CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shokuji10

Solat Dhuha, Tasbih & Sunat (merged: nurulazzah, ummy43, hird)

[Copy link]
Post time 26-8-2005 10:45 AM | Show all posts
hird...

cara pelaksanaan solat tasbih ni seperti yang kopi-kopi dah terangkan tu...bacaan tasbih seperti yang kopi-kopi pastekan tu...

solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih

macamana dapat 75 tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. selepas baca iftitah, alfatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula - 10 kali tasbih


Jadi jumpah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang step 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah semuanya 300 tasbih

harap dapat membantu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2005 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by Bobipoppo at 26-8-2005 09:10 AM
nak tanya,kalau kita bantai baca 300 kali tasbih dalam 1 rakaat boleh ke?



Islam itu cantik..jika kita tengok...kita baca tasbih pada seriap rakaat dan setiap kali kita bertukar rukun fi'li..

kalau baca 300 kali tasbih dalam 1 rakaat...kita akan 'sibuk' kira dah berapa kali tasbih yang dibaca...jad kekhusukan itu hilang...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 12:01 PM | Show all posts
assalamualaikum........

alhamdulillah, terima kasih dekat kopi-topi dengan cutie sebab dah ajarkan hird cara2nya.......

tapi nak tanya lagi selepas habis sholat itu apakah doa yang harus dibaca???macam sholat hajat kite ada doa yang nak dibaca selepas selesai sholat kalau untuk sholat tasbih pula??

lagi satu sholat tasbih nih sama ke macam sholat istikarah?maksud hird kegunaan dia???

terima kssih

[ Last edited by hird at 26-8-2005 12:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 02:14 PM | Show all posts
nanti sat saya pastekan doanya....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 02:44 PM | Show all posts
yeyeyeye......terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 03:29 PM | Show all posts
Originally posted by hird at 26-8-2005 12:01 PM
assalamualaikum........

alhamdulillah, terima kasih dekat kopi-topi dengan cutie sebab dah ajarkan hird cara2nya.......

tapi nak tanya lagi selepas habis sholat itu apakah doa yang harus diba ...



hird..setiap solat sunat tu ada kelebihan yang tersendiri...sunat tasbih untuk menghapus dosa...sunat taubat untuk menjernih jiwa...solat hajat untuk memohon apa yang dihajati..solat istikharah untuk membuat pilihan...

biasanya manusia ni...dia cuma tahu mintak jer dengan Allah...tapi dia lupa dia banyak dosa...seeloknya kita bersihkan diri kita sebelum mintak dengan Allah. Sebab tu lepas solat sebelum doa, paling tidak pun kita istighfar.

saya tahu hird baca post saya dalam topic 'keajaiban solat'...dan saya ceritakan saya dapat keajaiban itu melalui sunat tasbih. Saya nak tekankan di sini bukan sunat tasbih sahaja Allah boleh beri miracle tu...solat fardhu pun boleh...tapi saya dapat dalam sunat tasbih..dan tak semestinya setiap org yang buat sunat tasbih tu boleh dapat keajaiban itu...semuanya di tangan Allah.

Saya cuma berkongsi pengalaman saya. Biasanya saya buat sunat istikharah, petunjuknya saya dapat selepas itu. Tap saya buat sunat tasbih...Allah bagi jalan keluar sewaktu saya masih dalam solat...dan keajaiban itu tak selalunya berlaku..

Apa2 pun yang anda buat..yang penting kena tahu niat, dan ikhlas melaksanakannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2005 04:32 PM | Show all posts
cutie terima kasih sebab terangkan dengan jelas....iye hird baca posting cutie tuh, sebab  tuh hird tanya...

sebenarnya hird dah buat sholat istikarah....dan hird dah dapat jawapan dia tapi hird tak paham....sebab tuh bila hird baca posting cutie tuh hird teringin nak buat,mana tau Allah nak terangkan lagi untuk hird nih..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2005 08:06 PM | Show all posts
Originally posted by hird at 26-8-2005 04:32 PM
cutie terima kasih sebab terangkan dengan jelas....iye hird baca posting cutie tuh, sebab  tuh hird tanya...

sebenarnya hird dah buat sholat istikarah....dan hird dah dapat jawapan dia tapi hird ...



insyaAllah....minta Allah beri petunjuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2005 04:50 PM | Show all posts

solat dhuha dan solat hajat

kawan aku buat solat dhuha dan solat hajat pada jam 11.30 pagi, betul ke tu. . minta pendapat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2005 09:45 PM | Show all posts
solat hajat tu bila-bila boleh, selagi ada hajat.  11.30 pagi solat dhuha tu rasanya lewat sangat.  Rasanya dalam linkungan pukul 8 atau 9.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ponder This user has been deleted
Post time 19-9-2005 11:57 PM | Show all posts
Pukul 11:30 pagi masih lagi dalam waktu dhuha. Boleh solat dhuha waktu itu. Waktu dhuha habis bila matahari tepat diatas kepala (ditengah langit).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2005 01:15 AM | Show all posts
betul la tu...

