CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

HARTINI- dah terbit dengan Penerbit Dear Novels

[Copy link]
Post time 28-11-2017 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 27-11-2017 10:49 PM
lagu ayda jebat yang mana? Tajuk mata ke?

Avvy lama tu saya pun suka sebenarnya..minum secwan k ...

Yang ni..


Hmm..sy suka hujan n lagu2 yg sedih sayu..
So bila tgok avvy tu..imagine cm dri sndri..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2017 09:27 AM | Show all posts
Ipo... nama2 watak pun klasik. Tetibe teringatkan x classmate masa sek menengah. Nama dia Kahar M****
Selalu bg hint mcm dia suka kat iols tp semua org tahu dia bercinta dgn S yg juga classmate.
Since ku bukan pencaras maka ku tak layan. Plus ayah dia dgn ayah lady x sebulu. Tp dia hensem.  

Sekian imbauan silam...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 10:39 AM | Show all posts
memang trend buat mini novel ke sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 10:53 AM | Show all posts
thanks sambung...tp nak minta sambungan lg..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 26-11-2017 12:53 AM
terima kasih sudi baca
selalu sr je kat bod cinta nun dan bod arwah paan...bacalah jugak komen s ...

Bod cinta tu bod untuk merepek2 je... hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 05:59 PM | Show all posts
BASIKAL disandarkan di tepi tiang di bawah rumah yang bertiang tinggi. Hartini melangkah ke anak tangga dan duduk di situ sambil melihat sekitar halaman rumah Mak Minah. Walaupun tidak seluas kawasan rumahnya yang terbakar dahulu, halaman rumah Mak Minah nampak kemas dan bersih. Dia lebih tertarik dengan pokok-pokok ros merah yang ditanam berderet membentuk seperti pagar di hadapan halaman. Hanya ros merah saja yang ditanam.Pokok-pokok ros merah itulah yang selalu dibelai Mak Minah setiap hari terutama pada waktu Asar menjelang. Bunga ros merah tumbuh segar dan subur.
Pernah jugalah dia melihat Mak Minah menyiram poko bunga ros merah itu dengan siraman air beras dan air basuhan ikan. Bau hanyir tak usah cerita ketika dia menyiram pokok itu semalam. Patutlah tumbuh subur pokok-pokok itu semua. Tambah lagi dengan baja tahi ayam yang digemburkan bersama tanah.


"Eh, Tini, bila balik?"tegur Minah melihatkan Hartini ralit membuang pandang pada pokok-pokok ros merah yang ditanamnya.

Hartini yang asyik merenung pokok ros merah mula menoleh pada Mak Minah. Dia mengukir senyuman manis. Wajah Mak Minah ditatap dalam-dalam. Sejak dulu lagi dia perasan, wajah Mak Minah berseri-seri saja, lagi-lagi selepas waktu Asar. Memiliki kulit sawa matang yang tegang dan mulus. Langsung tidak kelihatan seperti wanita berusia 50 tahun.

"Ya, Mak. Nah, ni duit yang pakcik Kahar bagi tadi." Hartini keluarkan segenggam duit dari dalam poket baju kurungnya dan dihulurkan kepada Mak Minah.

"Emm..banyak juga ya bulan lepas. Rezeki kita la ni nampaknya."

Hartini menguntum senyum melihat wajah Mak Minah semakin berseri-seri. Sejak tinggal dengan Mak Minah, itulah sumber pendapatan Mak Minah selain daripada menjual sayur dan ubi keledek di pasar tani. Tanah sekangkang kera di sebelah kiri dan belakang rumah itu digunakan sepenuhnya menanam beberapa jenis sayur dan ubi keledek.

"Oh ya mak, tadi pakcik Kahar cakap, nak tambah kipas tangan dan tudung saji. Permintaan banyak katanya. Sempat ke mak?"

"Nak banyak mana?"

