CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

LESTARY : Vanilla Coklat [SETIAP SELASA, 9 PM, TV3]

   Close [Copy link]
Post time 14-1-2012 10:59 PM | Show all posts
tau xpe...skrg nih pasangan kalau tak sama perangai baru comel n sweet macam zaramir!!!
saaya Post at 14-1-2012 22:31



Yup, betul tuh...bila tiada persamaan tulah yg sweet sbbnya bila bergaduh tu baru masing2 tunjuk perangai sebenar dr awal2...dan bila dah suka tuh masing2 akan mula perbaiki mana yg tak betul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2012 11:02 PM | Show all posts
kalau tak sudi terima nikahnya, tak ada lah dy angguk bila tok kadi tanya kan...
saaya Post at 14-1-2012 22:32



Tulah pasalkan....amir mmg dah ready...yg zara lak...sbb mungkin dia terpaksa ikut mak ayah dia & dah pun buat agreement dgn amir so diturutkn jua...nangis tuh cuma nak lepas perasaan jek....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 11:13 PM | Show all posts
Ikutkn bila pindah berdua...lama2 tuh mesra gak diorg...dah ari2 jumpa berdua...mau tak jatuh ha ...
sellie003 Post at 14-1-2012 22:57


barulah rasa tanggungjawab tuh ada kan......hamboii, iols baru perasan uols punye signature kt bawah tuh. omey tau...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 11:15 PM | Show all posts
Yup, betul tuh...bila tiada persamaan tulah yg sweet sbbnya bila bergaduh tu baru masing2 tunj ...
sellie003 Post at 14-1-2012 22:59


yes, iols setuju... lg lain, lg comel, lg sweet, lg best...pbezaan tuh yg buat dy sweet sbenar'y. macam zaramir yg xsebulu nih...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 11:18 PM | Show all posts
Tulah pasalkan....amir mmg dah ready...yg zara lak...sbb mungkin dia terpaksa ikut mak ayah di ...
sellie003 Post at 14-1-2012 23:02


iols rase amir okay je kan wlpn dy mbangkang mula2. almaklumlah beliau masih muda lagi. tanggungjawab tuh besar tau. tp tanggungjawab tuh tak mgira usia lg2 bile dy dah mula suka dekat zara (mungkin sejak melihat gambar pre wedding tuh kan)...zara tuh sikit hari lagi kompem cair dgn keikhlasan amir si suami...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 11:42 PM | Show all posts
barulah rasa tanggungjawab tuh ada kan......hamboii, iols baru perasan uols punye signatu ...
saaya Post at 14-1-2012 23:13



Thanks....hahah...kiut scene tuh...ikutkn zara kata shut up...tp saya saja wat dialog diam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2012 11:44 PM | Show all posts
yes, iols setuju... lg lain, lg comel, lg sweet, lg best...pbezaan tuh yg buat dy sweet sbenar'y ...
saaya Post at 14-1-2012 23:15


Lepas nih...apa pulak yg diorg gaduhkn masa kat cameron nnt...adeh dr honeymoon jd perang suami isteri lak...x menjadi hapa ler nak training diorg jd suami isteri...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 11:51 PM | Show all posts
iols rase amir okay je kan wlpn dy mbangkang mula2. almaklumlah beliau masih muda lagi. tanggung ...
saaya Post at 14-1-2012 23:18


Ala masa amir nak minta cover utk parents diorg mcm amir nak pupuk perasaan suka antara satu sama lain.....tp diorg masih tak serasi dan masing2 ego....mungkin belum nampk kelebihn masing2....

