CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U)

   Close [Copy link]
Post time 14-4-2010 02:12 PM | Show all posts
next..........next.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2010 02:17 PM | Show all posts
nak n3 lagi...dan lagi...dan lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 03:08 PM | Show all posts
ok kak smiley....next ! next !
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 03:34 PM | Show all posts
nak lagii....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 03:50 PM | Show all posts
ish..takde lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 07:15 PM | Show all posts
belum ada n3 lagi smiley....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2010 07:56 PM | Show all posts
juna..
nk lagi.. nti sambng panjg2 ye.. den tunggu hang malam ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 09:31 PM | Show all posts
kak...nanti sesenang sambung panjang2 ek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2010 10:45 PM | Show all posts
takde lagi ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 12:43 AM | Show all posts
Najlah memandang sekitar Lemon Garden Shangri La yang mula di penuhi tetamu. Sengaja dia datang awal supaya dapat meja yang strategic. Tidak terlalu dekat dengan meja buffet supaya tidak di ganggu oleh orang ramai yang lalu lalang. Matanya merayap ke arah pintu masuk. Buat kesekian kali dia menjeling jam tangan Omega Constellation pemberian ibubapanya. Mana lah Tasha ni? Takkan mungkir janji. Dia mula di pagut risau.

Beberapa minit kemudian Najlah mengorak senyum. Tasha melangkah masuk dengan lenggak lenggoknya. Baju merah paras lutut dan rambut cokelat  kerinting paras pinggang membuat ramai mata tertoleh. Wah, mesti Datuk Bustami gembira. Aaaa – haiiiiiii!

“ Thanks Tasha. I owe you one”

Tasha menarik tempat duduk bertentangan dengan Najlah. “ Tahu pun. Nasib baik kau pilih tempat ni. Aku memang teringin nak makan oysters. Siapa klien yang nak datang?”

“ Datuk Bustami dari Bukhary Group. Yang aku jumpa di Kuantan. Dia mesti suka kat kau. Tambah lagi kau pakai baju merah menyala. Nampak macam  Latina.” Puji Najlah. Sejak di sekolah Tasha pandai bergaya dan berani mencuba trend terbaru.

“ Handsome tak Datuk tu? ” Tasha menguis rambut di dahinya. Cermin kecil di capai dari beg tangan dan dia mula menambah Lipglass MAC.

“Well, dia charismatic. Nak kata handsome, tak juga. Tapi mungkin juga dia handsome di mata kau. Dia ada iras seorang artis. ”  Muka Najlah serius.

“ Kau biar betul. Artis mana ? Remy Ishak? Hans Isaac? Rosyam Noor?”

“ Bukan…bukan.  Penyanyi, bukan pelakon”

“ Anuar Zain? “ Tasha teruja.

Najlah mengerut dahi.” Er.. tak. Dia lagi matured. Macam ….”

“ M Nasir?”  Tawa Najlah hampir terburai. Macam langit dengan bumi.

“ Kau tengok sajalah nanti. Kejap lagi dia mesti sampai. Sabarlah”

“ Kenapa Adham tak ikut kau? Ini klien dia juga kan.”

“ Dia ada dinner kat rumah awek dia Liza. Mana boleh tolak?  Terpaksalah aku heret kau”

Muka Tasha berkerut” Tak percayalah. Bila pula Adham ada serious relationship?”

“ Entahlah, aku bukan ambil tahu sangat pasal personal life dia. Yang aku tahu Liza tu dulu sama kolej dengan dia dan sama kampung. Tapi kau janganlah putus asa. You still have a chance”

“ Bukannya aku betul betul suka Adham pun. Aku cuma suka tengok muka dia yang cute.  Setakat nak hilangkan boring masa kerja. Tapi  Naj, lately ni aku rasa dia dah tangkap syok kat engkau. Kalau kau single, mesti dia cuba tackle”

“ Citt! You must be kidding. Dia dengan aku kawan baik saja. Aku suka Adham. Itu memang aku tak nafikan. Tapi tak ada feeling feeling“ Dalam hatinya Najlah akui, Adham ada tarikan tersendiri. Bila bersama Adham dia sering mengingati diri yang dia sudah berpunya. Yang pasti Adham ada sense of humour, dan lebih banyak persamaan dengan dirinya berbanding Iskandar. Mungkin Adham soulmate aku tapi bukan jodoh ku.

