|
Roh & Alam Barzakh (merged: zulyusoff, holmes, tasha86 )
[Copy link]
|
|
hhmmmm,ada org bagitau saya plak, roh akan dtg jenguk keluarganya dalam masa 7 hari. tapi keluarga tak nampak le. betul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bagus topic ni...
saya ader soalan lagi.
1) kalau kita mati dan berada di alam barzakh, kita akan mendengar tapak kaki yang berjalan di atas muka bumi. Kalau
ader orang melawat kubur kita and sedekahkan al-fatihah, aderkah kita mengetahui siapakah pelawat itu?.
terima kasih kepada sesiapa yang dapat menjawab soalan saya.
Saya amat takut kalau ingatkan bab-bab mati/alam barzakh ni.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lonso ade satu citer...nie email yg lecture lonso dpt.............
di satu tmpt die negara arab..terdpt belia lelaki yg br meninggal dunia..........tanpa sbb musababa...setelah siap ditanam dan dimandikan...selang 3jam kemudie bapak arwah..mintak gali balik.sbb xpuas ati ngan kematian anak die..mati tanpa sbb..stlh mendpt kebenaran ..galilah.........sesudah gali.....anak nya yg semasa dikapan elok rupe nye..tlh sgt..hanya Allah je yg tau.......tulang2 telah kuar dr badan..mate..terkeluar...spt org yg ketakutan yg sgt dasyat....rupa sudah x mcm org...dan itlah die balasan...setelah melangkah 7 tapak dr kubur mungkar nakir... akan menyoal..bdk nie..sosial..x igt mati ..dan tingal semayang etc....byg kan.....terukk nye azab kubo blom api neraka lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bateesta at 23-4-2006 10:57 AM
Nape x ada owang nak jawab soalan aku kat atas ni :geram:
Laaa sorry la Bateesta... tak perasan u tanya kat I..he he he he
Nanti I semak semula ek... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zulyusoff at 6-6-2006 03:55 AM
Mengenai sampainya pahala sedekah al-fatihah/al-quran kpd si mati, maka itu adalah perkara yg menjadi khilaf dikalangan ulama.Ada kata yg sampai. Ada yg berpendapat tidak sampai.
Mengenai ...
zulyousoff..
terima kasih di atas penerangan anda. |
|
|
|
|
|
|
|
zul yusof..
TQ for sharing.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
KATA TUHAN: SEKIRANYA MANUSIA BERTANYAKAN KAMU TENTANG ROH
JAWABLAH ROH ITU ADALAH URUSAN TUHAN KAMU
HANYA SEDIKIT PENGETAHUAN SAHAJA YANG DIBERI
jadi adakah sesipa yang tahu, SEDIKIT tu sampai di mana
dan adakah NABI ada BERPESAN ttg hal ini??? |
|
|
|
|
|
|
|
satu pertanyaan dari saya...
setelah kite meninggal dunia... roh kite akan diangkat kelangit manakala jasad kite terkubur ditanah... maka timbul persoalan saya disini.... dimanakah pula kita berada diwaktu itu?? :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
aku nih banyak beno dosa... camana agaknya dok kat alam barzah tu iyerr....bila di tunjukkan balik dosa-dosa yang pernah aku buatt.... alahai... sedih sungguh rasanya cam mana ler aku nak mintak ampun lagi sedangkan dah terlambat uih... rasa cam dah menitis air mata nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam
eloklah kita menitiskan air mata sekarang
dr tiba saat yg MENGGERUNKAN tu
dan memang kita sentiasa melakukan DOSA
tetapi tidak diNAFIKAN HAK kita sentiasa memohon keampunan DARINYA
saudara TUIS ka
agak agaknya sekarang ni SAUDARA BERADA DIMANA????
dan darimanakahs saudara datang???
dah lama bermusafir tu rasa-rasa ingat nak balik ke
baliklah
BALIK |
|
|
|
|
|
|
|
>> ALAM KUBUR <<
Sje nak bukak topik ni...sebagai peringatan bagi kita semua...
info ni hom dpt dari email ....
ALAM KUBUR
Apabila manusia mati maka ia akan ditanam dalam kubur. Pernahkah kita terfikir apa yang akan berlaku selepas itu. Alam yang dilalui selepas itu disebut alam Barzakh. Apakah alam Barzakh? Alam Barzakh ialah alam kubur yang dialami oleh orang yang telah mati dan akan berpanjangan hingga hari kiamat.
