CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Jururawat dikatakan diculik, ditahan bersama bekas tunang. # 25 Jururawat rela i

[Copy link]
Post time 6-4-2017 05:46 PM | Show all posts
emma_lee replied at 6-4-2017 04:09 PM
agak2 kena denda x ?

#tanyaje

Kalau tak salah kena bayar denda.  Tak pe lah.  Yg penting berdaftar supaya anak2 nanti ada sijil kelahiran dan boleh bersekolah.  Pun begitu JAKIM tetap ada prosedurnya untuk memastikan bahawa pernikahan mereka sah, diakadkan oleh kadi yg bertauliah, bukan kadi bersindikit.  Kenapa tak nak nikah kat Perlis?

Masalah kawen lari rupanya.  Susah nak justifai soal kawen lari ni.  Anak dah besar, nak kawen, makpak tak izinkan tentu ada sebabnya. Mungkin saje lelaki 40thn tu suami orang. Jadi isteri ke berapa? Bekerjakah dn dpt dipercayai menjadi suami/menantu yg solihin, baik serta bertanggungjawab?  Kawen lari ni, senang dulu tapi takut nanti susah kemudian.  Kawen tanpa restu orang tua banyak cabarannya, rapuh dan boleh menjadi sesalan di belakang hari.  Tapi kalau anak pompuan sudah cukup bersedia, cinta mati yg tak dpt ditawar2 lagi, sudah pula menikah di selatan Thai, maka apalah daya keluarga memisahkan.  Jalan masa depan sudah dipilih anak, mau tak mau keluarga kena terpaksa redha.
Boleh kita keluhkan,  sampainya hati si anak bertindak membelakangi keluarga atau memang salah keluarga juga sehingga anak terpaksa bertindak begitu?  Kita berdoa semoga kita yg ada anak ni akan diberi taufik hidayah dlm mengambil sesuatu keputusan demi kesejahteraan dan kebahagiaan sekeluarga. Amin.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2017 05:46 PM | Show all posts
Dia rela ikut bekas tunang, kahwininya

http://www.hmetro.com.my/node/219345

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 April 2017 @ 1:50 PM

Mohd Sabran Md Sani
[email protected]

Johor Bahru: Jururawat yang didakwa diculik dalam kejadian di Hospital Sultanah Aminah (HSA) minggu lalu didapati keluar dari rumah dengan rela hati untuk mengikut bekas tunangnya yang juga suspek dalam kes itu berkahwin di Thailand.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, perkara itu disahkan wanita terbabit ketika ditemubual bagi siasatan membabitkan kehilangannya hasil laporan dilakukan keluarganya.


"Pada 31 Mac lalu, satu laporan dibuat oleh bapa mangsa menyatakan anak perempuannya yang bertugas sebagai jururawat di HSA melarikan diri sejak 30 Mac lalu.

"Bagaimanapun (semalam), dengan kerjasama polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar berjaya mengesan dan menangkap seorang lelaki berusia 40 tahun bersama mangsa.

"Temubual awal dilakukan terhadap mangsa berkenaan kejadian itu dan mengaku keluar dari rumah bersama suspek secara rela hati tanpa paksaan untuk berkahwin di Thailand," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa tinggal di rumah ibu angkat suspek di Pendang, Kedah sejak 30 Mac lalu.

"Mangsa dan suspek sudah berkahwin di Thailand pada 3 April lalu dan mengesahkan tiada kejadian culik dan ugutan berlaku sepanjang kejadian itu.

Sementara itu satu pesanan ringkas berkenaan kehilangan mangsa menjadi tular melalui aplikasi WhatsApp yang menyatakan mangsa diculik dan diugut bunuh.

Berikutan itu kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 363/342 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melarikan orang dan kurungan salah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 05:49 PM | Show all posts
birahnya ko dekkk.. tetiba
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 07:11 PM | Show all posts
satu malaysia tau ko kawin lari kak..

jangn pas ni satu malaysia tau ko didera laki atau hidup ko xbahagia,kena bela biawak.pas2 balik menyembah keluarga pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg umur 40 tahun tu lelaki tu, yg nurse x tau umur berapa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ulamalu replied at 6-4-2017 07:17 PM
Yg umur 40 tahun tu lelaki tu, yg nurse x tau umur berapa.

40 jugak kan berdasarkan berita tuh.

Kalu 40 biarlah dia nak kawin. Susah senang biar dia hadap sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2017 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat pengantin baru.
Hal dgn family pandai2 la pujuk balik. Jgn jd cam rita royani plak ye
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 07:37 PM | Show all posts
X silap nurse tu umur dlm 30an... ermmm x sangka la plak. Doa yg baik2 je la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 07:42 PM | Show all posts
Ku fikirkan umur 40 dah matang.namun umpama budak wechat jua
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 07:43 PM | Show all posts
cinta punya pasal,semua tak keruan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 07:44 PM | Show all posts
jangan ko jadi bini bernombor sudah la kak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm kes cinta agung terlarang rupenyeee.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak salahkan nurse tu? Dia kata dia yg buat dengan kerelaan hati tanpa paksaan lelaki tu. Family dia yg tak boleh terima hakikat buat laporan palsu kena culik ugut bagai. Apa cerita? Masalah family ko, ko nak blow out of proportion nak suruh polis and masyarakat masuk campur. Bodoh!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 07:52 PM | Show all posts
tt updated la tajuk..yang mereka dah selamt kawin kat siam sinun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2017 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ronapink replied at 6-4-2017 11:52 AM
tt updated la tajuk..yang mereka dah selamt kawin kat siam sinun

Done uols...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagnaklcc replied at 6-4-2017 04:20 PM
Dah tua2 gitu pon nak kawen lari... ke jd binik no 2?

Sama mcm kes pemain bola dgn retis tue...ujung2 abis suma dlm kain dikorek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 08:10 PM | Show all posts

hahahaha..

selesai masalah
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau bekas tunang, maknanya sebelum ini keluarganya dah jumpa dan dah terima lelaki tersebut. Ini mesti isu lain sampai kena putus tunang ni. Apa-apa pun semoga dapat diselesaikan cara baik dan tak perlulah sehingga buat laporan culik kalau anak sendiri dah buat keputusan dengan rela hati. Masing-masing pun dah besar panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
cinte terhalang sangattt
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk kawin lari pun jgn le reka cite kene culik dan diugut bunuh. Khenn tambah rumit jdnye dan masuk papers
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.045103 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list