CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: regularbig

tiada wasiat untuk waris

[Copy link]
Post time 26-10-2017 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedekahlah Dengan Penuh Beradab, Al-Baqarah, Ayat 263:

“(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.”

Larangan Mengungkit-Ungkit Apa Yang Disedekahkan, Ayat 264:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.”

Allah Merahmati Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 265:

“Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.”

Betapa Ruginya Orang Yang Berharta Tapi Tidak Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 266:

“Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).”

Sedekahlah Dari Apa Yang Terbaik, Al-Baqarah, Ayat 267:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2017 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
bila faham atas ini, baru senang nak faham cara nak berwasiat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Syaitan Sentiasa Menghasut Supaya Manusia Tidak Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 268:

“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.”

Sedekah Dibolehkan Secara Terang Atau Sembunyi, Al-Baqarah, Ayat 271:

“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Sedekah Dijanjikan Balasan Baik, Al-Baqarah, Ayat 272:

“Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.”

Sedekahlah Walaupun Orang Miskin Tidak Meminta-Minta, Al-Baqarah, Ayat 273:

“(Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya – oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.”

Ganjaran Sedekah Walau Dilakukan Secara Terang Atau Sembunyi, Al-Baqarah, Ayat 274:

“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.”
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 26-10-2017 12:56 PM

Harta Orang Bersedekah Sentiasa Diberkati, Al-Baqarah, Ayat 276:

“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.”

Alangkah Besar Pahala Bersedekah Kepada Orang Yang Berhutang, Al-Baqarah, Ayat 280:

“Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).”

yang ini, antara pahala yg paling besar ALLAH janjikan.

bila dtg saat pintu taubat ditutup, tak ada gunanya nak cari pahala ini. semua diselesaikan oleh ALLAH.

saja nak bgtau awal-awal. kot2 lupa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 27-10-2017 10:25 AM

saya ingin menjelaskan hal ehwal saksi-saksi pada keterangan ini :

"syarat saksi-saksi itu tidak seperti wasiat kerana ianya bersifat hibah. ini kerana paling kurang 1 orang lelaki atau 1 orang perempuan diperlukan utk mengesahkan perkara hibah itu berlaku berserta bukti yg jelas samaada saksi itu yg menerima hibah itu terus dari si mati ketika si mati hidup atau sebaliknya. ini kerana, hak-hak ALLAH ke atas mana-mana hibah itu diserahkan ketika hidup dan ianya tidak diselesaikan atas faktor-faktor memelihara hubungan kekerabatan ketika si mati masih hidup dan ianya bukanlah dinyatakan "wasiat" malah segala bukti diperlukan utk mengesahkan hibah berkenaan."

kategori saksi-saksi yg dimaksudkan termasuklah
1) pengadu (1 orang lelaki atau wanita - baligh, tidak upah sebagai pak turut, tidak dipaksa)
2) hakim (saksi yg akan menjelaskan pengakuan sumpah pengadu ketika menghadap ALLAH)
3) peguam (1 orang lelaki atau perempuan - baligh, berakal, berilmu sebagai saksi yg akan menjelaskan pengakuan pengadu dan pengakuan sumpah pengadu)

jika dihitung jumlah saksi-saksi utk hal ehwal hibah ini, sudah memadai menurut ketetapan ALLAH swt.

makanya, setiap pengadu perlu membayar kos urusan saksi-saksi agar keadilan sebenar terlaksana di dunia dan akhirat kelak. ini kerana, setiap hibah yg merupakan urusan ALLAH, kesemuanya perlu dizakatkan sebahagian dari hibah berkenaan.

dan berilah kemudahan yg sewajarnya kpd pengadu utk meringankan beban yg ditanggung olehnya jika perlu.

setiap pengadu yg mana membeli mana-mana harta hibah dari mereka yg menerima terus hibah dari si mati, tidak TERMASUK dalam apa yg dibincangkan ini. dan mereka yg menjual harta hibah kpd pengadu WAJIBdiqisaskan dgn jumlah serupa yg dimaksudkan zakat itu.

sekian, terima kasih.

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 27-10-2017 10:41 AM

ini antara perkara pokok taqwa yg bersangkutan apa yg diperselisihkan selama ini.