Dhuha : selepas Israq sampai sebelum zohor....



Wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2005 01:12 PM | Show all posts
tanya sikit....

selalu dgr pasal solat dhuha nih... tapi secara jujurnyer.... smpai skrg x pernah buat....

mmmm.... apa ye kelebihan solat nih / utk apa kita digalakkan utk buat solat dhuha nih? sori ye... mmg x tau..... baru nk menjinakkan2 diri dlm solat2 sunat nih...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2005 07:14 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum,


Di bawah ini aku tuliskan 2 Hadis Qudsi tentang kelebihan orang yang mengerjakan sholah sunnat di waktu pagi, tetapi dalam hadis ini tidak dinyatakan nama sholah tersebut ;


Telah di riwayatkan oleh Ahmad dan Abu Ya'la, Telah berkata Uqbah bin Amir Al Juhani ra. bahawasanya Nabi saaw.telah bersabda, Allah SWT. telah berfirman;
"Wahai anak Adam! Tunaikan empat raka'at (sunnat) di awal siang, niscaya dengannya Aku mencukupimu di sepanjang hari"


Seterusnya hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Telah berkata Abu Murrah Ath Tha'ifi ra. bahawasanya Nabi saaw. telah bersabda, Allah SWT. telah berfirman;
"Wahai anak Adam! Bersholah lah untukKu di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya"






Kedua-dua hadis Qudsi di atas menunjukkan cara-cara bagaimana kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. iaitu dengan memperbanyakkan Nawafil (sholah2 sunat), agar kita di kasihi Allah SWT. dan di dekatkanNya ke sisiNya.

Firman Allah swt. dalam hadis di atas, "tunaikanlah empat raka'at di awal siang", yakni sebaik-baik sahaja berakhirnya waktu larangan sesudah Subuh, dan sebentar sebelum masuknya waktu Zohor.

Kita di tuntut secara tathawwuq (sukarela) buat mengerjakan sholah ini niscaya Allah SWT. akan menjamin segala keperluan kita, dan mengadakan apa saja yang kita kehendaki di sepanjang hari itu.

Sholah sunat ini memang besar ertinya buat setiap muslimin dan muslimah yang Abid sebab ia adalah anjuran Allah SWT. dan dia telah pun menjanjikan akan memenuhi semua keperluan orang yang beristiqomah pada waktu2 yang di tentukan.

Apalagi! Rajin-rajinlah mengerjakan sholah2 sunnat, niscaya aku dan saudara2 sekelian akan merasakan ke enakkannya, dan apabila kita merasakan keseronokan ketika beribadat, itulah tandanya Allah SWT. sedang mengasihi dan merahmatimu....


Sholah2 sunnat yang di anjurkan itu adalah;

4 raka'at sholah sunat 'Issraq' dengan 2 salam....

6 raka'at sholah sunat 'Dhuha' dengan 3 salam...

4 rakaat sholah sunat 'Rakaatuz Zawaal' dengan 2 salam...




Wassalam.

[ Last edited by saifulms at 20-9-2005 07:15 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2005 02:43 PM | Show all posts
tks saiful....

mmmm... yg lagi 2 solat sunat tu (issraaq & rakaatuz zawaal) tu apa plak? di buat waktu bila? bole x terangkan serba-sikit.... sorry ye...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2005 02:45 PM | Show all posts
lagi satu.... utk solat2 sunat nie - ada x ayat2 tertentu yg disunatkan utk baca? (lepas al-fatihah).... ke.... bole baca apa2 ayat lazim?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2005 09:14 PM | Show all posts
emm.  alex tak perlu minta maaf, tak apa, aku suka awak terus bertanya kerana hendak beramal. Cara awak bertanya tu pun bagus, tak le aku mengamuk macam kat treand lagi satu tu, tapi amuk aku amuk Nasihat bukan amuk membunuh he he.... ek! sorry melalut pulak...

Sholah sunnat Israaq waktunya adalah lebih kurang 10 minit selepas tamat waktu sholah subuh dikerjakan 4 rakaat dengan 2 salam. Kelebihan dia, pada 2 rakaat pertama itu, siapa yang buat insyaAllah, akan di berkati rezekinya pada hari itu. Pada 2 rakaat seterusnya, di berikan ganjaran seumpama orang2 yang mengerjakan Haji yang Mabrur.

sholah sunat Israaq ini sebenarnya tidak di beratkan oleh Imam Syafie, tetapi di kuatkan oleh Imam Hanafi. Elok la kita buat, menurut sunnah nabi,  sebaik-baiknya sebelum sarapan pagi,  tanda kita bersyukur akan rezeki dari Allah yang bakal kita nikmati sebentar lagi..

