CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Menteri sahkan 14 Orang Asli Kuala Koh meninggal dunia.

[Copy link]
Post time 10-6-2019 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Si waytha tu menteri perpaduan kan... bukan patut menteri alam sekitar yg handle... yeo yee bin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2019 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
So bila nk istihar darurat?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya
Takziah
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 10-6-2019 10:23 PM
hmm...hehehe i dont quite get you , parok tu ape, ye?URTI

may be if severe sepsis? i dunno E c ...

Parok tu teruk sgt rs maksudnya.... Kalo e.coli ni bukan ka bese cirit birit lor... Rs asalnya depa ni dok kampung tersusun la jgk kan.. Yg ada papan tanda tu.. Ngk ada la tangki air apa... Then ada org mati ka panas sgt ka depa pindah pi dok tepi sungai... Penat jgk nak jg they all kalo asyik nomad ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 12:52 AM | Show all posts
3 hari pujuk Orang Asli tunjuk lokasi mayat - Guru agama
MOHD Fadzli Mamok



Oleh Nur Fazlina Abd Rahim dan Mohd Zulkifli Zainuddin
[email protected]


GUA MUSANG: “Tiga hari masa yang diambil untuk memujuk keluarga mangsa bagi menunjukkan lokasi 12 mayat dikebumikan secara adat di kawasan hutan dekat Kuala Koh,”.

Demikian luahan Guru Agama Islam Orang Asli, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Mohd Fadzli Mamok yang membantu pihak polis bagi mengesan lokasi 12 mayat Orang Asli suku Batek yang meninggal dunia dipercayai radang paru-paru.

Mohd Fadzli berkata, keluarga mangsa masing-masing pada mulanya enggan memberi kerjasama kerana ia bertentangan dengan budaya dan kepercayaan suku itu sehingga memberi kesukaran kepada pasukan.

Malah, katanya, sikap pemalu dan rendah diri turut menjadi faktor sehinggakan mereka tidak melaporkan 12 kematian penduduk kampung itu sejak bulan lalu.

“Saya terpaksa berulang alik dari Aring 5 (rumahnya) ke Kuala Koh selepas beberapa kali pujukan gagal, sehinggalah mereka setuju bekerjasama untuk menunjukkan kesemua 12 lokasi mayat yang di letakkan di atas pelantar yang dibina lebih tiga meter atas pokok.

“Selepas berulang kali saya memujuk dan saya cakap orang Islam perlu melakukan pengebumian cara Islam, akhirnya mereka bersetuju. Mereka memang Islam tapi masih terlalu ikut adat.

“Tambahan pula, ramai pihak berkuasa dan pasukan keselamatan yang memasuki ke kampung itu membuatkan mereka rasa bersama kerana tidak melaporkan kematian,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Dalam operasi itu, katanya, dia bersama pasukan pencari dan empat Orang Asli memasuki hutan dan menyeberangi Sungai Lebir dengan mengambil masa antara satu atau dua jam.

Katanya, sememangnya adat suku Batek, mayat yang dibungkus tikar mengkuang akan diletakkan atas pelantar yang dibina di antara tiga pokok setinggi tiga meter.

“Hanya keluarga Orang Asli yang menjadi penunjuk arah, tahu lokasi kubur kerana ia tidak mempunyai tanda tertentu cuma dibuat khemah pondok kayu sebagai tempat baring di atas pokok,” katanya.

Katanya, masyarakat Orang Asli tidak menuding jari mana-mana pihak sebagai penyebab masalah terbabit dan menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi mencari punca penyakit.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/574175/3-hari-pujuk-orang-asli-tunjuk-lokasi-mayat-guru-agama
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 12:57 AM | Show all posts
Empat lagi mayat Orang Asli Batek dibawa keluar
PENDUDUK Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir pernah menggunakan ritual tradisional untuk mengubati penduduk yang sakit. - UTUSAN ONLINE

Zaain Zin

14 Jun 2019 8:25 PM

GUA MUSANG - Polis berjaya membawa keluar empat lagi mayat Orang Asli suku Batek yang maut akibat penularan penyakit radang paru-paru di Kampung Kuala Koh, di sini untuk menjalani proses bedah siasat di Hospital Gua Musang.

