CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: GuaAnakMelaka

Tradisi pelik PENDUDUK DUNIA

[Copy link]
Post time 1-1-2017 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 29-12-2016 11:25 AM
1.Foot Binding (China )



(sumber utusan)

Amalan ikat kaki di China

AMALAN ikat kaki untuk kelihatan cantik.
Pada tahun 1911 kerajaan China telah mengharamkan tradisi mengikat kaki atau foot binding yang disifatkan sebagai satu amalan kejam untuk pengubahsuaian badan demi kecantikan yang dikenakan ke atas anak-anak muda sejak abad ke-10.

Akhbar Daily Mail dipetik melaporkan, sejak arahan pengharaman tersebut jumlah wanita yang terlibat dengan tradisi menyakitkan ini semakin menurun dan mereka yang masih ada kini sudah pun mencecah usia 80 dan 90-an.

Meminjam kata-kata pepatah Inggeris Beauty is pain, istilah bahawa menjadi cantik itu menyakitkan mungkin tak berlebih-lebihan. Dengan mengimbau kembali sejarah, amalan-amalan ekstrem ini turut berlaku dalam tradisi kecantikan di beberapa negara di dunia.

Pada amnya, tradisi ini kebiasaannya diamalkan oleh sejumlah wanita kelas menengah dan atasan di China sebelum abad ke-20 lagi.

Pada usia seawal 5 hingga 8 tahun, kanak-kanak perempuan ini diwajibkan melipat empat jari kaki mereka ke bawah telapak kaki sebelum mengikatnya.

Kain yang digunakan untuk mengikat kaki tersebut kemudian dijahit bagi mengemaskan lagi lipatan kaki berkenaan untuk mencegah empat jari kaki tersebut daripada terus membesar, sekali gus membantutkan pertumbuhan empat jari tersebut dan membiarkannya bersatu dengan telapak kaki.

Dalam budaya masyarakat China ketika itu, bentuk kaki kecil ialah lambang kecantikan wanita. Bahkan ia dipercayai dapat meningkatkan keghairahan seksual si lelaki.

Demi mengecapi kehormatan di tengah-tengah masyarakat, mereka rela untuk menghadapi masalah patah tulang kaki dan masalah jangkitan selama proses pengikatan berlaku.

Awalnya kaki itu dipotong kukunya hingga habis, lalu ditekan ke bahagian dalam dan dicampur pelbagai ramuan serta darah haiwan untuk melembutkan kulit kaki.

Setelah itu mereka kembali meremas kaki ke arah telapak sampai jari-jarinya patah. Agar bentuknya tetap, mereka mengikatnya dengan kain. Sebulan sekali ikatan itu dibuka dan kaki dicuci bersih lalu kembali diikat hingga akhirnya mengeras.

Namun beberapa saksi yang masih hidup di atas kekejaman amalan tersebut masih wujud. Mereka sering bercerita tentang soal kesakitan yang dialami demi untuk kelihatan cantik.

Wanita China zaman dahulu sering mempraktikkan amalan kaki kecil ini. Semakin mengecut kaki seseorang wanita itu seumpama bunga teratai maka semakin cantik seorang perempuan itu.

"Meskipun ia kelihatan sangat tidak bertamadun, namun ini satu-satunya cara masa itu untuk perempuan menemukan pasangan yang cocok," ujar Jo Farrell, seorang jurufoto pertengahan yang membuat dokumentasi tentang perempuan yang mengecilkan kakinya.

Kaki-kaki mereka memperlihatkan tradisi dan budaya mengerikan yang harus mereka jalani jika ingin dipandang sebagai perempuan baik yang patuh pada sistem.

Hakikatnya, tradisi ini tiada bezanya dengan nilai kecantikan masa kini, misalnya memasang implan payu dara, suntik untuk memutihkan kulit, langsing, dan sebagainya.