Oh ya...perasan tak masa zara nak tidur tuh...siap terbayg scene dia ambil gambr pre wedding ngan amir...terus zara pi selubung dlm selimut...hahah....macm suka jek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2012 11:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by sakura2503 at 15-1-2012 00:02

sellie,
wah uolsnye avvy...x boleh menahan ai nengok...dh tu dgn uolsnye signature lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 12:32 PM | Show all posts
Ikutkn bila pindah berdua...lama2 tuh mesra gak diorg...dah ari2 jumpa berdua...mau tak jatuh ha ...
sellie003 Post at 14-1-2012 22:57


iols tgk promo kt tb3...zara nak mintak cerai kan. lepas tuh dyorg jumpe kaunselor xsilap iols. k lawyer r??? ...tp sure xjadik cerai nih. mgkin dyorg dnasihatkan supaya mengenali hati budi masing2 dulu kot...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 12:50 PM | Show all posts
Reply 370# saaya


   aa, aku pon tgok jugak...mcm jumpa lawyer ke kaunselor.
ala, x nk la zaramir divorce
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 01:06 PM | Show all posts
Reply  saaya


   aa, aku pon tgok jugak...mcm jumpa lawyer ke kaunselor.
ala, x nk la zaramir  ...
sakura2503 Post at 15-1-2012 12:50



iols percaya dyorg xkn divorce!!! ...mgkin lepas jumpe lawyer or kaunselor nih hubungan dyorg jd lg baik
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 02:19 PM | Show all posts
meh layan promo ep 5

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 03:42 PM | Show all posts
ni from Metro Ahad...

Gaduh sayang
Oleh AMIRUL HASWENDY ASHARI
[email protected]

MEREKA saling membenci antara satu sama lain. Tapi takdir menentukan dan akhirnya mereka berkahwin walaupun sudah memiliki cinta masing-masing.

Dek kebencian dan tekanan itu, mereka berjauhan tapi di studio Balai Berita, kedua-dua pasangan muda ini cuba disatukan SELEBRITI dalam suasana romantik. Mampukah mereka menguntumkan rasa sayang yang sudah hilang? Bunyi kisah ini seolah sebuah lara penuh drama tapi hakikatnya ia hanya sebahagian daripada plot drama komedi romantik Vanila Coklat lakonan Izara Aishah dan Aiman Hakim. Sebagai Zara dan Amir, dua pelajar kolej yang terpaksa berkahwin atas desakan keluarga, mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan dan dugaan suami isteri remaja.


Menariknya, drama 13 episod ini tampak segar dan kena dengan cita rasa golongan muda. Tidak salah dikatakan, kedua-dua pelakon yang kain meningkat itu tampak comel berpasangan sebagai suami isteri.

Sesekali Aiman mengusik Izara, tidak kurang juga dengan Izara terhadap Aiman. Sama cantik sama padan, malah tatkala bertentang mata berderai ketawa dan senyum mesra antara mereka berdua.


“Aiman sebenarnya seorang yang sangat pendiam dan pemalu. Kali pertama bertemu dengannya, saya terpaksa memberanikan diri memulakan perbualan. Ingatkan dia sombong tapi bila sudah rapat, baru tahu dia seorang yang sangat peramah. “Dia juga seorang yang sangat ‘loving’, romantik dan mudah difahami. Biasalah, tak kenal maka tak cinta. Sekarang kami mesra sebagai suami isteri dalam Vanila Coklat,” kata Izara sebaik saja diusik mengenai hubungannya dengan jejaka tinggi lampai itu.


Berbeza dengan Aiman, pada awalnya dia payah untuk mendapatkan keserasian dengan Izara yang diingini pengarah. Apatah lagi untuk babak bergaduh, bagaikan tidak cukup garamnya.


“Untuk itu, saya sering berbincang dengan Izara untuk mendapatkan sudut terbaik. Sebab itulah kami kadang kala nampak macam bergaduh walaupun di luar set. Saya sering mengusiknya untuk mencetuskan pergaduhan itu supaya bila dibawa ke set ia nampak ‘real’,” kata Aiman ketawa.


Patutlah ketika sesi fotografi bersama kedua-dua pelakon itu, mereka sering berperang mulut. Rupa-rupanya ia satu cara untuk mewujudkan hubungan istimewa sebagai suami isteri untuk Vanila Coklat.

Aiman yang mula dikenali selepas menyertai rancangan realiti TV, Mentor musim kelima mengatakan Vanila Coklat sebuah drama yang tepat dengan jiwa mudanya. Sebagai jejaka yang baru berusia 22 tahun, Aiman akui ia bukan tugas mudah.