"Entahlah, tambah dalam 10 kot. Bulan lepas kan, kita buat 10 tudung saji dan 20 kipas." Hartini masih ingat setiap produk yang dihasilkan dicatat dalam buku nota.

"Emm..Tini macam mana? Lepas dapat keputusan SPM nanti, mesti Tini nak masuk universiti. Mana larat mak buat sorang-sorang. Nanti, cakap kat Kahar tu, kita buat mana yang mampu je." Pesan Minah.

Hartini mengangguk. Dia minta diri untuk menyiram pokok ros merah, melunaskan rutin hariannya pada waktu begini.

"Nanti, jangan lupa ambik tujuh kuntum ya."

Hartini mengangguk. Dia sudah tahu apa yang harus dilakukan. Tujuh kuntum bunga ros merah itu akan diramas dalam air dan dibuat mandi sebelum azan maghrib berkumandang. Setiap hari jumaat, Mak Minah akan mandi bunga ros merah dan dia pula turut disuruh mandi sama. Begitulah setiap kali hari jumaat tiba. Setiap kali dia menatap wajahnya di cermin,  wajahnya nampak berseri-seri bagai aura seri seorang pengantin baru.

"Wahai kau bunga, kau berbungalah lebat-lebat dan besar-besar ya." Senyuman di bibir Hartini semakin lebar. Dia bercakap-cakap dengan pokokm bunga sambil menyiram kesemua pokok bunga di situ.

Minah masih berdiri di anjung rumah memerhati Hartini yang sedang tersenyum sendiri sambil menyiram pokok. Nampaknya Hartini begitu sayang dengan pokok-pokok bunga ros merah itu. Bunga ros merah itu bukan sebarang bunga. Bibirnya mengukir senyum. Dia menarik nafas lega.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-11-2017 06:06 PM | Show all posts

omg...memang geli la
suka lagi versi rancak ayda jebat tu

soothing je kan kalau renung rintik hujan macam tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 06:12 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 28-11-2017 09:27 AM
Ipo... nama2 watak pun klasik. Tetibe teringatkan x classmate masa sek menengah. Nama dia Kahar M*** ...

aiguuuuuuu...lady terimbau kenangan lama yang indah gitu
jaman sekolah iols dulu pun ada jugak cinta monyet ni lady
tapi that guy senior dua tahun...iols tak layan
hari tu dia add fb ..oh my..gigih dia cari iols balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2017 06:13 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 28-11-2017 10:39 AM
memang trend buat mini novel ke sekarang ni

ya Nay...ikut trend lady kekdahnya
sebab utama is..........tak nak panjang2...kononnya lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 06:14 PM | Show all posts
ovina replied at 28-11-2017 10:53 AM
thanks sambung...tp nak minta sambungan lg..

..faham...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 06:15 PM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 28-11-2017 01:12 PM
Bod cinta tu bod untuk merepek2 je... hehehehe

tak adalah merepek sis..
banyak jugak input yang dapat

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 08:57 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 7-1-2018 07:02 PM

BAB 2



LAMA Hartini melihat imej dirinya di depan cermin. Wajah bujur sirehnya diperhatikan dalam-dalam. Wajah yang banyak diwarisi dari arwah ayah. Masih terngiang-ngiang di telinga, arwah mak pernah memberitahunya, wajahnya  lebih iras pada wajah arwah ayah. Tidak begitu cantik walaupun berkulit putih, rambut ikal dan mempunyai kening yang lebat hitam sedangkan Harlina, lebih mewarisi dari arwah mak, berambut kerinting, tidak secerah kulitnya namun memiliki wajah cantik yang diwarisi daripada wajah arwah mak.