Sholah sunnat 'Rakaatuz Zawaal'  dikerjakan selepas tergelincirnya matahari dari atas kepala, yakni hampir2 nak masuk waktu zohor. Ia dikerjakan 4 rakaat dengan 2 salam. Kelebihannya..... lupa da...  dan aku tak tahu ler samada Imam Syafie dan Imam Hanafi ada sebut pasal sholah sunnat ni......? Rasanya tidak..

Sholah sunnat Dhuha pula 6 rakaat dengan 3 salam, tetapi terdapat juga hadis yang mengatakan 12 rakaat yakni hadis di bawah ini;

Dari Anas berkata Rasulullah “Barang siapa shalat Dhuha 12 rakaat, Allah akan membuatkan untuknya istana disurga” (H.R. Tarmiji dan Abu Majah).

banyak kelebihannya selain yang tersebut dalam hadis Qudsi dan hadis di atas. kalau awak nak tahu lebih banyak, sila dapatkan buku/kitab yang membicarakan pasal kelebihan sholah sunnat ni..

Berkenaan dengan ayat2  yang tertentu yang di sunnatkan membacanya dalam sholah2 sunnat tersebut, awak boleh rujuk di dalam buku/kitab yang aku syorkan tadi. Tetapi aku sendiri tidak mahu mengkhususkan ayat2 atau surah2 di dalam sholah2 sunnat yang aku kerjakan, kerana aku lebih senang membaca apa saja surah yang terlintas di fikiranku saat itu. Ini lebih mudah dan lebih baik bagi aku, tetapi awak atau sesiapa pun, terpulanglah nak buat macam manapun.. Wallahu a'lam.



Wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2005 10:37 PM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 21-9-2005 09:14 PM
Sholah sunnat Israaq waktunya adalah lebih kurang 10 minit selepas tamat waktu sholah subuh dikerjakan 4 rakaat dengan 2 salam. Kelebihan dia, pada 2 rakaat pertama itu, siapa yang buat insyaAllah, akan di berkati rezekinya pada hari itu. Pada 2 rakaat seterusnya, di berikan ganjaran seumpama orang2 yang mengerjakan Haji yang Mabrur.



jap... jap... nk mintak clarification.... 10 mins after TAMAT WAKTU subuh ye? bukan 10 mins after perform solat subuh? kalo 10 mins after TAMAT WAKTU subuh.... solat nie kita bole buat sampai pukul baper? sampai sebelum masuk zohor ke?

tks
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 12:40 AM | Show all posts
10 minit selepas habis waktu Subuh, bukan setelah selesai kita bersholah subuh kerana selepas sholah subuh di larang mengerjakan sholah sunnat. Untuk pengentahuan, waktu2 dilarang mengerjakan sholah sunnat adalah;

Selepas sembahyang asar

Selepas sembahyang subuh

Selepas tergelincirnya matahari

Waktu terbitnya matahari

Waktu tenggelam matahari.

  

Semua waktu-waktu ini makruh melakukan sembahyang yang tidak bersebab. Adapun sembahyang-sembahyang yang ada sebabnya seperti mengqadhakan sembahyang sunnat, sembahyang kerana gerhana matahari atau bulan, atau sembahyang jenazah maka tiadalah dihukumkan makruh.



Berbalik kepada sholat sunnat Israaq tadi, maka setelah kita selesai mengerjakannya maka habis lah waktunya dan bolehlah kita buat sholah sunnat Dhuha pula. Tetapi kalau kita terpaksa melewatkannya kerana sesuatu hal, masa Israaq ni menurut ulamak hanya setengah jam sahaja dari permulaan waktunya... Wallahu a'lam..



Satu perkara lagi aku nak tulis,  adalah lebih baik sekiranya kita menyempurnakan dulu sholah sunnat rawatib kerana ianya amat di beratkan untuk kita mengerjakannya. Kemudian jika mampu, beristiqamahlah dalam mengerjakan sholah Tahajjud, kalau kita tak dapat bangun seawal pagi, kita buatlah sebelum azan subuh dilaungkan. Ini adalah amalan orang2 yang soleh, insyaAllah kita akan mendapatkan kasih sayang Allah SWT. Inilah maksud terbesar dalam kehidupan kita di dunia yang sementara ini.....



Wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2005 01:35 PM | Show all posts
ooooooooooo.... ok.... insya-allah dah paham serba-sikit.... insya-allah nnti akan singgah ke kedai buku, utk beli buku2 yg bkaitan ngan solat2 sunat nih....

tks saiful.... moga2 aku praktikkan apa yg aku dh belajar.... ramadhan pun dh dekat... molek sangat la tu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.078900 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list