CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sharlenetexas

Hang Tuah atau Hang Jebat? : Antara Dua Filem

[Copy link]
 Author| Post time 12-12-2020 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Hang Jebat

Hang Jebat berlari-lari mengejar Hang Tuah yang dibawa ke suatu tempat oleh Datuk Bendahara untuk dihukum.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2020 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Hang Jebat

Wajah kecewa Hang Jebat apabila Hang Tuah hanya menurut kehendak sultan yang menghukum tanpa usul periksa.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2020 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 12-12-2020 02:38 AM

Hang Jebat

Penduduk kampung kehairanan bertanya sesama sendiri apa tujuan Hang Jebat menjemput rakyat jelata ke istana. Menjadi kebiasaan lelaki topless shirtless sesuai dengan iklim khatulistiwa dan membuat kerja kampung. Masa dulu urat dawai tulang besi memang asli punya bukan buatan hasil protein shake.
Kelihatan rumah penduduk yang berdindingkan daun nipah. Walaupun misai pelesu nampak seperti bulu penyapu tapi iols ada soft spot dengan filem hitam putih dulu2.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2020 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 12-12-2020 02:35 AM

Hang Jebat

Watak Hang Jebat memang diberi kepada Nordin Ahmad hero Cathay Keris dan mempunyai kemahiran bersilat. Pada mulanya watak Hang Tuah diberi kepada Mahmud June yang sememangnya pandai bersilat. Tetapi setelah para pelakon utama dan pengarah melawat makam Hang Jebat, penjaga makam memberitahu bahawa M. Amin lebih sesuai membawa watak Hang Tuah kerana sosok tubuhnya tinggi dan tegap. Masalah pulak sebab M. Amin tak pandai bersilat jadi beliau dikehendaki belajar silat. Mahmud June menjadi koreografer silat. Tapi iols baca Hidir Ali Razali beri statement yang berlainan mengenai pemilihan watak Hang Tuah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2020 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Hang Tuah
Watak Patih Karma Wijaya dalam persalinan Jawa.

Hang Jebat
Watak Patih Karma Wijawa dalam persalinan Melayu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2020 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin lepas ni kita boleh mengenali pengarah Hussain Haniff. Iols suka Hussain Haniff sebagai pengarah dan editor kerana beliau seorang yang teliti dan hasil kerjanya kemas.



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-12-2020 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nordin Ahmad Dan M. Amin Bertarung 17 Hari Dalam Filem Hang Jebat

Oleh Hidir Ali Razali
On 12 Jul 2020



Setelah dilantik menjadi pengarah, Hussain Haniff memilih untuk mengarah cerita dari karya novel Sasterawan Ali Aziz yang bertajuk Hang Jebat Pelaku Terajidi. Hussain Haniff yang sememangnya terkenal dengan pendirian memberontaknya memulakan kajian terhadap naskah Ali Aziz ini dengan begitu teliti.

Hussain Haniff seorang yang sangat cerewet dalam berkarya, beliau suka memperlihatkan kesempurnaan di dalam mempersembahkan hasil kerjanya. Para pelakon seperti Nordin Ahmad, M.Amin, Latifah Omar, Siput Sarawak dan Mahmud Jun dipilih untuk melakonkan watak-watak utama di dalam filem ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2020 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Penggambaran filem Hang Jebat ini dimulakan pada pertengahan tahun 1961. Selain penggambaran di dalam studio Hussain Haniff juga ada melakukan penggambaran di luar studio. Antara lokasi yang dipilih untuk menjalankan penggambaran filem ini termasuk di kawasan kampung Bedok Laut dan di sekitar pantai Tanjong Katong.

Semasa melakukan penggambaran babak akhir untuk aksi pertarungan antara Nordin Ahmad dengan M.Amin di dalam filem ini, Hussain Haniff dengan seluruh tenaga kerja dan krew yang terlibat dikatakan telah berkampung selama tujuh belas hari di studio Cathay-Keris. Hussain Haniff juga telah mengarahkan dua pelakon utama yang terlibat turut berkampung di studio bagi menyatakan komitmen. Mahmud Jun yang bertindak sebagai koreografer silat turut bersama-sama berkampung di studio Cathay-Keris.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2020 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Menurut Mahmud Jun, beliau terpaksa bekerja keras untuk mencipta aksi pertarungan di antara Nordin Ahmad dengan M.Amin dalam babak akhir berkenaan. Nordin Ahmad mudah dibentuk oleh kerana beliau mempunyai asas dan kemahiran dalam persilatan. Berbeza dengan M. Amin yang tidak mempunyai apa-apa asas persilatan. Tetapi Hussain Haniff tetap mahukan M.Amin melakukan seperti apa yang Mahmud Jun lakukan walaupun M.Amin kelihatan agak sedikit kaku.