KEADAAN ORANG DIALAM BARZAKH
Ada yang diseksa dan ada yang dilepaskan dari seksaan kubur. Ada yang disoal oleh Mungkar dan Nangkir dan ada yang tidak. Ada yang dibuka pintu neraka dan ruhnya diseksa. Ada yang dibuka pintu syurga dan ruhnya diberi nikmat. Ada yang menghadapi fitnah kubur (Dihimppit).
AMALAN YG DAPAT MELEPASKAN DAN MERINGANKAN SEKSAAN KUBUR
1.Bersembahyang lima waktu dan menunaikan Rukun Islam serta semua suruhan Allah disamping menjauhkan yang dilarang.
2.Selalu membaca suruh Al Ikhlas terutama dalam kesakitan. Rasulullah bersabda: "Siapa membaca 'Qul huwallaahu..ahad' dalam kesakitan yang membawa matinya, tidaklah ia menderita fitnah di dalam kubur dan terpeliharalah dia dari himpitan kubur dan di hari kiamat kelak ia akan dibawa oleh malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas ia dari titian Siratul Mustaqiim dan sampai ke syurga." Riwayat At Tabrani.
3.Selalu membaca surah Al Mulk atau sekurangnya malam Jumaat. Rasulullah bersabda: "Siapa yang membaca setiap malam tabaarakallazi..adalah dia akan dicegahkan Allah dari siksaan kubur." Riwayat An Nasaai.
4.Mati syahid iaitu mati kerana berjuang menegak kalimah Allah.
5.Mati dimalam atau disiang hari jumaat.
6.Mati sebab sakit dalam perut.
7.Tidak ditangisi mayat dikala kematiannya.
8.Selalu beri sedekah. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan(siksaan) kubur daripada orang yang selalu memberi sedekah dan hanya sesungguhnya orang mukmin itu akan bernaung dibawah naungan sedekahnya di hari kiamat." Riwayat Tabrani.
9. Menyempurnakan wuduk dan membantu orang yang dianayai. Ibn Mas'ud meriwayatkan cerita dari Rasulullah bahawa ada seorang hamba Allah yang telah diperintahkan disebat 100 kali dalam kuburnya tetapi kerana ia selalu berdoa supaya dilepaskan dari azab kubur,maka ia disebat sekali sahaja, tetapi dengan sekali sebatan itu api telah memenuhi kuburnya. Kemudian dia bertanya malaikat sebab ia dipukul. Jawab malaikat ini disebabkan ia sembahyang dengan wuduk yang tidak sempurna dan ia pernah menemui orang yang dianayai tetapi tidak menolong.
10. Selalu berdoa agar dilindungi dari siksaan kubur. Rasulullah selalu berdoa yang membawa maksud "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan Engakau dari siksaan neraka Jahannam, daripada siksaan kubur, daripada fitnah hidup dan mati dan daripada kejahatan al Masiih ad Dajjal."
11.Selalu membaca Al Quran dan bila tamat hendaklah berdoa dengan doa yang bermaksud, "Ya Allah, perjinakkanlah keliaranku dari ketakutan dalam kubur." Hadis riwayat Abi Umamah.
Wallahu'alam... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam
Saidina Umar ada bertanya kepada RASULLULLAH
adakah kami sedar seperti sekarang bila berhadapan dgn MALAIKAT PENYOAL?
maka jawab BAGINDA "YA"
lalu UMAR menjawab "AKU BISA MENGURUSKANNYA"
??????????????????????????????????????????????????
ini belum hantu jerankong datang
dah buka langkah seribu
nak bukak mulut nasihat sesama manusia pun takut
takut kena maki takut kena penerajang!!!!!
KALAULAH YANG DATANG TU DENGAN PELENGKUNG DARI API YANG MEMBARA........................ |
|
|
|
|
|
|
|
7 Jenis Pahala Yang Dapat Dinikmati Selepas Mati
Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya :
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alam barzah
Assalamualaikum....
Saya nak tanya kekawan..... yang ariff tentang alam barzah. persoalan nya begini Atuk saudara saya meninggal dan selamat dikebumikan. Anak saya yg berumur 4 taun ada ternampak kelibat Aruah dikawasan rumah saya di waktu siang hari. pada mulanya dia tak nak bagi tau tetapi setelah saya pujuk baru dia bagi tau.... adakah anak saya berkhayal?