Album dalam laci diambil dan dia membelek-belek foto kenangan bersama keluarganya dulu. Itulah satu-satunya album yang Mak Minah simpan di rumahnya dulu. Fotonya ketika berumur tujuh tahun. Terimbau semula kenangan bersama Harlina. Dia dan Harlina memang sangat rapat dan selalu melakukan bersama-sama dalam apa-apa jua perkara seperti kembar seiras walaupun hakikatnya mereka berdua jauh berbeza dari segi rupa. Keratan akhbar yang disimpan Mak Minah ditatap sepi kali ini. Berita itu sudah 10 tahun berlalu. Sekarang tiada apa yang boleh dilakukan.

Hartini meraup muka. Lama.

Sepuluh tahun dia berpisah dengan Harlina yang entah hidup entahkan mati. Album ditutup perlahan. Hartini bingkas bangun dari kerusi di depan meja solek. Dia menapak ke jendela kayu lalu daun tingkap dikuak perlahan. Angin malam itu agak sejuk tidak seperti malam semalam. Rambut ikalnya beralun lembut ditiup angin malam. Dia mendongak melihat dada langit. Bersinar bintang-bintang menghiasi langit malam.

"Tini, tak tidur lagi?"

Hartini sedikit terkejut bila terasa bahunya disentuh. Mak Minah sudah berdiri di sebelah. Segaris senyuman dilemparkan kepada Mak Minah.

"Mak tengok dua tiga malam ni, Tini macam gelisah je?"

Hartini hanya membalas dengan senyuman nipis. Ya, sejak dua minggu lepas, dia sering bermimpi. Mimpi yang sama. Malah setiap apa yang berlaku dalam mimpi itu masih dingatinya.

"Kalau Tini ada masalah, beritahu mak. Tak baik fikir sorang sorang. Mak nak anak mak ni sihat dan gembira. Tak lama lagi, Tini nak masuk universiti. Kalau pasal duit, Tini jangan bimbang. Mak ada sikit simpanan."

Hartini menoleh perlahan. Tangan Mak Minah dicapai lembut dan digenggam. Wajah tua itu dipandang tak berkelip. Wajah keibuan jelas terpancar. Dia tahu, Mak Minah tak pernah berkahwin. Mak Minah sudah berkhidmat dengan keluarganya sejak berusia 30 tahun dan sepuluh tahun kemudian, rumahnya terbakar. Rumah yang dihuni sekarang adalah rumah peninggalan kedua orang tua Mak Minah yang juga sebatang kara. Itu yang Mak Minah beritahunya dulu.

"Mak, simpanan mak tu biarlah mak simpan. Kalau Tini diterima masuk universiti nanti, kita jual saja tanah di hujung kampung ni. Dengarnya, Pak Mahat nak berminat nak beli?" Hartini menatap lama wajah sugul Mak Minah.

"Tapi..itu satu-satunya tanah pusaka Tini selain tapak rumah yang terbakar tu. Mak tak nak ambik harta Tini."

Berkaca mata Hartini mendengar kata-kata Mak Minah. Tubuh wanita tua itu diraih dalam pelukannya. Lama.

"Mak, harta boleh dicari. Lagipun, saya tak nak menyusahkan mak. Kita jual saja tanah tu kepada Pak Mahat. Kalau ada rezeki lebih, saya akan bina rumah di tapak rumah terbakar tu untuk mak." Hartini memegang kedua pipi Mak Minah dengan senyuman manis.

Minah hanya mengangguk saja.

"Dah lewat malam. Mak tidurlah."

"Oh hampir terlupa mak. Ni, minum air ni. Biar tidur lena. Bunga ni, gantikan yang dah layu tu."

Hartini menguntum senyum. Mak Minah memang tak pernah lupa pada rutin setiap malam itu. Minum air rebusan kunyit bersama kacang badam dan susu itu disusuli pula dengan minum air ros merah yang dibubuh sedikit madu.

Minah menapak keluar dari bilik Hartini. Dia menutup daun pintu dan kembali ke biliknya semula. Hartini menghabiskan minuman yang dibawa Mak Minah. Badannya terasa segar dan bertenaga setiap kali selepas minum minuman herba itu. Malah, kulitnya semakin hari semakin mulus dan wajah semakin berseri-seri.