“ Mungkin kau tak ada  tapi dia…” Tasha membiarkan ayatnya tergantung. Seringkali dia melihat Adham merenung Najlah tanpa di sedari. Kalau Adham lalu depan kubikel Najlah, pasti dia memperlahankan langkah walaupun Najlah tiada di situ. Ambil bau pun cukuplah, kalau dah angau.  Mungkin Najlah tak perasan atau sengaja tak nak ambil tahu. Ya lah… Najlah jenis setia pada yang satu. Dia membutakan mata dan hati pada lelaki lain sejak Iskandar melamarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 12:51 AM | Show all posts
“ Ha .. itu dia Datuk Bustami dah sampai.” Najlah mencuit Tasha. Mulut Tasha ternganga.Datuk Bustami tersenyum lebar melihat dua gadis cantik. Seorang sopan dan manis bertudung , yang seorang lagi wild and sexy.  Satu malam yang indah menantinya.

“ Sorry I lambat. Traffic jam. “ Alasan di beri. Padahal warden kat rumah bertanya seribu satu soalan. Susahnya nak lepaskan diri. Tapi memang berbaloi.

Najlah memperkenalkan Datuk Bustami pada Tasha yang menjeling geram sebaik Datuk Bustami berpaling. Macam artis konon.  Jaga kau Naj.

“ Kita order dulu,  Datuk. You prefer ala carte or buffet? “ tanya Najlah. Minta minta lah dia pilih buffet. Tak payah nak mengadap muka gatal dia sepanjang malam. Boleh aku main aci lut. Bila dia duduk, aku pergi ambil makanan.

“ Buffet is fine. By the way, jangan lah panggil I Datuk. Terlalu formal. Call me B atau BB”

“ Kenapa nak panggil you Bibik?” tanya Tasha dengan muka selamba

“ Bukan bibik tapi  BB. My intials. Bustami Basiron”

“ Ok BB” kata Najlah. Perkara kecil, janji dapat kontrak.

Sambil berulang alik ke meja bufet , Datuk Bustami rancak bercerita. Bermacam macam topic jadi bualan dari percutian di luar negara, kereta mewahnya, artis yang pernah di ajak keluar.  Najlah dan Tasha jadi pendengar setia. Kelakar juga BB walaupun matanya asyik meliar ke tubuh Tasha.

“ Datu… eh, BB. Macam mana dengan projek di Kuantan tu. Bila nak bagi surat tawaran pada Karyabina? Saya dengan Adham dah tak sabar nak mula buat drawings.” Najlah mencelah sebelum Datuk B menyambung cerita tentang artis baru yang cuba menggodanya. Entah betul, entah cuma khayalan. Macam tak masuk akal saja ceritanya.

“ Najlah,  I tak nak cakap pasal business malam ni. Kita dah penat cakap pasal kerja di ofis. Tonight I want to enjoy the company of  you two beautiful ladies.” Datuk Bustami senyum gatal dan mengenyit mata. “ Nah, makan lah lagi oysters. You tahu kan what oysters are good for”

Apalah  Datuk ni. Buang masa aku, buang duit syarikat. Mesti Adham dan Datuk Badri marah kalau aku tak berjaya pujuk Datuk BB untuk beri Letter of Award. Najlah merungut sendiran.

“ Ladies, jom kita ke lounge, dengar muzik” ajak Datuk Bustami selepas mereka selesai menjamu selera. Pinggan pinggan di meja sudah di angkat. Cuma tiga cawan kopi yang tinggal.

Jam sudah menunjukkan pukul 10.30. Tasha dan Najlah brebalas pandang. Besok hari kerja. Datuk ni tak faham ke bila orang asyik pandang jam. Atau sengaja buat tak faham.