[ Last edited by Kr31 at 31-1-2007 12:07 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Kr31's post
erkk..ada ke org yg blom meninggal arif tentang alam barzakh? |
|
|
|
|
|
|
|
bila ninggalnya anak adam, teputus hubungan dgn dunia kecuali 3 perkara:
1-doa anak soleh
2-ilmu bermanfaat
3-amal jariah
maybe anak buah anda tu tgk 'benda lain' |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Kr31 at 31-1-2007 12:06 PM
Assalamualaikum....
Saya nak tanya kekawan..... yang ariff tentang alam barzah. persoalan nya begini Atuk saudara saya meninggal dan selamat dikebumikan. Anak saya yg berumur 4 taun ada ternam ...
ada juga pernah aku dengar.....kawan aku ada cerita, keturunan dia memang cam tu...mereka (si arwah) akan appear tk kira malam atau siang hari di kawsan rumah....dlm masa 44 hari, klau tk silap aku...yg ini , bukan budak ajer nampak, tapi diapun pernah nampak....tapi dia kata dia dah lali, dan boleh jadikan bahan gelak lak ....
dengar cam tak percaya, tapi ini semua berkaitan dgn amalan dan konsep ''berkwn dgn jin'', yg muncul itu bukan benar2 si arwah tetapi jin yg merupai si mati....kdg2 bukan simati yg amalkan tetapi disebabkan pejanjian nenekmoyang dgn makhluk halus trsebut entah bbp keturunan sebelumnya, maka anak cucu yg menerima musibahnya....
wallahualam.... |
|
|
|
|
|
|
|
ASM.
moga aku tak salah bagi maklumat.
Ada memang kita dengar kes macam ni jadi, orang dah meninggal tapi ada orang lain nampak "dia" bejalan kat kampung, balik rumah dll. lah.
Yang dah meninggal tu memang tak balik dah secara umumnya. Aku pernah dengar sorang tok guru sebut, yang dijumpa orang tu bukan orang yang dah meninggal tu tapi "qarin" dia. "Qarin" ni satu makhluk yang boleh diumpamakan "copy" kepada kita lah. tu jelah sikit-sikit yang aku tau.
Harus jugak dalam kes yang tak berapa baik, yang dijumpa orang tu "belaan" orang.
wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
ASM.
satu hal lagi kalu aku tak silaplah, memang ada orang yang hidup di dunia ni yang tahu selok belok alam barzakh. Aku pernah dengar seorang tok guru kata, kita ni melalui 5 alam dalam sejarah kita sebagai manusia. pertama alam roh, kedua alam rahim, ketiga alam dunia, keempat alam kubur dan kelima alam akhirat. So kalau nak melalui perjalanan yang bukan pendek ni, tentulah seorang manusia tu elok faham selok belok tiap alam yang dia lalu.
wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sikomeng at 2-2-2007 02:35 AM
ASM.
satu hal lagi kalu aku tak silaplah, memang ada orang yang hidup di dunia ni yang tahu selok belok alam barzakh. Aku pernah dengar seorang tok guru kata, kita ni melalui 5 alam dalam sejara ...
Bagus2...thanx a lot 4 t info...I suke topik ni memang interesting...
Dr pemahaman K lepas dah baca info2 korang & info lain...Bleh ke K buat kesimpulan bahawa...Semua manusia yg telah meninggal..walaupun dikuburkan ataupun tidak cthnye dlm keadaan yg DARURAT aka PERANG..dll..rohnye tak kan muncul kembali...ataupun bleh dlihat oleh manusia yg hidup??...Confirm 100%??.....
Dan bleh ke K CONFIRMkan walaupun ade yg kata mereka dpt lihat "roh" si mati...Tapi itu hanye lah...mainan mata atau makhluk halus yg menyerupai roh si mati?....Confirm 100%??.....
Haa...ade lagi satu perkara yg mungkin K bleh kongsi dlm topik ni jugak...Dlm byk2 cerita K baca tak kira la dlm suratkhabar ke...buletin utama ke....Tiap kali kalu ade accident...or kematian yg tak diduga...org2 melayu Islam sentiase bkata bahawa...sblum si pulan2....accident....perangai die lain mcm la...ataupun pun....ade "tanda"..pelik yg bagaikan suatu message nak mengatakan..si pulan ni akan meninggal dunia.Ni semua cume kebetulan aje dan mainan perasaan btul tak??....Kite tak bleh percaye kan benda yg karut2 ni...Tapi kenape slalu jer ade cerita2 mcm ni??...Mungkin cume luahan hati mereka yg sedih kerana kehilangan org yg disayangi??......
Wat do u guys think??....Btul kan ape yg K katakan??...
[ Last edited by kinky71 at 6-2-2007 12:08 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|