CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7287|Reply: 36

"Dajjal Nanti Keluar Bawa iPhone" - Aiman Banna Dikecam Kerana Seperti

[Copy link]
Post time 30-1-2019 12:19 PM | Show all posts |Read mode

Sumber Gambar: IG Aiman Banna




iPhone = Dajjal

Samsung = Syurga

Kenyataan Aiman Banna dalam videonya itu mendapat perhatian ramai kerana seolah olah tidak cukup ilmu dan mempersendakan agama. Dalam video tersebut, dia mendapat soalan yang berbunyi berikut;

"Assalamualaikum Ustaz, kenapa illuminati ada satu mata"

Aiman Banna menjawab soalan tersebut dengan menceritakan kisah lelaki yang bernama Illum dan kekasihnya yang bernama Nati yang buta. Illu memberikan satu matanya kepada Nati dan terjadilah Iluminati yang bermata satu. Dihujung videonya pula dia berlawak dengan mengatakan bahawa iPhone itu adalah dajjal.


Mungkin niatnya mahu menarik perhatian pendengar dengan berlawak tetapi penerangannya itu sedikit melalut dan seperti mempersendakan agama.



  


Yang menjadi masalah buat netizan adalah audience Aiman Banna yang merupakan pelajar sekolah. Jika persoalan agama dijawab sebegitu iaitu secara main-main dan lari dari topik, mungkin ini akan mempengaruhi pelajar tersebut. Juga, cara sebegitu kurang sesuai untuk pelajar yang muda umurnya.





Video Aiman Banna mendapat kecaman netizen yang menggelarkan dia sebagai "Ustaz Celup" kerana masih tidak cukup ilmu. Rata-rata tempat yang Aiman beri ceramah pula adalah di sekolah dan juga universiti, di anggap sebagai kurang sesuai oleh netizen kerana dia bukanlah seorang pendakwah yang sebenar.










Aiman Banna membalas tweet yang mengecam videonya itu dengan mengatakan mereka perlu tonton video ceramahnya yang penuh selama 3 jam dan baru boleh menilai apa yang cuba disampaikannya. Tetapi sekali lagi Aiman Banna terdiam apabila ada yang mengaku pernah ke ceramahnya dan geram dengan dakwahnya sehingga hampir mengetuk kepalanya.







Kita tolak tepi kes Aiman Banna ini, sebenarnya ramai Ustaz dan pendakwah yang menyampaikan ilmu dengan hanya belajar sekerat jalan atau tanpa ilmu yang cukup. Ustaz Celup ini kadang kala diangkat masyarakat meskipun apa yang disampaikan kadang kala tidak benar.

Jadi lepas tonton video Aiman Banna itu, apa pendapat korang? Betul ke cara dia berdakwah dengan pelajar atau ada yang perlu diperbaiki? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ni beliau pun ada isu kan..cakap melalut..takde ilmu tapi berani betul nak bagi ceramah agama...tak takut ke..berat tanggungjawab jadi penceramah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 12:35 PM | Show all posts
sape dia ni..
baru ari ni tahu kewujudan dia
x knal pun
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 12:41 PM | Show all posts
pala bana dia la..
ilmu tak cukup lagi nak bagi ceramah..
kalau takat bagi biasa2 n betul2 takpe la jgk..
ini memain, melawak tak jadi je... lg sesat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
aiman banna kepala bana
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 01:17 PM | Show all posts
Kepala bana punya Aiman Banna penunggang agama!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2019 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan saja rupa macam terencat akal. Memang dia terencat pun
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 01:27 PM | Show all posts
ceramah ustaz shamsuri ahmad best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 02:03 PM | Show all posts
report je la ke jabatan agama sebab bagi ceramah tanpa tauliah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 02:08 PM | Show all posts
bana ni bkn dah 2,3kali buat hal ke? rasa mcm dah beberapa kali baca topik dia kat sini.
sapa je yg bozo p dengar ceramah budak ntah sapa2 ni. byk lg ustaz lain yang lebih bertauliah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 02:24 PM | Show all posts
dia ni mmg ustaz betol ke acah2 terer je?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 03:29 PM | Show all posts
Dia ni la yg menggelar diri, ustaz ____(nama artis k-pop)______
tak ingat nama artis tu.
Kalau letak gelaran pd diri sendiri ni, trend hari ni ke, guane
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 03:33 PM | Show all posts

kita bukan mampu pun lawan jika dajal keluar jadi tak perlu bincang apa yg kita tak mampu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Penonggeng agama. Kalu xtua pasal illuminati ckp je la xtau. Xbaca. Dok citer lelaki nama illum pmpuan nama nati buta sebelah, penipuan ape kau buat ni bongok?

Kalu ostad ni mereka2 cerita nak menipu, dia xtau ke dajjal laknatullah tu sndiri penipu terbesar dunia y ke 30?

Umur 20 tahun dh jd ostat?
Sampahan
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 03:44 PM | Show all posts
tak kenal, tetiba jadi ustaz...pi la berguru dgn ss tu dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 30-1-2019 03:33 PM
kita bukan mampu pun lawan jika dajal keluar jadi tak perlu bincang apa yg kita tak mampu

Mmg xmampu pn. Nabi Isa as je bole bunuh dajjal. Tp kite kene tau jgk, amalkn baca surah al kahfi terutama 10 ayat pertama untuk dilindunggi dari dajjal atau fitnah dajjal

So apsal nak negative sgt kalu org bincang psl dajjal?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe: report je la ke jabatan agama sebab bagi ceramah tanpa tauliah..

Mufti wilayah dah tegur dia byk kali. Paling latest pasal soalan illuminati. Tak tau kenapa tak diambil tindakan. Dah mcm bagi ajaran sesat.

Tgkla video dia ni

https://twitter.com/bakhtiarfitri/status/1090496187445043200?s=21
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kaklong32: dia ni mmg ustaz betol ke acah2 terer je?

Dia takde qualification. Acah2 bg ceramah terus gelar diri ustaz
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa mrsm bentong jemput dia?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhir zman....munculla ustaz acah2 cmni....
Klu niat ko bgus ustaz.....g belajar dgn tok2 guru lg.....sbb ilmu ni lg bnyk ko blaja lg bnyk ko xtahu.....dn hrap2 tu jd mcm tok2 guru dlu2...makin bnyk ilmu makin merendah dri.....

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.391355 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list