|
Tempat bersantai yang kurang popular di Malaysia
[Copy link]
|
|
tempat ni dah jadi salah satu tempat percutian ke
atau pendek kata org dah selalu dtg?
tgk laluan ke gua tu, mcm ada kon dan dah tolak tepi
aku rasa org mcm tak tau je tempat ni
agak tak selamat lagi
kalau jadilah apa2, bahaya jugak ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
tempat ni dah jadi salah satu tempat percutian ke
atau pendek kata org dah selalu dtg?
tgk laluan ke gua tu, mcm ada kon dan dah tolak tepi
aku rasa org mcm tak tau je tempat ni
agak tak selamat lagi
kalau jadilah apa2,
|
|
|
|
|
|
|
|
tempat ni dah jadi salah satu tempat percutian ke
atau pendek kata org dah selalu dtg?
tgk laluan ke gua tu, mcm ada kon dan dah tolak tepi
aku rasa org mcm tak tau je tempat ni
agak tak selamat lagi
kalau jadilah apa2, bukan ke susah.
|
|
|
|
|
|
|
|
ye tempat ni mmg orang jarang pegi. tp insya allah selamat, cuma jgn pegi sorang-sorang. yg kon tolak tepi tu sis tak berani nk komen.
masa kitorg pegi tu, ada satu group baru balik. pastu tak lama plak tu ade plak couple tu. kitorg kuar tu pun ada 2 keter 2 family dtg nak melawat. tempat ni mmg jarang org pegi sbb tak tau tempat so sis share la tempat tu kt sini.
|
|
|
|
|
|
|
|
bangunan putih tu Mini Putrajaya
toksri Dan la.. kemain lagi masa mb dia berangan
|
|
|
|
|
|
|
|
5. Kepulauan Mersing
Sis sebenarnye rase mayb tmpt ni dah terkenal dah, tp sis nak share jugakla. Trip ni pun last year jugak ni, dan sis pegi as a weekend trip.jumaat petang tu naik ktm gi kl sentral, pastu naik beramai-ramai kt sungai buluh ke jeti mersing. subuh sabtu tu kami berenti kt masjid mersing, mandi pagi solat subuh dan terus bertolak ke kepulauan mersing.
kitorang pegi 3 pulau time ni. so memang sehari suntuk tu kami island hopping and snorkelling jelah.
kepulauan mersing ni memang terdiri daripada pulau kecik-kecik. pulau die memang banyak tp kitorg sempat pegi 3 pulau je, pulau sibu, tinggi dan rawa. pulau rawa ni je yg ade penghuni, pulau lain tu memang takde chalet sebab kecik je.
on the way pegi tu memang nampak pulau-pulau dia tu
first stop adalah pulau sibu. ko tengok air die, 3 lapis tu. hehehe pulau ni memang kecik dan air die pun cetek jugak. sesuai la takat nak mandi-manda dgn budak-budak.
pakej yg aku amek ni mmg diorg sediakan peralatan snorkelling skali.
seterusnye kitorg beralih plak ke pulau tinggi. sis sarankan korang bawakla kasut sbb kt pulau tinggi ni leh hike naik bukit. tak tinggi pun tp nak naik tu kene pakai tali. but the view is gorgeous uols
kepulauan mersing mmg famous ngan coralnye
jangan lupe bawak topi and sunblock ye chuols kalau dh pegi pulau tu
our next stop is pulau rawa. kt pulau ni kami lunch.
[
kat pulau ni, kami dibawak ke satu hidden destination iaitu sebuah air terjun kecik. tp korang nk dtg sini opkos la kene trekking skit tp the trail takdela hazab mana pun
pastu kitorg gi satu pulau tak berpantai. tak hengat pulau ape. pulau harimau kot. tp pulau ni tengah die ade gua, so kitorg pun swimming la through the caves dan terus ke seberang. maap hp sis tak kalis air tak dpt nk tangkap gmbr kt sini. gmbr lain ade kt gopro kawan sis, tp bila tgk balik huduh plak sis so sis tak letak kt sini la ye hehehe
malam tu kitorg balik tido kt homestay kt jeti mersing tu, bbq malam malam dan pagi tu terus shoot ke rumah masing-masing.
apepun my review is, kalau korg nk weekend trip yg santai tapi satu hari dipenuhi aktiviti, memang sesuai sgt la. overall kos utk trip sis ni is rm250, termasuk makan dan penginapan, tp tak termasuk pengangkutan ke jeti mersing tu. sis try tanya juga pakcik bot tu, pakcik bot tu cakap kalau trip mcm ni satu bot die caj RM800. satu bot tu leh muat dlm 15org. tp tak termasuk makan dan snorkelling kit yg tu harga lain plak. tp tu harga thn lepas la
tp kalau korg nk join, group yg meols join ni nk buat lagi bln 7 ni. search je ecoadventura kt fb tu. kene byr deposit, and bleh gak bayar secara installment jugak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tu gambar u duduk atas dahan pokok ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
tp bila tgk balik huduh plak sis so sis tak letak kt sini la ye hehehe Tak huduh pun santek ja
Tunjuk lah picca from gopro tu. The one from the other side of the cave.
