CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: senyum_77

apa kena dgn Bahasa Melayu di Singapura skang...? (merged with chipmunk))

[Copy link]
Post time 19-11-2003 03:17 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 18-11-2003 09:36 PM:
Sutera, tanya sikit...
kau dulu kampung kat mana ah?
Kau budak kampung Melayu Jalan Eunos ke?
Kaki Bukit ke?
budak Kampung Ubi?

dah habis dah ni tempat semua.
.:cry::cry:


relax jgn citer semua
agen isd dah tunggu kat luor flat ko tuh
heheheheehee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2003 12:24 AM | Show all posts
lu nak tau jawapan...
lu cek lu nyer PM....     
Originally posted by deaf4ever at 2003-11-18 09:36 PM:
Sutera, tanya sikit...
kau dulu kampung kat mana ah?
Kau budak kampung Melayu Jalan Eunos ke?
Kaki Bukit ke?
budak Kampung Ubi?  
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2003 12:35 AM | Show all posts
Originally posted by letitbe at 19-11-2003 03:17 AM:
relax jgn citer semua
agen isd dah tunggu kat luor flat ko tuh
heheheheehee


Originally posted by sutera_abadi at 20-11-2003 12:24 AM:
lu nak tau jawapan...
lu cek lu nyer PM....     



betul la letitbe,
sampai dah nak kena pm pm dah.
Nasib baik aku belum jawab soalan Valkries hehehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2003 12:38 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 20-11-2003 12:35 AM:

betul la letitbe,
sampai dah nak kena pm pm dah.
Nasib baik aku belum jawab soalan Valkries hehehehe.


kalo "masuk dlm" pun makan free tu!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2003 12:43 AM | Show all posts
Deaf4,
lu takot jugak rhopa nyer yeee  
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2003 12:49 AM | Show all posts
deaf4 lepas anto pm terus lagi pegi johor!!!
hahahhahahaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2003 12:00 PM | Show all posts

Oh!

Originally posted by chipmunk at 9-11-2003 23:35:
rupenya dalam bahasa melayu yea...

Mari kita rakyat Singapura,
Sama-sama menuju bahagia,
Cita-cita kita yang mulia,
Berjaya Singapura,

Marilah kita bersatu,
Dengan semangat yang baru,
S ...




Baru aku tau...


[AURA]  [EFEK]  [NOTA]
Tapi takkan pendek tu jer...?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2003 12:33 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by fairy_hobbit at 16-11-2003 05:51 PM:
"ditanjong katong,  airnya biru.... disitulah tempat..." tak ingat dah....

" Ditanjung Katong, airnya biru
  Disitu tempat bermandi-manda
  Duduk sekampung lagikan rindu
  Inikan pula jauh dimata"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


winzip This user has been deleted
Post time 27-12-2003 11:39 PM | Show all posts
hanya tinggal kenangan..
sekarang nih saki baki unsur melayu dikikis sedikit demi sedikit..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2004 09:47 AM | Show all posts

Ek!

Originally posted by deaf4ever at 10-11-2003 07:55:
Mungkin tak semua orang Melayu kat Malaysia tahu sangat pasal keadaan di Singapura. Terutama mereka yang ada kat kawasan Utara.
Cuma mungkin orang Johor je lebih tahu cerita Singapura ni, pasal ke ...




Ada beza yer Bahasa Kebangsaan dengan Bahasa Rasmi tu...? Susahnya nak explain...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2004 06:19 PM | Show all posts
apa yg Rakyat Singapura buat skang .....?

tgh tengok sj ker @ dah x sayang National Language sendiri....?


P/S: Harap maaf jika terkasar bahasa......


kalau ada org Singapura tolong jawab yer....


