Edited by washere2 at 18-7-2017 08:44 PM
Kenapa salahkan saya? - Neelofa
KUALA LUMPUR 18 Julai - Pengacara popular, Neelofa mempersoalkan tindakan segelintir netizen yang menyalahkan dia berhubung beberapa dakwaan mengaitkan dia dan pelakon, Fattah Amin. Menjawab dakwaan dia penyebab Fattah ‘melarikan’ ketika terserempak di lapangan terbang baru-baru ini, Neelofa mengakui, ada berjumpa dan berselisih dengan pelakon tersebut yang ketika itu dengan rakan-rakannya termasuk Fazura.
Jelasnya, dia meneruskan agenda percutian seperti yang dirancang kerana merasakan tidak akan berlaku sebarang isu atau kontroversi yang bakal terjadi disebabkan insiden itu. “Saya tak rasa pun sesiapa melarikan diri. Percutian ini sudah dirancang sejak Jun lagi. Ya, memang saya ada berjumpa dan berselisih dengan mereka tetapi itu sahaja.
“Saya dan rakan-rakan meneruskan percutian seperti biasa. Kenapa kena takut? Saya tak buat salah. Kenapa pula hendak salahkan saya? Saya bercuti untuk menenangkan fikiran. “Kalau saya di tempat mereka, saya teruskan sahaja penerbangan. Buat tak tahu sahaja. Saya tak akan buat apa-apa dan begitu juga sebaliknya. Itu pendapat saya,” katanya yang bakal memulakan penggambaran drama Red Velvet pada 26 Julai ini. Neelofa ditemui dalam majlis pelancaran produk baharu, Naelofar Scarf, Maya di sini hari ini. Produk yang menampilkan empat warna dengan rekaan unik itu bakal menemui peminat esok. Dalam pada itu, pelakon Suri Hati Mr. Pilot ini juga tidak mahu mengambil pusing kecaman atau kata-kata negatif yang dilontar netizen di laman-laman sosial. “Sebenarnya itu semua bergantung kepada fikiran kita sendiri. Kalu kita sentiasa positif dan kenal dengan diri sendiri, semua kecaman tidak akan memberi kesan kepada kita. “Kadang-kadang saya baca sahaja tapi kalau teruk sangat, padamkan sahaja. Tapi jaranglah. Selalunya apabila ada isu baharu akan ada yang mengecam,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/kenapa-salahkan-saya-neelofa-1.504346#ixzz4nBbjrPP6
© Utusan Melayu (M) Bhd
P/S : highlight yg nak tahu shj, tp dpt gambaran seseorg yg bila ditanya wartwan, jwb dgn jelas dan berani, tak perlu korner atau fikir siapa nak sentap kalau rasa benar dan tak takut sesiapa
|