"Hmm..dia jampi apa ek?" gelas berisi air ros merah bersama madu itu dipandang sekilas sebelum dia menghabiskannya.



MALAM kian larut. Hartini resah di atas katil. Sesekali tubuhnya beralih posisi tidur. Dari telentang, dia mengiring ke kanan. Itu yang ustaz beritahunya dulu, tidur mengiring. Namun malam itu, seperti malam-malam sebelumnya, matanya sukar diulit. Tercegat Hartini bangun dari baringnya. Bau wangi menyucuk hidung.

"Macam bau bunga ros..."

Dia melangkah ke pintu dan pintu dikuak sedikit. Hartini intai di ruang tamu rumah. Tiada apa-apa tetapi bau wangi bunga ros semakin kuat menyucuk hidung. Dia menapak ke ruang tamu mencari-cari dari mana datang bau bunga ros. Langkahnya terhenti. Seorang perempuan cantik dengan baju kebaya putih berkain sarung batik sedang berdiri di satu sudut ruang tamu, betul-betul di sebelah pasu bunga ros merah. Perempuan yang berambut ikal mayang itu tersenyum manis kepadanya. Sekuntum bunga ros merah diselit di tepi telinga kiri dengan rambut dilepaskan di sebelah kiri  depan bahu.

Hartini kaku. Pucat mukanya ketika ini.

"Jadi kau Hartini?"

Hartini menelan liur pahit. Matanya bagai terpaku melihat perempuan cantik itu yang mula menghampirinya.

"Kau..kau siapa?"

Perempuan cantik itu semakin merapati Hartini. Tubuh Hartini dipandang dari atas ke bawah sambil mengelilingi gadis itu yang hanya memakai baju kemeja dan bersarung batik. Segala apa yang ada pada gadis itu diperhatikan.

"Kau punya tubuh yang menarik tapi sayang, wajahmu tidak seiring dengan tubuhmu."

Hartini berdiri tidak berkutik. Kata-kata perempuan itu kedengaran seperti menyindir dirinya. Ya, dia sedar, dirinya tidak secantik Harlina. Walaupun berkulit putih, raut wajahnya hanya biasa-biasa saja.

"Jadi apa kau mahu dari aku?" Hartini beranikan diri bersuara walaupun terasa dia bercakap dengan jelmaan. Mungkin ya itu jelmaan.

"Jangan bimbang. Kau sudahpun  menuju ke arah itu,"

Hartini berkerut kening. Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh perempuan itu. "Apa maksudmu?"

Perempuan itu hanya melakar senyum dan hilang ditelan kabus. Hartini kaget. Dia mencari-cari kelibat perempuan tadi. Pintu dibuka luas dan dia jenguk ke halaman. Kelibat perempuan itu nampak berdiri di deretan pokok ros merah dan hilang lesap sekelip mata. Liur ditelan payah. Lekas-lekas Hartini menutup pintu. Sebaik saja dia menoleh, Mak Minah sudah terpacak di belakangnya.

"Tini buat apa malam macam ni?"

"Err..mak, mak tak tidur lagi?"

Minah tidak menjawab pertanyaan Hartini sebaliknya dia membuka pintu dan menjenguk ke arah pokok ros merah. Dia kemudian menutup semula pintu dan mengalih pandang pada Hartini yang masih berdiri kaku di depan pintu.

"Sudah! Pergi tidur."

Hartini melangkah laju masuk ke biliknya semula dengan wajah penuh tanda tanya. Riak wajah Mak Minah sudah berlainan. Nampak gusar di matanya. Dia kembali baring dan menarik selimut menutupi sehingga paras dada. Apa yang berlaku tadi diputar kembali di mindanya. Dia tidak bermimpi. Perempuan itu benar-benar wujud. Matanya dipejam rapat, ingin melupakan apa yang telah dialami sebentar tadi.



