dah 15 thn tak layan radio gayat macam tu. Masa time highway radio tu okay la lagi. Sekarang semua nak lawak, macam whassap grup sekolah/jiran. Nothing is serious these days.
Post time 18-2-2016 06:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
JoHaRa tak kisah orang kata syok sendiri
Astro Gempak | Diterbitkan pada Februari 18, 2016 17:13 MYT
JoHaRa tak kisah orang kata syok sendiri
JoHaRa: Mereka perlu gembira dahulu sebelum mengembirakan orang lain.
PENGENDALI program JoHaRa Pagi Era, Johan, Haniff dan Ray tidak kisah dicop syok sendiri malah mengakui perkara tersebut.
Johan ketika diminta mengulas tentang perkara tersebut berkata, berbaloi mereka syok sendiri kerana pilihan di tangan pendengar.
“Ia bukan satu tugas yang mudah meski orang mungkin beranggapan begitu. Saya akui, ada segelintir yang anggap kami ni syok sendiri ketika berada di konti.
“Bagi saya, memang kami kena syok sendiri sebab kalau kami tak buat begitu, macam mana pendengar pun nak syok untuk dengar kami?
“Kalau mereka suka, kami juga suka dan anggap ia adalah respons yang positif untuk kerja kami,” katanya.
Tambahnya lagi, mereka perlu ‘gembira’ dahulu sebelum mengembirakan orang lain.
“Untuk kami kegembiraan dan keceriaan itu perlu ada pada kami dulu baru kita mengajak orang untuk bersama-sama kita sertai ‘kegilaan’ itu.
“Biar kami syok dulu, sebelum orang lain syok,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Dalam pada itu, Johan turut menolak andaian program tersebut popular kerana kewujudannya.
“Masing-masing memainkan peranan dan bekerja sebagai satu pasukan demi memastikan pendengar akan tetap setia dengan kami,” ujarnya.
Bagi Haniff pula, tahun pertama bergandingan bersama Johan dan Ray, dia mengakui terpaksa ambil masa untuk mencari keserasian bersama.
“Kekok bila semua nak bercakap dan ia kadangkala jadi tidak seimbang. Jadi apa yang kami lakukan ialah terpaksa angkat tangan bila siapa nak bercakap bagi mengelakkan pertembungan antara penyampaian masing-masing.
“Alhamdulillah, sekarang kami sudah tak perlu angkat tangan lagi untuk bercakap,” katanya sambil berseloroh.
Sementara itu, Ray juga melahirkan pandangan populariti JoHaRa sebenarnya tidak cuma pada pasukan dasar dan di belakang tabir, tetapi juga kerana sokongan yang diberikan oleh pendengar setia mereka.
“Tak perlu untuk kami terlalu menjaga kesempurnaan ketika di konti kerana di akhirnya, orang mahu suasana yang realistik. Jadi bila kami tersasul cakap, bergurau merepek dan sebagainya, itu adalah diri kami yang sebenar,” katanya.
JoHaRa pagi Era tercalon dalam kategori Program Radio MeleTop di Anugerah MeleTop Era 2016 (AME 2016).
Selain itu Johan, Haniff dan Ray turut tercalon dalam kategori Penyampai Radio MeleTop.
AME 2016 bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Konvensyen Kuala Lumpur (CIDB) bermula jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Tetapi, jangan lupa untuk terus mengundi calon top 5 anda di Anugerah MeleTOP Era 2016 kerana lebih banyak anda mengundi, ‘positif meter’ akan bergerak dan selebriti kita akan melakukan kerja amal mengikut pergerakan meter tersebut.
Ingat, satu undian anda bakal membuatkan seribu yang lain tersenyum!
dlu suka dengar johara tp dh tukar mix fm skrg..dulu johara best..tp nape ntah lately jd xbest..paling xbest masa depa main ame apa ntah nama yg ada soal menyoal la..ayat penyata la..pantun la..asyik depa ja nk menang..kdg2 tu sah2 sepatutnya depa yg kalah..tp mcm nk tegakkan benang yg basah..