I love these sort of outing in Malaysia, you are so adventurous and lucky dapat sniff tempat2 macam ni
|
|
|
|
|
|
|
|
nnt meols nk try pilih dulu. hahaha lgpun tak tau masuk folder mana dah picca dr gopro member sis tu
mayb sbb tmpt sis takde entertainment kot. so ni jelah entertainment yg hade pun. huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
6. Jungle Trekking Hutan UUM Sintok
Ok trip ni pun baru lagi, dalam tahun ni je. Actually trip ni adalah trip pembuka jalan, jd tempat yg kitorg masuk ni baru 2-3 kali di explore la gitu. dan pihak uum tengah dlm usaha nk mainstreamkan kawasan ni, jd diorg cdg nk jadikan tmpt ni tmpt trekking utk motivasi ke ape ke. Antara tarikan dalam trip ni adalah air terjun, sungai badak, tasik sintok, hutan buluh dan akhir sekali pokok 3 beradik. first of all, sis mintak maaf if kualiti kurang memuaskan sbb gmbr ni send dr whatsapp so kualiti die mengecut skit.
Pada awal perjalanan, simple dan santai je. dalam 30minit trekking kami jumpa air terjun ni. air terjun ni nampak simple tp mengikut kata guide tu, sebelah air terjun tu adalah thailand. so punca air terjun ni dari negara seberang gitu. ni dia cakapla.
tak lama lepas tu kami jumpe Sungai Badak. sungai ni kecik je tp bleh tahan sejuk air die. nak mandi manda bleh tp sebab perjalanan jauh lg kan rasa mcm buang masa plak kt sini kalau mandi nnt
sis bertolak dalam pkl 9, dalam tengahari tu kami sampaila kat Tasik Sintok ni
kat tasik ni ada pondok, jadi kami berenti dan makan tengahari kat sini.
bersambung.....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by annehuda at 22-5-2018 08:12 AM
7. Muzium Kuala Kedah, Kedah
Untuk trip kali ni, sis pegi sorang-sorang. this trip actually trip mengejut. sbb everytime sis pegi alor setar ikut jalan dalam dr perlis, mesti ternampak signboard ke tempat ni. so last weekend balik dr alor setar beli barang skit, sis terus pegi ke tmpt ni.
oklah, pertamanye, jalan masuk ke tempat ni actually hagak kecik. dan kene berhati-hati sebab simpang nak masuk pun tak nampak. sis pun pakai google maps, dan tmpt ni pun dlm 20min je dr alor setar. so masuk je, sbb sis tak penah smpi sini, berderet la kedai ikan bakar on the way ke sini. nasib baik la sis puasa.
parking luas, masuk pun free. parking tu maybe sbb masa sis dtg tu dah pkl 2.30, mane ade org piknik time ni kan, dahla bulan puasa. hehehe
apepun sedikit pasal kota kuala kedah ni, kota ni adalah kota tertua kt malaysia. penah jadi istana, penah jadi kubu jepun dan penah jugak jadi pejabat pemerintahan british. dlm kota ni ada 4 tarikan utama. bangunan pertama yg sis nampak adalah opkos muzium yg dibuat dalam rekabentuk rumah melayu lama
dihadapan muzium tu adalah tapak tinggalan istana sultan kedah zaman dulu-dulu
dalam muzium opkos mestilah ada artifak. antara artifak yg ada seperti peluru meriam, syiling lama dan pinggan mangkuk orang dulu-dulu. mcm ni
oh sis lupe nak cakap. kota ni dikeliling dengan bata merah
dan dikelilingi jugak dengan meriam lama dari belanda
berhadapan dengan muzium ni adalah rumah api
bersebelahan dengan rumah api ni pulak adalah pintu gerbang british
sebahagian daripada serpihan pintu gerbang ni dibuat mcm tugu mini skit
memandangkan kebetulan tudung sis matching dengan pintu gerbang ni meh kite posing dulu
...bersambung
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
...sambungan
bersebelahan dengan pintu gerbang ni pulak adalah pintu gerbang kachapuri
tetapi disebabkan waktu ni kawasan kota tengah berair dan becak skit, sis tak dpt nak bergambar dengan lebih dekat kt situ.