HARTINI teraba-raba dalam gelap. Di kiri kanannya hanya ada hutan dan di depannya jalan kecil yang tidak berpenghujung. Satu cahaya muncul dari hujung jalan. Seraya itu juga, muncul satu susuk tubuh yang semakin lama semakin dekat.

Hartini diam membisu, hanya bebola mata saja yang bergerak. Tepat memandang susuk tubuh itu yang semakin mempamerkan bentuk dan rupa sebenar.

"Hartini.."

Hartini masih tidak berganjak. Susuk tubuh itu kini sudah jelas di matanya. Seorang lelaki yang memiliki wajah sejuk mata memandang sedang tersenyum padanya.

"Macam mana kau tahu nama aku?"

Lelaki itu hanya membalas dengan senyuman yang semakin lebar.

"Kenapa kau muncul? Kau siapa?" Hartini semakin geram.

Lelaki itu berpaling semula ke arah penghujung jalan sebelum mengatur langkah menuju ke arah cahaya tadi.

"Tunggu!! Kau belum jawab pertanyaa aku!! Kenapa kau selalu muncul?" Hartini cuba mengejar.

Walaupun lelaki itu hanya berjalan, Hartini masih tidak terkejar lelaki itu yang kian menjauh dan lenyap di dalam cahaya di hujung jalan.

"Kau siapa?!" Jerit Hartini sambil terduduk di atas jalan kecil, mata memandang geram pada lelaki itu yang sudah tidak kelihatan pada pandangannya.



"TINI!!"

Hartini buka mata. Terasa namanya dilaung seseorang. Entah bila dia terlelap. Matanya terus melilau melihat sekitar ruang bilik. Dia menolak selimut dengan kasar. Segera dia menuju ke pintu bilik.

"Mak.." terkejut melihat Mak Minah sudah tercegat di luar pintu.

"Mak dengar Tini meracau-racau tadi. Kenapa?" Minah panjangkan leher melihat bilik Hartini. Tiada apa-apa yang pelik berlaku.

"Tak ada apa. Saya mimpi barangkali. Dah pukul berapa ni?" Hartini menggenyeh mata berkali-kali.

"Dah nak subuh."

"Mak baru bangun ke?"

Minah mengangguk.

"Malam tadi, mak tidur pukul berapa?"

"Kenapa?" Minah berkerut keningnya mendengar pertanyaan Hartini.

"Malam tadi, mak ada kat depan pintu. Masa tu rasanya pukul 12.30 malam. Sebelum tu, saya nampak perempuan cantik kat situ." Hartini tuding ke arah pasu bunga ros merah di satu sudut.

"Perempuan cantik mana pulak ni? Masa tu mak dah tidurlah! Sudah, pergi mandi, kita solat sekali."

Hartini hanya melihat Mak Minah beredar dari muka pintu biliknya. Dia masih bingung. Apakah perempuan cantik itu juga satu mimpi?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 10:34 PM | Show all posts

PAGI yang cerah. Seperti hari-hari yang lain, Hartini membantu Mak Minah menyiapkan nasi lemak yang akan dihantar ke warung Cik Nab. Sambil melurut daun pisang yang sudah dilayur, Hartini sempat mengerling Mak Minah yang ralit menceduk nasi ke atas daun pisang bersama sambal ikan bilis, sedikit timun dan telur rebus. Hatinya bagai ditarik-tarik untuk bertanya hal malam tadi.

"Kamu dah kenapa, Tini? Tengok mak dari tadi. Mak ada hutang ke?" gurau Minah sambil tersenyum.

Hartini turut membalas senyuman Mak Minah. Dia sudah masak dengan kata-kata gurauan macam tu. Mak Minah kadang-kadang lucu juga orangnya. Teringat masa kecil dulu, Mak Minah selalu menyakatnya menyebabkan dia merajuk berhari-hari.