Memotret pemilik kaki kecil bagi Farrell merupakan dokumentasi tak ternilai. Hingga kini mereka yang berkaki kecil masih ada 12 orang. Mereka merupakan generasi terakhir sebelum amalan ini dilarang pemerintah China pada 1939.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2017 06:36 PM | Show all posts
zuri154 replied at 1-1-2017 03:38 PM
(sumber utusan)

Amalan ikat kaki di China

TQ UPDATE ................
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 29-12-2016 11:26 AM
Eunuchs



Eunuchs atau Tradisi Kembiri

Dalam sejarah peradaban manusia, terdapat pelbagai tradisi aneh dan ngeri yang pernah dicatatkan. Salah satu daripadanya ialah kembiri iaitu memotong kemaluan.

Catatan paling awal menunjukkan tradisi kembiri sebenarnya berasal dari kota Lagash, Sumeria pada abad ke-21 sebelum Masihi lagi. Selepas itu, tradisi ini terus berkembang merentasi benua yang berfungsi di dalam pelbagai kebudayaan dan tamadun manusia.

Ketika awal tradisi ini diperkenalkan, ia lebih kepada berbentuk hukuman. Pelaksanaan hukuman ini bertujuan untuk menghukum pesalah yang melakukan perkara sumbang, sekali gus untuk menjaga maruah pihak keluarga wanita yang dirogol. Bagaimanapun, tujuan asal ini berubah dari semasa ke semasa mengikut kepentingannya dalam sesuatu tamadun.

Paling sinonim, peranan orang kasim – gelaran yang diberikan kepada lelaki yang tiada kemaluan, berkait rapat dengan pekerjaan di istana.

Kebiasaannya, mereka menjadi orang yang berpengaruh di istana dan mendapat kepercayaan tinggi pemerintah kerana kecacatan fizikal yang disengajakan itu. Dengan kata lain, kecacatan fizikal itu akan menyebabkan mereka tidak berlaku curang terhadap gundik atau permaisuri raja.

Meskipun begitu, pekerjaan domestik yang mereka lakukan tampak rendah, seperti mengemas kamar tidur, memandikan raja, memotong rambutnya serta melakukan kerja-kerja rutin harian. Malah, ada sesetengahnya yang ditugaskan untuk melayan gundik raja. Dengan kata lain, orang kasim seumpama ‘orang gaji’ di istana.

Mereka umumnya berasal daripada keluarga yang berkasta rendah dan memulakan pekerjaan sebagai hamba di istana, sebelum memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan. Bagaimanapun, lelaki yang melalui proses kembiri dianggap tidak mempunyai nilai dalam peperangan, kaum bangsawan ataupun keluarga mereka sendiri.

Antara kerajaan yang menggunakan khidmat orang kasim di istana ialah pemerintah Akhemenid dari Parsi serta dinasti Firaun di Mesir. Ia kemudian diteruskan sehingga dinasti Lagid yang dikenali sebagai Ptolemeus, tetapi tradisi ini berakhir selepas zaman pemerintahan Cleopatra.

Pada zaman China kuno, tradisi kembiri diperkenalkan semasa pemerintahan Dinasti Sui. Ia bertujuan untuk menjaga kelangsungan serta mengekalkan pewaris sesuatu dinasti itu sendiri. Ketika zaman ini, ramai orang lelaki telah memotong kemaluan mereka sendiri semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan di istana. Sehinggakan, pada akhir Dinasti Ming, terdapat 70,000 orang kasim di istana.

Dengan jumlah seramai itu serta mendapat kepercayaan penuh daripada raja, kekuasaan mereka seolah-olah melebihi perdana menteri. Justeru, kerajaan telah menetapkan satu peraturan yang melarang untuk melakukan kembiri diri sendiri. Jumlah tersebut akhirnya menurun secara mendadak kepada 470 orang pada tahun 1912. Selain China, sistem yang serupa juga didapati wujud di negara Vietnam.

Sejarah juga menunjukkan bahawa amalan ini turut dipraktikkan di benua Eropah semasa kekuasaan empayar Yunani dan Rom. Tetapi fungsi utamanya tidak sama seperti di Asia. Mereka lebih dianggap sebagai perisai raja dan dipercayai sebagai orang yang setia kepada pemerintah. Selain itu, ia juga dilakukan untuk mendapatkan kenyaringan serta fleksibiliti nada suara penyanyi bangsawan supaya kekal sama seperti seorang kanak-kanak.

