|
Kusyuk & Cara Solat (merru, sLapshock, D_S_Eja, mamapooh, sedondon)
[Copy link]
|
Akasyah This user has been deleted
|
Terjadinya level2 khusyuk dlm sembahyang ialah bertitik tolak dari tidak kenal Tuhan dan tidak mampunya kita untuk sembah Tuhan (sembahyang) seolah2 kita sedang nampak Tuhan. Inilah yg dimaksudkan dgn berjiwa tauhid bukan sekadar berakal tauhid semata. Sebagaimana kita kenal betul2 harimau dan boleh pula nampak harimau. Tetapi kenapa cukup dgn hanya nampak bekas tapak kaki dan bunyi ngauman sahaja, kita dah atur langkah seribu, padahal belum pun harimau itu muncul di depan mata. Samalah bukankah kita sudah tahu sifat2 Tuhan meskipun kita bukan boleh nampak Tuhan tapi kenapa kita tidak boleh bersikap spt sikap kita terhadap harimau itu tadi?
Ini kerana sedari kecil kita dah dikenalkan apa itu harimau, kekuatannya dan akibat yg boleh kita terima dari harimau hingga kejadian harimau dan segala kelebihannya kita dah jiwai betul2. Jadi kita dah kenal betul2lah harimau itu mcm mana. Munasabahlah kita sgt takutkan harimau. Sedangkan kita kenal Tuhan tidakpun sampai begitu.
Meskipun akal boleh proses maklumat melalui pembelajaran, Allah itu begian2 dan kita ini hamba yg sekian2, oleh kerana pendidikan kita sudah rosak ratusan tahun di mana tidak menekankan pendidikan soal roh hanya soal hukum itu dan ini dan syariat sana-sini, jadi itulah sebabnya kita susah nak timbulkan rasa2 berTuhan pada roh kita. Jika rasa2 berTuhan tiada atau tak kuat macam mana hendak timbul rasa2 kehambaan. Macam mana nak capai maqam khusyuk. Sudah tentu kita lebih seronok luangkan lebih masa ambil tahu pasal makhluk, pasal peristiwa harian, pasal makan pakai kita atau pasal kerja kita.
Jadi sama2 kita berusaha tanpa jemu, cari jalan atau lahirkan sebab utk subur2kan rasa2 berTuhan dan rasa2 kehambaan terhadap roh kita setiap hari agar KEADAAN HATI/ROH kita termasuk golongan roh2/hati2 yg khusyuk.Kerana itulah kunci utk mendapat khusyuk di luar sembahyang seterusnya membawa khusyuk itu ke dalam sembahyang. Amin |
|
|
|
|
|
|
UFWL2.0 This user has been deleted
|
Kusyuk itu anugerah...
kita perlu usahakan mencarinya dgn ilmu...tauhid feqh dan tasaufnya.Apabila ilmu ini telah mantap dan bersemadi dijiwa..Allah akan anugerahkan kusyuk...
Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju dgn UFWL, kusyuk itu satu anugerah, dalam asas islam sahaja dah diterangkan utk kita selalu melakukan ibadah. Simboliknya drpd selalu melakukan ibadah ialah bersihnya jiwa, hati, akal, nurani, roh. Teknik ibadah ni selain drpd mentaati perintah Allah, juga secara tak langsung menjuruskan kepada 'pembersihan dalaman diri'. Macam juga pakaian kita, kalau tak basuh, buruk dan kotorlah baju kita. Tapi kalau dah dibasuh, wangi, bersih dan kemas lagi baju kita. Jadi, marilah kita tumpukan sembahyang kita dgn menarik akal kita sebelum pergi@berpikiran ke lain, hati kita yg kdg2 tak tahan berdiri lama,napsu nak tgk tv lepas tu dll. Satukan rohani dan jiwa kita serentak di dalam tumpuan kita mengerjakan solat. Bukan senang utk mendapatkan anugerah ni, perlu usaha yg mmg kuat, tabah dan sabar. Aku sendiri belum lagi mendapat kekusyukan dlm solat, tapi aku pon mencuba gak utk mencapai tumpuan yg sebenar kerana aku percaya, takkan ada usaha positif yg berakhir dgn sia2..practice make perfect. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by always_typo at 2004-11-28 11:26 PM:
Apa pendapat anda?