"Mak, betul ke malam tadi mak tak ada kat depan pintu tu?"akhirnya Hartini bersuara.

Minah tidak endahkan pertanyaan Hartini. Tangannya laju membungkus nasi lemak. Hari ini dia sudah terlambat menyediakan tempahan nasi lemak dari Cik Nab.

"Bungkus cepat. Nanti Cik Nab tu marah. Kau tahulah mulut janda tu. Becok macam murai."

Hartini melepaskan helaan nafas berat. Mak Minah seperti mengelak dari menjawab pertanyaannya. Dari riak wajah orang tua itu, dia dapat merasakan ada sesuatu yang Mak Minah sembunyikan darinya. Tangannya ligat membungkus nasi lemak dan diletakkan di dalam bakul. Penuh satu bakul, dia bersiap-siap untuk menghantar ke warung Cik Nab.

"Hati-hati." pesan Minah.

Hartini mula mengayuh basikal menuju ke warung Cik Nab di tepi jalan besar tidak jauh dari kedai Pak Kahar. Sepuluh minit, dia sudah sampai di warung Cik Nab. Bakul nasi lemak yang penuh itu diangkat dan diletakkan di atas meja. Kelihatan ada beberapa pelanggan yang sedang bersarapan di warung itu. Matanya tertancap pada Pak Mahat yang sedang menikmati roti canai kuah banjir.

"Tini! Kamu jadi ke nak jual tanah hujung kampung tu?" tanya Mahat sebaik sahaja ternampak Hartini yang berdiri di sebelah Cik Nab.

Hartini segera mendekati Pak Mahat. Dia dipelawa duduk. Mahat mula memesan satu gelas teh tarik dan sepinggan mee goreng.

"Eh, tak payah susah-susah Pak Mahat. Saya dah kenyang."

"Kamu makan apa?"

"Nasi lemak," jujur Hartini menjawab. Dia perasan ada mata memerhati dengan pandangan jengkel kepadanya dan Pak Mahat.

"Pasal tanah tu, macam mana?" ulang Mahat.

"Rasanya jadi kot. Saya pun perlukan wang untuk sambung pengajian saya kalau saya diterima ke universiti nanti," Hartini terpaksa berterus terang.

Bukan dia tak sayang pada tanah pusaka milik arwah orang tuanya tetapi dia tak mahu menyusahkan Mak Minah. Sudahlah sebatang kara, terpaksa pula menanggung pengajiannya di universiti. Cukuplah selama ini Mak Minah menanggung yuran persekolahannya dan perbelanjaan seharian.

"Kalau macam tu, minggu depan pakcik jumpa penilai kat pejabat tanah tu. Berapa kamu nak jual?"

Hartini diam. Dia juga tidak tahu berapa nilai tanah di hujung kampung. Tanah yang selama ini dia tak pernah tahu kewujudannya. Apa yang dia tahu, ketika kecil dulu, arwah ayah ada menyebut tentang tanah kebun di hujung kampung. Mungkin itulah tanahnya. Kalau sudah menjadi tanah kebun, mungkin harganya juga tidak semahal tanah penempatan rumah.

"Pakcik tanya penilai dulu. Nanti saya beritahu harga saya."

Mahat mengangguk setuju.

"Weh, Mahat. Lagi senang kalau jadikan bini saja si Tini tu! Apa susah? Tanah kau dapat, bini pun dapat!"

Kedengaran suara ketawa dari satu meja menyambut kata-kata Deraman yang bermisai lentik itu. Cukup mengjengkelkan di telinga. Hartini mengetap bibir. Ingin saja dia menghambur kata balas kepada orang tua tidak sedar diri. Bukan dia tak tahu, minggu lepas, Deraman berani menghalang basikalnya dan memujuknya menjadi isteri kedua. Diludahnya bila dia menolak hasrat orang tua gatal itu. Pergi mampuslah!