kota kuala kedah ni memang betul-betul tepi sungai. jadi tempat ni sering jadi tumpuan pemancing dtg memancing kt sini. sis rasa tempat ni sesuai jd port lepak amek angin petang-petang sambil tengok bot lalu.
meriam-meriam lama yang mengadap sungai.
okla my review is, kalau korg bosan bosan kat alor setar, bleh la dtg sini. menghayati sejarah melayu lama. lgpun tempat ni byk gerai makan so yg sis leh bygkan pas korang round-round leh la pegi makan. tempat pun bersih, and surprisingly masa sign buku rekod tu eh ramai jugak pelancong oversea dtg sini. tempat ni pun sesuai jadi photoshoot orang kawen, kalau tak hujan la. hehehe cuma sis nasihatkan ikut jelah google maps tu, insya allah sampai |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
8. Blue Lagoon, Alor Setar, Kedah
untuk trip ni sis nak mintak maap, sis banyak amek gmbr kt sini. tapi tak tau pasai apa corrupt plak gmbr tu. so gmbr ni sis curik dr insta sis sbnrnye so kualiti agak tak memuaskan la jugak.
blue lagoon ni sbnrnye tengah bendang. die mcm tasik bujur kecik yang airnye ya ampun sangat biru dan kehijaun skit. dulu tmpt ni bleh mandi, siap ada org scuba diving tp kedalaman die dianggarkan dalam 2m lebih jelah. tp masa sis dtg tu tempat ni sebelahnye dh jadi tapak pembinaan jps, nk buat tebatan banjir katenye.
kalau korg dtg sini jgn terkejut kalau korg kene masuk bendang, sebab mmg tempat ni dlm bendang pun. dhla sis sorg2 masa ni. hahaha masa sampai tu sis tercari gak aik mane blue lagoon nye sbb sis berenti betul2 kt tapak pembinaan. sis tengok kiri sis terus wow! memang ketara sngt biru die sangat menenangkan mata memandang
sebelum tu opkos jom kita selfie dulu
kejernihan ayaq dia. sis tak sempat nk rendam kaki sebab sis pakai kasut, malas nk bukak
jennggg ni kat tebing die. leh nampak la kaler biru-hijau tu
ni rumpai sawah kot. hehehe
kombinasi angin yang memberikan riak ombak kecik atas lagoon ni.
ok sorry gambar tak byk. huhuhu
apepun, kalau korg nk tgk benda yg rare mcm ni, leh la dtg. pun tak jauh dr kota kuala kedah td, around 15min. tp pastikan kene korang tak lowered ye, sbb nk masuk ni ikut batas bendang, so pepaham jelah. ada org kata tempat ni toksik sbnrnye, tp sis dtg sini takde la hazard warning, yg ada warning dr kontraktor n jps jgn mandi kat situ. kalau nak mandi jugak atas risiko sendiri. something like that la gitu. masa sis dtg sini pun, org kedah pun tny, mane ko jumpe tmpt ni? hahaha actually sis jumpe dlm fb and sis mmg teringin nk pegi tgk so alang-alang dh dekat tu pegi jelah kan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
9. Terap Pine Forest, Kulim
If uols drive nak ke utara, why dont uols singgah jap kt Terap Pine Forest ni. Terap Pine Forest ni kalau nak masuk leh masuk ikut tol Serdang. Bukan Serdang Selangor ye. pastu ikut jelah google maps insya Allah takkan sesat punye. Tempat ni memang ditengah-tengah kawasan kebun kelapa sawit, jalan kampung, so yeah mmg jalan agak sempit dan bukan mcm hiway. Silalah memandu dengan berhati-hati. Jarak tempat ni dari Tol Serdang tu dalam 30minit je pun.
memang ada papan tanda sebesar alam kt depan pintu masuk tu. Insya Allah takkan terlepas punye
masa ni memang baru lepas hujan so gambar agak kabur skit. tp ni lah pintu masuk die. korang jangan risau kalau kene lalu tanah merah, sebab mmg kawasan ni sebelah tu sbnrnye kebun kelapa sawit. ni pun kebun tu baru je gondol
Pine Forest ni takdelah luas sangat. tapi tempat ni ada parking free ye. dan tempat ni mmg destinasi org buat photoshoot kawen
sis tak plan pun nk dtg sini. tp kebetulan sis drive balik utara, waktu masih awal lg, dalam pkl 11 masa tu, so sis pun singgah la. as you can see sis sorg je masa ni. hehehehe
Dalam Pine Forest ni, semua aksesori dalam tu, buaian, kerusi, meja, dibuat dengan menggunakan batang pokok pine jugak.
...bersambung
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
antara binaan menarik dari pokok pine yang diorg buat kat sini. buaian opkos mesti ada
tak lama lepas tu, adelah sebijik keter datang nak tgk tempat ni jugak. so opkos meols pun amek kesempatan nak bergambar kat sini. sila abaikan peha tu ye hahaha
my rebiu is, sebab tempat ni semua free kan, parking luas, cuma jalan je sempit, worth it la jugak korang nk dtg smbl ber OOTD kat sini. cuma tempat ni hagak sunyi la skit. meols dtg ni pun mmg tawakkal jelah. hehehe rasanye tempat ni masih dalam development lagi, sebab nampak ada kabin. mayb nak dijadikan destination wedding venue kot? so kalau korang on the way gi utara, bleh la singgah. ikut je google maps memang akan sampai.
tempat ni pun dekat dgn mengkuang dam, tp masa meols sampai tu, eh dah tutup? mengkuang dam ni dulu antara tempat fav meols jogging la jugak ms meols duk penang, selain drpd pantai bersih. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by annehuda at 13-6-2018 04:20 PM
10. Tasik Biru, Bukit Pinang, Alor Setar
Kalau sebelum ni sis pegi Blue Lagoon, so this time sis carik plak Tasik Biru. Hehehehe Tasik Biru ni sbnrnye dah ditutup, tp sis pegi jugak at my own risk. sbb kebetulan tempat ni mmg dekat dgn airport Alor Setar, so one fine day, sis baru balik dr Putrajaya, awal lagi, so sis pun carikla tempat ni dengan pertolongan google maps.
tempat ni dulu memang dibuka utk org ramai. tp masa sis sampai tu, dah ditutup. but my rebellious streak menyebabkan sis lompat je pagar tu. hehehe alang-alang dah sampai kan?
tasik ni kecik je. dan sbnrnye adalah kawasan kuari. so masa sampai tu memang ada jentolak tersadai kat sini. i dont think kawasan ni masih aktif lg. so as you can see, tu lah tasik birunye
masa sis sampai ni pun, kebetulan mmg tgh hujan. so air tasik tu memang nampak keruh la. mcm lopak pun ade. masa ni sis hagak menyesal la jugak susah susah je aku masuk hutan, masuk kuari, sorang-sorang plak tu. tp takat ni je hahaha
tempat ni dulu memang kawasan rekreasi setempat. ni antara tinggalan yang ada kat sini
dan tempat ni pun dikelilingi batu-batuan merah. macam hp sis cikai plak tu mendung baru habeh hujan kan, so tak nampak la plak mcm kat planet marikh
alang-alang dah sampai tu, oklah selfie jap. fefeeling kt planet lain walaupun tak brape nampak spectacular sangat
my rebiu is, sbb tempat ni pun dah tutup, come at your own risk la gitu. sis rasa sbb masa sis dtg ni hujan, so air keruh. kalau kering tak banjir sis rasa tempat ni cantik dan unik gitu, sbb kawan sis yg penah dtg sini komen tempat ni sesuai utk bergambar sbb unik gitu. tapi air die berasid, so jangan mandi or celup-celup tangan plak kat sini. jalan masuk memang kawasan kampung. sis tak pasti samada tempat ni masih dibuka ke blum, sebab nampak terbiar. tp kat sebelah tu ada opis kuari, tak kene halau plak ngan guard. hehehe sis datang ni pun sbb tempat ni 15min je dari airport alor setar, so layan jelah. 2/5 la kalau ada bintang pun
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hihi .. Berani juga maknya masuk kat tempat gitu ye?
Orang tua biasanya dah ckp --- tempat apa yang hangpa bawaak aku ni oi!
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak insta please
|
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 16-5-2018 09:18 AM
5. Kepulauan Mersing
Sis sebenarnye rase mayb tmpt ni dah terkenal dah, tp sis nak share jugakla. ...
Bestnyaa.. memang ade plan nak p kepulauan mersing .. sbb nampak cantik sngt..
So far tak pernah lg pergi tmpt2 yang rare..smua tmpt yg biasa dkunjungi.. hahaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|