|
Ikan Bakar Portugis
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - kelar
5 helai daun limau purut - hiris halus
3 sb minyak bawang putih
1 sk penuh garam
1 sb penuh gula
Aluminium foil/daun pisang
Bahan kisar:
3 sb cili kering kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 hiris lengkuas
Cara cara:
Untuk Minyak Bawang Putih - Ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk dengan kulit kulitnya. Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan. |
|
|
|
|
|
|
|
GULAI KUNING IKAN AYE/TONGKOL
Sumber; @by_azahzara
Masak by; @thesisterscookingproject
Hidangan; 4orang
.
1/2ekor Ikan Aye/Tongkol
.
*ikan tongkol rebus dulu dengan asam keping. Tapi sistur short cut je. Tak rebus
.
1bj Bawang Merah
2ulas Bawang Putih
1in Lengkuas
4kpg Cili Kering
.
Kisar semua bahan di atas dan masukkan ke dalam periuk
.
2kpg Asam Keping
1sk Serbuk Kunyit
1/2cawan Air
.
Masukkan bahan di atas dan masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan aye/tongkol dan biarkan sehingga ikan masak. (ikan tak hancur sebab dah masukkan asam keping awal2)
.
1/2cawan Santan
Garam
Gula/perasa
Cili Api
.
Masukkan santan, garam, gula/perasa dan cili api. Masak sehingga mendidih. Sesuaikan rasa. Siap |
|
|
|
|
|
|
|
Resepi BBQ Ayam
===============
Ayam sekor
Bahan blend
Bawang merah sebiji
10ulas bawang putih
2"halia
Ketumbar sedikit
Jintan manis sedikit
Serai sebatang
Bahan B
Sos tiram
Serbuk kunyit
Serbuk kari
Serbuk cili(optional..nak guna blh x nak pun blh)
Garam secukup rasa
Serbuk pasti atau maggi
Ayam dibasuh dan ditos dahulu,kemudian masukkan semua bahan blend dan bahan B gaul rata dan masukkan kedlm bekas bertutup..perap semalaman....sedia digoreng atau dibakar...mmg marveles..sedap dan mantap...selamat mencuba
Credit : Ana Azura |
|
|
|
|
|
|
|
Resepi Ikan Bakar
Bahan-bahan:
* Ikan bawal
* Daun pisang
* 1 inci lengkuas
* 1 inci halia
* 2 batang serai
* 3-4 ulas bawang putih
* Serbuk kunyit
* 1 labu kecil bawang besar atau bawang merah
* 2 senduk cili kering kisar
* Lada hitam – optional
* Belacan – optional
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan hingga sebati – kecuali ikan dan daun pisang.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
3. Masukkan garam gula dan perasa secukupnya. Masak hingga garing dan ketepikan.
4. Letakkan ikan di atas daun pisang.
5. Lumurkan pes pada ikan dan balut ikan.
6. Panaskan kuali leper atau non-stick.
7. Bakar sebelah bahagian dahulu, kemudian terbalikkan. Bakar hingga masak.
8. Kemudian boleh hias mengikut kesukaan.
Kredit: Mohd Faisel Ab Halim |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mamanoni at 19-11-2024 12:57 PM
Kek Paun Oren
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram mentega (salted pure butter), dicairkan dan biar sejuk
6 biji telur gred A
150 gram gula pasir
320 gram tepung gandum*
1 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
2 biji buah oren
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada subu 170C, sapu acuan bundt pan berkapasikit 10 cawan, dengan mentega dan tabur dengan tepung rata2 pada bahagian dalam acuan, ketuk keluar lebiha tepung (atau boleh guna 2 acuan berukuran (8x4x3) inci, sapu dengan mentega rata2 dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Dan tak perlu ditabur tepung. Ketepikan.
- Putar telur dan gula pasir hingga kembang dan kental, guna kelajuan tinggi. Sementara buah oren dicuci bersih dan lap hingga kering. Parut kulit oren, pastikan ambik bahagian kuning sahaja. Kemudian perah jusnya. Ketepikan.
- Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis. Putar sebati.