"Tak payah layan Deraman tu, Tini. Nanti pakcik jumpa penilai tu. Bila dah tahu harga tanah tu, pakcik jumpa Tini semula." ujar Mahat sambil menggeleng melihat kawan sebayanya yang masih ketawa di meja sebelah.

"Kesian,mak ayah dah mati terbakar. Harlina pun hilang macam tu saja. Eloklah tu kau kawin saja dengan Mahat tu, Tini. Jangan kau jampi pulak Mahat tu kalau Mahat tu menolak. Aku dengar, kau memang keturunan yang suka jampi serapah ni!"

Hartini menggenggam kuat tangannya. Dia tercegat berdiri. Langkahnya diatur ke meja Deraman. Tajam matanya memandang lelaki bermisai lentik itu. Hodoh! Sama hodoh dengan perangai!

"Jaga sikit mulut pakcik!"

"Hah! Berani kau ya cakap macam tu dengan aku? Anak dara apa kau ni?" Deraman senyum sinis.

"Saya tak akan berdiam diri kalau mak ayah saya disebut-sebut!" Geram Hartini kali ini. Ingin saja dia melayangkan satu penumbuk ke muka Deraman. Taekwando yang dia belajar ketika di sekolah dulu masih lagi diingatinya langkah-langkahnya.

"Memang betul pun! Mak ayah kau tu dulu suka guna jampi! Sebab tulah senang saja orang ikut kata dia. Macam dicucuk hidung! Kau tahu apa? Kau tu kecik lagi masa mak ayah kau hidup dulu." balas Deraman dengan mata terjegil.

Hartini terus capai bakul kosong di atas meja. Dia meninggalkan warung dengan perasaan terbuku di hati. Basikal dikayuh laju. Bukan sekali Deraman menuduh orang tuanya macam itu. Setiap kali bertembung dengannya, perkara itulah yang diungkit orang tua keparat tu!



SEBAIK basikalnya melalui tapak rumah yang terbakar dulu, Hartini berhenti sebentar sambil membuang pandang ke arah rumah yang banyak memberi kenangan pahit dan manis. Tapak itu sudah tenggelam dengan pokok-pokok kecil dan pokok menjalar. Lalang tinggi juga memenuhi sekitar kawasan itu. Basikal disandar di tepi pokok. Hartini melangkah perlahan mendekati tapak rumahnya. Lama dia memerhati sekitar kawasan itu. Semua kenangan zaman kanak-kanaknya kembali memenuhi ruang minda.

"Mak dan ayah aku bukan macam tu." Hartini menyeka airmata yang tumpah. Kata-kata Deraman benar-benar menyakitkan hati.

Hartini menangis di anak tangga batu yang masih bersisa. Puas menangis, dia bingkas bangun dari situ dan memerhati sekali lagi tapak rumah sebelum dia mengayuh semula basikal pulang ke rumah Mak Minah dengan perasaan sebak.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 11:51 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 29-11-2017 12:05 AM

BAB 3


PERASAAN sedih yang dirasai selama ini bakal berubah. Surat yang ditunggu-tunggu kini sudah berada di tangan. Kali ini airmata yang tumpah bukan lagi airmata sedih. Hartini mengucup berkali-kali surat tawaran universiti yang baru diterima. Tiada ucapan yang mampu dia luahkan sekarang ini. Hanya syukur kepada yang maha Esa. Dua minggu lagi,  dia akan mula mendaftar di Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam.
"Mak, jangan bimbang pasal yuran. Saya dah bincang dengan Pakcik Mahat. Dia setuju nak beli tanah tu." Hartini perasan perubahan wajah Mak Minah yang nampak sugul.

"Bukan itu yang mak risau. Mak risau kamu tu, Tini. Sorang-sorang kat sana nanti. Tak boleh ke tukar ke universiti kat Lendu tu?"

