HUKUM MENJUAL PAKAIAN TIRUAN
AL-KAFI #254: HUKUM MENJUAL BARANG TIRUAN
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 254 (22 APRIL 2016 M / 14 REJAB 1437 H) SOALAN: Assalamualaikum nak bertanya bolehkah jual barang tiruan? Kualitinya sama tetapi jenama tiruan. JAWAPAN: Waalaikumussalam wbt, Jika suatu barang itu dipatenkan dan dimiliki hak ciptanya oleh seseorang, maka hendaklah diminta izin daripadanya terlebih dahulu, jika tidak, maka boleh membawa kepada kezaliman mengambil hak orang lain. Sebaiknya, barang-barang yang dijual tidak diletakkan jenama atau logo yang membuat orang salah faham dan penipuan ia menyerupai produk lain yang memiliki perlindungan hak cipta dan paten. Aktiviti menjual barang tiruan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 oleh Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK). Wallahua’lam.
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1367-al-kafi-254-hukum-menjual-barang-tiruan
Zaman nick aku Sukun,ada sorg porumer rajin lepak sini ( Kelantanese ) mendakwa dia akan jutawan 5 tahun lagi dan aku ke premis dia
di GM KL .
Rupanya mamat tu jual jeans tiruan dr Siam .
Pelik juga,belajau Univ Azhar ( tak habis ) dan byk skandal tipu org sana sini hingga saudara aku yang
tinggal di Pasir Mas kenal mamat ni .
Setelah kena sindir dgn aku dlm bod agama,nmpknya nickname dia dh hilang ...x tahu apa nick dia skrg .
dia amat rapat dgn mantan mod bod ni dulu.
Dia,mod,wonhawau dll suka lahar aku dlm bod ni .
Zmn tu mereka sekepala ( semua Kelantanese )
JADI KEPADA MEREKA YANG MASIH MENJUAL PAKAIAN DAN PRODUK TIRUAN ,BERHENTILAH SBB HUKUMNYA HARAM .
(Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu).
QURAN AL KARIM
Aku nasihatkan korang baca buku ni

ada di MPH,Popular dan toko buku 1 Malaysia.Jika xda kena pi Brunei dan Singapore.
doa: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً Maksudnya: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima. Riwayat Ibn Majah (925)
hadis daripada Ibn Mas’ud R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda: لاَ تَزُولُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاَهُ وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيمَا عَلِمَ Maksudnya: ““Kaki anak Adam akan tetap tegak berdiri di sisi Tuhannya pada hari Kiamat, hingga dia ditanya tentang lima perkara (iaitu): tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) dia belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya.” Riwayat al-Tirmizi (2416)
سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ؟ قَالَ: عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ، وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ Maksudnya: Ditanya kepada Rasulullah SAW, apakah pekerjaan yang paling baik? Jawab Baginda: Amalan seorang lelaki dengan tangannya dan setiap jualan yang baik. Riwayat Ahmad (17265), al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman (1171)
dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir (13939)
|