“Permulaan terjun dalam bidang lakonan, saya tidak yakin terutamanya apabila berdepan dengan kamera. Selepas menjayakan lima produksi, baru saya nampak kelemahan yang ada dan perlu diperbaiki.


“Antaranya di segi intonasi, sebutan dan permainan watak yang diberi. Nak kata saya sudah bagus tidaklah sampai ke tahap itu tapi secara jujur, saya sudah tahu apa yang tidak cukup selama ini,” katanya yang mula terjun ke dalam bidang seni sebagai model komersial.


Katanya, untuk mendapatkan jiwa Amir, Aiman banyak membuat rujukan dengan menonton filem John Tucker. Apatah lagi, Vanila Coklat bukan drama berat yang memerlukan pelakonnya selalu berendam air mata tetapi menjurus kepada hubungan cinta terpaksa penuh hilai ketawa.


Kedua-dua pelakon itu berkongsi pendapat sama tatkala berbicara mengenai drama ini dan menganggap Vanila Coklat drama yang ‘catchy’, ringan dan sangat sesuai untuk golongan remaja.


Malah Aiman turut menyamakan drama ini mempunyai sentuhan elemen drama romantik komedi Korea yang menjadi kegilaan peminat drama tempatan.


Izara pula akui watak Zara yang dibawanya dalam drama ini berlainan dengan drama lakonannya sebelum ini. Lebih-lebih lagi kebanyakan drama lakonannya sebelum ini perlu bermain dengan emosi dan jiwa yang berat.


“Saya suka sangat dengan watak Zara dan jalan cerita drama ini. Ia ternyata berbeza dengan lakonan saya sebelum ini. Apatah lagi saya beraksi sebagai pelajar kolej yang terpaksa berkahwin pada usia muda yakni 19 tahun. Dan kebetulan, saya juga kini berusia 19 tahun.


“Vanila Coklat tidak berat dan lebih relaks. Ia sebuah drama ‘manja’ dan keremajaan,” kata Izara yang sebelum ini membintangi drama Sofea, Keranamu Laila, Kasih Najihah dan Jejaka J.


Vanila Coklat mengisahkan Amir dan Zara yang berkahwin atas desakan keluarga. Perkahwinan itu mendapat tentangan tapi terpaksa diteruskan selepas bapa Aamir berpura-pura sakit jantung. Drama menarik ini turut dibintangi Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Liza Abdullah dan Zuhairi ini bersiaran di TV3 setiap Selasa, jam 9 malam sejak 20 Disember lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 03:45 PM | Show all posts
Reply 373# saaya


   wah, saaya,mana kau dpt promo ni?
aku tertunggu2 promo ni kt tb..
coz ms aku tgok tu, x jelas apa yg zaramir ckp...
tengkius dear...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 03:59 PM | Show all posts
cayalah saaya...aku dari semlm mencari promo tu kat youtube....waaaa lagi 2 hari utk sesi menyengih kerang busuk...hhuhuhu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2012 04:46 PM | Show all posts
Reply  saaya


   wah, saaya,mana kau dpt promo ni?
aku tertunggu2 promo ni kt tb..
coz ms aku ...
sakura2503 Post at 15-1-2012 15:45


tb3 baru upload promo nih td...iols malas nk tgk tb tuh yg iols tunggu promo kt utube...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 04:51 PM | Show all posts
cayalah saaya...aku dari semlm mencari promo tu kat youtube....waaaa lagi 2 hari utk sesi menyengih  ...
manggis Post at 15-1-2012 15:59


iols pun t'tunggu2 jugak...hari nih baru jumpe tb3 upload'y...haha, tau xpe...ok, 2hari je lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 06:06 PM | Show all posts
iols dah download semua episode yg ada!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 08:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by sakura2503 at 15-1-2012 20:15

Reply 379# saaya

iols pon sama,, dh download sume episod dh tu asyik merepeat je episod 4...drama2 lain x penah lagi aku nk mendownload...ni 1st time..nak2 nye scene zaramir , repeat bnyk2 kali pon x muak
...kalau scene lyana gedik & kamal annoying aku   main skip2 jek.


scene lyana gedik nyanyi lagu selena gomez tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.078324 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list