|
Ajaran Sesat Ayah Pin (freshNectar, snipersnake, Gravedigger, leotazz818)
[Copy link]
|
|
sesiapa lagi yg ada berita/perkembangan tentang ayah pin diharap dapat berkongsi dgn saya di thread ini |
|
|
|
|
|
|
|
SYMBOLIC: An aerial picture of the Sky Kingdom commune in Jertih and its giant symbols.
The palace-shaped dewan perhimpunan (assembly hall) was empty, as were a wakaf, Rumah Bulat (a building to receive visitors) and Rumah Nasyid, which was used for chanting sessions. |
|
|
|
|
|
|
|
nih aku dapat dari email..kebenarannya..wallaualam.
Penganut ajaran Ayah Pin,kembalilah ke pangkal jalan.
Saya sebagai seorang bekas pelajar ajaran Ayah Pin merasa terpanggil untuk memperjelaskan tentang ajarannya yang telah memesongkan saya selama tiga tahun sebelum ini. Saya telah memasuki ajaran Ayah Pin melalui kawan karib saya iaitu anak lelakinya yang glamour dengan panggilan Lepat yang satu masa dulu pernah menjadi tajuk berita apabila anaknya dibawa lari ke England oleh bekas isterinya.
Saya adalah seorang yang selama ini jauh daripada Allah, oleh itu saya ingin mendekatiNya setelah banyak berdosa.Inilah yang membuatkan saya boleh memasuki ajaran Ayah Pin yang saya fikir dapat menenangkan jiwa kosong saya. Tetapi lama kelamaan, saya menjadi keliru kerana sepanjang berada dalam pengajian Ayah Pin, dia menyeru para pengikutnya agar tidak menunaikan sembahyang kerana menurutnya bagaimana kita mahu sembahyang sedangkan kita belum lagi mengenal Allah. Tambahan pula, dalam majlis-majlis pengajiannya, percampuran di antara lelaki dan perempuan berleluasa dan saya pernah terserempak Ayah Pin melakukan zina dengan isteri Rosly Abdul Samad (orang paling rapat dengannya) dan saya terus melaporkan perkara terkutuk itu kepada Rosly. Malangnya Rosly dengan selambanya menjawab bahawa dia meredakan persetubuhan haram Ayah Pin dengan isterinya kerana dia cuma mengharapkan syafaat dari Ayah Pin. Saya amat keliru dengan kata-kata Rosly itu yang merupakan bekas pemain drum kumpulan muzik Def GebC.Saya semakin keliru apabila Rosly memberitahu saya bahawa Ayah Pin adalah Imam Mahdi. Saya berfikir seorang diri bagaimana Ayah Pin boleh menjadi Imam Mahdi sedangkan dia bergelumang dengan perzinaan dan sering mabuk arak.
Satu peristiwa lagi yang telah menyedarkan saya hingga membuatkan saya meninggalkan ajaran karut Ayah Pin ketika saya mendapati Ayah Pin membina kekayaan peribadi melalui kutipan duit daripada kami semua pengikut ajarannya. Ayah Pin mengatakan bahawa beliau perlukan wang yang banyak untuk meneruskan perintah kerajaan langit untuk "menyedarkan semua insan" khususnya di Malaysia dan amnya di dunia.Ayah Pin juga selalu menanamkan dalam minda kami bahawa dia akan menjadi perdana menteri tidak lama lagi dengan bantuan kerajaan langit.Saya menyeru kepada Rosly dan rakan-rakan saya yang lain agar segera kembali ke pangkal jalan dan bertaubat sebelum Allah mengenakan azab ke atas mereka semua yang memesongkan ajaran Islam yang sebenar.........Bekas penganut ajaran Ayah Pin |
|
|
|
|
|
|
|
Persamaan antara ajaran Ayah Pin dan ajaran Abuya Asaari....kedua-duanya mempunyai pengikut yang taksub dan mudah terima apabila diperkenalkan kepada Imam Mahdi ciptaan mereka.