:hmm::hmm::hmm:


:solute::solute::solute:
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2004 08:01 PM | Show all posts
....................reyaulah hampa puas2 nak bela bahasa ibunda......tulah dulu bagi buat apa singapore kat org.............
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2004 09:32 PM | Show all posts
Hehe, memartabatkan bahasa melayu? tak payah sampai singapore, kita kaji tempat kita sendiri ajer. Mana hala tuju tulisan jawi? Sedangkan secara tidak rasmi, tulisan jawi itu melambangkan kemelayuan bahasa. Bagi aku Bahasa Melayu di Singapore bukan terpinggir, tetapi majoriti boleh menerima bahasa asing sebagai bahasa antarabangsa yang boleh difahami oleh majoriti pelancong yang datang kenegara mereka
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2004 10:07 PM | Show all posts
Buat aper lah nak susah susah nak mertabatkan bahasa melayu hingga ke spore, kat msia sendiri pun BM  sendiri terpinggi.sedang majoriti penduduk adalag org melayu dan lebih sedih lagi org melayu sendiri malu nak berbahasa melayu..konon tak class...

kat spore lain ler, majoriti dia adlaah china dan melayu hanyalah minoriti kalau tak silap hanya 17% dari penduduk spore.sudah tentulah bahasa melayu tak laku di negara itu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2004 10:09 PM | Show all posts
nie bukti kat msia sendiri bahasa melayu terpinggir..........

Bahasa Melayu: Patuhi kuasa DBP
Oleh: MERAN ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Kementerian dan agensi-agensi kerajaan perlu patuh kepada kuasa yang diberikan oleh kerajaan Pusat kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Pengarah Jabatan Bahasa DBP, Dr. Awang Sariyan berkata, DBP bagaimanapun mempunyai `kuasa terhad' dan tidak boleh mengambil tindakan seperti mendakwa pihak-pihak yang mencemarkan bahasa Melayu apatah lagi jika membabitkan jabatan-jabatan kerajaan.

Menurutnya, beliau pernah meminta pandangan daripada Jabatan Peguam Negara sama ada DBP boleh mendakwa agensi-agensi kerajaan yang mencemar dan meminggirkan bahasa Melayu.

Namun katanya, pihak Peguam Negara menyatakan jabatan-jabatan kerajaan tidak boleh dakwa mendakwa antara satu sama lain.

"Hal ini menyebabkan DBP berasa terhimpit, dilema dan serba salah kerana apa yang DBP mampu buat hanyalah merungut dan terus merungut sedangkan pihak yang dirungut tidak langsung mempedulikan.

"Kuasa yang ada pada DBP hanyalah bercakap dan menegur. Itu pun jika ada yang hendak mengikut,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Awang Sariyan berkata demikian ketika mengulas kenyataan seorang Tokoh Budaya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd Taib Osman.
Prof. Mohd. Taib berkata, golongan pejuang bahasa Melayu tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mahu menjejaskan kedudukan bahasa tersebut sebagai bahasa kebangsaan negara ini.

Sementara itu, Awang Sariyan berkata, Akta Perluasan Bahasa menyebut DBP boleh memberi nasihat, tunjuk ajar, teguran, mengawal dan sebagainya mengenai bahasa Melayu yang digunakan di negara ini.

"Ini bermakna pihak-pihak yang berkaitan perlu akur dengan kuasa yang diberi oleh kerajaan kepada DBP ini,'' ujarnya.

Beliau berkata, sepatutnya jabatan-jabatan kerajaan yang mencemar dan meminggirkan bahasa Melayu perlu menghormati tugas DBP yang juga merupakan jabatan kerajaan yang berperanan mendaulatkan bahasa Kebangsaan.

Namun begitu, menurut beliau, apa yang dapat dilihat sekarang ialah tiada penghormatan pada etika kerja antara sesama jabatan kerajaan.

Malah, katanya, ada kementerian yang dengan berani mengeluarkan kenyataan tidak akan menggunakan bahasa Melayu pada papan tanda yang mereka letakkan.

"Sepatutnya mana-mana kementerian dan agensi kerajaan memahami dasar yang dibuat oleh kerajaan diputuskan di dalam Parlimen dan bukannya di luar,'' katanya yang kesal dengan sikap sesetengah agensi kerajaan yang semakin mengabaikan bahasa sendiri.