Amalan ini juga dikatakan turut berlaku semasa zaman kegemilangan kerajaan Byzantine. Tetapi selepas penguasaan empayar Uthmaniah, amalan tersebut serta-merta dihapuskan kerana dianggap sebagai suatu penyeksaan yang melampau.


Menurut Ketua Jabatan Perubatan Forensik, hospital Putrajaya, Dr. Nizam Amil, tradisi kuno ini memerlukan tahap pengorbanan yang paling tinggi bagi seorang lelaki. Ini kerana, seorang lelaki telah menafikan haknya terhadap hubungan kelamin sepanjang hayat apabila kemaluan mereka dipotong. Dengan kata lain, mereka tidak lagi dapat merasai nikmat seks, apatah lagi mempunyai zuriat atau pewaris.

Jelasnya, sebelum wujud teknologi moden, proses kembiri dilakukan melalui satu proses yang sangat berhati-hati. Kemaluan seorang lelaki termasuk buah zakarnya diikat sehingga menyebabkan darah tidak dapat mengalir. Keadaan itu dibiarkan beberapa hari sehingga alat sulit itu rosak. Kemudian, barulah ia dipotong sepenuhnya.

Untuk mengelakkan pendarahan, mereka akan menyapu abu di kawasan tersebut serta menancap bulu angsa pada salur kencing. Bulu angsa tersebut akan dicabut beberapa hari kemudian, dan sekiranya seseorang itu mampu kencing secara normal, proses kembiri dianggap berjaya. Jika tidak, seseorang itu akan menjadi cacat dan akan mati akibat keracunan kencing yang tidak boleh keluar. Bagi wanita pula, proses kembiri adalah dengan cara menutup kemaluan.

Bagaimanapun, menurut Dr. Nizam, ramai yang keliru apabila menganggap orang yang telah di‘kembiri’ tidak lagi mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seksual. Perkara tersebut tidak selalunya benar kerana seorang lelaki yang tiada kemaluan masih mampu mengalami ereksi dan melakukan hubungan seksual. Bagaimanapun, mereka tidak mampu mengakibatkan kehamilan.

Sehingga kini, amalan tersebut masih lagi di jalankan di beberapa wilayah dunia seperti di India, Bangladesh dan China. Kebanyakan mereka yang mengamalkan tradisi ini memberi alasan bahawa ia adalah tuntutan kerohanian.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 29-12-2016 11:28 AM
https://en.wikipedia.org/wiki/Sati_(practice)

Amalan Sati

Membakar mayat adalah amalan orang Hindu di India. Bila berlaku kematian, mayat tidak disemadikan dalam bumi, tapi dibakar dalam unggun api yang marak menyala di hadapan orang ramai, termasuk sanak famili.

Di samping amalan-amalan mengkebumikan mayat, ada juga berbagai-bagai upacara sampingan yang berkaitan dengan si mati, seperti mengadakan majlis jamuan dan seumpamanya.

Di antaranya di India, jika seorang lelaki mati dan dia meninggalkan isterinya, maka jandanya itu akan dikorbankan bersama suaminya dalam api yang membakar mayatnya itu.

Dengan itu, bila seorang lelaki mati, maka pada hari pembakaran mayatnya itu, isterinya juga akan masuk ke dalam api itu untuk membakar dirinya sendiri bersama-sama dengan mayat suaminya.

Upacara ini dipanggil sati di mana isteri yang masih hidup merelakan dirinya dibakar atau membakar dirinya bersama-sama dengan mayat suaminya itu.

Ia merupakan lambang hak pemilikan mutlak kaum lelaki ke atas wanita. Dengan pembunuhan diri itu tidak ada lagi lelaki lain yang dapat memiliki wanita itu walau pun suaminya telah meninggal dunia.

Di samping itu ia juga dikatakan bertujuan untuk menjaga kesucian diri seorang wanita kepada suaminya, walau pun dia telah meninggal dunia.

