Pemimpin Amanah, Dr Zulkefli Ahmad sendiri yang suruh pengusaha stesen minyak tentukan sendiri harga minyak
sebab dapat lagi murah
so sekarang tak betullah apa mereka cakap?
https://drdzul.com/2014/12/04/ra ... kan-harga-kata-pas/
Rakyat beli lebih murah jika syarikat minyak tentukan harga
Putrajaya perlu membenarkan persaingan syarikat minyak dalam menentukan harga pasaran bagi membolehkan rakyat menikmati harga runcit yang lebih rendah, kata PAS hari ini. Pengarah eksekutif pusat penyelidikannya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, di saat harga minyak mentah dunia mencatatkan penurunan sebanyak 40% tetapi harga runcit bahan bakar di negara ini hanya diturunkan pada kadar 1.7%. ”Sejak minyak dinaikkan 20sen pada 2 Oktober lalu, rakyat perlu menambah RM8 pada setiap pembelian 20 liter. Tidak diketahui mengapa begitu jadinya. Bagaimanakah sistem apungan terurus ini diuruskan? “Kalau kerajaan pusat boleh memberi jaminan keuntungan kepada syarikat minyak dan juga stesen minyak, PAS dan Pakatan Rakyat menuntut supaya kerajaan juga terus memberi ‘subsidi’ kepada rakyat bagi memastikan harga runcit dapat diturunkan. “Ia juga bagi mengurangkan kesan berantai terhadap barangan dan perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
|