Tiga daripada empat mayat berkenaan merupakan antara lapan mayat mangsa yang telah ditanda terlebih dahulu oleh pasukan pencari, kelmarin dan mereka dibawa keluar dari pada pukul 5.55 petang ini.

Identiti mereka dikenal pasti sebagai Din Hamdan, 18, serta pasangan adik beradik Fayah Papan, 19, dan Safia Papan, 18.

Sementara itu, satu lagi mayat dikenal pasti sebagai Puja Joh, 20-an, yang merupakan salah seorang daripada dua mangsa yang kematian mereka dilaporkan secara rasmi kepada polis sebelum ini. Mayat Puja dibawa keluar pukul 10 pagi ini bagi menjalani bedah siasat kali kedua.

Seorang lagi mangsa yang perlu menjalani bedah siasat kali kedua ialah Roni Hamdan, 29, yang berjaya dibawa keluar semalam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin ketika ditemui pemberita berkata, berdasarkan maklumat awal, Din, Fayah dan Safia dipercayai meninggal dunia antara 20 hingga 22 Mei lalu.

“Ketiga-tiga mereka disemadikan agak jauh antara satu sama lain, iaitu sekitar dua hingga lima kilometer.

“Baki lima mayat yang telah dijumpai dan ditanda semalam serta kelmarin akan dibawa keluar secara berperingkat-peringkat esok,” katanya selepas Op Batek hari ketiga tamat di Felda Aring 10 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Taufik berkata, susulan tindakan pihaknya membawa keluar mayat-mayat terbabit, kertas siasatan telah dibuka dan pegawai penyiasat kini giat menemubual serta merekod kenyataan waris mangsa.

Beliau turut memberitahu, Op Batek bagi menanda baki empat lagi mayat mangsa terakhir akan bersambung esok dan operasi tersebut dijangka lebih mencabar kerana pasukan pencari perlu menempuh perjalanan kira-kira lima jam menyusuri Sungai Lebir. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/empat-lagi-mayat-orang-asli-batek-dibawa-keluar-1.917742


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2019 08:50 AM | Show all posts
hmm interesting development.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
pintukaca replied at 15-6-2019 12:52 AM
3 hari pujuk Orang Asli tunjuk lokasi mayat - Guru agama
MOHD Fadzli Mamok


Sedihnya. Xde ke ustaz / tabligh boleh tlg? Ko dah islamkn org tu jgn la tggal gitu je. Hari2 kne ajk diaorang berjemaah , start dri situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2019 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jijiezie at 17-6-2019 02:43 PM

Dah dpt jawapan :

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 02:51 PM | Show all posts
Dah tiba masanya kerajaan Malaysia meminta negra maju seperti Amrika untuk menghantar doktor doktor yang pandai untuk mengkaji penyakit yang melanta kaum orang asli ini......

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 03:04 PM | Show all posts
Maideen. replied at 17-6-2019 02:51 PM
Dah tiba masanya kerajaan Malaysia meminta negra maju seperti Amrika untuk menghantar doktor doktor  ...

maideen bahlol al tolol anak pariyah mabuk todi langgar orang mati kerna main kul 4 pagi

tongok kau anak sial


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 03:48 PM | Show all posts
bukan aktiviti perlombongan ka?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 04:44 PM | Show all posts
pasal demam campak....patut hantar geng2 anti vaksin pi kg nih...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian org asal ni...ms aku pi rmh adik ipar kat tambunan pun aku rs sedih sgt..tgk life org asli ni pun rs camtu jgk....mereka sepatutnya menikmati hidup lebih lebih lebih baik dr ini...ni semua pemimpin yg akan btgjwb nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
@Bedah.Cun sila mencemar duli
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.063812 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list