CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: mbhcsf

Menjawab Mun im Sirry - Bayyan Linnas - Syabas MUfti KL

[Copy link]
 Author| Post time 5-9-2017 11:50 PM | Show all posts
yups, brilliant observation - see? even themuftis pun tahu depa  anggap quran as teks ( nauzubillah !!!)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2017 11:51 PM | Show all posts
Kedua.

Al-Qur’an juga dicatat dengan menggunakan tulisan. Para sahabat Nabi SAW ada yang menyimpan catatan ayat-ayat al-Qur’an ini bagi tujuan rujukan peribadi. Pada catatan itu juga terdapat komentar, huraian dan lain-lain penambahan untuk pemahaman sendiri. Maka, tahap kualitinya pasti sudah berbeza. Oleh itu, Saidina Abu Bakar mengambil langkah menubuhkan sebuah kumpulan yang menyemak ayat-ayat al-Qur’an yang ada pada para Sahabat dan disatukan menjadi sebuah suhuf. Suhuf tersebut disimpan oleh Abu Bakar, kemudiannya Umar dan setelah itu Hafsah sebelum diserahkan kepada Uthman. Pada zaman beliau, ada permintaah sejumlah para Sahabat untuk mengumpul semula bentuk bacaan (qiraat) yang ada dan diletakkan standard bacaan bagi mengelakkan kekeliruan. Natijahnya, dikeluarkan beberapa buah buku yang mengandungi qiraat yang bersifat mutawatir yang disepakati periwayatannya daripada Nabi SAW.[15]

Ketiga.

Punca utama kekeliruan para orientalis apabila menganggap al-Qur’an itu ada pelbagai ragam bacaan kerana teksnya yang tidak bertitik dan bertanda pada awalnya. Padahal al-Qur’an itu dibaca terus daripada hafazan yang diriwayatkan sampai kepada Nabi SAW. Kaedah dalam hal ini adalah tulisan mengikut bacaan yang diriwayatkan Nabi (al-rasmu tabi’un li al-riwayah) dan bukan sebaliknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2017 11:51 PM | Show all posts
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Islam tidak pernah menghalang wacana ilmu yang pelbagai dan berbeza pandangan, asalkan paksinya bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Pun begitu, apa yang perlu diberi perhatian serius adalah bagaimana wahyu itu digunapakai dalam penghujahan; samada mengikut pandangan alam Islam yang sahih ataupun tidak. Kami menyeru kepada mereka yang ingin mendalami bidang agama, carilah ilmu daripada sumber yang tepat. Bermula dengan pembacaan buku adalah amat baik cuma perlu diteruskan dengan kaedah berguru dan bertanyakan kepada mereka yang lebih arif.

Kefahaman Islam yang sebenar tetap akan utuh dan penyelewengan terhadapnya akan lenyap ditelan zaman. Firman Allah SWT:

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Maksudnya: Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

(Surah al-Isra’: 81)

Semoga kita menginsafi akan kelemahan dan kekurangan kita dalam melayari keluasan lautan ilmu Allah SWT dan dilorongkan kita ke jalan yang diredhai-Nya.


Akhukum fillah

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri,

Mufti Wilayah Persekutuan

30 Ogos 2017 bersamaan 8 Zulhijjah 1438H

_____________________________________
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2017 11:52 PM | Show all posts
_____________________________________

[1] https://www.youtube.com/playlist ... MmBj-i5ihJsoGqDXtrG

[2] Fi Zilal al-Qur’an, 12/44

[3] Mu’jam Mufradat Alfaz al-Qur’an al-Karim, m. 100.

[4] Mausu’ah al-Mafahim al-Islamiah al-‘Aamah, m. 179.

[5] Husn al-Tanabbuh lima warada fi al-Tasyabbuh, m.

[6] http://m.themalaymailonline.com/ ... orthodox-view-on-qu

[7] Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 9/12.

[8] Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 9/14.

[9] Fadhail Al-Quran Wa Ma'alimuhu Wa Adabuhu, m. 281

[10] Al-Masahif, m. 260.

[11] Bulletin of the John Rylands Library, XI: 77.

[12] Materials for the History of the Text of the Qur’an: The Old Codies.

[13] Quranic Studies: Sources and Methods of Scriptural Interpretation.

[14] Lihat Gerd-Ruediger Puin, Observations on Early Qur’an Manuscripts in San’a dalam Stefan Wild (ed.), The Qur’an as Text, 107-111.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2017 02:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 06:16 AM | Show all posts
Salam TT



Rakaman yg ini kah?








Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2017 06:34 AM | Show all posts
Simple je TT

Polemik cenggini kena jelaskan dulu yg utama:
1. Al-Quran adalah kitab di sisi Allah, bkn di rak buku (terutama yg berhabuk).
[2:2. Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan...]
2. Mushaf2 Al-Quran yg melalui perbaikan teks masih melalui perbaikan (dirujuk)
3. Sumber2 Islam lain (buku rujukan).

