KUALA LUMPUR: Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0, Fattah Amin, mengakui tidak menduga single duetnya bersama Fazura, Cinderella, menduduki tangga pertama carta jualan digital iTunes, selepas dilancarkan semalam.
Meskipun yakin akan diterima ramai, Fattah terkejut apabila lagu yang melatari drama lakonan mereka, Hero Seorang Cinderella berjaya mengetepikan saingan daripada lagu nyanyian artis antarabangsa antaranya seperti Despacito nyanyian Luis Fonsi, Daddy Yankee dan Justin Bieber; Shape Of You (Ed Sheeran) dan Something Just Like This (The Chainsmokers dan Coldplay).
"Saya ingin berterima kasih kepada pengarah, Michael Ang yang sudi memilih dan menjadikan Cinderella sebagai lagu tema drama itu. Kejayaan awal itu membuktikan kerjasama saya dan Fazura dalam lagu itu diterima ramai," katanya.
Terdahulu, Fattah menerusi Instagramnya mengucapkan, terima kasih kepada peminat yang memuat turun lagu runut bunyi drama itu sebagai tanda sokongan terhadap industri muzik tempatan, sekali gus menolak kegiatan cetak rompak.
Sementara itu, Fazura mengakui keserasian yang tercipta antara dirinya dan Fattah ketika membintangi drama yang kini bersiaran di Astro itu membantu proses rakaman lagu tema itu berjalan lancar.
Cinderella dihasilkan penyanyi dan komposer, Aizat Amdan yang sebelum ini pernah menulis lagu Wanita Terakhir nyanyian Fattah. "Aizat selaku komposer sedikit sebanyak turut membantu memberikan bimbingan bagaimana mahu meluahkan emosi dengan berkesan ketika rakaman dilakukan," kata Fazura.
Siaran SABTU, 3 JUN 2017 - 4:54PM oleh Zaidi Mohamad [email protected]
Post time 5-6-2017 10:04 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah lama x rasa sakit hati bila tngk drama
Kali terakhir rasa sakit hati time tngk sinetron
Mmg tngk 1 ep je
Sakit hati sbb watak antagornis over + jalan cter tah pape
La ni sakit hatinya lain pulak.. sebab puan sri mawar dgn puteri punya prangai... lakonan menjadikkk
Post time 5-6-2017 02:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Semalam ahad bila layan marathon hsc, bila stop jap fokus kat Medina dan Ian, tapi fokus kat Puteri dan Farizam.. alahaiii terkesannya dengan scene dan watak diorang.. tp tak puas sebab sekejap sgt.. tp yg sekejap itu diorang lakonkan dgn menjadi..
best bila kt Perhentian Puteri merajuk Farizam nak balik kl, pastu Farizam pujuk.. bila ulang2 scene ni terasa la sweet tapi macho nye Farizzam ni, cara dia cakap ngn Puteri tu alahaiiii... siap bg fon dia suh Puteri save number.. pastu cakap nanti i blk kl i call laa.. aduhh maybe aku yg terlebih hopeless romantik haha.. ye la sebab awal2 kemain farizzam jual mahal...Puteri pulak memang berjaya ikut watak dlm novel.. yg dia mmg betul2 suka kat Farizzam, bukan sekadar nak menggoda Ku Zam demi harta..
so bila scene yg berjumpa kt cafe lepas dah tau Farizzam bukan Ku Zam.. nampak Puteri berperang dgn perasaan.. dapat rasa Farizzam pun suka tapi sedar diri yg dia bukan Ku Zam yg Puteri sepatutnya kejar.. dialoq dan wajah dua2 masa ni sangat la mendalam masa ni.. boleh diulas berlevel-level..
kesimpulannya, Uqasha dan Fikrey pandai berlakon.. harap ke depan depa dua jadi hero dan heroin dalam drama lain pulak...
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 5-6-2017 02:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
vous_me6 replied at 5-6-2017 05:21 AM
Nama shawl tu nyra medina & Cinderella
Boleh check.kat ig galeria ariani kalau nak tengok color a ...
dah check kat ig galeri ariani takde pun shawl Cinnderella. Iols lupa episod brapa tapi iols nak shawl yg Nura Medina pakai tu. it seems very long so I'm wondering berapa panjang shawl tu.. nak sgt beli huhu
Post time 5-6-2017 02:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
vous_me6 replied at 5-6-2017 05:21 AM
Nama shawl tu nyra medina & Cinderella
Boleh check.kat ig galeria ariani kalau nak tengok color a ...
dah check kat ig galeri ariani takde pun shawl Cinnderella. Iols lupa episod brapa tapi iols nak shawl yg Nura Medina pakai tu. it seems very long so I'm wondering berapa panjang shawl tu.. nak sgt beli huhu
Fimie replied at 5-6-2017 02:03 PM
Semalam ahad bila layan marathon hsc, bila stop jap fokus kat Medina dan Ian, tapi fokus kat Puteri ...
Setuju dengan your review. Dah nampak yang sebenarnya Puteri dah perlahan2 jatuh hati pada Farizzam orangnya bukan Ku Zam pangkatnya. Puteri ni is just a spoilt girl, sebab mama dia besarkan dia sebegitu. Tapi jauh di dalam hati nya dia tak lah sejahat mama nya.
Jom kita throwback balik scene Puteri dan Farizzam dekat cafe tu: