CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: ultra78

[Tempatan] Pesta kerang identiti unik Kerian

[Copy link]
Post time 4-6-2018 05:16 PM | Show all posts
insulin replied at 4-6-2018 04:56 PM
Kalau tengok kat gambar tu, memang besar. Penuh tapak tangan dia.

So far, saya x pernah lagi te ...

susah jumpa kerang bulu ni..
kalau ada jual pun tak sebesar macam dalam gambar tu..
tapi kira besar juga la compare dengan kerang biasa yang besar kuku tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2018 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukanya kerang.. rebus cicah dgn sos pun sedap. Kerang ni sedap mkn rmai2.. hsben x brapa gemar meratah. Kalau dgn family best la  mkn2 kerang ni..
Kerang pun mahal la ni.. skrg rm12 per kg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2018 05:42 PM | Show all posts
Artikel lama tentang kerang bulu


Menyelam 7 meter demi kerang bulu




PARIT BUNTAR - Kerang bulu. Pastinya golongan muda masa kini bingung memikirkan apa yang membezakan kerang biasa dengan kerang bulu.

Di sebalik bentuk fizikal berbulu-bulu halus di seluruh cengkerang, kerang ini menerima permintaan sangat tinggi penggemarnya di seluruh negara.

Meskipun isinya sedikit liat berbanding kerang biasa, namun tidak menghalang penggemarnya untuk mendapatkan spesies siput itu dengan harga pasaran tinggi.

Faktor permintaan tinggi juga menyebabkan sebahagian kecil pencari siput dan kerang sanggup bergadai nyawa untuk mendapatkannya, termasuk menyelam ke dalam dasar laut sejauh tujuh meter.

Di Kerian, permintaan terhadap kerang bulu amat menggalakkan terutama pada Ramadan sehinggakan terdapat ramai penternak kerang sanggup mengambil risiko menyemai benih anak kerang di sepanjang kawasan persisiran pantai Bagan Tiang dan Kuala Kurau, di sini.

Di Bagan Tiang, pencari kerang tradisional,  Kamaruddin Sulaiman, 44, berkata, dia mampu memperoleh hasil pendapatan lumayan dengan menjual siput dan kerang bulu.

Menurutnya, dia sanggup menggadaikan nyawa menyelam ke dalam dasar laut dengan kedalaman lebih tujuh meter bagi mendapatkan kerang bulu dan siput.

“Siput bayam dan kerang bulu biasanya hidup berdekatan malah sering ditemui bersama apabila nelayan menangguk di dasar laut.

“Seorang nelayan mampu memperoleh lebih dua kilogram kerang bulu pada musim pembiakan kerang bulu namun, bukan semua orang boleh melakukan pekerjaan menangguk kerang bulu berikutan perlu menyelam ke dasar laut tanpa menggunakan alat pernafasan selam,” katanya.

Kamaruddin berkata, bagi kebanyakan nelayan di sini, mereka lebih selesa menyelam berbanding menggunakan sauk panjang untuk menangguk dari atas bot.

Jelasnya, apabila menyelam, mereka dapat rasakan sendiri kewujudan lubuk kerang bulu berbanding menangguk dari atas bot yang tidak tentu hasilnya.

“Namun, risiko menyelam juga amat tinggi berikutan penyelam turut berdepan ancaman obor-obor.

"Justeru, kebanyakan kami memakai sut khas yang dibeli dengan lingkungan harga RM800 hingga RM1,300 untuk tujuan keselamatan,” katanya.

Kamaruddin berkata, setiap hari dia mampu memperoleh lebih 50 kilogram hasil kerang bulu yang dijual terus kepada pemborong.

Bagi harga hasil laut itu, Menurutnya, siput bayam dijual antara RM 5 dan RM 6 sekilogram bergantung pada saiznya  manakala kerang bulu, dijual antara RM 1 sehingga RM 3 sekilogram.

“Harga kerang bulu dijangka akan meningkat dan selagi ada permintaan, selagi itu nelayan di sini akan mencarinya.

“Walaupun agak liat namun kemanisan isinya tetap mendapat permintaan yang tinggi di sini berbanding kawasan lain,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Eow sedap nya kerang bakar
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap nye kerang cicah sos manis thai
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap nya kerang bakar!!
Terus terliur.... pasni tred makanan apa plak nk buka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-6-2018 08:05 PM | Show all posts
aechae replied at 4-6-2018 08:03 PM
Sedap nya kerang bakar!!
Terus terliur.... pasni tred makanan apa plak nk buka?

Tunggu apa yg keluar dlm paper esok..

Anyway, uols dah sedia jawapan utk soalan cepumas ketika hari raya nanti?


Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya kerang dan adik beradik dia. My feveret
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2018 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 4-6-2018 08:05 PM
Tunggu apa yg keluar dlm paper esok..

Anyway, uols dah sedia jawapan utk soalan cepumas ketik ...

Apa soalan cepumas?
Iols nk lancarkan tabungharapanutkaecha... harap2 ada hasilny
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2018 08:11 PM | Show all posts
aechae replied at 4-6-2018 08:09 PM
Apa soalan cepumas?
Iols nk lancarkan tabungharapanutkaecha... harap2 ada hasilny

Soalan acik bawang....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Wuiihhh sedapnya kerang rebus ngan bakaq cicah kuah kcg! Nindiaaa terangkat baq hanggg! Tp aku xleh mkn byk2 tambah time bln posa. Mau ceri beri
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 4-6-2018 03:48 PM
kerang bulu besar-besar..puas la makan..

kat kulit ada bulu..

Kat sabah bnyk, aku nk beli pun seram k kt sabah kersng lain
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
akak ingatkan pesta kerang ni mcm lawan pesta sosej.

jenuh nak mengopek kerang kalau sekilo.  tapi kalau yg fresh ada pink2 tu mmg akak suka sangat. kalau kat sempadan laos tu diorang rebus kerang dgn lemongrass bawang putih satu periuk.  makan cicah dgn sos ikan, pak dek rasa namanyer. mmg sedap nak2 makan time sunset. akak makan 2 mangkuk dah habis baru perasan ada sup ketam.  menyesal pulak tak test.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 05:08 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 4-6-2018 03:48 PM
kerang bulu besar-besar..puas la makan..

kat kulit ada bulu..

haahlah ada bulu, lagi tebal bulu lagi besar kerang kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
sedapnye kerang..kalau gemok2 besar2 lagi sedap
penuh jus
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 09:48 AM | Show all posts
vespa_oren replied at 4-6-2018 08:59 PM
Kat sabah bnyk, aku nk beli pun seram k kt sabah kersng lain

untungnya orang duduk area laut.. sedapnya kerang bulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2018 09:53 AM | Show all posts
Nampaknya aku sorang je yang tak makan kerang dalam ni. Tak tahu kenapa rasa macam geli nak makan....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 10:57 AM | Show all posts
sedapnya kerang... tapi bukan ritu kuar berita dah nak pupus ke kat malaysia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya kerang bakar. Kt bazaar ada jual masak atas kuali dgn kuah mcm sambal ikan bakar.. Sedap. Tp sedap lg kerang bakar cicah air asam
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.530040 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list