Dengan pengorbanan itu, sang wanita percaya dia akan dapat tinggal bersama dengan suami di syurga bertahun-tahun lamanya mengikut bilangan rambut yang berada di di atas kepala suaminya.

Justeru itu ia tidak dianggap sebagai membunuh diri atau dibunuh oleh orang lain, malah dianggap sebagai amalan yang kehendaki dan terpuji.

Walau bagaimana pun, kebiasaannya sati ini dilakukan oleh wanita-wanita pilihan tertentu sahaja yang melakukannya, iaitu khusus untuk kaum wanita kasta tinggi di India.

Justeru itu sati dikatakan pilihan yang terbaik oleh wanita janda yang kematian suami.

Sati dipercayai telah diamal oleh masyrakat India sekitar tahun 400 Selepas Masihi [AD] lagi.

Amalan sati ini menjadi tentangan hebat oleh dunia luar yang menganggapnya suatu perbuatan yang zalim dan kejam yang tidak patut dijadikan amalan di mana-mana sahaja di dunia ini.

Amalan sati ini ditentang hebat oleh kaum-kaum penjajah yang memerintah India. Oleh sebab buminya luas, maka dia dijajah oleh berbagai-bagai bangsa penjajah yang berlainan dan di tempat yang berlainan di bumi India dalam masa yang mungkin sama atau hampir sama.

Mereka bertindak mengharamkannya di kawasan-kawasan yang terletak di bawah pemerintahan mereka.

British menentang amalan sati yang membakar hidup-hidup seseorang janda bersama dengan mayat suaminya yang mereka anggap sebagai pembunuhan yang boleh dijatuhi hukum gantung mereka yang terlibat dengannya.

Walau pun perjuangan menentang upacara yang kejam ini telah lama dilakukan, tapi hanya baru pada tahun 1987 kerajaan India meluluskan Undang-undng “Commision of Sati [Prevention Act 1987]”.

Di bawah undang-undang ini adalah menjadi kesalahan membesar-besarkan atau mendewa-dewakan sati dan mereka yang didapati bersalah melakukannya boleh dihukum penjara selama satu hingga tujuh tahun.

Di bawah undang-undang ini adalah menjadi kesalahan untuk cuba melakukannya dan mereka yang didapati bersalah boleh dihukum.

Demikian juga memaksa seorang wanita melakukan sati boleh dijatuhkan hukuman bunuh atau penjara seumur hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 29-12-2016 11:30 AM
Seppuku



Ritual bunuh diri atau Seppuku

Harakiri atau Seppuku adalah amalan membunuh diri masyarakat Jepun yang menjadi satu aspek penting dalam masyarakat feudal Jepun (1192-1862) terutama di kalangan samurai. Ia dianggap sebagai cara kematian yang mulia. Harakiri secara literal bermaksud "memotong perut".

Seppuku adalah sebahagian dari bushido iaitu kod bagi pahlawan samurai. Ia digunakan samurai supaya tidak dimalukan apabila jatuh ke tangan musuh. Kemungkinan juga, samurai mendapat arahan dari tuan mereka supaya melakukan seppuku. Seppuku juga dilakukan untuk menebus kemaluan atas kegagalan melakukan misi.

Senjata utama yang digunakan untuk melakukan seppuku adalah pisau samurai yang dipanggil tanto atau pedang pendek wakizashi. Samurai yang mahu melakukan seppuku akan memilih senjata yang mahu digunakan, membuka kimononya, menikam perutnya dan merobek dari kiri ke kanan. Seorang yang dipanggil kaishakunin akan menolong menamatkan riwayat samurai terbabit dengan memenggal kepala samurai tersebut selepas itu.

Orang yang pertama kali melakukan seppuku adalah Minamoto no Yorimasa saat terjadi Perang Uji di tahun 1180.

Seppuku tidak boleh dilakukan oleh siapa saja. Seppuku hanya dilakukan oleh samurai yang ingin menjaga harga dirinya. Mereka akan memotong perut mereka hingga meninggal dunia dan mempertahankan harga diri yang harganya melebihi nyawa mereka sendiri.