- Kemudian masukkan parutan kulit oren dan jus oren. Putar perlahan sehingga semuanya bercampur rata. Akhir sekali masukkan mentega cari, kacau hingga semua rata dan pastikan mentega cair bersatu dengan adunan kek.
- Tuang ke dalam acuan/tin yang telah disediakan tadi. Hentak2kan sedikit acuab/tin untuk membuang gelembung udara. Bakar 45 minit atau hingga masak (bila dicucuk lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak). Kelurkan kek dari acuan/tin dan biarkan sejuk atas jaringan. Boleh potong dan hidangkan, selamat mencuba!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sambal Paru
BAHAN-BAHANNYA :-)
600+ gm paru lembut (kurang lebih), potong 3 bahagian dan cuci bersih
1/2 inci halia, hiris*
3 ulas bawang putih, diketuk*
2 helai daun limau purut*
1 camca teh ketumbar biji*
1 biji bawang holland, dibelah 6 dan leraikan
2 helai daun limau purut
1 camca teh pes asam jawa
1/2 cawan cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1/2 cawan air panas
BAHAN-BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
4 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris nipis
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
CARA MEMBUATNYA :-)
- Rebus paru dengan kesemua bahan2 bertanda (*), rebus hingga paru lembut, tos dan biar paru sejuk. Hiris sederhana tebal, kendian gaul dengan 1/2 camca teh garam dan 1 camca teh serbuk kunyit, Gaul rata dan goreng hingga sedikit garing. Angkat dan toskan.
- Dalam kuali yang sama, keluarkan lebihan minya dan tinggalkan dalam anggaran 1/3 cawan. Tumis bahan2 tumbuk lumat hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing. Tambah sos cili dan pes asam jawa, kacau rata dan masak hingga naik minyak, guna api sederhana dan kacau sentiasa.
- Masukkan air dan daun limau purut, kacau rata dan masak hingga pekat. Tambah gula melaka kacau. Masukkan paru, gaul rata dan perasakan dengan garam secukupnya. Akhir sekali tambah bawang holland, kacau dan masak sekejap. Sesuaikan rasa, dan jika ok boleh matikan api, Boleh hidangkan. Selamat mencuba!..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Telur Masin
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping ada ayam tanpa tulang (lebih kurang sebesar tapak tangan orang dewasa, setiap sekeping)
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 biji telur saiz kecil
3/4 cawan tepung beras
1/4 cawan susu sejat
2 camca besar penuh serbuk telur masin Adabi
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 - 5 biji cili api, hiris
3 tangkai daun kari
1 camca besar penuh mentega (nak sedap, guna pure butter, kalau takde, buttercup pun ok)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Isi ayam dipotong kurang lebih saiz ibu jari, cuci bersih dan toskan. Gaul dengan garam dan serbuk lada sulah, perap 20 minit. Masukkan telur dan gaul rata, tambah terpung beras, gaul hingga semua potongan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya. Pastikan goreng satu2 agar isi ayam tidak melekat antara satu sama lain..
- Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 2 camca besar. Masukkan mentega dan bila mentega cair, masukkan daun kari dan cili padi, masak dengan api kecil hingga wangi, tambah bawang putih cincang dan masak sekejap.
- Masukkan susu cair, kacau rata dan tambah serbuk telur masin. Kacau hingga sebati, pastikan api kecil. Bila berbuih, boleh masukkan ayam tadi dan gaul hingga rata. Matikan api dan hidangkan segera. Makan macam tu pun sedapp!..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kurma Ayam Merah
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam. kurang lebih 1.2 kg, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
2 biji kentang saiz besar, dikupas dan potong 4 setiap 1 dan direndam
4 - 5 biji telur, direbus, kupas dan goreng sekejap hingga 'berkulit'
1 biji bawang holland, dibelah 4
2 biji cili hijau, dibelah 2 tapi tak putus setiap 1
2 biji cili merah, dibelah 2 tapi tak putus setiap 1
1/2 cawan santan sederhana pekat (boleh guna susu sejat)
1 camca besar penuh hirisan gula melaka
1 camca besar penuh cili kisar
2 camca besar sos tomato maggi
3 camca besar rempah kurma (boleh guna jenama adabi, babas dan sebagainya)
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya
1 camca besar penuh minyak sapi
Minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras, dihiris
2 batang serai, dihiris
2 biji tomato yang masak ranum
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*rempah 4 sekawan)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan 1/3 cawan minyak dan masukkan minyak sapi. Bila minyak sapi cair, tumis rempah 4 sekawan hingga wangi, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan daun pandan. Tumis hingga bawang keperangan, gunakan api sederhana. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing.