1) seseorg yg bergelar Islam sekiranya meninggal dunia - maka segala hartanya wajib difaraidkan. dan setiap jumlah faraid perlu dijelaskan zakat kpd Amir yg melaksanakan taqwa. mana-mana individu yg tidak membayar zakat dari harta faraid itu belum bertaqwa. (rujuk surah Al-Baqarah ayat ke 3 - zakat/belanjakan rezeki)
2) seorang Islam yg terdapat tanda-tanda kematian, wajib utk mendapatkan saksi-saksi yg BUKAN dari kalangan penerima faraid (jalur melintang, ke atas atau kerabat seagama) dan bukan pula dari kalangan yg diwasiatkan jika sekadar menyampaikannya melalui lisan. dan saksi-saksi terlibat PERLU tampil jika pihak waris meminta mereka utk menjelaskan wasiat itu menerusi amil-amil yg dilantik khas utk urusan berkenaan. dan semua dokumen wasiat yg dicatitkan itu dikemukakan kpd pihak yg diberi amanah utk melaksanakan taqwa ke  atas wasiat berkenaan.

tahukah kita, tanpa taqwa, kita PASTI merasa azab di dunia dan akhirat kelak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2017 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
saya memohon maaf kerana tidak menjelaskan hal ini semalam. kerana terlalu lagho melayan karenah si orgbesi.

moga-moga ALLAH cucuri rahmat-Nya ke atas org-org yg soleh dan bertaqwa (seperti mana yg termaktub di dalam Alquran)
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 27-10-2017 11:20 AM

oh ya.

utk memahamkan kita semua mengenai hal ehwal waris, hakikatnya waris itu terbahagi kpd dua bahagian.
1) waris yg mewarisi
2) waris yg tidak mewarisi

sekiranya seorg ayah/ibu meninggal dunia, makanya, ke semua anak kandungnya dan PASANGAN HIDUP YG MASIH DALAM PERKAHWINAN ITU (SELAGI MANA MASIH HIDUP) TERMASUK dalam kalangan waris yg mewarisi harta pesaka. dan mereka itu LAYAK menerima faraid. adapun kpd para cucu, mereka HANYA LAYAK MENERIMA FARAID jika ibu/bapanya meninggal dunia dan mereka antara cucu yg mewarisi SESUDAH difaraidkan bahagian yg diwariskan kpd ibu/bapanya. ini kerana, setiap faraid MENGIKUT adab yg ditetapkan oleh-Nya. dan mana-mana cucu yg masih mempunyai ibu/bapa, TIDAK LAYAK menerima faraid sekiranya ibu/bapanya SUDAH menerima faraid dari orang tuanya.

waris yg tidak mewarisi termasuklah kedua orang tua kpd ayah/ibu berkenaan, adik beradik kpd kedua orang tua berkenaan, bapa/ibu kpd kedua orang tua berkenaan, yakni mereka tidak TERMASUK dalam ketegori penerima faraid.

makanya, segala wasiat yg mahu dikemukakan TIDAK BOLEH DIWASIATKAN kpd waris yg mewarisi akan tetapi layak diwasiat kpd waris yg TIDAK MEWARISI.

waris yg mewarisi faraid LAYAK utk menjadi  saksi sekiranya apa yg diwasiatkan SEBELUM arwah meninggal dunia TIDAK ADA SATU PERKATAAN yg menisbatkan wasiat kpd waris yg mewarisi. sekiranya ADA, maka waris yg mewarisi TIDAK LAYAK utk mengemukakan wasiat kerana sebarang wasiat yg TIDAK BERTAQWA, tidak dibolehkan utk dikemuka utk dipertimbangkan.

ini kerana, wasiat yg tidak memenuhi kehendak ALLAH itu BUKANLAH TAQWA akan tetapi KEFASIKKAN NYATA.

faraid itu hak yg ditentukan oleh ALLAH. wasiat itu juga hak yg ditentukan oleh ALLAH agar kita faham makna taqwa.

apakah terdapat dalil dari ALLAH utk menjelaskan hal ini? di dalam surah AlBaqarah, ALLAH swt memerintahkan orang tua kpd anaknya yg berusia 21 tahun agar memberikan hartanya. ini antara
petunjuk taqwa yg menjelaskan, 1/3 bahagian itu SAHAJA yg boleh diwasiatkan oleh seorg anak SELAIN dari keturunannya.

dan pada pandangan saya, sekiranya wasiat si anak itu BERSALAHAN dgn TAQWA, adalah lebih baik diberi hibah ke atas orang tua yg kematian anaknya itu (secara bahasa kasarnya, ini anak TAK GUNA - BODOH TAK PERNAH DIAJAR AGAMA).