A'kum semua...
erti kusyuk itu luas merangkumi pengetahuan individu sama ada dari segi ilmu syariat, tarikat, hakikat dan makrifat. bila sudah makrifat, latihan tubi (dari aspek wudu', bacaan tajwid, pergerakkan solat yang betul serta rasa ikhlas) perlu untuk dianugerahkan rasa kusyuk kerana leka-lagi-asyik-masyuk kita ke alam diri yang empunya diri... yakni hilang diri ke dalam yang empunya diri.
selagi kita tiada mengenal, selagi itu kita tak kusyuk... semoga Allah menganugerahkan nikmat 'kusyuk' ini pada kita semua. amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulan yang saya dapat dari penerangan Akasyah yg. panjang lebar (Terimakasih) ialah selain pemahaman dan tumpuan semasa solat, penghayatan haruslah dihadirkan. Menurut Akasyah kalau penghayatan hadir, kemungkinan pemahaman dan tumpuan beserta dengan khusyuk akan hadir secara "automatik".
Saya tak sure pasal proses automatik tu (utk mendapatkannya secara konsisten bagi setiap solat mungkin dah sampai peringkat wali allah) tapi mungkin bagi orang awam, point Akasyah yang saya ingin tekankan adalah kehadiran "penghayatan" ini boleh cuba dicari sekiranya kita menumpukan perhatian kepada solat yang hendak dilakukan bukan sahaja SEMASA solat tetapi SEBELUM kita melakukan solat tersebut. Di sini nampak kepentingan solat sunat qabliah sebagai "rehearsal" di samping strategi-strategi lain.
Logik juga kita cuba menghadirkan kebesaran Allah dalam hati kita SEBELUM kita mengerjakan solat kita, mengenangkan bahawa kita sedang dalam proses nak berhadapan dengan Allah. Jgn waktu nak solat baru nak menimbulkan penghayatan, agak susahlah sikit kerana momentumnya belum wujud. Agak pelik kebanyakkan doa meminta dikusyukkan solat berlaku SELEPAS solat dan bukan sebelumnya..hmm..kena tukar tu..
Di samping itu, kita harus berusaha "flush" otak kita daripada sebarang hal-hal dunia beberapa minit sebelum solat (jgnlah bersembang, melawak, berangan-angan, menyanyi(!) dsbgnya pada masa tu) . Even masa mendengar Azan, sudah boleh mulakan proses penghayatan dan kehadiran perasaan gementar- bergantung kepada keimanan kita dan masa yang kita ada. Di sini nampak kelebihan solat jemaah, dan kelebihan hadir LEBIH AWAL ke masjid agar sempat mendengar azan dngn lebih 'live' , bersolat sunat qabliah dan melakukan aktiviti2 lain utk persediaan solat, usaha kita utk memperoleh kusyuk.
Mungkin juga kita boleh membaca ayat-ayat yang menerangkan kebesaran Allah yang kita fahami secara senyap-senyap (seperti ayat Kursi, Qulhuwallah, dll) ataupun surah-surah pasal Kemurkaan Allah (mcm Aroaitallazi, Humazah dll) dan berzikir, menghayati maknanya SEBELUM solat. Even mula membaca Alfatihah atau Iftitah beberapa kali sebelum mengerjakan solat tersebut untuk tujuan rehearsal menimbulkan penghayatan. Apa pendapat anda?
Juga harus juga kita melihat alam sekeliling kita, misalnya bulan mengambang / bintang berkerlipan / keindahan seni bina masjid, bunyi-bunyi dan keindahan objek di sekeliling kita pada masa kita dalam perjalanan utk mengerjakan solat tersebut dan sebelum mengerjakan solat tersebut. Ini juga boleh menolong menghadirkan rasa kekerdilan kita berbanding Allah yang menguasai Alam semesta sebelum kita mengerjakan solat tersebut. Hati-hati, jgn pula terlalu berangan, nanti perkara2 tersebut akan datang menghantui fikiran kita semasa solat nanti.
Yang penting, kena relate balik apa yang kita lakukan itu (samada zikir/baca AlQuran atau melihat kejadian Allah) kepada kebesaran dan kekuasaan Allah, tuhan yang bakal kita temui dalam solat yang tak berapa minit lagi akan kita kerjakan tersebut.
Finally jangan lupa sentiasa berdoa agar Allah mengurniakan kita kusyuk di samping menghapuskan sebarang perasaan riyak dan takabur dalam hati kita. C''mon guys ..Must practice, practice, practice utk dapatkan solat yang terbaik!!
always_typo
Satu tips yang rakan saya berikan untuk menggunakan solat dari mengelakkan kita melakukan maksiat dan meningkatkan diri adalah penghayatan Syahadah dalam Tahiyat.
