|
[Tempatan]
LIWAT 2- Rayuan Kes Liwat Anwar: Keputusan Ditangguhkan(UPDATE)
[Copy link]
|
|
Kes Liwat II: Misteri DNA Lelaki Y
Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 12:54 PM
QISHIN TARIQ Oleh: QISHIN TARIQ
[email protected]
Anwar Ibrahim bersama peguamnya, N. Surendran (kanan).
PUTRAJAYA: Pembelaan hari ketiga perbicaraan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan lebih merujuk kepada beberapa isu sampel DNA yang dicemari Lelaki Y.
Peguam Ramkarpal Singh berkata, kemungkinan ada lagi penyumbang kepada sampel DNA itu.
Tambah beliau, ahli kimia tidak melaporkannya walaupun jumlah yang ditemui mencukupi untuk membuat laporan berdasarkan garis panduan Jabatan Kimia.
"Ini adalah isyarat kecemasan, boleh saya tujukan kepada semua ahli sains," jelas Ramkarpal ketika menggulung hujahnya.
Katanya, Mahkamah Rayuan sendiri terlalai kerana tidak mengambil kira pihak pendakwaan yang tidak mempunyai hujah dalam bantahan terhadap pencemaran itu.
Pada Rabu, pembelaan berhujah bahawa profil DNA Lelaki Y dalam kes Liwat II bukan milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam Sangeet Kaur Deo berkata, tiada keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan liwat pada identiti Lelaki Y.
Beliau berhujah bahawa profil DNA diperolehi dari tiga barang- berus gigi, tuala Good Morning dan sebotol air mineral - yang dirampas dari Anwar selepas beliau ditahan semalaman di sel Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur.
Sangeet berkata, dalam kes pendakwaan, DNA yang ditemui pada barang-barang dari sel itu sepadan dengan DNA yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.
"Namun tidak ada bukti DNA itu milik siapa. Jadi mereka meletakkan Lelaki Y. Persoalannya siapakah Lelaki Y itu?" katanya yang menolak dan menganggap mustahil Lelaki Y itu dikaitkan dengan Anwar.
Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Anwar atas kesalahan meliwat Mohd Saiful atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti mengenai integriti sampel DNA yang diambil daripada Saiful Bukhari.
Mahkamah telah memutuskan bahawa sampel itu boleh terjejas sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Pada 7 Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi dan mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful Bukhari.
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hakim perbicaraan itu terkhilaf apabila meragui integriti sampel berdasarkan keterangan dua pakar saksi yang dipanggil oleh pihak pembelaan.
Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan itu yang didakwa dilakukan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.40 petang pada 26 Jun 2008.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Dan ini kes liwat kedua terhadap Anwar. |
|
|
|
|
|
|
|
bila la nak settle kes ni.. daripada aku belum kawin smp dah ada anak 2 pun blm selesai.. |
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis posted on 30-10-2014 12:58 PM
elaun 2 hari je
aku pun terfikir yang ni
macai2 yang diupah datang hari selasa dengan rabu
cuma nak ambik kedatangan ngan elaun je
dah dapat derang joli la kot
soping kat jalan tunku abdul rahman
ka jalan masjid india ka
padan muka ketum
|
|
|
|
|
|
|
|
tipuware posted on 30-10-2014 02:15 PM
bila la nak settle kes ni.. daripada aku belum kawin smp dah ada anak 2 pun blm selesai..
ntah aku dari kecik sampai nak spm tk settle2 lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
azrain98 posted on 30-10-2014 02:22 PM
ntah aku dari kecik sampai nak spm tk settle2 lagi
ko dah nak SPM minggu depan ke? motip ko tak g belajar dik..
|
|
|
|
|
|
|
|
Permohonan pindaan petisyen rayuan peguam bela Anwar jadi sebab pendakwa raya tangguh hujah
PUTRAJAYA: Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjelaskan permohonan pindaan petisyen rayuan oleh peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi antara sebab pasukannya perlu menangguhkan hujahnya, hari ini.
Ketika ditemui media di hadapan Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman di sini, sebentar tadi, beliau berkata, alasan lain adalah kelewatan pasukan peguam bela mengemukakan hujahan bertulis.
