CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: EJALTI

[Tempatan] Update #28, Mahkamah tolak permohonan larang media ulas kes Najib

[Copy link]
Post time 8-8-2018 12:10 AM | Show all posts
kikylanggakduta menarik napas lega
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2018 05:35 AM | Show all posts
Maideen. replied at 7-8-2018 09:51 PM
Esok nak kena dakwa lagi.....mungkinkah malam ini tok bomoh akan dipanggil untuk membaca jampi serak ...



kesian najib. nak gi berdoa di makam rasulullah macam selalu dah xdibenarkan keluar negara.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 07:32 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 8-8-2018 05:35 AM
kesian najib. nak gi berdoa di makam rasulullah macam selalu dah xdibenarkan keluar negara.

Memang ada kleptokrat yang kuat berdoa .....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Seawal pkl 7.20 parking kat kompleks mahkamah jln duta penuh, polis pun ramai stand by, reporter pun dah muka berlegar2, penyokong kang kejap lg akan start berkumpul, canteen pun penuh umat, hrp semuanya berjln lancar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2018 09:29 AM | Show all posts
LANGSUNG: Najib ditemani anak tiba di mahkamah

https://www.malaysiakini.com/news/437895

Wartawan Malaysiakini  |  Diterbitkan 8 Ogs 2018, 7:57 pagi  |  Dikemaskini 8 Ogs 2018, 9:24 pagi





Sekali lagi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hadir di kompleks mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, kira-kira 10 minit sebelum jam 9 pagi.

Kali ini Najib dijangka berdepan sekurang-kurangnya tiga tuduhan melibatkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Akitivi Haram 2001.

Dipercayai pertuduhan itu akan dibacakan di mahkamah sesyen.

Belum dapat dipastikan sama ada kes itu nanti akan dipohon untuk dipindahkan ke mahkamah tinggi atau dibawa kepada hakim yang sama membicarakan kes beliau sebelum ini.

Semalam bekas presiden Umno itu dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dimaklumkan mengenai pertuduhan hari ini.

Najib bertemu pegawai SPRM itu akademi agensi antirasuah itu di Jalan Duta.

Malaysiakini akan membawa laporang secara langsung mengenai prosiding hari ini.

Najib ialah anak bekas perdana menteri kedua Malaysia. Beliau sebelum ini sudah didakwa atas tiga tuduhan jenayah membabitkan pecah amanah dan satu salah guna kuasa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

LIPUTAN LANGSUNG

9.20am: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam bersama kira-kira 20 penyokong Najib dilarang memasuki kompleks mahkamah oleh anggota keselamatan.

Bercakap kepada media Lokman yang baru saja dikecewakan di Sungai Kandis berkata, apa yang berlaku hari ini menunjukkan satu lagi sikap diktator pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Mereka bertindak dengan sesuatu yang tak boleh diterima akan iaitu menghalang orangg awam memasuki kompleks mahkamah.

"Bukannya nak masuk kamar mahkamah, tapi nak masuk kawasan mahkamah saja," katanya.

Menurut Lokman, kerajaan hari ini sangat terdesak untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka benar-benar serius mendakwa Najib di mahkamah.

Turut hadir bersama Lokman ialah seorang lagi penyokong kuat Najib, pelakon Ellie Suriaty Omar.

9.11am: Najib kelihatan masuk dari arah bilik saksi dan mengambil tempat di kandang tertuduh.

Ia berlaku hanya beberapa minit selepas Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan anaknya Farhan Shafee serta kumpulan peguam belanya masuk.

8.55am: Peguam Rosmah Mansor, K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent berada di mahkamah untuk melihat prosiding berlangsung.

Turut ada di dalam kamar ialah pihak pendakwa diketuak Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Mohd Hanafiah Zakaria, serta timbalannya, Ishak Mohd Yusoff serta beberapa pegawai kanan lain.

Buat masa ini peguam Najib yang diketuai Muhammad Shafee Abdullah belum kelihatan.

8.49am: Akhirnya orang yang ditunggu-tunggu tiba. Najib yang datang menaiki Toyoto Vellfire putih terus menuju ke lif di tepi bangunan kompleks mahkamah.

Menyertai Najib - yang kelihatan tenang - ialah dua orang anaknya Nooryana Najwa dan Norashman.

Beliau sempat melambai ke arah wartawan serta jurugambar yang menantinya sejak pagi tadi.

Di luar ada kira-kira 20 orang penyokong beliau berkumpul bagi memberi sokongan terhadap bekas perdana menteri berkenaan.

8.30am: Petugas media sabar berkumpul menanti kedatangan Najib. Bagaimanapun keadaan terkawal.



Sebelum ini ketika Najib didakwa kali pertama beberapa jurugambar memanjat tiang bangunan kompleks mahkamah untuk mendapatkan sudut yang lebih baik bagi merakam detik berkenaan.

Anggota Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas calon pilihan raya kecil Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam dijangka hadir untuk memberi sokongan kepada Najib.

8.05am: Pegawai bertugas mula membenarkan wartawan yang membuat liputan memasuki Mahkamah Sesyen 9. Hakim di mahkamah ini ialah Azura Alwi.

Wartawan diberikan tempat di dua barisan terakhir tempat awam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 09:42 AM | Show all posts
Aisehman.....Lokman Adam tidak dibenerkan masuk gate kompleks mahkamah.. Macamana nak nyanyi nyanyi? hahahahahahaha

Tak apa....harap Tuan Munu standby. Takut Lokman Adam curi curi masuk. Dia curi masuk kalu, tuan halau dia macam dulu!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2018 09:59 AM | Show all posts
kali ni takde pulak live kt tv mcm hr tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2018 06:03 PM | Show all posts
Mahkamah tolak permohonan larang media ulas kes Najib

https://www.malaysiakini.com/news/438343

Diterbitkan 10 Ogs 2018, 5:34 petang  |  Dikemaskini 10 Ogs 2018, 5:45 petang





Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan perintah melarang media dan orang awam daripada membincangkan merit kesnya.
Sebaliknya, Hakim Nazlan berkata undang-undang menghina mahkamah dan memfitnah boleh digunakan.

"Permohonan ditolak dan melanggar kebebasan bersuara. Justeru, permohonan itu ditolak, katanya.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2018 06:22 PM | Show all posts
Dulu masa kes Anwar boleh pulak dia buat roadshow sambil tambah lauk lagi bagi sedap cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash lah kau jib sial! Nak tutup mulut media konon, moga makin terbongkar lah skandal2 kau seantero dunia!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mak aih ada request xnak media bincang kes dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2018 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Relaks sahaja najib...tidak spt anwar last time....leeeformasiiii...itu ada cilamah...nangis..nangis
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2018 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
mamakcool replied at 12-8-2018 07:18 AM
Relaks sahaja najib...tidak spt anwar last time....leeeformasiiii...itu ada cilamah...nangis..nangis

Sekalang kalu Najib buat ceramah,  silap besor la ...  Hahhaahha
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.044661 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list