Ternyata apabila menonton filem ini banyak aksi persilatan dan buah pukul yang sangat realistik dipersembahkan oleh kedua-dua pelakon berkenan. Sehinggakan menurut Mahmud Jun beliau mengalami bengkak di kaki kerana terlalu banyak bersilat ketika menjalankan latihan untuk mewujudkan satu aksi pertarungan yang ikonik di dalam filem Hang Jebat. Begitu juga dengan Nordin Ahmad yang jatuh sakit akibat keletihan semasa menjalankan babak pertarungan dalam filem ini.

Apabila filem ini ditayangkan di pawagam, Hang Jebat telah mengejutkan seluruh peminat dan pengkritik filem Melayu pada ketika itu. Ramai yang beranggapan Hang Jebat merupakan karya paling terbaik dari Hussain Haniff dan di antara filem Melayu terbaik yang pernah dihasilkan oleh Cathay-Keris.

Nama Hussain Haniff sebagai pengarah melonjak naik ketika itu sehingga mampu diangkat dan bersaing dengan filem-filem arahan P.Ramlee dari MFP. Kewibawaan Nordin Ahmad sebagai hero nombor satu Cathay-Keris juga sudah tidak boleh dinafikan lagi dengan lakonan yang agresif dan penuh jiwa yang ditonjolkan melalui filem Hang Jebat.

Sehingga hari ini wajah Nordin Ahmad akan tergambar jika ada yang memperkatakan tentang sejarah yang dikaitkan dengan Hang Jebat.

RUJUKAN:

Layar Perak Dan Sejarahnya – M.Amin & Wahba

Dari Keris Film ke Studio Merdeka – Hamzah Hussin

Berita Filem

Temubual bersama Dato’ Mahmud Jun, Finas, 2001

Hidir Ali Razali
  
Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

Pautan artikel: https://www.thepatriots.asia/nor ... m-filem-hang-jebat/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2020 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidir Ali Razali merupakan penulis buku biografi Permata Seni Terbilang Nordin Ahmad. Walaupun tak kenal saudara Hidir, marilah kita memberi sokongan kepadanya dengan membeli buku yang dihasilkan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2020 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
SKUTIL replied at 11-12-2020 08:58 PM
U nnti tagg i dkt posting Nordin Ahmad....i x telek lagi

Meh la baca

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2020 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts


Hang Jebat Versi Nordin Ahmad

Oleh Hidir Ali Razali
On 3 May 2020

Pautan: https://www.thepatriots.asia/hang-jebat-versi-nordin-ahmad

Hang Jebat ialah salah seorang dari sahabat Datuk Laksamana Hang Tuah yang dikatakan telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Di dalam buku sejarah lama dan Hikayat Hang Tuah ada menceritakan kisah legenda Hang Tuah lima bersaudara ini. Hang Jebat yang akhirnya dikatakan telah kecundang di tangan Hang Tuah akibat dari perbuatan derhakanya terhadap Sultan.

Masyarakat Melayu dari zaman dahulu yang sentiasa beranggapan bahawa Hang Jebat itu adalah penderhaka dan Hang Tuah itu adalah Laksamana Terbilang dan pejuang bangsa seperti yang tertulis di dalam buku Hikayat Hang Tuah ataupun Sulalatus Salatin. Syed Alwi Al-Hady juga pernah membuat penulisan yang bertajuk “Hang Tuah Pahlawan Melayu” pada tahun 1956.

Persespsi ini seolah-olah terhenti apabila ada seorang penulis yang bernama Ali Aziz telah mencipta teorinya berkaitan Hang Jebat bertajuk “Hang Jebat Pelaku Terajidi”. Penulisan Ali Aziz ini memperlihatkan Hang Jebat dari sisi bersih dan sahabat setia yang sanggup berkorban.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2020 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum Hang Jebat versi Ali Aziz ini difilemkan, ianya terlebih dahulu diolah dalam bentuk drama radio dan ternyata semasa cerita ini disiarkan di radio ianya telah mengundang kemeriahan masyarakat Melayu pada ketika itu. Kisah-kisah murni Hang Tuah yang kerap ditulis oleh penulis-penulis sebelumnya nyata tenggelam dan jauh berbeza di tangan Ali Aziz.

Ali Aziz seorang penulis yang mendasari pemikiran teksnya dengan teori sastera, iaitu realisme sosialis. Teori tersebut bukanlah aneh dalam kalangan penulis tahun 1950-an, kerana ASAS 50 juga mirip kepada aliran teori tersebut.