"Semua dia punya hujah bertulis yang dikemukakan kepada pendakwa raya diberi hari Selasa, sepatutnya diberi dua minggu sebelum ini.
"Mereka (peguam bela) turut buat dengan tergesa-gesa dan segera, permohonan untuk pinda petisyen rayuan, jadi kita tiada halangan.
"Petisyen itu merangkumi perkara baru yang dimuatkan dengan hujah. Sebab itu saya minta diberi masa supaya saya boleh membantu mahkamah memberi hujahan lebih efektif," katanya.
Beliau turut optimis untuk menjawab semua soalan dan hujah yang dibangkitkan pasukan peguam bela yang tamat berhujah tengahari ini.
"Saya boleh jawab semua soalan dibangkitkan mereka (peguam bela)," katanya memaklumkan hujahannya yang bermula esok sehingga tengah hari, turut akan disambung pagi Isnin.
Beliau turut menjelaskan hujahannya esok akan bermula dengan menjawab beberapa keterangan dibangkitkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram sebelum diakhiri dengan hujahan berkenaan integriti DNA. |
|
|
|
|
|
|
|
KETUA Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. - Foto Mohd Fadli Hamzah |
|
|
|
|
|
|
|
Pihak Pendakwa Raya Minta Prosiding Ditangguh Jumaat
Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 2:27 PM
IZRA ABDUL RAHMAN Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
[email protected]
Dr. Afif Bahardin
PUTRAJAYA: Prosiding rayuan terakhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ketiga berakhir setakat tengah hari Khamis.
Ketua panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengumumkan perkara itu dan berkata sesi seterusnya akan dijalankan pada Jumaat bermula pukul 9 pagi.
Timbalan Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin yang mengikuti prosiding pada Khamis berkata sesi pada Jumaat hanya akan dijalankan sehingga pukul 12 tengah hari dan kemungkinan akan disambung pada Isnin dan Selasa depan.
"Peguam Kanan Muhammad Shafee Abdullah minta sesi ditangguhkan ke esok (Jumaat) kerana beliau tidak cukup tidur pada malam Rabu kerana meneliti fakta dan hujah," katanya di luar bangunan Istana Kehakiman.
Peguam bela Anwar yang keempat Ram Karpal Singh merupakan peguam daripada barisan pembelaan yang terakhir mengemukakan hujah-hujahnya.
Prosiding pada Jumaat akan menyaksikan Muhammad Shafee menjawab hujah-hujah pihak pembelaan.
Muhammad Shafee sebelum ini berkata beliau memerlukan masa sehari untuk menjawab hujah-hujah peguam bela Anwar.
Beliau juga, pada Rabu apabila ditanya Arifin sama ada bersetuju dengan hujah Ramkarpal mengenai berlakunya banyak degradasi dalam tiga sampel yang diambil daripada rektum atas dan bawah Mohd Saiful, berkata akan memberi respons dalam jawapan pihak pendakwaaan pada Khamis dengan berkata mereka mempunyai penjelasan sendiri tentang isu itu.
Sementara itu Ahli Parlimen Kapar Manivanan Gowin yang juga mengikuti pendengaran menyifatkan penghujahan Ram Karpal adalah menggerunkan pihak lawan.
Beliau yang bertemu Anwar selepas prosiding berkata ketua pembangkang yakin beliau akan terlepas hukuman.
"Ram Karpal telah satu per satu telah meletakkan hujah-hujah beliau mengatasi isu-isu yang ditimbulkan.
"Datuk Seri Anwar berkata setelah mendengar hujah-hujah tak mungkin, tak boleh dan mustahil untuk beliau dipenjarakan," katanya yang juga merupakan seorang peguam.
Katanya, berlaku perbezaan jelas ketika perbicaraan kes di Mahkamah Rayuan berbanding rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Katanya, ketika di Mahkamah Rayuan, ia hanya mengambil masa dua hari untuk diputuskan berbanding rayuan terakhir yang dijadualkan berlangsung selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Oktober tetapi ditangguhkan selama beberapa hari lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 30-10-2014 11:48 AM
Aaah...mad sapu yg gelar anwar aljobori...saya pun nak tahu gak ni.