Jawatan mufti cuma arif di tahap tiga sahaja.
- maka, beliau menjawab atas dasar mendamaikan kegusaran sebahagian warga KL
- kebykan jawapan beliau tegas menjawab polemik 'some random guys' (jamak) ittewww.

Masih boleh dibincangkan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 11:38 PM | Show all posts
dovob replied at 6-9-2017 03:54 PM
Lahjah adalah variasi bahasa berdasarkan pemakainya, dengan kata lain lahjah (dialek) merupakan baha ...

yg hang ni pun terikut lagi merepekdepa tu dok merepek
yg hang lagi teruk meroyan

ada ke ALLAH ajar camni nak MEMBACA KALAMNYA???

hang kata hang tinggi sangat - dapat perintah tuhan pulak
nak baca pun hang tak tau ke
tu syukur sangat2 , pasal ALLAH TAK BERKALAM TERUS
tidak maunye hang tercirit terus cair cam gulai basi






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2017 11:56 PM | Show all posts
dovob replied at 6-9-2017 03:08 PM
Alquran JIKA tanpa bertalaqi, maka samalah maknanya belajar dengan syaitan. setiap lahjah bahasa ara ...

[tr][/tr]
[tr][/tr]
maknanya, ahli ilmu itu wajib disahkan dgn siapa dirinya bertalaqi MELAINKAN mereka-mereka yg diberikan Al-Kitab oleh-Nya (yg ini urusan ALLAH).


ni hukum yg mana satu hang pakai ni???                                                                                   hukum setan gondol atau hukum dajal meroyan                                                                                                                                                                                                                            BACALAH DENGAN TERTIL PERLAHAN2 SESUNGGUHNYA TANGGUNGJAWAB KAMILAH MENJELASKANNYA.                                                                                                                                                                                                                                                                               Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?







Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 04:42 AM | Show all posts
dovob replied at 6-9-2017 09:41 AM
cuba tanya Dr Mun’im Sirry, suruh dia baca surah Asy-Syam. jk tak mampu dibaca, suruh dia gi mengaj ...

Salam Md Nizam yg dikasihan


cuba tanya Dr Mun’im Sirry, suruh dia baca surah Asy-Syam. jk tak mampu dibaca, suruh dia gi mengaji keseluruhan Alquran dgn guru yg mursyid lagi murobbin.

kata kpd dia "tak perlu pertikai" bila surah itupun gagal utk dibacakan. inikan pula nak pertikai surah Al-Kafiruun

Benang ini ingin menjawab beliau
bukan menyoal beliau sambil paksa2
gagal kalu dihukum titik pula dan sbgnya


Dr Mun’im Sirry antara prof yg GAGAL menyebut kalimah yg tepat di dalam surah Asy-Syam. pergilah test, pasti awak akan faham apa yg sy maksudkan.

dgn cara ini shj, mulut prof ini terkunci dari mewawarkan dimedia massa sesuatu yg belum dirinya kuasai iaitu "ilham".

Sedia maklum Md Nizam, simposium tersebut
tidak pernah mengadakan pertandingan
menyebut kalimah dgn betul yg tepat
- test pun takde Md Nizam

Ofkos terkunci Md Nizam, sbbnya
beliau tiada kepakaran dlm menyebut betul yg tepat
- bukanlah profesion beliau


suka sy ingatkan, kerja orang Islam bukan utk MEMALUKAN manusia, akan tetapi membetulkan niat dalam beramal.

ALLAH tahu setiap manusia pasti melakukan kesilapan. Alquran itu sempurna sesuai dgn kehendak ALLAH ke atas ciptaan-Nya.

bila ada yg mempertikaikan kalam ALLAH, berbeza dgn makna khilaf yg lebih kpd amalan pd makna kefarduan (ain dan kifayah).

Md Nizam, kesilapan tu biasa.
Yg luar biasa tu, taknak mengaku silap.
Atau tersilap pandang, kemdian bertindak menyalahkan.

Jika simposium di Malaysia, speakernya orang Indonesia
salah pilih kata pun boleh membuatkan muka mufti jadi kelat
Cth: Di Indonesia org panggil ketua sbg 'kepala bapak'.
Di sini, bole gaduh tauuu...

ada yg bertanya, apa kaitannya surah Al-Kafiruun dgn surah Asy-Syam?
jawapan : iaitu pada lafaznya. pada surah Al-Kafiruun menjelaskan suruhan sbg pengakuan diri seseorg dalam erti kata "dengar dan taat", manakala pada surah Asy-Syam menjelaskan ilham itu antara perkara yg ditentukan oleh-Nya mengikut metod manusia yg "taat" atau "ingkar". seseorg yg gagal menguasai surah Asy-Syam dan BEBERAPA surah lain dari kalam ALLAH akan tertarik mentakwil sesuatu tanpa memahami keseluruhan konteks Alquran. yakni, terlupa setiap perbuatan di dahului dgn niat. dan tiap perkataan di dahului dgn ilham. niat mendahului ilham sebelim berlakunya perkataan dan perbuatan. ini dinamakan Sunnahtullah kpd alam termasuklah manusia.

take note ye. ilmu terbaru dari ALLAH. belum ada lagi yg menjelaskan hal ini ye. tak caya? gi lah check.