Tidak semua orang boleh melakukan seppuku, hanya mereka yang menjalankan bushido saja yang dibenarkan. Selain itu, samurai pun dilarang melakukan ritual mengerikan ini secara tiba-tiba. Mereka harus meminta izin terlebih dahulu kepada daimyo atau tuan mereka. Jika daimyo mengizinkan, maka mereka akan melakukannya dengan segera.

Daimyo biasanya mengizinkan para samurai melakukan seppuku agar mereka tidak ditangkap musuh. Atau disiksa musuh dengan cara yang ngeri. Para samurai lebih suka membunuh dirinya sendiri daripada kalah dan harus masuk ke wilayah musuh sebagai tahanan. Seppuku bukan perkara memotong perut lalu semuanya selesai. Tapi juga masalah harga diri dan juga ketaatan kepada para pemimpin.

Selain itu mereka juga biasanya melakukan hal itu jika daimyo telah meninggal dunia. Bukti kesetiaan itu dilakukan dengan memotong perut mereka hingga ajal datang menjemput. Apa yang dilakukan oleh samurai ini mirip dengan budak yang biasanya ikut dikubur saat majikannya meninggal dunia.

Seppuku juga dilakukan untuk sebuah perdamaian. Daimyo akan memanggil samurai yang diinginkan musuh dan menyuruhnya bunuh diri. Samurai ini dianggap sangat hebat hingga harus segera mati agar keamanan antara dua wilayah boleh dicapai. Setelah samurai melakukan ritual, dua wilayah biasanya akan melakukan perjanjian baru agar tidak terjadi perang.

Seppuku hanya dilakukan oleh samurai saja. Namun, seorang wanita boleh melakukan hal serupa dengan memotong bagian tubuhnya sendiri. Apa yang dilakukan oleh wanita yang biasanya isteri samurai ini dinamakan dengan Jigai. Ia akan memotong lehernya dengan cepat untuk membuatnya segera mati. Selain itu hal ini dilakukan agar tiada orang yang boleh mencegahnya.

Selain untuk menunjukkan kesetiaan kepada suami yang telah meninggal akibat seppuku, para wanita ini juga melakukan bunuh diri untuk menghindari penangkapan musuh. Dengan membunuh dirinya sendiri, mereka akan menghindari tindakan yang dilakukan musuh. Dengan begitu, mereka akan menjaga kehormatan sebagai seorang isteri.

Seppuku tidak dilakukan dengan tanpa upacara. Biasanya samurai yang akan melakukan seppuku disuruh untuk menyantap makanan terakhirnya. Mereka pun disuruh mandi dan mengenakan pakaian seba putih. Saat melakukan ritual mereka akan menusuk perut beberapa kali agar wajahnya menampakkan kesakitan. Dengan wajah kesakitan inilah mereka dianggap sangat berani dan mau mengorbankan jiwanya untuk daimyo.

Setelah perut terbelah dengan sempurna, samurai akan menegakkan kepalanya. Di sinilah proses terakhir seppuku akan terjadi. Seorang samurai lain di belakang akan siap memenggal kepala dari samurai agar rasa sakitnya segera hilang. Dari sini ritual seppuku selesai dan harga diri samurai serta daimyo akan tetap terjaga.


Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
tq tt. good info best bace. geli pulok nengok foot binding dengan sida2 tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2017 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 29-12-2016 11:31 AM
Human Sacrifice





Ritual Pengorbanan Manusia yang Sadis

Di masa lalu, ritual-ritual pengorbanan manusia masih banyak terjadi di masyarakat dunia. Mereka melakukan itu untuk mengharapkan sesuatu dari apa yang mereka yakini, misal dewa. Dengan melakukan ritual pengorbanan pada manusia, maka apa yang mereka inginkan akan terwujud dengan cepat. Misal mereka ingin hujan, ingin hasil tanaman melimpah, hingga menolak bencana yang diramalkan akan datang.