- Masukkan bahan2 kisar halus, kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Tambah sos tomato dan juga rempah kurma. Kacau rata dan masukkan sedikit air panas. Masak lagi hingga pecah minyak dan tambah lagi sedikit air panas. Lakukan proses ini sebanyak tiga kali. Masukkan ayam dan kentang (toskan dulu air rendamannya), gaul rata dan masak hingga ayam kecut.
- Tuang air panas secukupnya hingga ayam tenggelam. Masak hingga menggelegak kendian kecilkan api dan biar mendidih perlahan hingga kentang dan ayam empuk. Masukkan santan (atau susu sejat), kacau dan masak hingga kuahnya pekat. Boleh tambah sedikit air panas jika perlu.
- Tambah gula melaka dan perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan telur rebus, bawang holland, cili hijau dan cili merah, kacau perlahan dan masak hingga bawang holland lembut. Akhir sekali masukkan daun ketumbar yang dihiris kasar, kacau perlahan dan sesuaikan rasa, jika ok boleh matikan api dan boleh hidangkan. Selamat mencuba!..
CATATAN MAT GEBU :- Telur tu kalau tak goreng boleh tak? Kalau tak nak goreng pun boleh, tapi kalau digoreng sedikit, kuah masak kurma merah tu elok melekat pada telur, bukan setakat nak masak kurma saja, kalau nak buat sambal tumis pun, telur elok digoreng sedikit, baru lah molek sambal dia melekat, takde lah melurut jatuh bila di kita cedok...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lemak udang sama peria kambas
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 - 6 ekor udanh bersaiz besar
1 biji peris kambas
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis (optional)
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
20 biji cili padi kampung, kalau tak tahan pedas, boleh guna cili merah hidup
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Udang dibersihkan, kerat muncung udang dan buang kotoran dikepalanya. Gunting kaki2 kecil udang, cuci dan toskan. Peria kambas dibelah dua, buang bahagian dalamnya. Belah 2 setiap belahan, dan hiris serong sederhana tebal setiap belahan. Rendam dalam air yang dicampur garam.
- Masukkan bahan2 kisar ke dalam periuk, masukkan asam gelugor dan air, anggaran 800 ml. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna. Toskan peria kambas, bilas dan masukkan ke dalam periuk, tambah kiub ikan bilis (jika guna) masak sekejap.
- Tuang santan, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula, jika suka, kacau perlahan. Akhir sekali masukkan daun kunyit, kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih, kacau sentiasa. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi putih dan lauk2 lain. Selamat mencuba!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni my fav
|
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 19-11-2024 01:56 PM
ni my fav
I pun sukerrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
tp xleh mkn hari2, nanti jemu hehe.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 19-11-2024 04:19 PM
tp xleh mkn hari2, nanti jemu hehe.
Iye kan
Jarang2 je beli nim |
|
|
|
|
|
|
|
AYAM MASAK SAMBAL HIJAU
Bahan A
6 ketul ayam
2 batang serai (diketuk)
1 labu bawang besar (hiris kasar)
2 biji limau kasturi
Minyak masak
Serbuk kunyit
Garam secukupnya
Bahan B (bahan kisar)
7 biji cili hijau
7 biji cili api hijau
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara memasak:
1) Gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga masak atau separuh masak.
2) Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga wangi dan pecah minyak. Pastikan bahan kisar ditumis hingga betul- betul masak untuk elakkan rasa maung cili dan sakit perut!
3) Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam. Kacau rata dan tunggu sampai kuah sedikit kering.