sekian, harap maklum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2017 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
apabila datang wasiat dari MANA-MANA anak-anak si mati (ayah/ibu) itu, sekiranya mereka itu PENERIMA WASIAT, maka WAJIB DITOLAK DGN BAIK.

dan sekiranya seorg ayah/ibu meninggal dunia lalu mewasiatkan kesemua hartanya utk disedekahkan, makanya, HANYA 1/3 sahaja bahagian yg perlu disedekahkan.

ini kerana, seorang ayah/ibu yg dimaksudkan tidak mengikut Sunnah Rasullullah saw. makanya, hak-hak faraid itu hakikatnya wajib jika mahu bertaqwa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
hal mcm ini sebenarnya, saya lebih suka mcm ini.

jika rasa-rasa tak mau berwasiat, bagitau sahaja dalam makna hibah. dan hibah itu TIDAK BERSERTA perkataan "wasiat". dan SEMUA HARTA HIBAH perlu bayar zakat atau diqisaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
ada yg nak tahu, dari mana saya ambil qisas tu? jika awak semua buka Alquran, di dalam surah Albaqarah, ada dinyatakan hal ehwal qisas, kemudian ayat seterusnya mengenai wasiat. makanya, setiap hibah itu perlu dibayar zakat. rujuk pada awal surah AlBaqarah. ALLAH swt jelaskan, belanjakan rezeki yg kami berikan. ini menyentuh hal ehwal hibah yg perlu juga dizakatkan. sesuai dgn hadis dari Rasullullah yg JELAS menyatakan kurang dari 1/3 bahagian yg diwasiatkan yg merujuk TAQWA, setiap wasiat perlu dikeluarkan zakat.

kenapa zaman Rasullullah ianya BELUM dilaksanakan? ini kerana, urusan taqwa itu bersifat personal.

sekiranya awak orang awam, maka awak akan lakukan taqwa ikut cara orang awam. dan tidaklah sama cara seseorg itu bertaqwa sekiranya ALLAH swt berikan amanah utk dilaksanakan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
orang dulu-dulu, ALLAH didik agama-Nya ikut apa yg DIA sudah tetapkan.

maka, kini kita perlu sedar akan dosa-dosa orang terdahulu dan perbetulkannya agar diri itu bertaqwa.

taqwa itu keselamatan diri sendiri, keturunan dari azab ALLAH di dunia dan akhirat kelak. dan fitnah itu ujian dari-Nya agar janji ALLAH itu terlaksanakan ke atas apa yg telah ditetapkan oleh-Nya.

kenapa ALLAH tidak ajarkan Taqwa? kerana hak ALLAH utk ajarkan Taqwa kpd sesiapa yg DIA kehendaki. dan melaksanakan taqwa itu antara jalan keselamatan dari fitnah mereka yg bakal diazab oleh ALLAH.

moga-moga, ALLAH pelihara diri kita dan keturunan kita dari fitnah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2017 11:53 AM | Show all posts
dovob replied at 27-10-2017 10:58 AM
oh ya.

utk memahamkan kita semua mengenai hal ehwal waris, hakikatnya waris itu terbahagi kpd dua ...

terima kasih atas penerangan
jadi maksudnya bahawa waris yang mewarisi tidak sah mendapat bahagian dari wasiat walaupun semua ahli waris yang mewarisi bersetuju,
kerana menambah2 bahagian masing2 yang telah ditetapkan oleh Allah swt dalam hukum faraid?




Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
tak caya ALLAH? bukankah saya yg tak mengaji phd spt awak semua suda JELASKAN, saya lebih TERKEHADAPAN berbanding awak semua?

hak ALLAH lebihkan apa yg DIA kehendaki dan kpd sesiapa yg DIA kehendaki! dan bukan hak saya dan sesiapa jua utk mempertikaikan akan hak-Nya itu. yg DIA ingin lihat, adakah kita ini beriman dan bertaqwa kpdNya?

ayuh kita mula mengajak diri kita dan semua bertaqwa kpd ALLAH! nescaya ALLAH limpahkan rahmat-Nya ke atas alam ini.

yg baik itu dari ALLAH. dan jika ada kesalahan yg dtg dari saya, maka pastilah saya hanyalah ciptaan-Nya yg serba kedaifan. setiap yg lebih, ada yg DIA kurangkan. yg DIa ingin lihat, adakah kita mahu bertaqwa hanya kpd-Nya?

ALLAH pasti mengazab orang-orang yg tidak bertaqwa. lihatlah apa yg pernah ALLAH perlakukan ke atas manusia yg tidak bertaqwa. tidakkah kita berfikir, ilham itu milik ALLAH yg diberikan secara PERCUMA?