Kannn??situ je dan confuse..kalau dah satu dunia tau die mmg kaki jubb, baik mase dlm umno lg (actually started long before)..so tang mane yg fitnah nye??
bile kene tendang, tetibe yg menggelorkn die Al Jubb ni antara org yg kutip die n jilat blk....xnk pulak org tu jwb soalan ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
deedzack posted on 30-10-2014 11:35 AM
mungkin anwar bebas dari rasuah. sedang menteri2 lain byk kes rasuah.
bukan la nak mengatakan anw ...
bahahaha..ko buat aku gelak anwar bebas rasuah.. kereta proton saga??sape tau ape keje bapak die before anwar naik dlm politik?n mcm mane selepas anwar jd menteri kewangan, mak tiri die yang bekas bibik Indon tu leh pakai beg Berkin?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaha..pasni kalau Anwar terlepas dr tuduhan, ai olss nak tunggu drama next episode "Gulingkan Azmin, Nuart nak jadi MB"
baahahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anwar bersama Dr Afif (kanan) selepas prosiding hari ketiga berakhir. |
|
|
|
|
|
|
|
Jawapan pasukan pendakwa raya sekadar kenyataan politik - Anwar
DATUK Seri Anwar Ibrahim bersama barisan peguamnya selepas mahkamah ditangguhkan pada hari ketiga bagi mendengar keputusan rayuan terakhir berhubung kes liwat di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan pasukan pendakwa raya mampu menjawab kesemua keterangan dibangkitkan peguam bela dalam rayuan kes liwatnya, namun mendakwa ia sekadar kenyataan politik.
"Saya fikir apa pun boleh dijawab, termasuk cadangan Peguam Negara dan pendakwa raya untuk tambah hukuman, tetapi ini semua (jawapan yang bakal diberi hanya) kenyataan politik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di hadapan Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman di sini, sebentar tadi.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR turut mendakwa pasukan peguam bela yang mewakilinya sudah memberikan perincian hujah yang kukuh.
"Saya kira (hujah yang diberikan dibuat) sebaik mungkin yang kita boleh harapkan.
"Saya tidak fikir munasabah untuk mendapat keputusan sebaliknya, iaitu melepaskan saya daripada tuduhan fitnah jahat ini," katanya.
Prosiding rayuan kes liwat ketua pembangkang itu yang berlangsung pagi tadi ditangguhkan pada jam 12.40 tengah hari tadi dan akan disambung semula pagi esok dengan hujah oleh pasukan pendakwa raya diketuai Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. |
|
|
|
|
|
|
|
Liwat II: Tiada kecederaan pada dubur Mohd Saiful
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
30 Oktober 2014
Datuk Seri Anwar Ibrahim berborak dan memberi reaksi muka yang ceria kepada barisan peguam belanya ketika menunggu keretanya untuk pulang sejurus tamatnya hari pembelaan kes liwatnya di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini. - Foto Sinar Harian Oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada sebarang koyakkan atau luka pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, 29, yang didakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam bela, Ram Karpal Singh dalam hujahannya semalam berkata, semasa keterangan Mohd Saiful mendakwa dia telah diliwat lima minit namun memberitahu pegawai penyiasat serta doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) insiden itu berlaku selama 30 minit.
"Bagaimana tiada sebarang luka pada rektumnya sedangkan dia mendakwa telah diliwat secara rakus dan laju pada masa itu?" soalnya.
Menurutnya keterangan Mohd Saiful telah menimbulkan keraguan jelas.
Beliau berkata, Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam laporannya juga mendapati dubur Mohd Saiful berada dalam keadaan normal.
“Bagaimana air mani ditemui di dalam rektum padahal tiada bukti penembusan?" soalnya.
Ram berkata, hakim mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan terkhilaf dengan menjangkakan sampel ditemui adalah betul.
"Ia boleh berlaku sekiranya sampel berbeza digunakan," katanya.
Menurutnya lagi, seluar dalam yang digunakan oleh Mohd Saiful pada hari insiden juga tidak mempunyai kesan air mani.
