Zamarul selesai jalani prosedur angiogram
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2025-02-08_at_5.31.49_PM_1739011938.jpg)
[size=14.399999618530273px]Zamarul selesai menjalani prosedur angiogram dan memasukkan sten di sebuah pusat perubatan di ibu negara, semalam. Foto HM Online
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Pelakon Zamarul Hisham, 53, selesai menjalani prosedur angiogram dan memasukkan sten di sebuah pusat perubatan di sini, semalam. Isterinya, pelakon Diana Rafar, 43, ketika dihubungi berkata, doktor pakar sudah mengesahkan suaminya mengalami sesak nafas ketika penggambaran drama Rabu lalu, akibat serangan jantung. "Alhamdulillah, suami sudah selesai menjalani prosedur angiogram tetapi masih dalam pemantauan rapi doktor. "Insya-Allah, suami dijangka dipindahkan dari ICU (unit rawatan rapi) ke unit dependensi tinggi (HDU) petang nanti," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya keadaan Zamarul pula, Diana bersyukur prosedur angiogram lancar. "Saya juga tidak tahu berapa lama lagi suami akan berada di HDU tapi keadaannya lebih baik kerana dia akan dipindahkan nanti. "Terima kasih atas doa yang tidak pernah putus daripada semua yang mendoakan kesembuhan suami," katanya. Zamarul yang dimasukkan ke ICU, Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan kira-kira jam 2 pagi Rabu lalu akibat sesak nafas, sudah ditukarkan ke sebuah pusat perubatan di sini, semalam. Diana berkata, Zamarul dibawa dengan ambulans dari hospital Port Dickson ke pusat perubatan di sini bagi memudahkan ahli keluarga terdekat menjaganya.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1358997/zamarul-selesai-jalani-prosedur-angiogram
|