4) Masukkan bawang besar dan kacau rata. Kalau pedas sangat bolehlah tambah sedikit gula ya! Bila bawang dah layu, perahkan limau kasturi dan bolehlah padamkan api.
Kredit: bellajamal |
|
|
|
|
|
|
|
Roti Garlic Gardenia Ketagih & Mushroom Soup
Bahan-bahan Mushroom Soup:
300ml air
500ml susu segar
1 kiub ayam
1/2 sudu teh daun parsley
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar mentega
1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang)
Cara-cara:
???? Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam.
???? Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati.
????Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi.
????Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi.
???? Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat.
Bahan-bahan Roti Garlic Gardenia Ketagih
Roti Gardenia
Bawang Putih
Mentega
Secubit garam (tak mau buh takpa)
Daun Parsley
Cara-cara:
???? Tumbuk bawang putih
???? Gaul ke dalam mentega
???? Masukkan garam, daun parsley gaul sehingga sebati
???? Sapu ke atas roti
???? Dan bakar api atas bawah (oven)
Kredit NurSakinah |
|
|
|
|
|
|
|
Melaksa lagi ptg ne..banyk2 jenis ikan akk suka pakai ikan kembung yg fresh2..kuah sedap rasa lemak2 manis isi ikan...sllu shbt semua guna ikan apa.. Ni hakak sertakan resepi sekali
Bahan-bahan untuk kuah
9 ekor ikan kembung yg direbus dengan asam keping.. Nak kuah pekat, cuma lebihkan ikan je. Perisi isi ikan, tulang dan kepala jangan di buang, nanti boleh kisar dan ambil airnya. Dan air rebusan ikan jangan buang.
20 biji cili kering *
sedikit belacan *
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
kisar semua bahan bertanda * bersama isi ikan.
kisar tulang dan kepala ikan bersama air rebusan, jangan lupa tapis selepas dikisar ye. Ohh ye, asam keping yang direbus bersama ikan tadi masukn kedlm kuah tau.
Bahan-bahan tambahan
Laksa(rendam semlman,rebus)
Daun kesom
Bunga kantan
Asam keping
Telor
Langkah-langkah
Rebus je kesemua bahan2 di atas, kalau pekat sangat, tambah je air. Masukkan daun kesom, asam keping dan bunga kantan.
Perasakan dengan gula dan garam hingga secukup rasa tau.
Sayur
timun
salad
Daun selom
Cili padi
bawang merah
(sayur ni di hiris semuanya ye)
Dan jenis2 sayur lain atas selera masing2
Resepi kuah bahan yg simple pn dh sedap..hakak tk suka buh bukan2..biar rasa origenal kuah laksa..
Kredit Resepi : siti mariam |
|
|
|
|
|
|
|
Agar Agar by Jaja Iza
susu cair 1 tin(nk tukar ke santan lg sedap)
agar2 yg 20g tu stengah paket
gula 1 cawan(atau ikut manis camne nk)
air 2 cawan
garam secubit
milo 1 cawan
masak agar2 dgn air 2 cawan,masuk gula n garam,dah larut masuk susu,pastu dh mendidih masukkn milo,kacau sampai licin,tapis,letak dlm bekas n masuk peti 2-3 jam
- kredit resepi jaja iza |
|
|
|
|
|
|
|
Siakap Tiga Rasa.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
=========================
Ikan siakap size sederhana
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Air secukupnya
Tomato - dipotong dadu
Nenas - potong kecil
Timun - potong dadu
Garam, serbuk kunyit dan gula
Tepung beras
Sedikit daun sup - tabur atas ikan
Minyak masak secukupnya
Bahan Hiris:
==========
Cili padi merah
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Cara Masak:
==========
1. Ikan dibersihkan, kelarkan permukaan ikan, cuci dan toskan.
2. Gaulkan ikan bersama campuran tepung beras, serbuk kunyit dan garam. Gorengkan dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas sehingga masak / garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dulu.
3. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hiris sehingga naik bau.
4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan sedikit air. Biarkan mendidih sambil digaul rata.
