Lihatlah langit di malam ini
Perhatikan bintang-bintang
Cubalah renungi diriku di sana
Kau pasti menemui wajahku di situ
Terkenang daku,syair lagu dari mu
Mengalun lembut,terlalu syahdu di telinga ku
Namun kenapa seiring berlalunya masa
Baru ku sedar kau bukan milik ku sayang.
Janji mu amatlah indah……
Senjatamu adalah lidah
Yang mencincang kepercayaan ku
berbekal segala janji manis mu
Pernah terlintas untuk ku kembali
Namun…………
Teringat derita hati yang kau hadiahkan
Hingga terlalu sukar untuk ku bayangkan
Lalu ku putuskan, hadirmu hanyalah kenangan.......
|