Perbezaannya ialah Ayah Pin cuma mahu jadi Perdana Menteri Kerajaan langit manakala Abuya Asaari tak sabar nak jadi Perdana Menteri Malaysia alam nyata. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 16-7-2005 10:55 AM:
Persamaan antara ajaran Ayah Pin dan ajaran Abuya Asaari....kedua-duanya mempunyai pengikut yang taksub dan mudah terima apabila diperkenalkan kepada Imam Mahdi ciptaan mereka.
P ...
Dah agak dah kerja2 budak Syiah ni.
Antara ajaran Ayah Pin dengan ajaran Abuya Ustaz Ashaari adalah ibarat langit dengan bumi , walau pun ayah Pin mengaku ia 'berkerajaan langit'
Rasa2 budak pra tadika pun tahu perbezaan dia. Bukan perbezaan kecil tapi besar.
1. Corak penampilan- Penampilan Ayah Pin mungkin sama dengan Grave, Snake dan Malau. Mengikut Sunnah Yahudi. Tidak memakai ketayap atau songkok apatah lagi serban. Berbaju dan seluar macam kaum keluarga Ariel Sharon pakai. Malah macam adik beradik George Bush pakai.
Tetapi penampilan Abuya bersama pengikut dia adalah mengikut sunnah nabi. Berjubah malah berserban.Akhlak antara pengikut jati Abuya dengan Ayah Pin jauh beza dia. Lihatlah akhlak Grave dan Snake tu, begitu lah ibarat kiasan akhlak anak murid ayah Pin.
Kata orang dari air muka kita boleh melihat akhlaknya samada baik atau buruk.Muka jernih abuya samnaker dengan muka berserabut ayah pin?
Bersambung.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syeikhbelalang at 16-7-2005 12:14 PM:
Dah agak dah kerja2 budak Syiah ni.
Antara ajaran Ayah Pin dengan ajaran Abuya Ustaz Ashaari adalah ibarat langit dengan bumi , walau pun ayah Pin mengaku ia 'berkeraja ...
nabi selalu pakai serban eh? hm... tapi riwayat banyak menyebut nabi jarang pakai serban, tapi nabi banyak pakai ketayap... sebab serban nabi disedekah kepada sahabat-sahabat...
p/s: if salah.. sila betulkan... :D |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syeikhbelalang at 16-7-2005 12:14 PM:
Dah agak dah kerja2 budak Syiah ni.
Antara ajaran Ayah Pin dengan ajaran Abuya Ustaz Ashaari adalah ibarat langit dengan bumi , walau pun ayah Pin mengaku ia 'berkeraja ...
:clap::clap::clap::clap:
Hanya Jauhari yang mengenal Manikam. |
|
|
|
|
|
|
|
pendakwah tak mewah.. ;) tgk kat atas..sapa yg paling mewah ;) |
|
|
|
|
|
|
|
meh aku kenalkan sorang2 dema kat atas..soarang tuh pernah dan selalu membuat paderi2 kristian tepok kepala kalah berdebat..paderi yg sampai tepok2 meja pon ramai..blom lagik yg pelok islam..yg soang tuh plak selamba jer tegur kerajaan..dia tau tanggungjawab dia sebagai alim dan akan ditanya kat akhirat esok..kita bukan kaki bodek la..sorang lagik merupakan tokoh akedemki tersohor..selalunya sesapa yg selalu tgk update fatwa kenal la dia..dan soang lagik dicop pengganas di chechnya..tetapi beliau cuma memerangi org russia..tau tak kenapa media tak dapat nak eksploit dia kata dia pengganas dsb? sebab dia BERPERANG IKUT CARA NABI..so PERFECT..kan sunnah nabi perfect |
|
|
|
|
|
|
|
empat gambar..BERCAHAYA..tenang jer hati nengok..yg soang tuh..prtprptprptprptprptpt!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 16-7-2005 10:33 PM:
empat gambar..BERCAHAYA..tenang jer hati nengok..yg soang tuh..prtprptprptprptprptpt!!
Heheheheheeheh... Tergelak tengok telatah Snake tu...
Ada cahaya ker pada 4 gambar tu? Cahaya kelam kabut adalah kot...