5. Masukkan nenas, timun dan tomato yang dipotong dadu. Masukkan garam, gula dan gaul rata.
6. Setelah siap dan cukup rata, matikan api dan bolehlah dicurahkan kuah ke atas ikan siakap dan tabur daun sup sebagai hiasan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sup Ikan Merah
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan merah kurang lebih berat 600+ gram
4 kuntum cedawan 'oyster king mushroom' contoh di sini
1 sup bunjut 'sup ikan' adabi
1 pokok daun ketumbar, kerat kasar
1 kiub ikan bilis maggi
1 batang serai, diketuk
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
1 camca besar rempah sup adabi
1 biji limau nipis, perah jusnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
BAHAN-BAHAN TUMIS DARAT :-)
3 biji bawang merah kecik, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
BAHAN SAMPINGAN :-)
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Sambal kicap, jika suka
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan merah disiang, potong kepada beberapa bahagian atau ikut suka, Cuci dan perap denga garam kasar dan jus limau nipis selama 15 minit. Cuci kembali hingga bersih dan toskan. Cendawan dicuci, toskan dan potong kiub besar2 dan ketepikan,
- Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 4 camca besar, Tumis bahan2 tumbuk halus, serai dan masukkan juga sup bunjut 'sup ikan' adabi (dalam bungkusan sup bunjut adabi ni ada 1 sup bunjut, bay leaf, kayu manis dan buah keras. Masukkan kesemuanya sekali). Kacau rata dan masak hingga wangi.
- Masukkan rempah sup, kacau rata dan tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan. Kacau dan biarkan rempah masak dengan api kecik untuk 8 - 10 minit. Tuang air secukupnya, anggaran 1.2 liter, kacau dan biarkan mendidih.
- Masukkan ikan dan juga cendawan. Tambah kiub ikan bilis, lada hitam tumbuk dan kacau perlahan, biarkan mendidih hingga ikan masak. Perasakan dengan garam secukupnya dan masak sekejap. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan jus limau nipis, kacau perlahan dan rasa, jika ok boleh matikan api.
- Sementara itu, panaskan 3 - 4 camca besar minyak dalam kuali dan tumis hirisan bawang merah dan bawang putih (yang ni untuk tumis darat). Masak hingga bawang keperangan, tapi awas jangan sampai hangus pulak. Masukkan bawang tadi dengan minyak2 panasnya sekali ke dalam periuk sup. Tutup periuk dan biarka 10 minit. Sebelum dihidangkan, tabur dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Jika suka boleh dimakan dengan sambal kicap, selamat mencuba!
CATATAN MAT GEBU :- Jus limau nipis tu boleh juga diganti dengan jus limau kasturi. Bagi yang tak suka rasa masam , tak perlu masukkan jus limau nipis. Sedap dimakan sama nasi panas, roti atau dihirup panas2....
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mamanoni at 20-11-2024 12:27 PM
Cucur Bawang Rangup
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1 camca besar tepung beras
3 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh baking powder
2 biji bawang besar, saiz sederhana, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng terendam
Sos atau sambal tumis untuk dimakan bersama cucur
CARA MEMBUATNYA :-)
- Dalam satu bekas, masukkan bawang, daun sup, cili merah, cili hijau dan ikan bilis. Tambah garam secukup rasa (anggaran 1 camca teh) dan baking powder. Gaul rata2. Masukkan telur, gaul lagi dan tambah tepung gandum dan tepung beras. Kacau rata.
- Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan air habis. Rehatkan sekejap. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Kacau adunan tadi, sudukan 1 camca besar penuh dan tuangkan ditepi kuali (tuang biar sebahagiannya jatuh dalam minyak panas. Buat beberapa cucur bawang untuk sekali goreng dan setiap satu kaedahnya sama, dituang tepi kuali.
- Perlahan2, jatuhkan cucur ke dalam minyak panas dan goreng hingga kuning keemasan pada setiap bahagian. Angkat dan toskan, susun secara sendeng pada dulang yang dialas kitchen paper towel. Buat hingga siap dan boleh hidangkan bersama sambal tumis atau sos pilihan anda..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|