Anggaplah diri anda seorang yang baru hendak memeluk ugama Islam ketika membaca syahadah itu dan syahadah itu adalah ikrar anda ketika mula memeluk Ugama Islam (knyakan kita geng Islam Baka ni tiada pengalaman begini) - dgn keazaman utk meningkatkan usaha anda menjadi seorang Islam yang sempurna - jika anda rasa anda masih melakukan dosa fizikal, berazam untuk tinggalkan. Jika anda banyak dosa mental, berazam utk tinggalkan. Jika anda belum ada sumbangan terhadap ummah, berazam untuk banyakkan amal komuniti/bakti ibu bapa dsbgnya dan jika anda masih kurang ilmu di dada, berazam untuk menambahkan lagi ilmu.
Setelah memberi salam "Selamat Kepadamu Dengan Rahmat Allah", tibalah masanya anda menggunakan rahmat Allah (yg sentiasa anda dapat 24/7 without fail) untuk mengotakan semua azam-azam anda tadi.
Wallahua'lam
[ Last edited by always_typo on 6-12-2004 at 03:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
Asryzal This user has been deleted
|
Assalamualaikum
Rasa Dalam Sembahyang
Waktu bersembahyang jangan hanya dirikan fizikal
Yang tidak ada perasaan
Dirikan hatimu hingga terasa hebat di hadapan Tuhan
Setidak-tidaknya engkau sedar
Tuhan memerhatikan
Di waktu engkau membaca
Hendaklah engkau sedar bahawa engkau
Sedang berzikir, bertasbih, berdoa
Dan bercakap-cakap dengan Tuhan
Di masa engkau rukuk, jangan hanya badan yang rukuk
Dia tidak ada rasa
Yang penting jawarihmu rukuk sama
Yang merasakan merendah diri
Di hadapan Rabbul `Alamin
Dengan penuh khusyuk, tawaduk, dan khuduk
Dirasakan oleh hati
Ketika kamu sujud, jangan hanya anggota lahir sahaja sujud
Anggota lahir bukan ada rasa dan perasaan
Tapi di waktu sujud itu
Engkau rasakan amat hina
Dan tidak ada harga
Di dalam perpindahan rukuk
Engkau hayati Allah Yang Maha Besar
Begitulah berulang-ulang kali engkau lakukan
Di dalam sembahyang
Waktu berdiri, waktu rukuk, iktidal dan sujud
Begitulah sembahyang memuja, membesarkan
Merendah diri, menghina diri kepada Tuhan
Bercakap-cakap, meminta-minta, mensucikan
Mengingat-ngingat, mengagungkan
Jika di dalam sembahyang, fikiran tidak tahu apa yang dibaca
Rohaniah kaku tidak berfungsi
Itu bukan sembahyang
Itu bukan sembahNya
Kalau fizikal sahaja yang bergerak
Fikiran dan hati jiwa tidak bergerak
Ini senaman dan riadah namanya
Allah Taala tidak perlu kepada senaman dan riadah
Barulah kita faham, orang datang beramai-ramai ke masjid
Bukan bersembahyang tapi bersenam
Kerana itulah sembahyang tidak memberi kesan di dalam diri
Dan di dalam kehidupan |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
Barulah kita faham, orang datang beramai-ramai ke masjid
Bukan bersembahyang tapi bersenam
Kerana itulah sembahyang tidak memberi kesan di dalam diri
Dan di dalam kehidupan
Boleh perjelaskan? Me tak faham bahasa sastera nih
terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
Asryzal This user has been deleted
|
wa`alaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh
Originally posted by HOTlips at 12-1-2005 03:32 PM:
Assalamualaikum
Boleh perjelaskan? Me tak faham bahasa sastera nih
terima kasih.
Saya rasa sajak diatas adalah mudah untuk kita difahami kerana tidak mengandungi unsur2 puisi sastera yg terlalu berat卋ahasa yg digunakan adalah mudah dan jelas卍isusun dlm bentuk point2 yg ringkas.
Namun disini saya nyatakan sedikit penerangan mengenai sembahyang厃g dipetik dr buku yg bertajuk 揝embahyang & Persoalannya |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
Solat kalau setakat boleh faham rukun & hafal makna bacaan-bacaannya, itu baru sekadar ilmu sedangkan hikmahnya belum dapat lagi.
Yes! Perlu faham hakikat solat iaitu utk membawa segala ketaatan dlm solat di luar solat. Meaning, kalau dlm solat kita menutup aurat, memuji2 Allah swt, tawadhuk, menepati masa (sembahyang awal waktu) maka begitulah juga hendaknya sifat2 ketaatan dan takwa kita apabila di luar waktu solat.
Nak tanya lagi...