“ You tak kerja besok?” tanya Tasha. Harap orang tua ini fahamlah maksud tersirat

“ I boleh masuk kerja bila bila. Flexible time. I’m the boss” Datuk Bustami mendabik dada.

“ Tak macam kita. Datuk Badri pentingkan disiplin di Karyabina. Dia sendiri selalu datang awal” tambah Najlah.

“ Wife you tak marahkah kalau balik lewat?” tanya Tasha. Straight to the point. Malas nak berkias. Kalau di layan, sampai Subuh pun tak habis lagi cerita  Hikayat Bustami Basiron Berangan yang boleh di jadikan filem komedi box office.

Senyuman Datuk Bustami hilang. Tiba tiba teringat warden di rumah. Mahunya tak berasap kalau dia tahu aku bercanda ria dengan dua gadis muda yang cantik manis. Silap silap pintu kena mangga, aku kena tidur dalam kereta. Baik toksah cari pasal dengan Datin Suria, queen control ternama di KL.

“ Okay girls. I have to make a move. I pun dah rasa penat. Tapi lain kali kita keluar lagi ya. I belanja pula. I really enjoyed your company Tasha , Najlah.” Kata Datuk Bustami  sebelum berpisah.

Selesai membayar bil, Najlah menutup mulut menahan kuap. Tiba tiba Tasha merentap tangannya.

“ Naj… tengok belah kiri. Bukan itu Iskandar kah?”  Najlah menoleh serta merta. Betul kata Tasha. Iskandar menunggu lif yang naik ke bilik. Apa dia buat di sini lewat malam begini?

“ Kau tak nak pergi tegur dia?” Najlah mendiamkan diri. Hati seorang perempuan dapat menebak sesuatu yang tak kena.

“ Biar aku ikut dia. Kau tunggu aku di sini.” Tasha terus bangun sebelum Najlah sempat menahannya. Hailaa… nak jadi detektif pula kawan aku ni. Najlah menggigit bibir. Takkan Is ada perempuan lain? Dadanya terasa sempit. Tak baik bersyak wasangka Naj, dia menegur diri sendiri. Mungkin ada klien yang inginkan privasi dan sebagai peguam Iskandar kena ikut kehendak pelanggannya. Atau aku sengaja nak menyedapkan hati sendiri? Tak nak terima hakikat yang Iskandar ada skandal.

“ Tak payahlah Tasha. Buat malu saja kalau dia nampak kita mengendap dia.  Aku pun dah mengantuk. Jomlah kita balik. " Tasha mencebik. Bodoh betul  Najlah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 01:26 AM | Show all posts
alah.. asal naj nie tak pegi tgk jer.. huhu.. bair dia tahu skit saper si nasi kandar tu..:@
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 06:53 AM | Show all posts
ishh.. naj ni.. kalau myuu la, myuu ikut  si is tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 06:56 AM | Show all posts
sambung lagi smiley......

apa la mamat iskang ni nak buat !
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 07:33 AM | Show all posts
morning...

juna nk lagi.. tak sabar dah nk tgk reaksi is bile rahsia  dia terbongkar..mesti gelabah gle..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 08:35 AM | Show all posts
akak smiley...
smbung la skit lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2010 09:50 AM | Show all posts
lorr nape si najlah tu tak g ikut si iskandar tu?????
rugi betullah
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 10:05 AM | Show all posts
ciput ar arjun....... apsal naj taknak jdi nancy drew cam ijah....... go..go...go.. naj..... sebelum ko nikah..... baik ko tengok si iskandar tu buat apa mlm2 kat hotel niii......cepat arrrr
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 10:12 AM | Show all posts
Aduh Najjah ni.... gi lah siasat...
Lelaki ni, tak leh percaya 100%... mesti ada 1% utk kita sangsi... dan hati-hati...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 10:19 AM | Show all posts
smiley, Yuhuuuuuuuuuu.......meh sini, come darling come.....sambung citer ni

semua nak tahu apa terjadi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.822485 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list