5 Cara Paling Sadis dalam Ritual Pengorbanan Manusia di Masa Lalu:

1. Memasukkan Bayi ke Dalam Api

Berdasarkan beberapa data dari Phoenician dan Carthaginian, ada sekelompok agama yang melakukan ritual mengerikan di kala itu. Mereka kerap sekali mengorbankan anak-anak mereka yang masih bayi dan percaya kehidupan mereka akan lepas dari mara bahaya selama beberapa waktu.

Akhirnya mereka akan memberikan bayi mereka kepada dewa yang mereka yakini. Bayi ini nantinya akan ditolak masuk ke sebuah ruangan yang berisi api menyala-nyala. Setelah bayi terbakar dengan sempurna, semua orang akan bersukacita menyambut kehidupan yang akan berjalan dengan baik.

2. Dilapah Hidup-hidup

Bangsa Aztec memang dikenal sangat mengerikan dalam hal pengorbanan manusia. Bangsa ini kerap melakukan pemotongan jantung dari musuh yang nantinya akan digunakan sebagai ritual persembahan kepada dewa matahari bernama Huitzilopchtli. Selain membunuh dengan memotong jantung, ada satu ritual yang tidak kurang sadisnya.

Mereka akan melapah hidup-hidup seorang anak laki-laki. Lalu kulit ini akan dipersembahkan kepada dewa  Tlaloc, Xipe Totec, dan Teteoinnan. Dalam ritual, mereka akan mengeksekusi anak laki-laki terpilih sesuai petunjuk dari dukun yang ada di sana.

3. Dilemparkan ke Dalam Sumur

Suku Maya memiliki kepercayaan jika melakukan pengorbanan pada manusia akan membuat mereka diberikan keberkatan. Biasanya saat kemarau panjang datang, Suku Maya akan melakukan ritual dengan melempar seorang gadis ke dalam lubang yang sangat dalam dan dinamai dengan cenote. Lubang ini dipercaya menghubungkan dunia ini dengan dunia kematian yang dipercaya akan memberikan apa saja yang diinginkan.

Biasanya Suku Maya akan mendorong wanita muda ke dalam sana. Masuk ke dalam lubang tidak dianggap sebagai kematian. Bahkan mereka dianggap akan terus hidup dan abadi. Jika wanita ini diterima di dunia bawah, maka kemungkinan besar hujan akan datang dengan sangat deras. Jika tidak mereka harus melakukan lagi ritual pengorbanan manusia ini hingga suatu saat hujan akan datang dengan sendirinya.

4. Dikubur Hidup-hidup

Pada awal-awal peradaban Mesir kuno, banyak sekali pelayan yang dikorbankan untuk mati bersama dengan tuannya. Biasanya jika Firaun mati, para pelayannya harus ikut ke dalam kuburan. Mereka akan dikubur hidup-hidup berdekatan dengan sang raja. Para anggota keluarga kerajaan melakukan ini agar di dunia kematian Firaun masih memiliki pelayan hingga tidak perlu melakukan apa-apa dengan sendirian saja.

Arkeologi yang melakukan penelitian terhadap fenomena ini membenarkan adanya penguburan hidup-hidup. Para pelayan ini biasanya juga disuntik dengan sejenis ubat hingga membuat mereka akan mati secara perlahan-lahan. Dengan memberi ubat itu para pelayan juga tidak akan membusuk meski berada di dalam tanah selama bertahun-tahun.

5. Dicekik Hingga Tak Bernyawa

Di masa lalu, menjadi balu daerah Fiji sama halnya dengan ikut mati bersama suami. Bagaimana tidak, setelah suami dari wanita meninggal dunia, jenazah harus ditemani oleh isteri. Dalam erti kata balu baru ini harus mati untuk memenuhi tradisi yang ada. Mereka harus dicekik dengan sangat kuat hingga akhirnya meninggal dunia dengan cepat.

Parahnya lagi, orang yang harus melakukan ritual itu adalah kakak dari wanita yang jadi balu tadi. Si kakak itu mesti mencekik adiknya sendiri agar boleh bersatu dengan suaminya yang telah meninggal dunia. Bersatunya suami dan isteri ini akhirnya dirayakan dalam sebuah pesta suku yang cukup meriah.

Inilah lima cara paling sadis yang dilakukan dalam ritual pengorbanan manusia.


Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 29-12-2016 11:25 AM
1.Foot Binding (China )



Sokushinbutsu - Ritual Memumiakan Diri Sendiri

Dibahagian Utara negara Jepun, pernah wujud satu tradisi pelik yang diberi nama Sokushinbitsu iaitu satu ritual memumiakan diri sendiri.

Amalan ini pertama kali dirintis oleh seorang rahib bernama Kuukai lebih dari 1000 tahun yang lalu di kompleks candi Gunung Koya, wilayah di Wakayama.

Kuukai adalah pengasas mazhab Shingon Buddhisme, yang merupakan mazhab yang muncul dengan idea pencerahan melalui hukuman fizikal.

Sebahagian mumia dari hasil mumifikasi sendiri berhasil diselamatkan sepuluh tahun yang lalu. Dan diyakini bahawa beratus-ratus sami telah mencuba aktiviti ini tetapi hanya sekitar 16 dan 24 hasil mumifikasi diri yang berjaya ditemui sampai saat ini.

Proses yang rumit bermula dengan 1000 hari makan makanan diet khusus yang terdiri dari kekacang dan biji-bijian. Ketika melakukan aktiviti ini kegiatan fizikal juga semakin dipertingkatkan untuk mengurai lemak yang ada di tubuh para rahib tersebut. 1000 hari kemudian mereka hanya makan kulit dan akar tumbuh-tumbuhan dan mula minum teh beracun yang dibuat dari getah pohon Urushi, yang biasanya digunakan sebagai bahan pembuatan mangkuk lacquer.

Aktiviti ini menyebabkan muntah dan membolehkam menghilangkan cecair badan dengan cepat dan yang paling penting, tubuh para rahib ini menjadi sangat beracun untuk dimakan oleh ulat.

Akhirnya, seorang biarawan yang melakukan mumifikasi diri ini akan mengunci dirinya di kubur batu yang berukuran hampir tidak lebih besar dari tubuhnya, di mana ia tidak akan pindah dari kedudukan teratai. Satu-satunya sambungan ke dunia luar adalah tabung udara dan bel. Setiap hari dia membunyikan loceng untuk membiarkan orang luar tahu bahawa dia masih hidup.

Apabila loceng berhenti berdenting, kuburan yang mirip tabung batu itu dipindahkan dan makam ditutup rapat. Setelah kubur itu ditutup, para biarawan lain di biara akan menunggu lagi 1000 hari, sebelum membuka kubur untuk melihat apakah mumifikasi berjaya. Jika sami itu telah berjaya menjadi mumia, mereka akan dilihat sebagai Buddha dan dimasukkan ke dalam kuil untuk dipamerkan walaupun dengan tubuh yang membusuk.

Mumia juga mempunyai aksesoris mereka sebelum kematian. Namun mata mereka telah diangkat. Meskipun demikian, mereka dianggap mampu melihat ke dalam jiwa-jiwa yang hidup dan mampu memandang kehidupan di dunia nyata dengan sempurna.

Amalan memumiakan diri sendiri pada hari ini telah dilarang oleh kerajaan Jepun.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2017 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Good job TT...iolss suka sgt baca info ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2017 03:17 PM | Show all posts
rasanya dekat bali, berlambak adat tradisi theyolls yg pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 04:53 PM | Show all posts

mmg potong habis rupanya..ingt potong sikit jer
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 06:41 PM | Show all posts
Macam siaran ulangan je
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Haih..seksa dri je nk ikat kaki..tgok pun dh rasa sakit..yg tahan kencing n mandi tu pelik sgt..xleh minum la..sbb xleh ke tandas..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 04:49 PM | Show all posts
jangan lupa adat kaum Tanah toraja
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 09:36 AM | Show all posts

pernah baca kisah nie.... mmg ade berlaku di China
salunya terjadi sebab hukuman
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2017 04:39 PM | Show all posts
woww info yang menarik... tapi ade gak yang skeri meri...
tepek la lg kalau ada info2 yng berkaitan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.112721 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list