"Saya ingin ingatkan bahawa kita tak boleh hidup dengan hanya kejayaan ekonomi dan pembangunan tetapi ada yang sama penting seperti bahasa dan budaya kerana kedua-duanya adalah jati diri bangsa Melayu.

"Jika bahasa Melayu terus dipinggirkan oleh kaumnya sendiri, generasi akan datang mungkin tidak mengenali jati diri bangsa mereka,'' tegasnya.
UM
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2004 11:26 PM | Show all posts
Originally posted by senyum_77 at 20-9-2004 06:09 PM:
Bahasa Melayu di Singapura ibarat:

  HIDUP SEGAN , MATI  X MAU...........


apa yg x kena dgn Bahasa Melayu di Singapura..........

[co ...


k, meh aku try jawab eh....  penggunaan Bahasa Melayu(BM) kat Spore..
aku rasa ko bukan orang yang duduk berhampiran Spore cam orang Johor,  takpe wa try jawab.


1) Lagu kebangsaan " Majulah Singapura" dinyanyikan dalam BM.
-Tiap2 hari satu Spura, murid2 sekolah kena nyanyi lagu ni.
-Hari Kebangsaan semua orang nyanyi lagu ni.
-Chenel tv/radio nak mula, nak tutup siaran, kena mainkan lagu ni.

2) Lambang rasmi Tentera dan Polis Spura semua dalam BM.
Semua arahan pembarisan Tentera dan Polis guna BM.
(Ni orang Johor yang nengok National Day Parade Spura kat tv semua tahu la)

3) Amanat Hari Kebangsaan Perdana Menteri dan Ucapan Tahunan Perdana Menteri, kedua2nya dibacakan sendiri oleh Perdana Menteri ( dia seorang bangsa Cina ) dalam BM, walaupun sebutan dia tak lancar, tapi aku kagum, sekurang2 dia cuba sedaya upaya nak cuba kuasai BM.

4) Pelajar2 sekolah pemerintah dari peringkat rendah sampai Maktab Rendah, mesti ambil bahasa Ibunda, bukan sahaja anak bangsa Melayu, tapi ada anak2 India ,Cina dan Indonesia pun ambil BM sebagai subjek Bahasa Ibunda.
Apa aku tahu, pelajar2 bangsa Cina yang pandai2, digalakkan untuk mengambil BM sebagai bahasa ketiga mereka.

5)Tulisan dan Bacaan Jawi, diajar kepada anak2 melayu bila mereka menghadiri kelas2 madrasah. Sapa2 anak2 Melayu yang ke sekolah Madrasah Sepenuh Masa, sudah pasti dapat menguasai Jawi lebih baik lagi.

6) Ada suratkabar harian BM ( BH&BM), ada dua stesyen radio BM ( Warna & Ria), ada satu rangkaian chenel TV ( Suria) gunakan sepenuhnya BM ( orang2 kat Johor tahu la pasal ni semua ), disamping majalah2 bercorak hiburan, ilmiah dan agama dicetak dalam BM. Selain ni semua risalah2 pemerintah dicetak dalam BM.

7) Kena paham, jumlah Melayu di Spura ni kira2 16% je, cuma berapa ratus ribu orang je orang Melayu kat sini. Dah kira cukup baik apa aku senarai 1-6 tu orang melayu kita dapat merasa dan menghargai.
Dan kena paham, kuasa ekonomi bukan di tangan orang Melayu. Untuk semua transaksi pekerjaan dan ekonomi, orang2 Melayu kena gunakan sekurang2nye Bahasa Inggeris. Tapi ni tak bermakna BM diabaikan atau tak relevan...
Cuma kita kena sesuaikan apa kita gunakan tu kat tempat yang tertentu.
Bila masyarakat Melayu bersama2, sudah tentulah kita gunakan BM.
Spura ni dikeliling negara2 besar yang gunakan BM, jadi rugi besar la dari segi ekonomi dan sosial, kalo penggunaan BM kat Spura ni tak digalakkan.