Tapi tengok gambar Abuya tu tenang dan menyakinkan...
Teringin pulak nak tengok gambar Snake. Kot2 Tenang macam watak Mr Bean tu.. Tengok wajah dalam akhbar, bukan dalam TV.
Tunggu Fitnah dari Snake, Malau dan Grave pula. Termasuk Aza sekali. Mujur snake tak makan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syeikhbelalang at 16-7-2005 11:28 PM:
Heheheheheeheh... Tergelak tengok telatah Snake tu...
Ada cahaya ker pada 4 gambar tu? Cahaya kelam kabut adalah kot...
Tapi tengok gambar Abuya tu tenang dan menyakinkan...
Tering ...
:setuju: Mereka nak fitnah abuya tapi timakasih sebab promosi free kat Abuya. Nampak contoh muka Abuya lagi berseri-seri banding ulama-ulama kepala giler tu.
Abuya ku :hug::love::love: |
|
|
|
|
|
|
|
saudari cik mod tgk lah sendiri..ulama besar dalam islam dihina SEBEGINI rupa oleh budak2 arqam nih? hi ker golongan yg saudari pertahan kan..tgk lah betapa cetek dan dhaifnya pemikiran mereka sampai sanggup menghina ULAMA KEPALA GILA...nauzubilah...Sheikh Ahamad deedad terkenal sebagai seorang pendakwah, sekarang dah arwah..(wajarkah kita menghina arwah)..ustaz haron din..terkenal dgn kelantangannya menentang kesesatan dan penghinaan atas sunnah nabi..sheikh yusuf al qardawi, ulama besar dalam ilmu fatwa...imam syamil..komander pejuang chechnya...saya masih tak paham kenapa cik mod menyimpan mereka2 nih ... utk pengetahuan cik mod..budak2 kapir pon tak hina ulama islam..org islam yg menghina ulama islam..sedih saya dibuatnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
...sedih siot baca nie semua... |
|
|
|
|
|
|
deepjunior This user has been deleted
|
baca posts dua orang dari arqam pon dah tunjuk camna ajaran diorang nih. tak beberapa minat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deepjunior at 17-7-2005 06:45 AM:
baca posts dua orang dari arqam pon dah tunjuk camna ajaran diorang nih. tak beberapa minat.
Kalau selalu kat Forum thread MM ni kita boleh baca dan fahami dalam otak yang bersarang kat dalam Snake dan Grave tu...
Tak perlu nak melobi insan ni jahat dan insan ni baik. Takut terlebih sudu dari kuah..
Tapi biasalah tu , anak buah Syiah. Yang biasa buat Takiyah..janji boleh promosi ajaran Syiah...
p/s- sian tengok geng2 Malau ni. Dah berapa kerat insan kat Malaysia yang berjaya diSyiahkan...??? Tetapi ramai lagi yang dah berjaya dimurtadkan..
Teruskan propoganda anda..semoga berjaya mengatasi bilangan umat Islam yang telah dimurtadkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum...
Kenapa isu Ayah Pin dah jadi isu Abuya lak nih. Bukan kata isu Ayah Pin, malah isu-isu lain semua dah jadi tempat berbalah pasal Abuya, Syiah dan ASWJ. Rasanya elok kalau Thread Muslimin & Muslimat ini tukar nama kepada Thread Abuya, Syiah dan ASWJ. So baru org tahu yg setiap isu kat sini berkaitan dengan diorg jer.
Sepatutnya jadikan forum ini sebagai tempat bertukar pandangan dan pendapat tentang isu Islam. Kalau pasal isu Ayah Pin ni lak cuba pikirkan isu dalam menangani masalah ini. Bukan dok berbalah tak tahu ujung pangkal.
Dan nampak sgt berjayanya musuh2 Islam dalam memecahbelahkan umat Islam dan menghalang Umat Islam dari memikir isu yg lebih serius.
Wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
diharap kepada orang yang mau berforum tentang abuya dapat membuka thread sendiri..terima kasih |
|
|
|
|
|
|
| |
|