Siapa yg tanya?



Dr Mun’im Sirry : niat sebenarnya apa?
jawapan : mencari dunia (populariti)
seseorg yg mencari populariti dgn cara mentakwil perlu menguasai bukan shj ilmu sorof, ilmu nahu, ilmu lahjah bahasa akan tetapi perlu MEMBEZAKAN, lafaz berbeza dari tulisan. dan Alquran itu belajar secara BERTALAQI dihadapan guru.

Alquran dtg utk dibaca. maka meraikan pandangan tiada salahnya, akan tetapi biarlah mantap dgn penuh keimanan

Md Nizam berkhayal kah?

Bahasa, interaksi sesama manusia
Tembok rahmat yg memisahkan puak menindas itu
mustahil dibina tanpa jambatan komunikasi antara dua bangsa asing
- ini bukan isu telur dan telor (atau telo)

Bahasa: fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi
- Merentas bahasa Md Nizam...

P/s: Teringat polemik bendera terbalik, masing2 nak berbahasa


Alquran JIKA tanpa bertalaqi, maka samalah maknanya belajar dengan syaitan. setiap lahjah bahasa arab BUKAN dilihat pada tulisan, akan tetapi diajar menerusi guru, samaada guru itu bersanad terus kpd baginda Rasullullah atau melalui sahabat baginda terpecaya akan bacaannya.

maknanya, ahli ilmu itu wajib disahkan dgn siapa dirinya bertalaqi MELAINKAN mereka-mereka yg diberikan Al-Kitab oleh-Nya (yg ini urusan ALLAH).

Md Nizam, berinteraksi dgn Quran
berinteraksi dgn guru tak sama
- talaqqi cuma salah satu pendekatan adja, tiada paksaan



mana-mana guru yg mahu mengesahkan bacaan Alqurannya, DISARANKAN berguru dgn guru fakih utk mengajar bacaan menurut makhraj yg sewajar dibaca olehnya dgn sebenar tertib.

antara guru yg fakih terdapat di dalam masjid nabi. pergilah mengambil ijazah dari tiap bacaan Alfatihah dan kalam ALLAH darinya, seorg lelaki yg buta matanya. (sementara org itu masih diizinkan-Nya)

Kalu nak rekemen guru, ofkos yg terbaiklah
dan utk yg terbaik, ofkos yg paling sulit/rumit
Utk tidak memberatkan, bacalah.
Tadabbur, tafakur dan bacakan utk beringat2 dan ingat.



sy tgh browser makna lahjah. hehehehe.

sy pun tak tahu lahjah tu menatang apa.

Hang pi mana?
Md Nizam pergi mana?
- sama tak?


teknik mengkritik kalam ALLAH selalunya bermatlamat membuang bhg tertentu utk dimanfaatkan sesuatu tujuan/agenda tanpa disedari.

selepas ini kena mengaji baca Alquran dgn prof selebriti ye. hehehehehehe

Sbb tu Md Nizam kena jelas tiga (3) yg utama di atas
- mana satu yg dikritik? Kenapa dikritik? Kesan2, akibat dan hikmah dia.


P/s: Ada dua jenis kepakaran para ilmuan: Generalist dan specialist
So, jika berselisih kedua2 yg sama bidangnya itu hanyalah pandangan sarwanya adja
- worldview, sisi pandang yg berbeza i.e. perspektif as a org jabatan or perspektif as a reasearcher.

Khen...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54266 Replies : 17
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54365 Replies : 2
Notis muflis ke atas Che Ta, anak oleh MARA
maklukpenggodaNotis muflis ke atas Che Ta, anak oleh M
Views : 42819 Replies : 202
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 278974 Replies : 8143
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 31169 Replies : 32
'Tak takut ke esok Allah hisab?' kontraktor pula 'expose' perangai Che Ta selepas MARA
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 753 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50117 Replies : 168
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 45196 Replies : 165
Biar papa asal bergaya - che ta tak bayar gaji driver
zurieyBiar papa asal bergaya - che ta tak baya
Views : 74022 Replies : 711
KL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak
maklukpenggodaKL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak
Views : 15459 Replies : 37

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.216793 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list