wak saman
wak saman pun balik ditengah perjalanan sampai kesatu pohon nipah wak saman kehairanankerana secara tiba tiba pohon nipah tersebut bergoncang dengan kuatnya seperti ditiup angin tapi yang lebih menghairankan pohon disekitar tetap tenang berdiri menunjukkan tiada angin yang bertiup
wak saman pun berkata kepada pokok nipah yang sedang bergoyang tersebut
hoi hantu kau tak payahlah menakutkan aku sebab aku takkan takut dengan kau kalau kau degil aku akan selak kain aku biar kau rasa mungkin kau nak sangt tengok k******* aku kot
tetapi apa yang lebih menghairankan goncangan pokok tersebut makin kuat dalam kecerahan bulan mengambang wak saman terlihat satu tangan yang amat mengerikan dan berbulu panjang dengan selambanya wak saman pun menyelak kainnya apa yang lebih mengejutkan k******* wak saman telah diraba oleh tangan tersebut
bukan kepalang takutnya waksaman beliau lari sambil menjerit jerit ketakutan dan dalam keadaan tidak sedar diri akibat ketakutan yang amat sangat terus membuang kain yang diselaknya dan sepanjang ia brlari dirasa k******* nya trus diraba tanpa henti oleh tangan misteri tersebut
sampai dirumah beliau terus melanggar dinding rumahnya yang tersusun dari atap nipah langsung terduduk didalam gelap keletihan kerana kehabisan nafas akibat berlari terlalu laju dan ketakutan
mendengar jeritan wak saman semua saudara mara menuju kearah beliau dan menumpukan seluruh lampu gasolin lampu pelita lampu karbaid lampu minyak tanah kearah beliau pendek kata semua lampu yang ada dihalakan kearah beliau
bukan kepalang terkejutnya mereka melihat wak saman yang bermuka pucat ketakutan terduduk tanpa kain sarung sehingga ada separuh saudara perempuan nya menjerit kerana malu manakala isteri nya kelamkabut mencari kain untuk menutup tubuh wak saman di bahagian bawah
cerita ini adalah cerita benar namun telah diolah sesedap rasa oleh saya dan nama watak telah diubah untuk menjaga aib
kesimpulannya bukan satu cara itu sesuai untuk semua hantu dan cara yang kita gunakan adalah bertujuan sebagai usaha dan ikhtiar dan hanya sebagai sebab sahaja selanjutnya perlulah kita sertai dengan doa dan tawakal |
|
|
|
|
|
|
| |
|