CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PristineOne

Cerita ceriti di SJR - sudut kasad mata tentera yang bertugas

[Copy link]
 Author| Post time 3-6-2021 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 4-4-2021 02:11 AM
Pokcik dok Kem Terendak ke?
SJR tu  semua kat Melaka..

Kem Bukit Beruang, Melaka.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2021 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 3-6-2021 02:57 AM
Kem Bukit Beruang, Melaka.

Oo.. Tu kem yang utk Askar Wataniah tu kan?

Apapun, terima kasih buat semua anggota yg bertugas di semua spot sjr seluruh negara.. Akak lalu sjr tengah2 hari tu tambah berpeluh sebab tengok anggota bawa senjata. Hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg bertanya.....kenapa tak ada kluster jangkitan SJR?

Buat pengetahuan semua...

Bagi askar....SOP penugasan di SJR amat ketat.

Anggota pada subuh hari ( bagi yg duty SJR pada waktu siang) 0700hrs - 1600 hrs, akan melapor di kem di satu kawasan lapang yg ditetapkan ( selalunya di padang kawad atau padang bola kem) . Disitu sudah tersedia khemah khemah pusat gerakan SJR Covid 19.

Selepas melapor diri....anggota tersebut akan diambil bacaan suhu badan dan di spray dengan dettol pada seluruh badan....senjata juga disembur dgn spray dettol.

Setelah memakai lengkap vest dan face mask... Anggota tu akan naik trak dan dihantar ke SJR yg ditugaskan bagi menggantikan anggota yg bertugas pada sepanjang malam sehingga awal pagi.

Bila tiba di kawasan SJR dan lapor pulak ke khemah di SJR....anggota tu akan pakai pulak latex glove dan terus ke tengah jalan memeriksa kenderaan bersama anggota polis.

Di khemah SJR tu ada banyak latex glove dan face mask.... Anggota askar yg bertugas digalakkan menukar face mask dan glove sekerap tg boleh.

Makan tengahari bagi pihak askar...ada makanan dihantar dari kem.  Pihak polis pula ada katering berpusat dari Balai mereka yg akan menghantar makanan bagi anggota polis.  Anggota RELA pula selalunya akan menumpang kasih dgn anggota Polis atau Askar. Anggota RELA yg bertugas di SJR tidak disediakan makanan oleh pazukan RELA mereka. Ini disebabkan mereka mendapat elaun makanan sebanyak RM 56 sehari.

Tapi selalunya bungkusan makanan pasukan Polis atau pasukan askar di SJR tersebut selalu berlebih bungkusan dan bungkusan makanan tersebut akan diberi kepada anggota RELA dan makan bersama sama.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2021 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
.....kadang kadang ada orang awam yg ada surat kebenaran untuk melepasi SJR yg bersedekah makanan dan minuman kepada anggota2 yg yg ada di SJR.

Pemberian tersebut amatlah dihargai....diterima sebagai tanda ingatan dari orang ramai terhadap perugas2 SJR.  Ada kalanya dapat coklat dan bun roti yg sedap sedap dari orang ramai.  Terima Kasih banyaklah ...ingat pada kami yg ada di tengah jalan ni....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2021 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
....berbalik cerita pasal SOP ketat askar di SJR...

Selepas habis bertugas jam 1600hrs di SJR....ada trak askar yg datang ambik askar tersebut utk balik ke kem.

Sampai saja di Kem....anggota tersebut akan melapor secara berjarak pada Sarjan bertugas...Diperiksa suhu badan... kemudian semburan nyahkuman akan disembur pada badan dan uniform anggota tersebut....senjata juga turut disembur.  Selepas itu anggota tu akan ke belakang khemah melapor dan terus ke khemah mandi sementara yg disediakan di situ jugak...anggota tersebut akan mandi dan bersihkan badan dan selepas mandi akan bersalin memakai persalinan sukan. Uniform yg digunakan semasa bertugas tadi akan dimasukkan kedalam plastik dan di tag namakan kepunyaan anggota tu dan diserahkan kepada petugas pasukan dobi pasukan. ( ya... askar siap ada pasukan dobi yg akan membasuh uniform anggota yg bertugas ).

