antara iklan Petronas yang best. tahun 2015 punya iklan
AIR dicincang tidak akan putus.
Bergaduh, berselisih faham atau tidak sefahaman merupakan antara faktor-faktor yang sering kali membawa kepada perbelahan dalam sesebuah keluarga itu.
Lari daripada kebiasaan, Petronas baharu sahaja menayangkan iklan hari raya pada tahun ini bermula semalam.
Iklan ini juga boleh dikaitkan sebagai meraikan Hari Pahlawan yang disambut pada 31 Julai setiap tahun.
Pelakon berbakat besar, Beto Kusyairy dan bintang muda, Hafidz Roshdi dipilih membintangi iklan tahun ini yang cukup meninggalkan mesej-mesej tersirat untuk kita dalami sendiri.
Iklan raya Petronas sebelum ini sering kali ditunggu-tunggu penonton memandangkan iklannya yang cukup sinonim dengan cara penceritaan dan pengarahan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad yang sentiasa dekat di hati penonton. – MYNEWSHUB.CC
Two special children build a beautiful relationship based on genuine care and understanding. On the eve of Hari Raya, these orphans, Ahmad and Fizi embark on a journey and encounter many challenges along the way. Through their perseverance and determination, they overcome all odds to fulfill their obligation of unconditional love.
Post time 27-5-2019 08:45 AMFrom the mobile phone|Show all posts
I paling suka iklan raya yang mak dia nak buat rendang tu, pastu anak dia cari daging lembu dah takde. Sekali bawa balik sekor lembu. Hahaha. Pengsan mak dia tengok.
Dua minggu lepas tengok iklan raya touch n go Yang matlutfi berlakon tu. I tengok dgn anak2 i. Semua tergelak2 ... Matlutfi kan suka cakap "takde hal lah" kalau mak dia suruh apa2. Part last paling lawak bila matlutfi touch kad tu kat mak dia. Anak bongsu i yang lima tahun tu, kalau i cakap apa je dia jawab 'takde hal lah'. Hahaha. Pengaruh iklan betul.
Tahun ni i suka LA iklan TNB yang pasal konvoi raya. Sebab teringat kat adik beradik ipar. Kami raya kedua akan berkonvoi balik ke Temerloh. Singgah makan. Gelak2. Gi beraya sampai Felda bukit mendi, felda sungai kemahal. Best weh.
Cuma awal Ramadhan aritu ada peristiwa yang menyedihkan sikit. Ada adik ipar yang terasa hati pasal benda boleh settle. Tapi left group macam tu je sambil meninggalkan ayat yang pasti mak mertua i terasa hati.
I tau adik ipar i ada dalam forum ni. Harap2 dia baca. I cuma nak cakap satu je. Uolss tak tau macamana perasaan takde mak ayah. Uolss beruntung masih ada lagi mak ayah yang mana mereka keramat doanya. I yang takde mak ayah ni rasa bahagia sangat dapat menumpang kasih mak ayah uols yang satu dalam sejuta i rasa ada keluarga mertua yang baik macam ni. Sementara ada ni, bahagiakanlah mereka. Apalah sangat nilai duit memasing yang kepok2 tu nak banding dengan kesungguhan Ummi abah membela korang
I menantu sulung, i menyaksikan hampir 20 tahun bagaimana Ummi dan abah berusaha dan berjuang untuk anak2. Korang ingat tak masa Ummi dan abah pergi haji? Balik haji i nampak satu2 doa Ummi dan abah Allah makbulkan. Satu2 jalan rezeki Allah bagi pada kalian semua termasuklah akk. Ummi dan abah tak tanya apa yang kamu nak mereka doakan sebab Ummi dan abah tau nak doa apa untuk korang semua.
Jangan sebab kita taknak bincang satu3 perkara, kita buat keputusan yang melukakan hati Syurga kalian? Maaf momod @seribulan i emo pepagi ni. I cerita dengan kakak i minggu sambil menangis2 kat tempat carwash Tu. Kakak i pun berjejeh airmata hingus bagai sebab hanya kami tahu perasaan bila dah takde mak dan ayah. Bangla basuh Keta pun pelik tengok i nangis berjemaah kat carwash Tu.
Kalau korang baca benda ni, akak nak cakap ayu je. Akk sayang korang lillahi Ta'ala. Takde perkataan ipar dalam diri akk. Korang semua macam adik kandung akk.
Minggu lepas akk balik rumah Ummi. Ummi tersasul sebut nama ***. Pedih hati akk dengar weh. Ummi rindu kat korang. Oklah nak nangis kat bilik air kejap.
Post time 27-5-2019 01:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I penggemar tegar iklan-iklan raya yang sedih berderai air mata ni. My mom selalu sound "iklan sedih je teriak iklan sedih je teriak, kau ni dah kenapa? Tak pulak masa aku mengandungkan kau cengeng macam ni"
Dah kena sound terus hilang mood sedih I tau. Potong la my mom ni
Ni iklan-iklan yang sentiasa dalam ingatan.
yg iklan ni pun memberi kesan juga
buat mereka yg msh ada mak ayah jenguk2lah selalu
meols dah xde mak cuma ada ayah
tetiap hr call tanya benda yg sama smp ayah kata jgnlah call nnt bil telephone tinggi plk