Wallah hu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
regularbig replied at 27-10-2017 11:53 AM
terima kasih atas penerangan
jadi maksudnya bahawa waris yang mewarisi tidak sah mendapat bahagia ...

semuanya termaktub di dalam Alquran jelas dan nyata. cuma DIA kaburkan dgn istilah-istilah yg mana memerlukan kita faham keseluruhan Alquran.

dan utk faham keseluruhan Alquran itu hak ALLAH kpd sesiapa yg DIA kehendaki. dan MANA-MANA penjelasan yg tidak memenuhi kriteria yg jelas membelakangi Alquran dan Sunnah, boleh ditolak dgn baik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
regularbig replied at 27-10-2017 11:53 AM
terima kasih atas penerangan
jadi maksudnya bahawa waris yang mewarisi tidak sah mendapat bahagia ...

tapikan, zaman ini ye, ramai yg PASTI tolak perlaksanaan hukum ini TERUTAMA yg tak bersolat.

jika benar 80% umat yg bernama Islam tak bersolat, maka itulah jumlah yg akan memfitnah isu ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2017 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
saya ada sembang dgn beberapa org yg lebih berusia dari saya. base kepada apa yg mereka nyatakan, MAJORITINYA menolak hukum itu dan mengguna-pakai hukum rimba.

kita perlu tahu, tanda mereka yg diistidraj itu adalah mereka senang dlm kehidupan tanpa disedari ALLAH akan mengazabnya berserta keturunannya di dunia dan akhirat.

MAJORITI jenis ini berjenis LALANG. dan sifat yg mula-mula sekali yg akan dilakukannya utk memancing perhatian manusia yg lain adalah "merendah-rendahkan manusia". ini antara standard spek orang-orang yg sombong.

saya selalu perbetulkan view orang yg sombong ini utk ikut Sunnah Rasullullah saw iaitu mengikut AMIR meskipum AMIR yg memerintah tu bodoh piang. ini kerana, Rasullullah saw ajar orang yg beriman utk ikut Sunnah baginda. ini kerana, jaminan taqwa itu menjamin keselamatan saya di dunia dan akhirat kelak meskipun "mentaati seorg Amir yg bodoh piang".

moga-moga, para Amir tak lupa kepada ALLAH.

Wallah Hu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
antara contoh kes faraid dan wasiat :

katakanlah, ada
1) datuk dan nenek
2) ibu dan adik beradik
3) anak-anak
4) cucu

datuk meninggal dunia tinggalkan wasiatnya, maka faraid itu maksimum 2/3 bahagian harta. nenek, ibu dan adik beradik mendapat faraid. jika ada lebihan baki dari faraid 2/3 bahagian, ianya hak ALLAH secara mutlak. pertikai dihukum berdosa besar.

katakanlah, si ibu meninggal dunia SEBELUM datuk meninggal dunia. secara automatik, bahagian itu difaraidkan atas nama si ibu SEBELUM diserahkan kpd anak-anaknya. atau dalam erti kata lain, 2 kali difaraidkan. dan JIKA ketika si ibu hidup BELUM menerima faraid, akan tetapi berjanji utk menyerahkan semua wang faraid itu kpd anak-anaknya, akan tetapi BELUM SEMPAT MENYERAHKAN harta faraid itu, si ibu meninggal dunia, ianya tidak termasuk hibah kerana ALLAH menakdirkan faraid atas apa yg dimiliki yg belum diserahkan.

makanya, hibah HANYA BERLAKU dgn penyerahan. tanpa penyerahan, ianya tetap faraid.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg mahu bertanya (tapi malu) :
Adakah seorang mualaf boleh mewasiatkan hartanya kpd ke dua ibu bapa atau kerabatnya yg bukan Islam?

Jawapan : tiada dalil yg menisbatkan mereka yg akan menerima harta yg diwasiatkan itu Islam ataupun tidak. Maka, bertaqwalah kpd ALLAH moga-moga ALLAH limpahi dgn petunjuk-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Islam hanya dikenali bila penganutnya beriman dan bertaqwa.
.
Islam akan dikeji bila penganutnya SOMBONG kpd ALLAH.

siapakah manusia yg sombong itu?
mereka yg merendah-rendahkan orang lain ketika diri diilhamkan kefasikan oleh-Nya. mereka itu ibarat binatang ternak, malah lebih dari itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.057728 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list