I jarang dengar radio sebab I duduk luar Malaysia. Tp ada jugak download app untuk dengar saluran radio dari pelbagai negara. Jadi bila I tune ke radio Malaysia, sebelum tidur I bukak Suria sebab waktu tidur I adalah segmen Linda Onn + DJ Lin. Sesuai suara dan penyampaian mereka tu untuk suasana yang aman damai macam waktu malam. Waktu tengah hari, time kemas-kemas rumah atau masak-masak, I bukak Sinar. Satunya sebab I memang anti lagu BBNU, lagu yang lirik terlalu direct takde seni, lagu yang muzik dia menjengkelkan, maka Sinar memang boleh dikatakan paling suci daripada lagu BBNU antara semua siaran radio. Mula-mula I rasa Jep, Shuib, Rahim ni takde bakat. Awal-awal dulu I rasa diorang akan lingkup. Lama-lama dengar, diorang ni lagi bagus dari kebanyakan DJ radio2 terkenal yang lain. Antara perkara yang buat I tertarik pada Sepahtu Sinar:
1) Informatif: diorang walaupun nampak tak urban/ tak educated (maaf cakap hihi), tapi penyampaian diorang banyak isi. Dia tak rambling sesama sendiri ala ala berbual kosong sekadar for the sake of speaking and talking. Perbualan diorang ada lesson, ada info terkini, ada pesanan buat remaja, best lah sebab diorang ada "adult figure" in them. I suka, sebab DJ yang rajin bagi nasihat begini cuma DJ2 lama macam Abby Fana & Linda Onn. Sekarang Sepahtu adalah generasi baru. I suka.
2) Mereka tak 'try hard'. Diorang tak cuba cuba nak melawak sepanjang masa, kiranya perbualan diorang adalah lawak disebabkan memang topik dan cara diorang berbual tu lawak. Ianya kelakar bukan kerana diorang buat lawak, tapi kelawakan tu terselit dalam topik dan cara berbual diorang. Maknanya, lawak adalah menjadi hiasan perbualan, dan topik menjadi tunjang utama. Berbeza dengan DJ pelawak lain, target mereka semata-mata nak jadi kelakar dan nak orang gelak walaupun lawaknya kosong tiada isi.
3) Bahasa. I suka bahasa mereka. Terasa macam dengar orang sekeliling bercakap. Kadang-kadang sesetengah DJ ni cuba untuk kedengaran 'urban' dan 'modern' siap campur aduk BM BI (walhal tak perlu). Boleh je terima campur aduk yang common atau yang memang dah jadi term biasa dalam kalangan melayu macam "movie tu best", "sepakan tu power". Kadang-kadang cubaan menyelitkan satu dua perkataan BI ni meloyakan. Sepahtu pulak, bahasa melayu diorang sangat bagus. I suspek diorang ni orang Johor melalui sebutan dan pemilihan perkataan diorang. Maka semalam I search dan baca Wikipedia, okay ternyata ramalanku benar belaka hehe. Disebabkan diorang ni takde nak cuba-cuba nak nampak moden, jadi bahasa dan perbualan diorang kedengaran natural dan santai. Kena dengan telinga I lah. Plus diorang masih agak bersopan la. Semalam dia telefon Faiz Subri penendang bola yang epik tu, diorang guna 'kami/saya- awak' dengan pemain tu. I rasa terkejut sebab ingatkan diorang akan guna 'kau' hehe.
Okay tu je. Overall I suka Sepahtu @ Sinar. Diorang boleh pergi jauh sebab baru berapa bulan pun diorang dah banyak sangat improve. Given enough time and guidance, mereka boleh setanding DJ2 yang 'legend'.