"Seluar dalam yang digunakan dalam insiden itu dibasuh namun kesan air mani ditemui pada seluar dalam yang tidak digunakan pada hari itu," katanya.
Selain itu, Ram turut mendakwa sel sperma tidak dipisahkan dengan betul oleh Jabatan Kimia Negara.
"Oleh demikian bukti asid deoksiribonukleik (DNA) dan bukti saintifik tidak boleh dipercayai," katanya.
Pendengaran hujahan pembelaan bagi rayuan terakhir Anwar, 67, memakan masa selama tiga hari bermula 28 Oktober lalu tamat dan akan disambung oleh pendakwaan.
Sementara itu, Ketua Pendakwa raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon agar diberikan masa untuk menyediakan hujahan balas bagi setiap isu yang dibangkitkan oleh peguam bela.
Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin yang mengetuai lima panel hakim membenarkan permohonan Muhammad Shafee dan menangguhkan prosiding pada tengah hari tadi.
Prosiding ditetapkan esok dan Isnin. |
|
|
|
|
|
|
|
deedzack posted on 30-10-2014 11:21 AM
mungkin ade perbezaan fahaman.mungkin tun m dan dsai tidak sehaluan.
dgn itu wujud pertuduhan liw ...
kenape jawapan ko byk sangat "mungkin" ni bukti yg ko ni hanye dengar spekulasi liar
|
|
|
|
|
|
|
|
addamnor posted on 30-10-2014 12:25 PM
so kalau buat analogi shapiee afdal menjuburi zahida rafik maka zahida rafik boleh tampil kemudian beberapa hari mendakwa shafie afdal telah mliwat beliau, tetapi atas dasar menghormati status shpie afdal maka beliau merelakan shj? kemudian charge shapiee kemudiannya..begitu?
Kalau betul seseorang itu SANGAT HORMAT kepada majikannya DAN NAIF mengikut segala apa kemahuan majikannya, dan kalau majikannya itu AMBIL KESEMPATAN, memang boleh berlaku 'merelakan' (terpaksa atau secara suka) kesalahan dibuat ke atas dirinya. Bila ada PERTUDUHAN, maka kena lihat BUKTI-BUKTI, bukannya tolak terus tak percaya atau terima terus percaya bulat-bulat.
Kalau TIADA pertuduhan, tak payah buat andaian kosong, tak releven.
Last edited by mnm77 on 30-10-2014 04:02 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo anwar dibebaskan....macai akan cakap anwar dipihak yg benar
kalo anwar di jatuhkn hukuman penjara......macai cakap anwar di fitnah
ape pun keputusannye....tuan adalah betul..... |
|
|
|
|
|
|
|
baik tak yah ade mahkamah.......bile tuan buat salah, tuan blh salahkn pihak lawan....
tuan hanye perlu buat kenyataan "oooooo ni video telah diedit, ini semua keje umno" |
|
|
|
|
|
|
|
aku rase ade benda menarik akn dipersembahkan tomorrow
jgn gembira dulu |
|
|
|
|
|
|
|
akughi posted on 30-10-2014 04:01 PM
baik tak yah ade mahkamah.......bile tuan buat salah, tuan blh salahkn pihak lawan....
tuan hanye ...
Kannn..senang sgt jadik manusia, tuding jek jari sane sini..sure lembu dok ikut..walaupun video dpn mate, dah disahkan x edit, saksi da tampil, sumpah dpn kaabah, alQuran, masjid..beliau akan berkate pelanduk dua serupa, saksi dibayor UMNO, byk je org buat jenayah keliling kaabah, hak Tuhan nak bg balasan or x..cai2 sume 'ooooooooooooooo..btul3'...
ape nuart nak kesah..die bg alasan terbodoh didunia pon, melambak cai die jd tukang hangguk..
senang je die rosakkan institusi or kredibiliti mahkamah, ckp jek, 'kenyataan politik'..sume ngangguk..cer kalau keputusan mahkamah memihak pd diorang, bile org persoalkan, 'korang sume lg tinggi dr mahkamah ke?'..
low class ppl!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|