Bagaimana kalau seseorang tu rajin ke masjid berjemaah, tetapi atas kelemahan imannya, solatnya masih tidak khusu'. Sifat kehambaannya masih tidak sempurna dlm diri. Apakah solatnya dikira riadah? Bagaimana pula dgn seseorang yang hebat sifat kehambaannya tp solatnya di rumah? Manakah yg lebih baik?
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HOTlips at 2005-1-13 11:35 AM:
Nak tanya lagi...
Bagaimana kalau seseorang tu rajin ke masjid berjemaah, tetapi atas kelemahan imannya, solatnya masih tidak khusu'. Sifat kehambaannya masih tidak sempurna dlm diri. Apakah solatnya dikira riadah? Bagaimana pula dgn seseorang yang hebat sifat kehambaannya tp solatnya di rumah? Manakah yg lebih baik?
Terima kasih.
Bagi saya secara peribadi, solat fardhu jemaah disertakan dengan solat-solat sunat secara bersendirian adalah cara terbaik untuk memperolehi kusyuk dalam solat -tidak kiralah di masjid ataupun di rumah. Ini adalah berdasarkan perilaku Rasul kita sendiri yang begitu mengutamakan solat fardhu berjemaah.
Kekusyukan dalam solat atau kehadiran sifat kehambaan dalam solat itu adalah rasa peribadi yang hanya orang itu dan Allah sahaja yang tahu. Dalam keadaan normal, kita tidak akan tahu samada seseorang itu betul-betul kusyuk atau hanya berpura-pura kusyuk untuk impress orang. Jadi kerana faktor itu, untuk membuat judgment orang ini lebih kusyuk dari orang ini, sipolan itu begitu kusyuk sekali dibanding dengan sipolan itu dari segi faktor luaran terkadang boleh menjadi kurang tepat.
Jadi haruslah kita menggunakan panduan yang diberikan oleh Allah, Nabi kita dan para ilmuan Islam berkenaan dngn keutamaan solat berjemaah untuk mencapai matlamat kekusyukan tersebut.
On the other hand, jika kita sendiri merasa kita lebih kusyuk dan rasa kehambaan lebih timbul jika kita solat bersendirian di rumah, saya rasa kita perlu memeriksa kembali cara kita bersolat jemaah adakah benar seperti yang disarankan Rasul dan para ulamak. Juga kita harus juga memperdalamkan ilmu kita lagi di samping menambahkan lagi ibadat-ibadat lain spt berzikir, membaca alQuran, menghadiri majlis ilmu dsgbnya. Something is wrong with how we perform our solat jemaah -mungkin kena tukar masjid, cari imam lain yang lebih wara' dsbgnya.
Walaubagaimana pun terdapat jenis solat sunat yang digalakkan dilakukan sendirian di rumah seperti solat tahajjud (senjata rahsia orang Islam) dan sunat witir..seharusnya lah dilakukan di rumah pada waktu yang ditetapkan.
Wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HOTlips at 2005-1-13 11:35 AM:
Assalamualaikum
Yes! Perlu faham hakikat solat iaitu utk membawa segala ketaatan dlm solat di luar solat. Meaning, kalau dlm solat kita menutup aurat, memuji2 Allah swt, tawadhuk, menepati masa (sembahyang awal waktu) maka begitulah juga hendaknya sifat2 ketaatan dan takwa kita apabila di luar waktu solat.
Another way to see it ialah harus kerap memuji Allah, tawadhuk dengan penuh penghayatan, menepati masa DI LUAR SOLAT dahulu kemudian insyaallah sifat tersebut akan hadir di dalam solat kita dengan lebih mudah.
contoh : Menepati masa solat iaitu solat di awal waktu memerlukan anda merancang masa anda dengan teliti, jadi secara logik anda perlu menepati masa di luar solat DAHULU untuk membolehkan anda solat di awal waktu setiap kali solat fardhu. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
Solat itu mencegah fasyak dan mungkar. Solat melatih manusia dgn sifat2 terpuji. Bacaan2 pujian terhadap Allah semasa solat melahirkan sifat kehambaan spt tawadhuk dan tidak bercakap yg sia2. Solat fardhu tidak didirikan sesuka hati. Ada masa2nya yg tertentu. Bila kedengaran azan berkumandang, maka bersegeralah ke masjid utk berjemaah. Jika lewat, maka ketinggalanlah kita dengan takbiratul ula. Maka sebagai muslim perlu sentiasa bersedia dan menjaga waktu solat. Jelas solat secara tidak langsung melatih kita menepati masa. Jika solat sempurna, InsyaAllah segala sifat2 mazmumah akan keluar dari diri dan masuk sifat2 mahmudah. Oleh itu sentiasa semak solat kita, perbaiki dan usaha utk pertingkatkan mutu solat, lama-kelamaan sifat ketaatan, kehambaan yg dipupuk DALAM SOLAT dpt kita bawa DILUAR SOLAT.
