Perjalanan ke Rawang mengundang rasa gelisah di hati aku.Kiri kanan jalan hanya terdapat hutan tebal. Ketiadaan lampu jalan menambahkanlagi suasana sunyi dan gelap. Menggelapkan lagi hati aku yang berbelah baginie. Apasal la aku boleh ikut mamat nie malam nie. Rasanya petang tadi akumalas nak ikut dia tapi terikut gak. Huhuhuhuuuu…. Perjalanan malap kami terhenti di depan sebuah rumahteres dua tingkat. Suasana suram dan gelap menyelubungi deretan rumah teres disekitar. Kelihatan Wan berdiri di pintu rumah, melambai kearah kami. Begituceria wajahnya, mungkin kehadiran kami sedikit menggembirakan dia. Agaknye la… Aku melabuhkan punggung keatas sofa empuk mengadap tv.Lega rasanya boleh duduk, ada cerita best la pulak kat tv.. Amin berborak kosongdengan Wan sementara menanti waktu yang sesuai untuk bertindak. Dari dapurmuncul seorang gadis ayu membawa dulang air. Putih kulitnya, senyumannyameleret menambat hati sesiapa yang melihatnya. Keayuan gadis itu menyebabkanaku terlupa namanya. Alamak!!! Apa la nama minah nie?? Lupa pulak aku. Tak apa la,aku namakan dia Ayu je la yerk!! “Nie la maid aku. Ayu nama dia.” Kata Wan sambilmengambil pisang dalam bungkusan plastik. Nie la maid dia rupanya. Lawa lapulak. Dari cerita Wan, Ayu berasal dari Indonesia, baru je berumur 18 tahun.Pergh!!! Awek belasan tahun rupanya. Camne la mamat nie bleh dapat maid lawanie. Ayu yang dari tadi berdiri sambil tersenyum tetiba sahaja berubah. Matanyatajam merenung pisang diatas meja. Dia teringin nak makan kot. Agak aku dalamhati. Ntah macam mana tetiba saja Ayu mengambil pisang diatas meja dan terusberlari anak ke ruang dapur. Aku dan Amin terpaku dengan keadaan tak disangkatu. Wan menepuk dahinya yang sedia licin. Bertambah licin ladahi dia nanti. “ Adoi.. Tak sempat aku bukak lagi plastik tu.” Kata Wan. Aminternyum, Wan menggelengkan kepalanya, aku tak tau nak buat apa…. “Alaa.. Rileks la Wan. Biar je la dia nak ambil pun.Kejap lagi kita tengok la berapa banyak pisang dia boleh makan.” Amin menegukair yang sedia terhidang. Aku menonton cerita kat tv sambil mendengar perbualanmereka. Dari cerita Wan, Ayu dah lama bekerja dengan dia. Sejak dua minggu niedia melihat perangai Ayu yang lain macam. Suka makan pisang satu hal la, solatpun dah makin kurang. “Kat rumah nie Ayu bantu isteri aku. Biasa la, pompuanbawak budak. Time aku kerja ada la jugak orang yang tengokkan. Lagi dua bulannak bersalin. Kalau perangai Ayu tak berubah aku takut ada benda lain pulakyang dibuatnya.” Keluh Wan. “Tak pe. Pisang ada lagi kan??” Tanya Amin. Wan mengangguk.“Jom kita tengok maid kau makan pisang lak.” Aku terus bangun mengekori Amindan Wan. Didapur aku lihat Ayu sedang bersila dilantai sambil pisang seikatditangannya. Sebiji demi sebiji pisang dilahapnya tanpa menghiraukan kehadirankami. Isteri Wan yang dari tadi duduk diatas kerusi menggelengkan kepalanya. “Sedap tak pisang tu??” tetiba Amin bersuara. Ayu yangsedang makan tersenyum sambil mengangguk. “Bagi saya sikit boleh??” Ayu terus mencebik,disoroknya pisang kat belakang dia. Laa…. Macam budak-budak pulak dah. Amin cubamencapai pisang yang disorok tadi. Ayu cuba mengelak, terus dia bangun danberlari ke ruang tamu. Ceh!!! Nak main kejar-kejar apa.. “Ceh.. Dia bawak lari la pulak. Ada pisang lain tak Wan?”Wan mengerutkan dahinya. “Ada… Nasib baik aku beli lebih.” Kata Wan sambil tersengih.Ceh!! Buat suspen pulak dia. Amin terus mengambil pisang dari Wan dan pergi kearah Ayuyang bersimpuh didepan tv. “Boleh saya join makan?? Saya ada pisang lagi sedapnie. Nak cuba tak??” kata Amin seolah-olah memujuk budak kecik. Ayu tersenyum malu-malu.Tangannya mencapai sebiji pisang dari Amin. Dilahapnya pisang itu sampai habis.Amboi!! Suka benor dia dapat pisang…..
|