Bahasa Kebangsaan tetap bahasa Kebangsaan, tapi untuk carik makan, dan untuk perbaiki kemajuan bangsa sendiri supaya kita dapat kejar bangsa lain yang dah maju kehadapan tinggalkan orang2 Melayu kita kat belakang, kita kena sentiasa perbaiki diri sendiri, termasuk menguasai Bahasa2 bangsa yang pegang ekonomi dan teknologi.

Kena ingat, orang Melayu Spura, takde Sugar Daddy atau Sugar Mummy nak tolong2, tak dipilih kasih atau pun ada apa2 keistimewaan. Kalo orang Melayu Spura nak sesuatu , dia kena usaha macam gile, bersaing ngan bangsa2 lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


PeNinGLaLaT This user has been deleted
Post time 20-9-2004 11:40 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 20-9-2004 10:07 PM:
Buat aper lah nak susah susah nak mertabatkan bahasa melayu hingga ke spore, kat msia sendiri pun BM  sendiri terpinggi.sedang majoriti penduduk adalag org melayu dan lebih sedih lagi org melayu se ...



betul tu...setuju dgn mok_nik.....

rata2 ramai penuntut M'sia sendiri mengalami kesukaran dlm BM mereka...ada yg dapat C6 pun utk SPM...padahal berbangsa Melayu dan BM adalah bahasa rasmi M'sia yg digunakan merata-rata...ironic kan ?????
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2004 12:00 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at Mon 20th Sep 04 23:26:


k, meh aku try jawab eh....  penggunaan Bahasa Melayu(BM) kat Spore..
aku rasa ko bukan orang yang duduk berhampiran Spore cam orang Johor,  takpe wa try jawab.


1) Lagu kebangsaan "  ...

What can i say, orang cuma nampak kekurangan kita bukan kelebihan kita kekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2004 12:16 PM | Show all posts
Originally posted by Remy_3D at 21-9-2004 12:00 AM:

What can i say, orang cuma nampak kekurangan kita bukan kelebihan kita kekekekeke



itulah kita dah cakap org2 kita ni cepat "melatah",bab benda2 cam ni pun boleh di-isukan,kalo cakap nanti panas baran pulak tapi takpa memang kita disini pun diamanahkan untuk merombak persepsi masyarakat kita yg mudah melatah......yg mana tak betul kita cuba cari jln tengah agar tak timbul tngkarah,,,,yg mana yg dah betul tu kita cuba api2 kan agar dia jadi tak betul......(hehehehe bayangan gurauan jer lah)
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2004 02:04 PM | Show all posts
pada aku... org melayu tetap akan berbahasa melayu...tak kira laa teruk mana pun... kalau kat umah ko cakap apa?? speak in enlgish... bohong laa sgt...but ada jugak laaa few parents yg nak anak2 depa belajar english... but then...yg dapat c6 tuh bukan tak tau berbahasa melayu or tak menguasai...tapi masa org suruh blajar..diorang tuh memain sgt.... kalau korang tgk format spm.. back in 96 n seblmnyer tuh... kan ker ada prosa klasik laa apa laa...nak interprate tuh mungkin diorang ada masalah....

basically to me, tak der issue laa pasal bahasa nih.... lagi byk bahasa ko boleh kuasai.. lagi bagus...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6165 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 188601 Replies : 4293
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 8992 Replies : 177
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29384 Replies : 211
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3662 Replies : 20
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 90417 Replies : 632
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40560 Replies : 248
"Bukan taknak bayar,tapi aku tengah susah sekarang"-Wanita berang DBKL Minta Selesaikan Bil Sewa RM124 Tertunggak Selama 8 Bulan
YgBenar"Bukan taknak bayar,tapi aku tengah susa
Views : 2564 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.067107 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list