"Mak, tak boleh tukar mak. Alah, bukan lama pun mak. Tiga tahun je. Lagipun, tiap minggu, saya balik sini. Mak jangan risau." Hartini  tenangkan Mak Minah yang sudah mula mengukir senyum.
Sejak hari itu, Hartini mula sibuk menguruskan persediaan untuk ke universiti. Beg dan barang keperluan lain yang perlu dibawa semasa mendaftar nanti. Minah pula hanya mampu melihat kegembiraan Hartini yang dijaga sejak kecil. Sebak dan sedih saat memikirkan dia bakal berpisah dengan Hartini. Banyak masa Hartini di Shah Alam nanti.  Segala urusan penjualan tanah juga berjalan lancar sebelum Hartini ke universiti. Dengan bantuan Pak Kahar, Hartini dihantar ke kampus UITM bersama  Mak Minah.

"Jaga diri baik-baik ya, Tini." Minah banyak kali berpesan pada Hartini.

Sempat dititipkan beberapa doa yang diajar kepada Hartini dan juga haruman air mawar merah yang dihasilkan sendiri.

"Mak, saya okey kat sini. Pakcik, baliklah. Mak tak berapa sihat tu. Lutut mak masih tak sembuh sepenuhnya. Ingat tau, mak tak boleh jalan banyak. Jangan buat kerja berat sangat." Hartini pula berpesan pada Mak Minah.

"Kamu jangan bimbang, Tini. Pakcik akan tengok-tengokkan mak kamu ni. Kamu tu, belajar rajin-rajin. Pakcik balik dulu ya."

Hartini segera memeluk Mak Minah dengan linangan air mata. Tubuh tua itu dirangkul semakin erat.

"Mak, ingat tau." sekali lagi Hartini berpesan.

"Oh ya, nanti selesai urusan jual beli tanah tu, Pak Mahat akan masukkan baki duit tu dalam akaun bank kamu ya." Ujar Kahar, teringat pesan Mahat padanya sebelum berangkat ke Shah Alam pagi tadi.

"Baiklah pakcik."

Hartini menghantar Mak Minah dan Pak Kahar sehingga ke kereta. Dia berdiri di situ sehingga kereta hilang dari pandangannya. Hartini kembali menapak ke dataran, tempat mendaftar. Ramai pelajar baru yang turut sama mendaftar sepertinya. Beg pakaian diheret sambil tangan kanan memegang beberapa dokumen pendaftaran. Terjenguk-jenguk dia mencari meja daftar. Bidang Seni Reka fesyen yang diminatinya selama ini akhirnya menjadi impian. Ujian yang pernah dia ambil dulu semasa temuduga sudah lulus dengan baik dan melayakkannya mengambil bidang Seni Reka Fesyen.

"Maaf, encik, boleh saya tanya, kat mana nak daftar?" Hartini sempat menahan seorang lelaki yang kebetulan lalu di hadapannya di Fakulti itu.

"Ya?" lelaki itu berpaling.

Hartini terdiam. Kelu lidah. Terasa kaku seluruh anggota badan. Bagai terkena jampi, dia hanya memaku matanya pada wajah lelaki itu.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 10:38 AM | Show all posts
Ipo replied at 28-11-2017 06:13 PM
ya Nay...ikut trend lady kekdahnya
sebab utama is..........tak nak panjang2...kononnya lah

okay....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 08:49 AM | Show all posts
ipo...sambung lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2017 09:59 AM | Show all posts
Ipo replied at 28-11-2017 06:12 PM
aiguuuuuuu...lady terimbau kenangan lama yang indah gitu
jaman sekolah iols dulu pun ada jugak ci ...

jgn layan ipo. Bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 02:13 PM | Show all posts
bestnye citer ni. x sabar nk tunggu sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
wahhhh.. xsabauuu nk bc bab seterusnyaaa!!

bookmark!!

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 10:27 PM | Show all posts

Sapa lelaki tu ???
Haaa...gitu gayanya ipo ni
Buat suspen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.089660 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list