Selesai mandi di khemah gerakkan.... selalunya anggota tersebut sebelum balik berehat di bilik berek...akan buat inisiatif sendiri dgn mandi kali kedua di berek sebelum masuk ke berek untuk berehat.

Diberek kediaman pula.... lantai akan di mob kan dgn pencuci lantai dan clorox 2 x sehari... pagi dan petang serta 2 x sehari juga semburan campuran dettol disemburkan kedalam berek.... Berek dah berbau macam wad kat hospital universiti malaya...bau ubat... hehehehehe

Sekiranya...ada tanda walau pun sikit ...seperti selsema biasa... Sarjan dan Pegawai yg bertugas akan rehatkan anggota tersebut dari penugasan SJR.... dan jika didapati tanda tanda tu bukan selsema biasa...anggota akan swab testkan dan di kuarantinkan di pusat perubatan kem.

Dalam masa yg sama...rata rata anggota askar yg bertugas di SJR telah pun mendapatkan suntikan vaksin dari penghantaran pertama itu hari.

Disebabkan langkah langkah ketat yg diterapkan oleh pihak askar...maka sampai kini...belum lagi terdapat kluster jangkitan askar di SJR.  Moga ianya berterusan hingga berakhirnya pandermik ini.

Penugasan di SJR ini ada nama operasinya...iaitu Ops Penawar Covid 19.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2021 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni heboh tentang kempen #Kibar Bendera Putih.

Bertujuan sebagai tanda mana mana keluarga yang keputusan bekalan makanan dapat dibantu oleh jiran terdekat atau jiran terdekat lapurkan kepada pihak NGO atau Pusat Khidmat Ahli Parlimen untuk bantuan makanan.

Sebenarnya walaupun bukan polisi bagi pasukan tentera.... kalao ada rakyat yang keputusan bekalan makanan...datanglah ke kem tentera yang berdekatan..minta bantuan la disitu....insyaallah akan dibantu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-7-2021 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by PristineOne at 6-7-2021 12:01 AM
PristineOne replied at 5-7-2021 11:54 PM
Sekarang ni heboh tentang kempen #Kibar Bendera Putih.

Bertujuan sebagai tanda mana mana keluarg ...


Pernah terjadi.... selepas banjir besar di pantai timur 6-7 tahun lepas, Ada sorang pakchik tua yang dah habis ikhtiar untuk dapatkan bantuan selepas keluarga terputus bekalan makanan...pakchik tu terus menunggang motosikal dia ke kem yang berdekatan. Sampai saja di pintu kem tu..terus mohon bantuan di askar pengawal di pintu masuk. Pasukan dalam kem tu tak mengecewakan Pokchik tu....terus diberi beberapa pek bungkusan ransum tempur untuk dibawa balik.
( Ransum tempur tu adalah pek makanan bagi setiap anggota kalau dalam operasi - satu pek mengandungi beras..gula..susu pekat..teh..kopi serta makanan tin siap makan)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 02:38 AM | Show all posts
PristineOne replied at 6-7-2021 12:00 AM
Pernah terjadi.... selepas banjir besar di pantai timur 6-7 tahun lepas, Ada sorang pakchik tua  ...
suka baca penulisan abang ...

nak menyampuk tak reti pula ...

nak ucap terimakasih kepada pihak ATM yang banyak membantu ...

FC kopi paste jer

KAPIT, 11 Mei 2021: Seperti mana yang telah dirancang, Hospital Medan ATM Kapit telah mula beroperasi sepenuhnya pada Isnin, 10 Mei 2021 bermula jam 2.30 petang.
Pesakit pertama dibawa dari Hospital Daerah Kapit ke Hospital Medan ATM Kapit bagi mendapatkan rawatan susulan pasca pembedahan pembuangan nanah.