Tetapi cara Ali Aziz mengolah kisah Hang Jebat dengan memberi penekaan kepada perubahan watak adalah menarik. Dengan keberkesanan olahan dari Ali Aziz ini telah menarik minat pengarah muda yang juga mempunyai sifat yang memberontak untuk menterjemahkan penulisan Ali Aziz ke layar perak.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts


Filem sulong arahan Hussain Haniff ini telah mencetuskan satu fenomena baru dikalangan masyarakat Melayu pada ketika itu. Sebelum itu masyarakat Melayu seringkali dikhabarkan dengan kisah-kisah kehebatan Hang Tuah dan penderhakaan Hang Jebat. Setelah Hang Jebat ditayangkan di pawagam dengan sekelip mata persepsi masyarakat pada ketika itu berubah.

Apa yang lebih menarik pada ketika itu apabila pelakon yang membawakan watak Hang Jebat di dalam filem ini seniman Nordin Ahmad dianggap sebagai susuk tubuh Hang Jebat yang sebenarnya. Malah sehingga sekarang apabila ada dikalangan masyarakat Melayu bercerita tentang Hang Jebat pasti karektor Nordin Ahmad di dalam filem ini akan tergambar.

Bagi saya filem Hang Jebat ini adalah karya agung Hussain Haniff. Lakon layar yang mantap, dialog yang padu, lakonan tragis Nordin Ahmad yang penuh jiwa, apa lagi hasil kerja dari sudut cinematografi Hussain Haniff yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Bagi Ali Aziz pula dalam satu tulisannya berkaitan filem ini, beliau menegaskan, jika seorang seniman itu hendak berlakon sebagai Hang Jebat atau seorang pengarah itu hendak mengarahkan cerita ini dengan berjaya, tidak boleh tidak mestilah ada rasa simpati di dalam jiwa terhadap pelaku trajedi yang luar biasa ini. (Hang Jebat).

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts


Filem ini berjaya membuat penonton merasa kagum dengan keberanian dan pemberontakan yang dilakukan oleh Hang Jebat. Adakah penonton berasa simpati dengan nasib yang diterima Hang Jebat atau penonton bersetuju dengan penderhakaan yang dilakukannya terhadap Sultan?

Ali Aziz berkata kebanyakkan yang tertulis di dalam buku-buku berkaitan sejarah Hang Tuah sebelum ini menyatakan kisah Hang Jebat menderhaka ini seringkali dilihat dari sisi tidak bersih, dan dari situlah tercetusnya ilham untuk beliau menulis kisah ini. Ali Aziz yang sangat terdedah dengan karya penulis tragedi seperti William Shakespeare antaranya Julius Caesar, Macbeth, King Lear, Hamlet dan Othelo.

Watak Hang Jebat versi Ali Aziz ini juga ada mengandungi unsur-unsur pelaku-pelaku tragedi Inggeris ini. Kesimpulan dari pendekatan yang dibawa oleh Ali Aziz ini membuatkan karya-karya penulisannya banyak difilemkan oleh pengarah-pengarah yang bernaung di studio Cathay-Keris, antaranya M.Amin menerus filem Chuchu Datok Merah pada tahun 1963.

RUJUKAN:

Berita Filem, Bil. 20, Julai 1962

Majalah Bintang, Bil. 33, 1962

Arena Film, Bil. 70-71, Keluaran Hari Raya

Sasterawan Negara Di Takhta Keunggulan – Abdul Rahman Hanafiah (Mana Sikana)

Gambar dan perwarnaan : Repair Gambar Lama

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2020 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Watak Hang Tuah memberi kesan mendalam kepada M. Amin



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2020 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
matseh replied at 11-12-2020 10:46 PM
Totally diff story.
Hang Tuah kisah aper koleksi cerita2 melayu.
hang Jebat kisah mengupas sindir ...


Kalau produser tak berminat/ tak mampu buat filem remake, mungkin pihak yang berkenaan buat tayangan filem Melayu klasik untuk menarik minat ramai. Iols tak tahu ada tak tayangan macam ni sebelum ni. Buat macam kat Singapura. Kita tayang kat tempat tumpuan ramai seperti Suria KLCC atau Midvalley. Buat kerjasama dengan Galeri Petronas kat KLCC. Seronok bila dapat tengok ramai2. Iols dulu pernah berkesempatan tengok filem2 Perancis kat Alliance Francaise de KL, Jalan Gurney. Tapi sekarang musim covid-19 pulak.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau zmn skrg buat semula filem gini, sape pelakon lelaki yg sesuai bwk watak jebat tuah ni agaknye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2020 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 13-12-2020 01:22 AM
amira_adlina replied at 13-12-2020 12:58 AM
Kalau zmn skrg buat semula filem gini, sape pelakon lelaki yg sesuai bwk watak jebat tuah ni agaknye


Iols masih belum nampak siapa calon2 nya.

Tok Jamal jadi Tuah pun not bad juga. Boleh bersilat. Kalau tak mendadih lagi nampak wangi heols tu.



Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut sejarh bebetul kan.. i still prefer hang jebat as hero of all time. Hang tuah ni loyalnya pd sultan be like melulu n dont have any principle in his soul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.108816 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list