Kalau gostan 10 tahun, I minat DJ Era dulu. I ingat zaman K & K, I rasa gandingan paling ideal sepanjang zaman penyiaran radio Malaysia adalah Khairil & Kieran. Bila mereka terpisah, masing-masing hilang sedikit 'charm' tu. Zaman sekitar 10 tahun lepas jugak, zaman DJ perempuan generasi baru naik. Generasi selepas Linda Onn. Masa tu DJ perempuan Era berempat siap ada rakam lagu Bahu ke Bahu- Fara Fauzana, Nana, Nila Kurnia, Linda Onn. Masa ni I rasa gemilang sangat Era. Tapi masuk je zaman diorang amek budak AF macam Rezza & Adifashla, I quit. Perpindahan Fara ke Hotfm jugak buat I lari daripada Era ke Hotfm. Pastu Hotfm mula kuasai pendengar Malaysia. I suka zaman awal Hotfm- masa ada Suraya, Leya, Anne etc. Lama-lama Era dan Hot nampak macam berperang sangat nak rebut pendengar sampaikan akhirnya konsep mereka pun sama je. I pun lari ke Sinar.
Ni lagu DJ era berempat tu. I suka zaman ni.
Ulasan uols sejibik apa yang iols rasa. Dulu suka sangat DJ era. K&K, the girls. Tapi once fara keluar iols stop dengar era, moved to hotfm. Suka fara and fbi. But then hotfm pn makin kelaut. So iols kalih ke sinar sebab nak layan lagu-lagu lama. Tapi bila semua morning krew baik era, hot, sinar mcm ntah pape, iols off radio dengar lagu dalam pendrive jah. Haha. But since you cakap sepahtu sinar not bad, maybe iols leh try dengar for week tengok mcm mana.
Hehe ye basicalluy DJ baru2 yang I boleh dengar cuma Sepahtu jelah. I tak rasa diperbodohkan bila dengar haha. Btw tahu tak lagu Tiada Yang Kedua, i teringat gak dalam 10 tahun lepas lagu ni famous. Penyanyi dia Khairil Rashid & Faizal Ismail. Cuma I tak pasti camne diorang boleh berkawan + rakam lagu sama. Sebab time tu Khairil team Era & Faizal team Hotfm.
Haha well, i'll try for a week. If masuk, meaning taste kita sama hehe.
Lagu tiada yang kedua tu favorite kot dulu-duluuuuu. Waktu tahu siapa yang nyayi I rasa macam, whattttt hahahaha. Siyes tak caya fbi dgn khairil leh menyanyi, pulak tu suara seakan-akan sama. Rasanya dorang jenis berkawan je dengan semua dj. Era ke hot ke dorang tak kisah. Ke dorang sesama dj pun bersaing? Rasa macam tak kot en?
kalau tak suka tukar la channel lain. tak yah kecoh kecoh. aku ok je pagi pagi dgr johara. cuma sate je tak berapa minat sbb malu dgr dina gelak terbahak bahak pada isu yg tak berapa nak lawak
Macam bodoh DJ sekarang ni... Itulah ambik lagi banyak2 pak lawak raja lawak ni dok jadi DJ..
Kami nak DJ bukan rajalawak.. Cukuplah dalam tv!!!
DJ dulu cakap penuh adab dan sopan santun dan suara pun sedapppp ja DJ dulu2..
DJ skrg ni mcm berok terjerit la mengekek la syok sendiri..........
Dah la lagu yg dorang pasang pun mmg sampah!!! Kiranya ikut sedap tekak dan halwa dorang saja..
Tak fikir perasaan org.. Pendengar mahu kan lagu yg mcm mana... Dorang kira nak ikut sedap telinga dorang..
Dah la gelak mengekek mcm la lawak sangat oh sangat kesiannnnn!!
Memalukan lah woi..!!! Lagi 1 radio Sinar.. Dok repeat lagu yg sama hari2 aaaargh!!!!
Semalam dah dengar, harini pun dengar kadang pagi tgh hari ptg pun akan dengar lagu sama kalau best takpa jugak!! Ikut penerimaan telinga dorang saja..
Lagu skrg mcm sampah pun dorang boleh repeat mcm dah tak ada lagu lain???? Konon nak follow peredaran masa la sangat eh hellllllloooooo bosan lah