Wallahua'lam!
Neway, setuju utk dptkan solat yg lebih khusuk dan lebih sempurna perlu bersedia DI LUAR SOLAT. Sebab itu perlu menjaga waktu solat, jgn dah tunggu azan baru nak tergopoh-gapah. Bersedia dgn wudhuk yg sempurna, zikir2 dan solat sunat jika berkemampuan. IinsyaAllah!
Setuju
Kusyuk itu anugerah...
kita perlu usahakan mencarinya dgn ilmu...tauhid feqh dan tasaufnya.Apabila ilmu ini telah mantap dan bersemadi dijiwa..Allah akan anugerahkan kusyuk...
serta perlu
Finally jangan lupa sentiasa berdoa agar Allah mengurniakan kita kusyuk di samping menghapuskan sebarang perasaan riyak dan takabur dalam hati kita.
Secara teorinya begitulah.... Semua nampak macam mudah. Tapi hakikatnya,
Baru nak angkat takbir, anak2 dah gaduh, menangis, menjerit. mmm.... syaitankah atau amalku yg lemah dan silap?
Ya Allah! aku hambaMU yg lemah. Tak mampu mempraktikkannya. Berikanlah aku kekuatan utk mendirikan solat yg sebaik mungkin. Berikanlah aku nikmat khusyu' dlm solahku. :pray: |
|
|
|
|
|
|
|
khushu'
erm....nih masalah skit.....masa saya solat...slalu takleh nak khusyu' .....camna nak buat?..
selain "tgk sejadah"....otak fikir macam |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by merru at 2005-8-3 03:52 PM:
erm....nih masalah skit.....masa saya solat...slalu takleh nak khusyu' .....camna nak buat?..
selain "tgk sejadah"....otak fikir macam |
|
|
|
|
|
|
|
merru,
tolong baca ini:ah:
pink pon lepas baca ni..baru tau kenapa selama ni tak kyusyuk dalam sembahyang...
RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
[ Last edited by pink on 3-8-2005 at 06:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pink at 3-8-2005 06:39 PM:
merru,
tolong baca ini:ah:
pink pon lepas baca ni..baru tau kenapa selama ni tak kyusyuk dalam sembahyang...
RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAH ...
Rasanya, kesimpulan daripada apa yang di atas ialah.. KEHADIRAN kita semasa solat. Hadirkan Hati dan Fikiran kita semasa bersolat. Jangan hanya hadirkan fizikal! Jika hanya menghadirkan fizikal, samalah seperti kita lihat beberapa orang peserta ceramah motivasi sedang lena dibuai mimpi. Jasadnya hadir, tapi hati dan fikirannya tidur.
Jadi, hadirkan hati, hadirkan fikiran. Bagaimana? seperti yang telah dijawab oleh forumner-forumner sebelum ini ataupun mungkin ada yang lebih baik selepas ini.
wallahualam.... |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by merru at 2005-8-3 03:52 PM:
erm....nih masalah skit.....masa saya solat...slalu takleh nak khusyu' .....camna nak buat?..
selain "tgk sejadah"....otak fikir macam |
|
|
|
|
|
|
mail25 This user has been deleted
|
Originally posted by kuman at 3-8-2005 05:35 PM
Berbahagialah sesiapa yang dikurnikan dengan kusyu' dalam sembahyang, manakala org yg lalai dalam sembahyangnya diberi ancaman bahawa NERAKA WAIL adalah temp ...
perkara pertama yg ditarik allah pada akhir zaman ialah khusyuk dlm sembahyang
apart of that...camna nak khusyuk kalau tahap keimanan yg lemah
khusyuk bukan bole dapat dgn ilmu yg banyak...study dlm buku/ustaz camna nak dpt khusyuk..(yg tulis buku tu pun tak khusyuk)
tapi sebagaimana yg kau explain tadi...kita cuma bole baiki quality solat kita..tapi khusyuk adalah muastahil....tak sama dgn sahabat yg ada hakikat solat dlm diri mereka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Solat tak Khusyuk..
Berbaloi ke sembahyang tak khusyuk? Sebab bila aku sembahyang.. memang susah kalau tak fikir pasal lain, ada je nak fikirkan pasal lain.. contoh pasal awek la, pasal macam macam lah, tapi mulut kumat kamit baca surah..
camne ni?
camna nak khushyuk? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku pun sama mcm ko....
ada sesapa yg boleh tulun |
|
|
|
|
|
|
| |
|