Seramai 3 Pegawai Perubatan ATM bersama 35 anggota bertugas di sini dan turut dibantu 4 orang Staf Perubatan KKM dari Hospital Daerah Kapit.
Hospital Medan ATM ini berfungsi sebagai tempat rawatan bagi pesakit bukan kes COVID-19.

Ia berkemampuan menempatkan 40 katil dan pesakit pada suatu masa dan kapasitit tersebut boleh ditambah sekiranya diperlukan dari masa ke semasa.
Pengoperasian Hospital Medan ATM Kapit ini dijangka akan beroperasi selama 3 bulan tertakluk kepada keadaan dan keperluan semasa.
- SEL PERHUBUNGAN RAYA MK 1 DIVISYEN



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih kepada semua anggota keselamatan yang gigih menjalankan tugas terutama pada tt yang sudi berkongsi cerita.
Semoga kita semua dapat bekerjasama menumpaskan covid dan seteruskan memacu negara ke arah memulihan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 01:06 AM | Show all posts
interesting! citer banyak lagi please

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 01:07 AM | Show all posts
nway, baru tau askar ada team dobi yg basuhkan uniform. patut la segak belaka. kagum wei tgk baju iron licin sideline perfect tak senget

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:03 AM | Show all posts
Suka baca pengalaman gini, teruskan bercerita pokcik..
Terima kasih kepada semua anggota keselamatan yang bertugas  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru jumpa thread ni.pokchik,nanti darurat dah tamat tentera still bantu jaga sjr ke.still continue macam biasa kan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu lalu sjr ke, pos kawalan masa zaman covid ni mesti nampak anggota tentera berdiri tegap mcm xpenat langsung. Hebat ya. Ada senaman khas ke pokcik nak bagi kaki xmudah letih bila berdiri lama?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 07:20 PM | Show all posts
terima aksih pokcik share info pasal SJR ni..share lah lagi pengalaman..yang lucu, saspen etc..ada tak yang kantoi xdpt kebenaran rentas tp dok merentas jugak? sejenis redah je mana tau bernasib baik boleh lps SJR..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 03:55 PM | Show all posts
ala..baru jumpa post ni..

mana pokcik menghilang..
dah tak jaga SJR agaknya...xdan nak bukak porum.

kalau pokchik baca..sambung lah lagi..

haha..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2021 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pokchik skrang dah tak jaga SJR lagi ke? Ke pokchik join skuad pantau SOP. Lama xde cerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
fatinandreanna replied at 12-9-2021 06:28 PM
Pokchik skrang dah tak jaga SJR lagi ke? Ke pokchik join skuad pantau SOP. Lama xde cerita.

Pokchik dan pasukan bawah Pokchik suda ditarik dari penugasan SJR...diganti dengan pasukan dari unit lain.     Dan situasi sekarang ni... SJR-SJR pun hanya di sempadan2 negeri.

Tak berapa lama lagi..tamat la tugas askar2 di SJR - SJR seluruh negara... SJR masih ada...cuma tak banyak dan Polis boleh handle sendiri nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
fatinandreanna replied at 12-9-2021 06:28 PM
Pokchik skrang dah tak jaga SJR lagi ke? Ke pokchik join skuad pantau SOP. Lama xde cerita.

Pokchik tak bertugas dalam operasi pemantauan....Pokchik kembali ke tugas hakiki di pejabat dan di kem sekarang.  Tapi kami askar askar sentiasa dalam keadaan sedia jika pandermik spike balik gila gila dan askar dikerahkan kembali utk penugasan Covid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Pokchik nasihatkan buat chouls semua.... teruskan jaga SOP Covid...jadikan amalan memakai mask dan sanitise tangan....lebih afdol...terus mandi apabila sampai dirumah dari tempat kerja atau dari mall membeli belah.

Dengan keadaan dimana...SOP PKP dan Fasa Pemulihan banyak yang dilonggarkan....kita mungkin alpa bahawa serangan Covid masih ada dan serangan Covid masih kuat.

Terus lah jaga kebersihan diri dan keluarga....Moga moga kita semua masih terselamat apabila peperangan melawan Covid ini berakhir satu hari nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.112505 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list